kemahiran_pemikiran_sejarah

Upload: sam-olivia

Post on 14-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

no

TRANSCRIPT

Bincangkan salah satu daripada KPS yang telah anda pelajari dengan memberikan contoh-contoh yang relevan ikut DSKP tahun 4 dan 5.

Sepertimana yang kita sedia maklum, Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan antara kemahiran yang ingin diterapkan dalam kalangan murid melalui mata pelajaran sejarah. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (2002), pemikiran sejarah didefinisikan sebagai satu proses kognitif yang mana murid-murid mereroka idea yang kompleks dan abstark dengan bimbingan guru. Terdapat lima Kemahiran Pemikiran Sejarah yang telah diperkenalkan iaitu memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi.

Antara lima kemahiran yang telah disenaraikan di atas, saya telah memilih kemahiran membuat rasionalisasi untuk diperbincangkan dengan lebih mendalam lagi. Sesungguhya, kemahiran membuat rasionalisasi ialah satu kemahiran di mana murid akan belajar menggunakan akal mereka membuat pertimbagan yang wajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah melalui kemahiran mengumpul data, membuat hipotesis, menentukan signifikan bukti dan membuat inferens daripada data yang dikumpul (Ismail bin Said, 2014).Dengan itu, murid-murid akan dapat mendapat pengetahuan yang penting daripada kajian masa lalu dan seterusnya membimbing mereka membuat keputusan yang lebih baik pada masa hadapan (Paul & Elder, 2006).

Setelah meneliti konsep kemahiran membuat rasionalisasi, seterusnya, marilah kita lihat tentang contoh berkaitan cara penerapan kemahiran ini dalam PdP mata pelajaran Sejarah pula. Umpamanya, bagi murid tahun 4, kemahiran ini boleh diselitkan semasa mengajar topik Kerajaan Melayu Awal melalui cara penyoalan. Guru boleh mengemukakan soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk menggalakkan murid berfikir secara rasional. Contohnya, bagaimanakah kedudukan sesebuah kerajaan awal dikatakan penting dan sangat mempengaruhi perkembangan atau pembangunan kerajaan itu. Bagi murid tahun 5 pula, soalan seperti bagaimanakah perjuangan Dato Maharaja Lela dikatakan satu tindakan yang wajar dalam menentang penjajahan British di Perak semasa mengajar topik Perjuangan Kemerdekaan Negara. Jika ditelitikan, soalan-soalan yang dikemukakan ini semua perlukan murid-murid untuk mencari maklumat, kumpul data, buat hipotesis, tentukan signifikan bukti dan buat inferens daripada data yang dikumpul. Lataran itu, kemahiran membuat rasionalisasi akan dapat diterapkan secara tidak langsung dalam sanubari anak murid kita.

Sebagai penutup, kelima-lima Kemahiran Pemikiran Sejarah yang telah diperkenalkan adalah sama penting dan berguna. Oleh itu, kita sebagai bakal guru sepatutnya bersedia dan berusaha untuk mendedah dan menyelitkan sebanyak unsur KPS dalam PdP kita untuk menajamkan akal pemikiran anak murid kita supaya mereka menjadi seorang yang bijak berfikir, merancang dan membuat keputusan untuk menyelesaikan satu-satu permasalahan pada masa hadapan. Sekian.