kemahiran pengunaan papan tulis

3
KEMAHIRAN PENGUNAAN PAPAN TULIS 1 1. Kemahiran menggunakan papan tulis adalah penting dalam aktiviti pengajaran- pembelajaran di bilik darjah. 2. Kemahiran ini memerlukan guru merancang dan menyusun tulisan, nota, ilustrasi dan gambar rajah di atas papan tulis dengan baik. 3. Guru yang berkemahiran menggunakan papan tulis dengan sempurna akan memudahkan murid memahami pengajarannya dan dapat menarik minat mereka mengikuti pelajarannya. OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS 1. Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. 2. Untuk menarik perhatian murid terhadap perkara-perkara yang penting di setiap peringkat pengajaran. 3. Untuk memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang di huraikan. 4. Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelasaian masalah secara sistematik. 5. Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran murid. 6. Untuk memberikan peluang kepada murid-murid mencatit nota dari papan tulis. PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS 1. Rancang penggunaan papan tulis lebih awal supaya tulisan, nota dan gambar rajah dapat di letakkan ditempat yang sesuai. 2. Guru hendaklah memahirkan diri dengan kemahiran melukis gambar rajah yang menarik. 1 12hb februari 2011, sabtu-kuliah

Upload: sohib-alquran

Post on 07-Jul-2015

5.344 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran pengunaan papan tulis

KEMAHIRAN PENGUNAAN PAPAN TULIS1

1. Kemahiran menggunakan papan tulis adalah penting dalam aktiviti pengajaran-

pembelajaran di bilik darjah.

2. Kemahiran ini memerlukan guru merancang dan menyusun tulisan, nota, ilustrasi

dan gambar rajah di atas papan tulis dengan baik.

3. Guru yang berkemahiran menggunakan papan tulis dengan sempurna akan

memudahkan murid memahami pengajarannya dan dapat menarik minat mereka

mengikuti pelajarannya.

OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS

1. Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak.

2. Untuk menarik perhatian murid terhadap perkara-perkara yang penting di setiap

peringkat pengajaran.

3. Untuk memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang di huraikan.

4. Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelasaian masalah secara

sistematik.

5. Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran murid.

6. Untuk memberikan peluang kepada murid-murid mencatit nota dari papan tulis.

PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS

1. Rancang penggunaan papan tulis lebih awal supaya tulisan, nota dan gambar rajah

dapat di letakkan ditempat yang sesuai.

2. Guru hendaklah memahirkan diri dengan kemahiran melukis gambar rajah yang

menarik.

1 12hb februari 2011, sabtu-kuliah

Page 2: Kemahiran pengunaan papan tulis

3. Tulisan dan gambar rajah yang di gunakan hendaklah jelas kelihatan kepada

seluruh kelas.

4. Kapur warna hendaklah digunakan untuk menggambarkan penonjolan atau

penekanan.

5. Aktiviti penggunaan papan tulis hendaklah dipelbagaikan.

6. Pelajar-pelajar hendaklah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan

papan tulis.

7. Masa penggunaan papan tulis hendaklah sepadan dengan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Jangan menggunakan papan tulis dengan masa yang berlebihan

sehingga pelajar-pelajar merasa bosan.

KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

1. Pelajar-pelajar dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea dnegan lebih jelas

dan tepat.

2. Pelajar-pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.

3. Pelajar dapat mengikuti perkembangan pengajaran guru dengan penuh berminat.

4. Pelajar menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru.

5. Aktiviti pembelajaran pelajar menjadi lebih menarik.

6. Konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan dalam ingatan.

Page 3: Kemahiran pengunaan papan tulis

KOMPENAN-KOMPENAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

KEJELASAN Saiz tulisan yang sesuai Tulisan kemas dan tepat Gambar rajah jelas dan ringkas.

SUSUNAN Penggunaan ruang untuk tulisan dan rajah

sesuai dan seimbang. Susunan dapat di lihat dan teratur.

PENONJOLAN DAN PENEKANAN

Penggunaan kapur warna yang sesuai Penggunaan kapur warna yang menarik

TEKNIK PERSEMBAHAN

Bentuk satu konsep dengan jelas dan tepat Permudahkan konsep atau idea yang susah. Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran-

pembelajaran. Gunakan dalam masa yang sesuai.