kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

23
KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5 Bidang Pembelajaran : Reka Bentuk Bidang Pembelajaran : Reka Bentuk & Teknologi & Teknologi Tajuk Pembelajaran: Tajuk Pembelajaran: IKAN HIASAN

Upload: mohdnapi

Post on 12-Nov-2014

3.237 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

KEMAHIRAN HIDUPTAHUN 5

Bidang Pembelajaran : Reka Bentuk & Bidang Pembelajaran : Reka Bentuk & TeknologiTeknologi

Tajuk Pembelajaran:Tajuk Pembelajaran:

IKAN HIASAN

Page 2: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran diharap murid-murid dapat:-

1. Mengenal,melabel bahagian luar ikan dan menyenarai spesis ikan hiasan tropika.

2. Memilih ikan hiasan untuk dipelihara,

3. Mengenal,memilih dan menanam tumbuhan akuatik dalam akuarium,

4. Mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan,

5. Mengenal pasti kandungan mutu air,

6. Mengenal pasti simpton penyakit biasa pada ikan hiasan,

7. Menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium.

Page 3: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

Mengenal Bahagian Luar Ikan

Sisik

Melindungi badanSirip dorsal

Mengawal arah pergerakan Garisan lateral

Mengesan getaran di dlm air

Sirip kaudal /ekor

Mengawal pergerakan ikan ke hadapan

Sirip anal

Mengawal arah pergerakanSirip pelvik

Mengawal kemampatan kedudukan ikan Sirip pektoral

Mengawal arah ikan dan memberhentikan ikan

Mata

melihatMulut

makan

Penutup insang

Melindungi insang

Page 4: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

Tujuan Memelihara Ikan Hiasan

Ikan hiasan ialah ikan yang dipelihara di dalam bekas seperti akuarium

kaca,kolam hiasan untuk mengindahkan ruang kediaman dan kawasan

taman.Dengan memelihara ikan hiasan akan memberi ketenangan dan dapat

menghayati alam akuatik semula jadi.

Page 5: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

Ciri Istimewa Pada Ikan Hiasan

Ciri istimewa pada ikan hiasan ialah:

•Pada warna sisik pada badannya dan sirip yang menarik,•Bentuk badan yang unik seperti bentuknya yang pipih,panjang atau bulat,•Pergerakannya yang menarik iaitu aktif dan agresif,•Manja dan dapat mengenali tuannya,•Cara pemakanannya yang mudah dan dapat menerima makanan rumusan.

Page 6: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

Memilih Ikan Hiasan Untuk Dipelihara

Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkan kerana ianya mempunyai warna yang cantik.Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium akan memberi ketenangan.Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam akuarium yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup.Ikan hiasan juga dipelihara di dalam kolam hiasan yang diletakkan di ruang kediaman yang luas atau kawasan taman.

Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah :-

a) Bukan ikan liar yang ditangkap dari habitat semulajadi kerana ianya tidak dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan,

b) Jenis yang telah jinak dan dibiakkan di dalam akuarium .Ikan ini boleh dibeli dari kedai ikan hiasan,

c) Mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk badannya,d) Boleh bercampur dan hidup harmoni dengan jenis ikan kain,e) Dapat bertahan dengan perubahan mutu air dan serangan penyakit,f) Mudah dipelihara.

Page 7: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

Contoh Ikan-Ikan Hiasan

Page 8: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)
Page 9: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)
Page 10: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

Penyediaan BekasMemilih Akuarium dan Aksesori

1.Aspek-aspek yang dititikberatkan dalam pemilihan akuarium dan lokasi :- a) Saiz akuarium cukup untuk tumbesaran ikan.Bersaiz 4 kaki panjang dan 2 kaki lebar, b) Akuarium harus ditempatkan di sudut yang sunyi untuk tumbesaran ikan, c) Lokasi akuarium perlu berdekatan dengan sumber elektrik dan sumber air untuk memudahkan pemasangan aksesori yang melibatkan penggunaan air dan elektrik.2. Contoh aksesori yang selalu digunakan ialah pam air,penapis,lampu,batu,pasir,tumbuhan akuatik,kayu buruk dan poster.

Page 11: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

Menyediakan dan Menghias Akuarium

1. Bahan-bahan hiasan pula ialah kayu buruk,batu,pasir sungai,pasir halus dan pelbagai tumbuhan akuatik.

2. Langkah-langkah menghias akuarium:-

a) Letakkan satu lapisan pasir sungai untuk akuarium dengan ketebalan kira-kira 1 hingga 1 ½ inci.Seelok-eloknya pilihlah pasir yang berwarna gelap untuk memberi persekitaran yang gelap dan selesa untuk ikan.

b) Mulakan dengan menanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang. c) Hiaskan akuarium dengan beberapa ketul batu sungai yang dibeli dari kedai akuarium pada bahagian tengah atau bahagian lain yang sesuai,

d) Letakkan beberapa ketul kayu buruk yang telah dibersihkan dan direndam selama 2 – 3 minggu.Tunggul kayu dapat dibeli di kedai akuarium.

Page 12: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

Memasukkan Ikan Hiasan ke dalam Akuarium

Langkah-langkah memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium;-

a. Letakkan beg plastik ikan hiasan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit.Ini bertujuan untuk menyamakan suhu air di dalam beg plastik dengan air di dalam akuarium.

b. Selepas 30 minit,buka beg plastik tersebut dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada beg plastik.

Page 13: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

PengurusanMengenal dan Memilih Jenis Makanan Ikan

Hiasan

1. Makanan adalah suatu faktor penting yang mempengaruhi tumbesaran dan populasi ikan yang dipelihara,

2. Ikan mempunyai pelbagai cara pemakanan berdasarkan sifat dan habitatnya,

3. Makanan ikan hiasan dapat dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu:-

a) Makanan hidup - contohnya plankton,iaitu organisma halus yang biasanya terdapat di dalam air,cacing,ulat roti,jejentik,udang,anak ikan,cengkerik dan lipas,

b) Makanan kering – contohnya cacing yang diawet dan roti,

c) Makanan basah – contohnya kerang,hati lembu dan sayuran seperti salad dan bayam,

d) Makanan rumusan – contohnya pellet,emping dan tablet.

Page 14: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

Mengenal dan Memilih Jenis Makanan Ikan Hiasan

Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan swordtail,Guppy atau Angel.Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loarch.

Kumpulan Ikan Hiasan Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya:-

1) Ikan Karnivor Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor.Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar,mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat.Makanan ikan karnivor ialah cengkerik,anak ikan,katak atau ulat.Contoh ikan karnivor ialah Sebarau,Oskar dan Arowana.

Page 15: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

2) Ikan Pemakan Plankton Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton.Contohnya ikan Barb,Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak.

3) Ikan Herbivor Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor.Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik.Contohnya ikan Lampan dan Tiger Barb.

4) Ikan Omnivor Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton,tumbuhan reput,daging haiwan atau pellet.Kebanyakan ikan ini boleh menyesuaikan diri untuk hidup di dalam akuarium.Contohnya ikan Pelaga,Oscar dan Cichlid.

Page 16: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

Kaedah Memberi Makan Ikan Hiasan

1. Ikan hiasan seelok-eloknya diberi makan 3 kali sehari,iaitu pada waktu pagi,tengah hari dan lewat petang.

2. Kadar pemberian makanan adalah bergantung kepada jenis ikan.

3. Makanan dikira mencukupi apabila makanan yang diberikan dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.

4. Makanan yang diberi berlebihan akan hanya mengotorkan air dan akan mendatangkan kesan buruk terhadap kehidupan ikan.

Page 17: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

Mengenal Pasti Kandungan Mutu Air1. Kandungan dan mutu air berbeza mengikut jenis dan kawasan air.Kandungan dan mutu air bergantung kepada beberapa faktor ,iaitu:- a. pH air b. suhu c. bahan beracun2. pH air ialah kadar kemasaman air.pH air dapat diukur dengan menggunakan kertas litmus dan diukur dari nilai 1 hgingga 14.3. Nilai 1 menunjukkan air berada pada tahap kemasaman yang paling tinggi atau asidik manakala nilai 14 berada pada tahap kemasaman yang paling rendah atau paling alkali.4. Nilai pH air yang paling sesuai bagi akuarium ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral.5. Suhu yang paling sesuai untuk populasi ikan di dalam akuarium ialah sekitar 26 ◦C.6. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah akan menyebabkan ikan mati.7. Keadaan suhu di bawah 26 ◦C pula menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit.8. Bahan beracun yang wujud dalam kandungan air ialah ammonia dan nitrat yang terhasil daripada proses perkumuhan ikan yang dipelihara ,iaitu bahan buangan urin atau najis..

Page 18: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

Kerja Pembersihan Bekas,Menukar Air dan Mencuci Penapis.

1. Penjagaan akuarium terbahagi kepada dua,iaitu:- a. Penjagaan harian b.penjagaan mingguan2. Penjagaan Harian. a) Meliputi penjagaan makanan ikan,b) Membuat pemerhatian tentang kelakuan ikan,c) Membuang ikan yang telah mati,d) Memastikan semua peralatan kelengkapan akuarium seperti kelengkapan

pengudaraan,penapis dan lampu berfungsi dengan baik,e) Mengukur kualiti air seperti nilai pH,ammonia,oksigen dan karbon

dioksida dengan menggunakan alat yang sesuai.

3. Penjagaan Mingguana) Menukar atau mengganti air setiap minggu atau sekurang-kurangnya dua

minggu sekali sebanyak ½ atau 1/3 bahagian daripada isi padu tangki,b) Mencantas tumbuhan akuatik yang terlalu tinggi,c) Membersihkan bahagian hadapan cermin tangki,d) Memadamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu

buat sementara waktu,e) Membersihkan semua kotoran yang terdapat di dalam tangki dengan

menggunakan sifon,f) Mencuci kapas penapis dengan air bersih,g) Menambah air di dalam tangki sehingga paras asal.

Page 19: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

Mengenal Pasti Gejala Penyakit Biasa Pada Ikan Hiasan Dan Cara Merawatnya

1. Ikan hiasan yang dipelihara mudah terdedah kepada penyakit sekiranya langkah penjagaan dan pencegahan tidak dititikberatkan,

2. Antara faktor2 yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah:-

a) faktor suhu di dalam akuarium yang terlalu sejuk,iaitu di bawah 26 ◦C. b) Kebersihan air yang tidak terjaga dan tercemar kerana tidak ditukar

mengikut waktu yang ditetapkan, c) proses memindahkan ikan yang mengakibatkan kecederaan atau luka

pada bahagian ikan.3. Antara penyakit yang sering menjangkiti ikan hiasan ialah:- a) penyakit rintik putih, b) penyakit kulat, c) penyakit bakteria4. Penyakit rintik putih disebabkan oleh parasit yang melekat pada sisik

ikan.5. Penyakit ini berlaku apabila suhu air terlalu sejuk.6. Cara merawatnya ialah dengan memindahkannya ke dalam tangki lain

dan mencampurkan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air tersebut.

Page 20: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

7. Luka pada bahagian anggota badan ikan yang tidak dirawat mudah dijangkiti kulat.Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip,mulut dan badan yang terdapat luka.

8. Kulat kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka

9. Cara merawatnya ialah dengan mencampurkan larutan methylene blue ke dalam air atau menyapukannya secara terus pada luka yang dijangkiti kulat tersebut.

10. Ikan ini harus diasingkan daripada ikan sihat untuk mengelakkan jangkitan.

11. Penyakit bakteria adalah disebabkan oleh mutu air yang tidak baik,pemakanan yang tidak sesuai atau ikan yang mengalami stress.

12. Ikan berpenyakit bakteria ini akan berubah warna menjadi pudar,sisiknya mengembang atau perutnya buncit.

13. Cara merawatnya dengan menggunakan antibiotik

Page 21: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

Peranan Dan Kepentingan Tumbuhan Akuatik Di dalam Akuarium

Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium adalah:-1. Bertindak sebagai agen pembersih yang menyerap bahan

toksid yang dihasilkan daripada perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan.Sisa makanan akan mendak di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik,

2. Tumbuhan akuatik mengeluarkan aksigen ke dalam air hasil dari proses fotosintesis .Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan,

3. Tempat persembunyian dan perlindungan ikan kecil daripada musuhnya dan sebagai tempat berehat,

4. Menjadi sumber makanan kepada ikan herbivor.

Page 22: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

Penanaman Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium

1. Tumbuhan akuatik di dalam akuarium memerlukan:- a. Karbon dioksida i. semua tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk

menjalankan proses fotosintesis, ii. Untuk menjamin pertumbuhan tumbuhan akuatik yang

baik,gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan. b. Baja i. Tumbuhan akuatik memerlukan baja sebagai ejen untuk

membekalkan zat mineral yang diperlukannya ii. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambah dari masa ke

semasa mengikut kaedahnya dan boleh dibeli di pasaran, c. Cahaya i. Cahaya adalah satu unsur yang diperlukan dalam proses

fotosintesis. ii. Pastikan tangki akuarium dipasang dengan lampu yang

dinyalakan selama 10 – 12 jam setiap hari.

Page 23: Kemahiran hidup th 5 ( ikan hiasan)

»Sekian, terima kasih