kemahiran bernilai tambah baru

14
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH PENGENALAN Kemahiran bernilai tambah membawa maksud kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam suasana dunia sebenar murid dan juga dalam senario dunia yang global. Kemahiran bernilai tambah ini juga melibatkan aktiviti- aktiviti yang memerlukan pemikiran secara kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca serta menulis. Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Bahasa Melayu, Kemahiran Bernilai Tambah mengutamakan pengalaman bilik darjah yang sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sebenarnya, kurikulum Bahasa Melayu juga menyepadukan pelbagai kemahiran agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kepada definisi yang diberikan tersebut, dapatlah kita fahami bahawa kemahiran bernilai tambah ini merupakan suatu kemahiran yang boleh diajarkan kepada murid- murid dalam membantu meningkatkan keupayaan dan potensi individu seseorang murid. Pelaksanaan atau penerapan kemahiran bernilai tambah ini terhadap murid-murid seharusnya menjadi unsur atau nilai tambah terhadap diri murid-murid untuk diaplikasikan dalam suasana sebenar murid tersebut iaitu dalam kehidupan seharian mereka. Kemahiran bernilai tambah merupakan suntikan baru kepada pengisian kurikulum, selain itu juga mengekalkan elemen pengisian 1

Upload: hasrolnizam-hassan

Post on 21-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kbt

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Bernilai Tambah Baru

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

PENGENALAN

Kemahiran bernilai tambah membawa maksud kemahiran yang diajarkan dalam

bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam suasana dunia sebenar murid dan juga

dalam senario dunia yang global. Kemahiran bernilai tambah ini juga melibatkan aktiviti-

aktiviti yang memerlukan pemikiran secara kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar,

bertutur, membaca serta menulis.

Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) Bahasa Melayu, Kemahiran Bernilai Tambah mengutamakan pengalaman bilik

darjah yang sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia

yang global. Sebenarnya, kurikulum Bahasa Melayu juga menyepadukan pelbagai

kemahiran agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan kepada definisi yang diberikan tersebut, dapatlah kita fahami bahawa

kemahiran bernilai tambah ini merupakan suatu kemahiran yang boleh diajarkan

kepada murid-murid dalam membantu meningkatkan keupayaan dan potensi individu

seseorang murid. Pelaksanaan atau penerapan kemahiran bernilai tambah ini terhadap

murid-murid seharusnya menjadi unsur atau nilai tambah terhadap diri murid-murid

untuk diaplikasikan dalam suasana sebenar murid tersebut iaitu dalam kehidupan

seharian mereka.

Kemahiran bernilai tambah merupakan suntikan baru kepada pengisian

kurikulum, selain itu juga mengekalkan elemen pengisian kurikulum yang sedia ada

seperti penyerapan nilai murni, ilmu, kewarganegaraan serta patriotisme dan peraturan

sosiobudaya. Tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran bernilai tambah yang diterapkan

secara eksplisit dalam kurikulum semakan memperlihatkan komitmen Kementerian

Pendidikan Malaysia ke arah melahirkan pendidikan yang berkualiti. Antara

kepentingan pengajaran bernilai tambah ialah merupakan salah satu cara untuk

memenuhi konsep pembelajaran seumur hidup dan menempuh cabaran abad ke-21.

Dengan adanya kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran kajiaan masa depan juga

pelajar dapat bersedia untuk menghadapi segala masalah dan cabaran pada masa

1

Page 2: Kemahiran Bernilai Tambah Baru

depan. Hal ini kerana, kaedah kajian masa hadapan merupakan satu pendekatan

pengajaran yang mendidik pelajar agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu

yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa hadapan. Ini bermakna pelajar

dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan.

Selain itu juga, kemahiran bernilai tambah yang disarankan dalam pengisian

kurikulum sukatan pelajaran dapat memberi ilmu pengetahuan kepada murid secara

tidak langsung. Biarpun murid ini tidak mempelajari kemahiran muzik dan kemahiran

berfikir misalnya, namun kesan penyerapan itu dapat diambil positif oleh setiap

pengguna kurikulum sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kemahiran

Bernilai Tambah juga merupakan aspek yang sangat utama dalam menjadikan

pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kemahiran bernilai tambah juga

merujuk kepada dunia sebenar seseorang murid tersebut. Kemahiran ini juga turut

merangkumi kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,

kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran

konstruktivisme danpembelajaran kontekstual. Kemahiran ini juga wajar untuk

diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas supaya dapat

mewujudkan suasana yang harmoni serta dapat merangsang murid-murid untuk terus

belajar

KEMAHIRAN BERFIKIR

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang merumuskan pendapat Mayer

(1977 dan 1991) dan Fraenkel (1980) merumuskan Kemahiran Berfikir sebagai proses

menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap

sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses

asas berfikir ialah apabila anda mengemukakan pertanyaan. Hal ini kerana untuk

mengemukakan pertanyaan anda perlu memikirkan aspek yang ingin ditanya. Proses

berfikir itu akan melibatkan satu set pertanyaan yang dimulai pertanyaan rasa ingin tahu

seperti :

2

Page 3: Kemahiran Bernilai Tambah Baru

Apakah objek yang berwarna merah itu ?

Bagaimanakah bentuk objek itu ?

Bagaimanakah hendak menggunakan objek itu ?

Di manakah kita dapat memperoleh objek itu ?

Apabila ada pertanyaan maka diperlukan jawapan. Untuk menjawab pertanyaan itu,

anda akan menggerakkan minda secara lebih aktif. Ia akan melibatkan proses mencari

dan menilai kerana tidak semua maklumat yang diperoleh itu sesuai untuk dijadikan

jawapan. Dalam proses mencari dan menilai jawapan akan melibatkan beberapa

kemahiran seperti berfikiran kreatif, berfikiran kritis, menaakul dan strategi berfikir. Ia

dinamakan jenis-jenis kemahiran berfikir.

Kemahiran Berfikir Kreatif ialah kemahiran mencerna dan menghasilkan idea baharu

yang mementingkan keindahan. Lazimnya ia melibatkan penghasilan bentuk baharu,

pengolahan bahasa yang indah, teknik penyampaian yang menarik, dan sudut

pandangan yang tidak berlandaskan kebiasaan. Menurut Pusat Perkembangan

kurikulum (2002) dalam Kemahiran Berfikir Kreatif akan melibatkan beberapa aktiviti

pemikiran seperti :

Menjana idea – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah mengemukakan idea, mencadangkan alternatif, mencadangkan

sebab, menyenaraikan idea, menyatakan cara lain, menyumbangkan pendapat atau

pandangan, menyatakan kemungkinan, menghasilkan atau mencetus idea baharu, dan

sebagainya.

Membuat inferens – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran

dan pembelajaran ialah membuat kesimpulan awal atau hipotesis berdasarkan

pemerhatian, membuat rumusan awal berdasarkan data-data yang diperoleh, membuat

kesimpulan awal daripada maklumat yang diperoleh, membuat tanggapan awal,

3

Page 4: Kemahiran Bernilai Tambah Baru

membuat penyataan awal, menyatakan pendidirian awal, menyatakan ketetapan awal

dan sebagainya.

Menghubung kait – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran

dan pembelajaran ialah menerangkan sebab dan akibat, menyatakan perkaitan,

menyatakan sebab-musabab, menyatakan implikasi, mengkaji perkaitan, mencari

perkaitan, mengaitkan idea, menyatakan pertalian, membuat perhubungan dan

sebagainya.

Meramal – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah menyatakan apa yang akan berlaku, membuat jangkaan,

mengganggarkan apa yang akan berlaku, membuat perlunjuran, menyatakan

kemungkinan yang akan berlaku, dan sebagainya.

Membuat hipotesis – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran

dan pembelajaran ialah menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya, membuat

andaian yang perlu dibuktikan kebenarannya, membuat penyataan yang perlu diuji

ketepatannya, menyatakan kesimpulan sementara yang perlu diuji dan sebagainya.

Mensintesis – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah menggabungkan idea, menggubalkan semula, menyatukan idea-

idea, menyepadukan idea-idea, dan sebagainya.

Mengitlak – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah membuat penyataan umum berdasarkan pola, membuat

generalisasi, membuat rumusan umum daripada keseluruhan idea, dan sebagainya.

Menganalogi – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah memetaforakan, membuat sindiran, membuat kiasan, membuat

perlambangan, membuat simulasi, membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri

persamaan, dan sebagainya.

Membuat gambaran mental – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah mengimaginasikan, menggambarkan dalam bentuk

4

Page 5: Kemahiran Bernilai Tambah Baru

lain, membayangkan dalam minda, melakarkan peta minda, menceritakan gambaran

mental, dan sebagainya.

Reka cipta – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah cadangan idea, asli, menghasilkan guahan asli, membuat rekaan

bentuk, menciptakan sesuatu, membuat pengubahsuaian, menghasilkan idea kreatif,

dan sebagainya.

Kemahiran Berfikir Kritis pula ialah membuat analisis, membuat penilaian, membuat

sintesis, membuat kritikan dan menilai kemunasabahan sesuatu idea. Dalam proses

membuat penilaian itu akan melibatkan penyesuaian dengan beberapa aspek atau

elemen. Mengkritik karya kesusasteraan akan melibat penggunaan teori kajian sastera

sebagai kayu pengukurnya. Menilai tingkah-laku manusia akan melibatkan aspek sosio-

budaya bangsa berkenaan sebagai kayu pengukurannya. Menurut Pusat

Perkembangan kurikulum (2002a) dalam Kemahiran Berfikir Kritis akan melibatkan

beberapa aktiviti pemikiran seperti;

Mencirikan - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah menyatakan atau menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur sesuatu,

mengenal pasti dan menyatakan kualiti sesuatu, dan sebagainya.

Membandingbezakan - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah mencari persamaan dan perbezaan ciri, bentuk,

sifat, warna, fungsi, dan sebagainya.

Mengumpul dan mengkelaskan - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah membuat pengkelasan berasakan ciri, kategori,

fungsi, bentuk, warna, kriteria, dan sebagainya.

Membuat urutan - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah menyusun mengikut urutan, kepentingan, nilai, abjad, nombor,

kriteria tertentu, dan sebagainya.

Menganalisis - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah mencerakin maklumat, mengolah idea, mengesan sebab,

5

Page 6: Kemahiran Bernilai Tambah Baru

menghuraikan faktor, ciri-ciri, akibat, mencari punca atau bukti berasaskan maklumat

atau data, dan sebagainya.

Menilai - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah mentaksir maklumat, mempertimbangkan pendapat atau cadangan,

membuat pilihan, menentukan nilai atau kepentingan, mencari sebab dan kesan, dan

sebagainya.

Membuat kesimpulan - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah merumuskan maklumat atau data, membuat

hipotesis atau tesis, kesimpulan dan sebagainya.

Kemahiran Berfikir Menaakul ialah kemahiran membuat pertimbangan secara logik

dan rasional terhadap beberapa contoh sebelum membuat kesimpulan. Terdapat

penaakulan secara induktif (berasaskan beberapa contoh kemudian membuat

kesimpulan) dan penaakulan deduktif (mengemukakan rumusan dan kemudian

memberi beberapa contoh untuk membuktikan kebenaran rumusan tersebut).

Aktiviti menaakul melibatkan :

i. Hipotesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah mencari maklumat untuk membuktikan hipotesis seperti memberi

contoh-contoh sesuai.

ii. Pengumpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah mengumpulkan maklumat atau data yang sama ciri, sifat atau

kriteria untuk membuat kesimpulan atau rumusan.

6

Page 7: Kemahiran Bernilai Tambah Baru

Strategi Berfikir atau sering juga disebut Kemahiran Berfikir Kreatif dan kritis.

Gabungan pemikiran itu bertujuan untuk membuat konsepsi, keputusan dan

menyelesaikan masalah. Petunjuk strategi berfikir ialah:

i. Mengkonsepsikan - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran

dan pembelajaran ialah kenal pasti ciri-ciri, fungsi, rupa, persamaan untuk membuat

rumusan dan membina konsep.

ii. Menyelesaikan masalah -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti masalah, punca masalah, kesan

masalah, sasaran masalah dan sebagainya untuk diselesaikan.

iii. Membuat keputusan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti matlamat, sasaran, kepentingan,

alternatif, punca dan kesan dan sebagainya untuk buat penentuan.

KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR

Kemahiran Belajar Cara Belajar Pusat Perkembangan Kurikulum (2001)

menegaskan BCB sebagai satu proses teknik belajar sama ada belajar bersama guru

mahupun belajar tanpa bersama guru.Belajar Cara Belajar juga merupakan kaedah

belajar atau menelaah pelajaran yang boleh berlaku dalam kelas bersama guru ataupun

secara berseorangan membaca buku di perpustakaan. Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu (2003) menegaskan tujuan pelaksanaan BCB agar murid peka terhadap teknik-

teknik pembelajaran yang berkesan bagi membolehkan murid meningkat pengetahuan,

cekap bertindak dan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa, dan sebagai

amalan pembelajaran sepanjang hayat. Dengan terbentuk sikap peka diharapkan

sistem pendidikan akan menghasilkan pelajar yang aktif, bersikap ingin tahu, rajin

berusaha mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber dan matang merumuskan

maklumat.

7

Page 8: Kemahiran Bernilai Tambah Baru

Belajar Cara Belajar melibatkan aspek :

Kemahiran pengurusan kendiri -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah menyediakan peralatan belajar, pengurusan masa,

pilihan kerjaya masa depan, menepati masa, mengurus tekanan belajar dan

menggalakkan perbincangan.

Kemahiran mendengar, participating dan mengambil nota - antara contoh aktiviti yang

boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghayati, memahami

dan menilai maklumat didengari, mencatat maklumat didengari, rajin bertanya, memberi

pendapat atau pandangan, bersikap ingin tahu dan mencuba, berkongsi maklumat dan

sebagainya.

Kemahiran membaca - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah membaca secara luncuran seperti membaca tajuk,

subtajuk, pendahuluan, ringkasan atau rumusan, membaca secara imbasan seperti

membaca pantas pendahuluan atau rumusan, bacaan intensif secara terperinci dan

tekun, dan bacaan laju dengan cara menambahkan bahan bacaan.

Kemahiran menulis - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran

dan pembelajaran ialah menulis atau mencatat cepat, membuat ringkasan, membuat

peta minda, mencatat isi penting dan sebagainya.

Kemahiran mengingat - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah menyenaraikan kembali fakta atau isi, menceritakan

kembali maklumat yang dibaca, dan sebagainya.

KEMAHIRAN KECERDASAN PELBAGAI

Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KKP) merujuk kebolehan murid

menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Dengan adanya

kepelbagaian kemahiran murid mampu menjana idea untuk memajukan lapangan

diceburi. KKP mampu melahirkan murid aktif kerana dengan adanya kepelbagaian

8

Page 9: Kemahiran Bernilai Tambah Baru

kemahiran menyebabkan murid berani menawarkan khidmat bernilai dalam lingkungan

sesuatu budaya. Pusat perkembangan Kurikulum (2001) mencadangkan lapan jenis

kecerdasan pelbagai yang sesui diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran murid,

iaitu :

Kecerdasan Verbal-Linguistik - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah melafazkan kata-kata secara santun, melafazkan

kata-kata dengan nada dan intonasi yang betul, memilih dan menggunakan perkataan

yang tepat menggambarkan idea dalam setiap penulisan, kebolehan menggunakan

ungkapan dan bahasa badan yang sesuai berdasarkan situasi, persekitaran, status

sosial dan isu yang diperkatakan, dan sebagainya.

Kecerdasan Logik-Matematik - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan nombor secara berkesan

dan bijak berhujah, memahami fungsi nombor, simbol atau tanda dan kegunaannya,

kebolehan menjangka, dan sebagainya.

Kecerdasan Visual-Ruang - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk,

ruang, warna dan garisan, termasuk kemampuan membuat persembahan idea, grafik,

hasil seni secara berkesan dalam ruang ditetapkan.

Kecerdasan Kinestetik - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan badan, anggota badan

dan ekspresi badan untuk menyatakan idea, kepelbagaian perasaan, fikiran,

menyelesaikan masalah, menyampaikan hasrat dan sebagainya.

Kecerdasan Muzik - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran

dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan irama, rentak, tempo, dan melodi lagu.

Juga termasuk mengenali rentak pengerakan yang sesuai dengan melodi atau irama.

Kecerdasan Interpersonal - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat

serta hasrat orang lain, serta kebolehan menarik minat orang lain untuk turut sama

9

Page 10: Kemahiran Bernilai Tambah Baru

melakukan sesuatu yang dianjurkan. Misalnya, menarik minat murid menjawab soalan

atau melakonkan tugasan yang diberikan.

Kecerdasan Intrapersonal - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami diri sendiri dari segi

kelemahan, kekuatan, hasrat dan kehendak. Dengan memahami diri sendiri akan

memboleh individu berkenaan menangani kelemahan, menjanakan kekuatan,

mengawal kemarahan atau kekecewaan, dan memilih aspek yang mampu

dilaksanakan.

Kecerdasan Naturalis - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan dari aspek umum seperti mengenali dan

memahami alam persekitaran dan makhluknya, sosio-budaya masyarakat kaum sendiri

dan orang lain dan mengamalkanya, dan sebagainya.

10