kemahiran amaligeog k2 penduduk dan sumber

65
Tema 1: Kemahiran Amali Penduduk dan Sumber HURAIAN SUKATAN PELAJARAN Elemen Kemahiran Huraiannya Graf Membina dan mentafsirkan graf garis (poligraf) dan graf bar. Rajah dan Carta Membina dan mentafsirkan rajah:( Rajah Piramid, Rajah bulatan berbahagi dan Rajah Segiempat Bujur Berbahagi) Peta Tematik Membina dan mentafsirkan peta Koroplet, Peta Titik, Peta Bulatan Berkadar dan Peta Aliran. HASIL PEMBELAJARAN Setelah mempelajari tema ini pelajar akan dapat: Membina pelbagai jenis graf, rajah/carta dan peta tematik dengan mengaplikasikan teknik kartografi yang betul. Mentafsirkan pola atau corak yang terhasil daripada graf, rajah/carta dan peta yang dilukiskan. Menganalisiskan sebab-sebab sesuatu pola/corak yang terhasil. Meramalkan fenomena geografi yang boleh terjadi akibat pola/corak tersebut. FOKUS PEMBELAJARAN Kemahiran amali penduduk dan sumber menumpukan kepada kemahiran membina, mentafsir dan menganalisis pelbagai jenis

Upload: ngwen7

Post on 25-Jun-2015

992 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Tema 1: Kemahiran AmaliPenduduk dan Sumber

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Elemen Kemahiran HuraiannyaGraf Membina dan mentafsirkan graf garis (poligraf) dan

graf bar.Rajah dan Carta Membina dan mentafsirkan rajah:( Rajah Piramid, Rajah

bulatan berbahagi dan Rajah Segiempat Bujur Berbahagi)

Peta Tematik Membina dan mentafsirkan peta Koroplet, Peta Titik, Peta Bulatan Berkadar dan Peta Aliran.

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mempelajari tema ini pelajar akan dapat:

Membina pelbagai jenis graf, rajah/carta dan peta tematik dengan mengaplikasikan teknik kartografi yang betul.

Mentafsirkan pola atau corak yang terhasil daripada graf, rajah/carta dan peta yang dilukiskan.

Menganalisiskan sebab-sebab sesuatu pola/corak yang terhasil. Meramalkan fenomena geografi yang boleh terjadi akibat pola/corak tersebut.

FOKUS PEMBELAJARAN

Kemahiran amali penduduk dan sumber menumpukan kepada kemahiran membina, mentafsir dan menganalisis pelbagai jenis data penduduk seperti kadar kelahiran, kadar kematian, kepadatan penduduk, data migrasi, data umur dan jantina serta lain-lain ke dalam bentuk graf, carta, rajah dan peta tematik (peta koroplet, peta titik, peta bulatan berkadar dan juga peta aliran).

1.1 MEMBINA DAN MENTAFSIRKAN GRAF.

1.1.1 a) Membina Graf Garis.

Konsep: Graf garis ialah garisan yang menyambungkan titik-titik (poin) di atas kertas graf yang mengandungi paksi X dan paksi Y. Di peringkat ini graf garis yang hendak dibina ialah graf garis banyak (poligraf).

Page 2: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Gerakerja Membina Graf Garis (Poligraf):

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan nilai maksima serta nilai minima.

Langkah 2: Pilih satu skala yang sesuai yang boleh meliputi semua data dan boleh diplotkan di dalam sehelai kertas graf sahaja. Sebaiknya skala yang dipilih tidak terlalu besar atau terlalu kecil sehingga mencacatkan kesan nampak (Visual impact) graf garis yang dilukis itu.

Langkah 3: Sediakan paksi X dan paksi Y di atas kertas graf. Paksi X mewakili tahun manakala paksi Y mewakili nilai. Tandakan nilai bagi setiap 1 CM di atas paksi Y dan nyatakan unitnya dihujung paksi tersebut.

Langkah 4: Tandakan setiap nilai data yang terdapat dalam soalan. Penandaan nilai mestilah bermula di atas paksi X. Sambungkan setiap nilai menjadi garisan-garisan. (Ingat – Plotan bagi graf garis mestilah bermula di atas Paksi X, tidak boleh sama sekali dijarakkan dari paksi X. Oleh sebab itu bagi nilai yang pertama di atas paksi Y iaitu 0 dan tahun yang pertama di atas paksi Y mestilah bermula di persilangan paksi X dan Y tersebut)

Langkah 5: Lengkapkan graf anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas graf, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di hujung setiap garisan yang telah diplot itu).

Lihat Contoh 1 di bawah:

Jadual 1 menunjukkan penduduk di wilayah-wilayah terpilih dunia dari tahun 1900 hingga tahun 1990.

Jadual 1: Penduduk di wilayah-wilayah terpilih di dunia 1900 – 1990 (Juta orang)

Wilayah Tahun1900 1930 1950 1970 1990

AfrikaAmerika LatinAmerika Utara

AsiaEropah

1206381915423

1551091351072532

2001631671376576

3442832282056705

6484482763108786

a) Berdasarkan jadual 1, lukis graf garis untuk menunjukkan pertambahan penduduk di wilayah-wilayah terpilih di dunia dari tahun 1900 hingga 1990.

Lihat graf garis yang telah dilukis di sebelahGraf garis menunjukkan penduduk

di wilayah-wilayah terpilih di dunia dari tahun 1900 hingga 1990.

Page 3: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

1.1.1 b) Menganalisis dan mentafsir Graf Garis.

Page 4: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Menganalisis graf garis memerlukan kemahiran mengadunkan pengentahuan sedia ada dengan pola atau bentuk graf yang terhasil. Komponen penganalisisan dan pentafsiran merangkumi pola atau corak graf yang terhasil, sebab-sebab mengapa pola tersebut bersifat demikian dan juga elemen kajian masa depan (KMD) seperti mencadangkan langkah, meramalkan kesan jangka panjang dan sebagainya. Terdapat empat jenis pola atau corak atau trend atau arah alir yang boleh dikenalpasti dari sesebuah graf garis. Iaitu :

i) Pola atau trend peningkatan atau penurunan secara mendadak.ii) Pola atau trend peningkatan atau penurunan secara gradual (perlahan-

lahan)iii) Pola atau trend yang stabil – konstan (garis lurus yang mendatar)iv) Pola atau trend yang tidak stabil/tidak menentu – mengalami kenaikan dan

penurunan dalam tempoh masa yang tertentu.

Lihat contoh soalan pentafsiran di bawah:

b) Berdasarkan graf garis yang telah anda lukis pada soalan (a)

i) Nyatakan wilayah yang mengalami pertambahan penduduk yang paling pesat

Jawapannya:

Wilayah yang mengalami pertambahan penduduk yang paling pesat ialah wilayah ASIA.

ii) Huraikan mengapa berlakunya pertambahan penduduk yang pesat di wilayah tersebut.

Jawapannya:

Kepesatan pertumbuhan penduduk di Asia berlaku selepas tahun 1950. Ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya:

(1) Peningkatan kadar kelahiran dan pengurangan kadar kematian ekoran daripada kemajuan taraf kesihatan serta teknologi perubatan yang dapat mengawal pelbagai penyakit merbahaya serta dapat mengurangkan resiko kematian bayi di samping meningkatkan jangka hayat penduduk.

(2) Aras kesuburan (Fertiliti) wanita yang tinggi berkaitan dengan peratus penduduk dalam kumpulan umur subur yang ramai (misalnya 15 hingga 44 tahun) serta amalan perkahwinan pada usia muda khususnya di negara-negara Asia yang sedang membangun.

(3) Kegagalan Program Kawalan Penduduk/Perancangan keluarga di sesetengah negara Asia yang disebabkan oleh taraf pendidikan yang masih rendah, halangan agama,

Page 5: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

adat dan status quo masyarakat. Kegagalan program perancangan keluarga boleh juga dikaitkan dengan keperluan buruh/tenaga kerja oleh sesebuah keluarga khususnya dalam sektor pertanian tadisional.

(4) Bertambahnya pengeluaran sumber-sumber makanan khususnya pada era revolusi hijau yang memungkinkan pertumbuhan pesat penduduk Asia dapat ditampung daripada mengalami krisis makanan dan kebuluran. Kedapatan lebih banyak sumber makanan berzat/berkhasiat serta amalan pemakanan/diet yang seimbang di kalangan penduduk telah menjamin kesihatan penduduk bertambah, kadar kematian berkurangan,jangka hayat meningkat yang seterusnya mendorong peningkatan kelahiran.

(5) Kestabilan politik. Tamatnya perang dunia ke dua (1939 - 1945) mengurangkan kematian penduduk secara besar-besaran akibat peperangan. Di samping memberi ruang kepada negara-negara Asia mengubah polisi kependudukan dan sosio-ekonomi negara masing-masing ke arah pertambahan penduduk, peningkatan tenaga buruh dan kemajuan ekonomi.

c) Pilih sebuah negara di Asia, jelaskan kesan pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap sumber alam di negara tersebut.

Jawapannya:

Memilih sebuah Negara di Asia yang mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat seperti Indonesia, Filipina, India, Bangladesh dll yang sesuai.

Pertumbuhan penduduk yang pesat memungkinkan sumber-sumber alam sesebuah negara diteroka dan dieksploitasi sepenuhnya bagi menampung pertumbuhan tersebut. Ini akan menimbulkan kesan:

(1) Tekanan terhadap sumber alam khususnya terhadap sumber tanah. Persaingan guna tanah untuk petempatan,pertanian,perindustrian,pembandaran,infrastruktur dan sebagainya menjadi semakin hebat apabila penduduk bertambah. Kesannya saiz tanah secara relatifnya menjadi semakin sempit, harganya semakin mahal.

(2) Kepupusan/kehabisan sumber alam khususnya jenis sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti sumber mineral: - sumber bahan api fosil, bijih timah, bijih besi emas dan lain-lain akibat pengeluaran berlebihan bagi menampung keperluan penduduk yang bertambah dengan pesat. Dalam keadaan sumber tersebut tidak boleh diganti maka kesan jangka panjangnya ia diancam kehabisan/kepupusan.

(3) Pencemaran dan kemusnahan/kerosakan sumber seperti sumber udara dan air akibat pertambahan industri,kenderaan,pembuangan sisa domestik yang biasanya sejajar dengan pertumbuhan penduduk yang pesat. Termasuk juga kesan hakisan tanih serta tanah runtuh.

(4) Berkurangnya sumber-sumber makanan khususnya yang berasaskan hasil-hasil

Page 6: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

pertanian, sumber perikanan dan penternakan relatif dengan keperluan penduduk yang bertambah dengan pesat. Pengeluaran sumber-sumber makanan tersebut tidak sepadan dengan pertambahan penduduk.

(5) Kesan positif. Pembangunan sumber alam meningkat, sumber tidak terbiar membazir kerana mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menjana dan membangunkannya.

1.1.2 a) Membina Graf Bar.

Konsep: Graf bar atau graf palang ialah graf yang mempunyai turus-turus secara menegak. Pada amnya graf bar terdiri daripada tiga jenis iaitu graf bar komponen, graf bar

Page 7: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

kompaun dan juga graf bar cermin. Graf bar komponen atau graf bar majmuk mempunyai turus yang bertingkat-tingkat manakala graf bar kompaun mempunyai turus yang berbaris-baris. Graf bar cermin pula mempunyai nilai paksi tegak yang positif dan negatif. Paksi X berada di tengah graf, di sebelah atasnya paksi Y yang bernilai positif manakala di sebelah bawahnya ialah paksi Y yang bernilai negatif.Gerakerja Membina Graf Bar:

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan baca soalan dengan teliti. Kenalpastikan kaedah graf bar yang hendak dibina samada bar kompaun, bar komponen atau graf bar cermin. Misalnya jika data itu melibatkan perubahan (angka positif dan negatif) maka graf bar yang sesuai dibina ialah graf bar cermin.

Langkah 2: Kenalpastikan nilai maksima serta nilai minima dalam data tersebut. Pilih satu skala yang sesuai yang boleh meliputi semua data dan boleh diplotkan di dalam sehelai kertas graf sahaja. Sebaiknya skala yang dipilih tidak terlalu besar atau terlalu kecil sehingga mencacatkan kesan nampak (Visual impact) graf bar yang dilukis itu.

Langkah 3: Sediakan paksi X dan paksi Y di atas kertas graf. Paksi X mewakili tahun/elemen/unsur manakala paksi Y mewakili nilai. Tandakan nilai bagi setiap 1 CM di atas paksi Y dan nyatakan unitnya dihujung paksi tersebut.

Langkah 4: Tandakan setiap nilai data yang terdapat dalam soalan. Penandaan nilai mestilah dijarakkan dari paksi Y (sebaik-baiknya berjarak 1 CM). Seterusnya buat plotan bar atau turus mengikut nilai-nilai data yang terdapat dalam soalan. (Ingat – Plotan bagi graf bar mestilah dijarakkan antara satu bar dengan bar yang lain. Oleh sebab itu plotan bar adalah berlawanan dengan plotan graf garis. Jika graf garis perlu rapat dan bermula di atas paksi Y manakala plotan bar mesti renggang dari paksi Y dan renggang antara bar-bar yang dibina) Langkah 5: Lengkapkan graf anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas graf, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk di tulis di ruang bawah graf bar).

Lihat Contoh 2 di sebelah:

Contoh 2:

Jadual 2 di bawah menunjukkan bilangan migrasi masuk dan migrasi keluar di beberapa buah negeri terpilih Semenanjung Malaysia pada tahun 1998.

Page 8: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Jadual 2: Bilangan migrasi masuk dan migrasi keluardi beberapa buah negeri terpilih Semenanjung Malaysia pada tahun 1998.

Negeri Bil.Migrasi Masuk (orang)

Bil.Migrasi keluar (orang)

Johor 30 838 26 880Kedah 19 357 16 266

Kelantan 11 069 14 113Terengganu 14 979 9 361

Pahang 25 957 23 635Melaka 9 161 11 993Perak 25 753 35 317

Selangor 61 048 38 536Pulau Pinang 12 664 16 736

a) Berdasarkan jadual 2, lukis sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan bilangan migrasi bersih mengikut beberapa buah negeri terpilih di Semenanjung Malaysia pada tahun 1998.

Penyelesaian: Oleh kerana soalan meminta calon melukiskan graf bar yang menunjukkan Migrasi Bersih, maka calon mestilah dahulu mengira nilai migrasi bersih bagi setiap negeri dengan menggunakan formula berikut:

Migrasi Bersih = Migrasi Masuk ▬ Migrasi Keluar.

Jika nilai migrasi bersih yang diperolehi mempunyai nilai positif dan negatif maka graf bar yang perlu dilukis ialah graf bar cermin. Sekiranya nilai yang diperolehi positif sahaja atau negatif sahaja maka calon boleh memilih untuk melukis graf bar komponen atau graf bar kompaun bergantunglah kepada kesesuaiannya.

Berdasarkan nilai migrasi bersih yang diperolehi itu, pilih satu skala yang sesuai bagi mewakili semua data. Bahagikan nilai migrasi bersih dengan skala anda untuk memperolehi panjang setiap bar yang akan dilukis nanti.

Lihat Jadual nilai migrasi bersih dan panjang setiap bar di sebelah:

Jadual : Nilai Migrasi Bersih dan Panjang Setiap Bar.

Skala yang dipilih: 1 CM = 2000 Orang.

Page 9: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Negeri Bil.Migrasi Masuk (MM)

Bil.Migrasi keluar (MK)

Migrasi Bersih (MM – MK)

Panjang bar1cm = 2000 org.

Johor 30 838 26 880 3 958 1.9 cmKedah 19 357 16 266 3 091 1.5 cmKelantan 11 069 14 113 –3 044 – 1.5cmTerengganu 14 979 9 361 5 618 2.8cmPahang 25 957 23 635 2 322 1.1 cmMelaka 9 161 11 993 –2 832 – 1.4cmPerak 25 753 35 317 –9 564 – 4.7cmSelangor 61 048 38 536 22 512 11.2cmPulau Pinang 12 664 16 736 –4 072 – 2.0 cm

Lihat graf bar yang dilukis di sebelah:

Graf bar menunjukkan migrasi bersih bagi beberapa buah negeri Terpilih di Semenanjung Malaysia pada tahun 1998.

Page 10: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

1.1.2 b) Menganalisis dan Mentafsir Graf Bar.

Sepertimana graf garis, graf bar juga perlu dianalisis dan ditafsirkan daripada segi polanya, sebab-sebab, kesan serta cadangan mengatasi hasil daripada sesuatu bentuk bar yang terhasil. Di peringkat ini calon mestilah berupaya mengadunkan pengentahuan yang dimilikinya dengan kemahiran amali yang dibuat.

Page 11: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Lihat contoh soalan analisis di bawah.

b) Mengapakah sesetengah negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia mengalami kadar migrasi masuk yang tinggi berbanding dengan negeri-negeri di pantai timur dan utara semenanjung.

Jawapannya:

1. Mengenalpasti dengan tepat negeri di pantai barat yang mempunyai kadar migrasi masuk yang tinggi - Selangor dan Perak.

Sebab-sebab: (Boleh dibincangkan secara perbandingan antara faktor tarikan dan faktor tolakan - judul isinya masih lagi sama). Antara sebab-sebab yang boleh dibincangkan ialah:

1. Peluang perkerjaan. Peluang perkerjaan yang luas dan tawaran gaji yang lumayan terutamanya dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan khususnya di bandar-bandar besar dalam negeri yang berkenaan.- berbanding dengan negeri-negeri pantai timur dan utara semenanjung.

2. Peluang pendidikan. Peluang pendidikan tinggi juga lebih luas dan terbuka khususnya di negeri Selangor. Boleh dibuktikan dengan nama-nama IPTA atau IPTS - boleh dibuat perbandingan dengan negeri-negeri lain.

3. Faktor Urbanisasi. Tarikan kemudahan bandar yang begitu banyak di negeri-negeri pantai barat berbanding dengan negeri-negeri lain. Bandar yang lebih besar,lebih maju/pesat membangun yang menawarkan pelbagai kemudahan yang menarik.

4. Faktor sistem pengangkutan. Faktor pemangkin migrasi. Sistem pengangkutan yang cekap,cepat, canggih dan jaringan yang padat akan memudahkan pergerakan, meningkatkan darjah ketersampaian antara negeri-negeri pantai barat dengan negeri-negeri yang lain.

1.1.3 a) Membina Carta Pai (Rajah Bulatan Berbahagi).

Carta pai mempunyai beberapa nama seperti Rajah Bulatan Berbahagi dan juga Simbol Bulatan Berkadar. Ia terdiri daripada bulatan yang dipecahkan kepada segmen –segmen atau sektor-sektor mengikut nilai sudut yang telah dikira. Terdapat tiga pengiraan penting untuk membina sesebuah carta pai iaitu, pengiraan skala jejari bulatan, pengiraan sudut sektor dan juga pengiraan peratus sudut sektor.

Page 12: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Gerakerja Membina Carta Pai (Rajah Bulatan Berbahagi):

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan berapa buah carta pai yang perlu dibina berasaskan kehendak soalan.

Langkah 2: Campurkan semua nilai data mengikut sektor bagi tujuan mencari jejari. Nilai jejari boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:

Jejari = √ jumlah

Apabila sudah dipuncakuasaduakan maka nilai yang diperolehi bukan lagi dalam unit biasa tetapi bertukar menjadi UNIT PUNCAKUASADUA.

Langkah 3: Berdasarkan nilai puncakuasadua ini, pilih satu skala yang sesuai yang boleh diguna untuk mengira panjang jejari. Bahagikan nilai puncakuasa dua yang diperolehi dalam langkah (2) di atas dengan nilai skala yang telah dipilih itu. Sebaiknya panjang jejari mestilah sesuai untuk menghasilkan bulatan agar tidak terlalu besar atau terlalu kecil.

Langkah 4: Kirakan sudut sektor bagi setiap elemen yang terdapat dalam jadual dengan menggunakan formula berikut:

Nilai Bagi Setiap Elemen x 360°

Jumlah Keseluruhan Elemen

Langkah 5: Membuat plotan. Melukis bulatan dengan menggunakan jangka lukis berdasarkan panjang jejari yang telah dikira dan juga menandakan bukaan sudut sektor bagi setiap elemen yang telah dikira dengan menggunakan jangka sudut di dalam bulatan berkenaan.

Langkah 6: Mengira peratus setiap sudut sektor dengan menggunakan formula berikut:

Nilai Bagi Setiap Elemen x 100%

Jumlah Keseluruhan Elemen

Page 13: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Nilai peratus ini mestilah dimasukkan ke dalam setiap bukaan sudut sektor bulatan tersebut. (Ingat !, nilai peratus yang perlu ditulis dalam setiap bukaan sudut sektor dan bukannya nilai sudut berkenaan)

Langkah 7: Lorekan atau warnakan setiap sudut sektor dengan lorekan atau warna yang berlainan dan seterusnya lengkapkan carta pai anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas carta, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di bahagian bawah carta pai anda itu.

Lihat Contoh 3 di bawah:

Jadual 3 di bawah menunjukkan jumlah penduduk mengikut kumpulan umur di Malaysia pada tahun 2000.

Kumpulan Umur Jumlah Penduduk (‘000) orangBawah 15 tahun 7, 68415 - 64 tahun 14, 681

Lebih dari 65 tahun 898Jumlah 23,264

Berdasarkan jadual 3 di atas siapkan sebuah rajah bulatan berbahagi bagi menunjukkan jumlah penduduk mengikut kumpulan umur di Malaysia pada tahun 2000.

Langkah 1: Mengira skala jejari: Formula: √ JUMLAH

= √ 23,264,000 = 4823.27 unit puncakuasadua Skala Jejari = 1 CM = 1000 unit puncakuasdua

= 4823.27 ÷ 1000 Panjang jejari = 4.823 CM.

Langkah 2: Mengira sudut sektor dan peratus sudut sektor. (Lihat Jadual di bawah)

Kumpulan umur JumlahPenduduk

Sudut Sektor :Formulanya:

Nilai x 360º

Jumlah

% sudut sektorFormulanya:

Nilai sudut sektor x 100% 360º

Page 14: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Bawah 15 tahun 7,684,000 7,684,000 x 360º23,264,000 =118.9º

118.9º x 100 = 33.02%

360º15 – 64 tahun 14,681,000 14,681,000

x 360º23,264,000 =227.2º

227.2º x 100 = 63.11%

360º

Lebih 65 tahun 898,000 898,000 x 360º23,264,000 =13.9º

13.9º x 100 = 3.86%

360º

Lihat Rajah Bulatan Berbahagi yang dilukis di sebelah:

Rajah Bulatan Berbahagi menunjukkan jumlah penduduk mengikut kumpulan umur di Malaysia pada tahun 2000.

Page 15: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

1.1.4 a) Membina Rajah Piramid.

Konsep: Rajah piramid adalah sejenis graf bar yang telah dibentukkan seperti piramid. Ia menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk di sesebuah negara pada tahun-tahun tertentu. Sifatnya berlapis-lapis bermula dengan struktur umur yang paling muda, diikuti peringkat umur dewasa dan diakhiri dengan golongan tua di puncaknya. Ciri Jantina pula berada di sebelah kiri dan kanan rajah tersebut. Daripada rajah piramid ini kita boleh mentafsirkan pelbagai ciri demografi dan juga ciri pembangunan yang telah, sedang dan akan dialami oleh sesebuah negara. Diantaranya seperti nisbah jantina, kadar kelahiran

Page 16: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

dan kadar kematian, jangka hayat penduduk, kaitannya dengan transisi demografi,struktur guna tenaga dan nisbah tanggungan, taraf kesihatan penduduk, tahap pembangunan yang dicapai oleh sesebuah negara dan sebagainya.

Gerakerja membina rajah piramid.

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan baca soalan dengan teliti. Kenalpastikan kaedah rajah piramid yang diperlukan oleh soalan.

Langkah 2: Kenalpastikan nilai maksima serta nilai minima dalam data tersebut. Pilih satu skala yang sesuai yang boleh meliputi semua data dan boleh diplotkan di dalam sehelai kertas graf sahaja. Sebaiknya skala yang dipilih tidak terlalu besar atau terlalu kecil sehingga mencacatkan kesan nampak (Visual impact) graf bar yang dilukis itu.

Langkah 3: Di atas sehelai kertas graf (biasanya dibuat melintang), bahagikan secara seimbang antara jantina lelaki dan perempuan. Di tengah-tengah kertas graf tersebut (sebaik-baiknya berjarak 2 CM) Susunkan kumpulan umur yang dimulai dengan kumpulan umur paling muda sebagai tapak piramid manakala kumpulan umur paling tua sebagai puncak piramid.

Langkah 4: Tandakan nilai-nilai mengikut skala di bahagian tapak piramid yang mewakili jantina lelaki dan perempuan bermula dengan nilai 0 di sempadan kumpulan umur masing-masing. Berdasarkan data-data yang diberi dalam soalan, sila buat plotan bar. Panjang bar bagi setiap kumpulan umur dan jantina adalah bergantung kepada nilai data dalam soalan yang diplot berdasarkan skala yang telah ditetapkan. Kedudukan bar-bar ini adalah bertindan mengikut kumpulan umur tersebut.

Langkah 5: Lengkapkan rajah piramid anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas rajah, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk di tulis di ruang bawah rajah.

Lihat Contoh 4 di sebelah:

Jadual 4 menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk Malaysia pada tahun 1997.

Jadual 4: Struktur umur dan jantina penduduk Malaysia, 1997.

Kumpulan Umur Lelaki (‘ 000)

Perempuan (‘000)

0 - 910 - 1920 - 2930 - 39

2612235720171653

2455222518761584

Page 17: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

40 - 4950 - 5960 - 69

70 dan lebih

1168684386206

1111656414261

a) Berdasarkan jadual 4, lukis rajah piramid yang sesuai untuk menggambarkan struktur umur dan jantina penduduk Malaysia pada tahun 1997.

Lihat rajah Piramid di sebelah untuk menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk Malaysia bagi tahun 1997.

Rajah Piramid menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk Malaysia bagi tahun 1997.

Page 18: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

1.1.4 b) Menganalisis dan Mentafsir Rajah Piramid.

Daripada rajah piramid ini kita boleh mentafsirkan pelbagai ciri demografi dan juga ciri pembangunan yang telah, sedang dan akan dialami oleh sesebuah negara. Diantaranya seperti nisbah jantina, kadar kelahiran dan kadar kematian, jangka hayat penduduk,

Page 19: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

kaitannya dengan transisi demografi,struktur guna tenaga dan nisbah tanggungan, taraf kesihatan penduduk, tahap pembangunan yang dicapai oleh sesebuah negara dan sebagainya.

Lihat contoh di bawah:

b) Berdasarkan rajah yang telah anda lukis pada soalan (a),

i) Jelaskan cirri-ciri utama penduduk Malaysia pada tahun 1997,

ii) Huraikan kesan-kesan ciri kependudukan tersebut terhadap keadaan sosial dan ekonomi di Malaysia.

Jawapannya:

b) i) Sila rujuk rajah - Ciri-Ciri Utama Penduduk Malaysia, 1997 ialah:

1. Tapak yang lebar - Menunjukkan kadar kelahiran masih lagi tinggi/terus meningkat dan kadar kematian semakin merosot. Hal ini disebabkan oleh peningkatan taraf kesihatan, program perancangan keluarga yang kurang berkesan dan amalan perkahwinan di usia muda masih berlaku.

2. Puncak semakin sempit - Jangka hayat masih lagi rendah. Kumpulan umur tua sedikit relatif dengan kumpulan umur yang lain. Hal ini disebabkan oleh teknologi perubatan yang ada masih tidak berupaya untuk mengawal penyakit merbahaya seperti jantung, darah tinggi, kencing manis. Disamping amalan pemakanan yang tidak seimbang dan kesedaran penjagaan kesihatan yang masih rendah.

3. Komposisi umur - Golongan muda (bawah 20 tahun - kanak-kanak dan belia) masih ramai berbanding dengan golongan dewasa dan tua iaitu kira-kira 44% daripada jumlah penduduk negara. Ini menggambarkan nisbah tanggungan masih lagi besar khususnya di usia persekolahan.

4. Ciri Jantina. Walaupun rajah piramid kelihatan seimbang tetapi pada keseluruhannya penduduk lelaki lebih ramai daripada perempuan melebihi hampir 500 000 orang. Bilangan penduduk lelaki mengatasi perempuan bagi setiap kumpulan umur kecuali pada kumpulan umur (60 - 69 tahun dan 70 tahun ke atas). Ini menunjukkan warga tua perempuan lebih ramai berbanding lelaki.

b) ii) Kesan-kesan ciri kependudukan tersebut terhadap keadaan sosial dan ekonomi di Malaysia.

1. Pertumbuhan penduduk yang agak pesat sebagai satu aset membekalkan tenaga kerja/tenaga buruh pada masa hadapan untuk mempercepatkan lagi pembangunan sektor-sektor ekonomi seperti pertanian, perindustrian,perkhidmatan dan sebagainya.

Page 20: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Kumpulan umur dewasa yang sedia ada (20 - 59 tahun) juga merupakan kumpulan umur yang produktif membantu memesatkan pertumbuhan ekonomi negara.

2. Memperluaskan pasaran domestik. Pertumbuhan penduduk yang agak pesat menjamin peningkatan permintaan barangan dan perkhidmatan dan seterusnya menambahkan pengeluaran. Kumpulan umur dewasa yang ada dengan kuasa beli yang agak tinggi juga menjamin pertambahan permintaan dan penawaran. Pasaran domestik menjadi semakin besar/kuasa-kuasa pasaran semakin kuat dan kesan positif dari perluasan pasaran diperolehi .

3. Perlunya pertambahan peluang pekerjaan agar sejajar dengan peningkatan penduduk dan keperluan guna tenaga dalam negara. Pertambahan peluang pekerjaan dalam semua sektor amat penting demi mengelakkan pengganguran pada masa hadapan. Peluang pekerjaan perlu ditambah dalam sektor ekonomi moden seperti perindustrian dan perkhidmatan.

4. Pertambahan perbelanjaan kerajaan. Perbelanjaan yang besar amat diperlukan dalam menyediakan kemudahan asas; pendidikan, kesihatan, reakreasi dan lain-lain bagi menampung keperluan penduduk yang ramai khususnya di bandar-bandar besar akibat migrasi penduduk muda. Disamping itu keperluan peruntukan yang khusus untuk menampung kebajikan warga tua yang semakin bertambah seperti rumah-rumah kebajikan, perubatan percuma, faedah persaraan dan sebagainya.

1.1.5 ) Membina dan Mentafsir Peta Tematik.

1.1.5 a) Membina Peta Koroplet (Peta Lorek)

Page 21: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Peta Koroplet (Choropleth) atau peta lorek adalah sebuah peta taburan yang bertujuan untuk menunjukkan kepadatan/densiti sesuatu data yang diwakilinya. Peta koroplet atau Peta lorekan bernilai ini mewakili sesuatu selang jeda yang dilukiskan di dalam ruang-ruang yang berbeza nilainya dan dibezakan daripada segi kepadatan ton lorekannya. Peta ini selalunya digunakan untuk menunjukkan taburan khususnya kepadatan penduduk dan juga ekonomi kerana kedua-dua data ini mudah dikumpulkan. Apa yang perlu di dalam pembinaan peta lorek ialah satu set data dan sebuah peta lakar yang menunjukkan sempadan pentadbiran yang sejajar dengan kawasan data yang diwakili seperti sempadan peringkat negara, negeri,daerah, mukim dan lain-lain Untuk memahami bagaimana peta lorekan ini dibuat sila ikuti contoh 5 di bawah;

Jadual 5 menunjukkan jumlah penduduk dan keluasan tiap-tiap negeri di Malaysia pada tahun 1996.

Jadual 5: Jumlah penduduk dan keluasan tiap-tiap negeri di Malaysia pada tahun 1996.

Negeri Penduduk (' 000)

Keluasan (KM²)

JohorKedah

KelantanMelaka

Negeri SembilanPahangPerakPerlis

Pulau PinangSabah

SerawakSelangor

TerengganuWP Kuala Lumpur

WP Labuan

2 496.21 505.91 411.1 576.5 797.91 213.92 083.3 213.21 209.92 456.81 919.32 909.7 948.41 358.9 67.9

18 986 9 42614 983 1 650 6 64335 96521 005 795 1 03173 620124 449 7 956 12 955 243 91

Berdasarkan jadual 5,

a) Hitung kepadatan penduduk negeri-negeri di Malaysia pada tahun 1996. Jawapan: Lihat penghitungan kepadatan penduduk di dalam jadual di bawah. Formula Kepadatan: Jumlah Penduduk ÷ Luas Kawasan

Page 22: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Jadual : Kepadatan penduduk negeri-negeri di Malaysia pada tahun 1996.

Negeri Penduduk (' 000)

Keluasan (KM²)

Kepadatan(Orang / KM²)

JohorKedah

KelantanMelaka

Negeri SembilanPahangPerakPerlis

Pulau PinangSabah

SerawakSelangor

TerengganuWP Kuala Lumpur

WP Labuan

2 496.21 505.91 411.1 576.5 797.91 213.92 083.3 213.21 209.92 456.81 919.32 909.7 948.41 358.9 67.9

18 986 9 42614 983 1 650 6 64335 96521 005 795 1 03173 620124 449 7 956 12 955 243 91

131.5159.7 94.2349.4120.1 33.8 99.2268.2

1173.5 33.4 15.4 365.7 73.2 5592.2 746.2

b) Berdasarkan hitungan yang telah anda buat pada soalan (a), gunakan peta 1 untuk melukis peta koroplet bagi menunjukkan kepadatan penduduk negeri-negeri di Malaysia pada tahun 1996.

Gerakerja Membina Peta Koroplet:

Langkah 1. Tentukan dan tuliskan tajuk yang betul di ruang paling atas peta. Sesuatu tajuk mestilah dapat menunjukkan kaedah yang diguna dan apa yang diwakilinya. Contoh : “Peta Koroplet Menunjukkan Kepadatan Penduduk Bagi Negeri-Negeri Di Malaysia Pada Tahun 1996”.

Langkah 2. Memilih Skala Jeda Yang Sesuai. Dalam hal ini terlebih dahulu anda patut;

2.1 Meneliti data-data yang diberi dan perhatikan angka maksimun, minimun dan taburannya bagi tujuan menguji beberapa angka jeda yang sesuai. Seboleh

Page 23: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

mungkin angka atau selang jeda yang dipilih, mestilah boleh mewakili kesemua data yang ada. Ini bermakna tidak ada satu data pun yang tidak boleh dimasukkan ke dalam mana-mana kelas yang dibuat nanti.

2.2 Menguji beberapa angka jeda. Oleh kerana angka ratus adalah angka yang paling banyak berulang iaitu di enam negeri maka angka jeda yang sesuai adalah antara angka 100 hingga 999. Untuk lebih mudah pilihlah angka-angka seperti 100, 200, 300 dan sebagainya. Katakan saya memilih angka 100 sebagai selang jedanya. “ Skala Jeda: 100 orang/km persegi”. Ingat!. Selang Jeda ini mestilah sama atau seragam antara had kelas bawah dengan had kelas atas atau antara satu kelas dengan kelas yang lain

Langkah 3: Membentukkan kelas-kelas Lorekan. Jumlah kelas yang paling sesuai ialah antara 4 hingga 7 kelas. Supaya semua data boleh dimasukkan dalam mana-mana kelas anda patut menggunakankaedah kelas terbuka bagi kelas terbawah dan kelas teratas. Lihat Contoh berikut:

Skala Jeda: 100 Orang/Km Persegi.

Kelas 1 : ≤ 100 Kelas terbuka. Kelas 2 : 101 ▬ 200

Kelas 3 : 201 ▬ 300

Kelas 4 : 301 ▬ 400

Kelas 5 : ≥ 401 Kelas terbuka.

Langkah 4: Memilih Skema Lorekan Yang Betul dan Sesuai. Skema lorekan yang dipilih mestilah dapat menunjukkan perbezaan kepadatan. Justeru ton lorekannya bermula dengan jarang dan semakin lama semakin padat. Dalam hal ini ada dua skema lorekan yang boleh dipilih iaitu;

Page 24: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Kelas 1

Kelas 2

Kelas 3

Kelas 4

Kelas 5

Langkah 5: Membuat Plotan, tajuk, skala dan Petunjuk. Sila lorekkan (dengan pensel sahaja) negeri-negeri mengikut skema lorekan yang telah dipilih. Bagi negeri yang padat ton lorekannya mestilah lebih gelap berbanding dengan negeri yang jarang kepadatan penduduknya. Apabila membuat plotan, calon mestilah berhati-hati untuk menghasilkan plotan yang kemas, bersih dan sempurna. Lengkapkan peta koroplet anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas peta, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk di tulis di ruang bawah peta.

Lihat peta koroplet yang dilukis di sebelah:

Peta Koroplet Menunjukkan Kepadatan Penduduk Bagi Negeri-Negeri Di Malaysia Pada Tahun 1996

Page 25: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

1.1.5 b) Menganalisis dan mentafsir Peta Koroplet (Peta Lorek)

c) Berdasarkan peta koroplet anda itu, analisakan sebab-sebab mengapa negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung lebih padat penduduknya berbanding dengan negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung?.

Page 26: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Dengan merujuk kepada peta koroplet yang dilukis, jelas menunjukkan negeri-negeri pantai barat semenanjung mempunyai kepadatan yang tinggi berbanding dengan negeri-negeri di pantai timur. Hal ini disebabkan beberapa faktor seperti berikut:

1. Sejarah pembangunan ekonomi yang lebih awal berlaku di kawasan pantai barat semenanjung berbanding dengan kawasan pantai timurnya. Sejak era penjajah lagi negeri-negeri pantai barat menjadi tumpuan pembangunan ekonomi berikutan daripada adanya potensi sumber yang banyak. Sebagai contoh Lembah Kelang di Selangor dan Lembah Kinta di Perak amat kaya dengan sumber bijih timah. Justeru itu ia menjadi tarikan khususnya kepada migran-migran Cina bertumpu ke arahnya. Bagi mempercepatkan pengeksploitasian sumber, penjajah telah memajukan kawasan ini dengan sistem pengangkutan, kemudahan penempatan serta kemudahan-kemudahan asas yang lain yang menyebabkan kawasan tersebut terus berkembang dengan pelbagai kegiatan perniagaan dan perkhidmatan. Dengan wujudnya pelbagai jenis rantaian ekonomi yang berkaitan dengan sektor perlombongan, maka ia membuka lebih banyak peluang perkerjaan kepada penduduk yang seterusnya mempercepatkan pula proses migrasi masuk penduduk. Akhirnya kawasan-kawasan perlombongan bijih timah menjadi padat penduduk.

2. Peluang perkerjaan yang luas dalam sektor ekonomi moden khususnya dalam bidang industri dan perkhidmatan. Sektor perindustrian khususnya yang berintensif buruh juga tertumpu di pantai barat semenanjung berbanding dengan kawasan pantai timurnya. Sebagai contoh kawasan lembah Kelang sendiri menempatkan hampir separuh daripada sektor perindustrian di Malaysia. Dengan adanya pelbagai jenis dan peringkat industri maka ia telah membuka peluang perkerjaan yang luas kepada penduduk. Disokong pula oleh tawaran gaji yang lumayan menyebabkan penduduk di pantai timur semenanjung berhijrah ke luar menuju ke negeri-negeri pantai barat khususnya ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Misalan di Lembah Kelang sahaja penduduknya hampir 1.5 juta orang. Bagi negeri-negeri pantai timur pula migrasi keluar berterusan berlaku dan amat sukar untuk dibendung disebabkan sektor ekonominya masih tertumpu kepada sektor pertanian yang tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan serta peluang perkerjaan yang terhad. Justeru itu dualisme ekonomi yang ketara membolehkan proses migrasi dalaman ini berlaku yang akhirnya menyebabkan ketidakseimbangan taburan penduduk yang ketara di Semenanjung Malaysia.

3. Faktor sosial seperti kemudahan pembandaran, kemudahan pendidikan serta kemudahan pengangkutan tertumpu di kawasan pantai barat semenanjung. Salah satu tarikan utama yang mendorong migrasi ialah pengaruh pembandaran. Tidak dapat dinafikan bandar-bandar besar dan moden serta lengkap dengan pelbagai kemudahan adalah terletak di jaluran pantai barat semenanjung seperti Bandaraya Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Seremban,Ipoh dan sebagainya. Bandar-bandar ini bukan

Page 27: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

sahaja menawarkan kemudahan pembandaran yang lengkap malah ia juga menjadi pusat-pusat pengajian tinggi. Dengan itu ia menggalakkan lagi migrasi penduduk khususnya dari pantai timur semananjung. Selain itu, adanya sistem pengangkutan yang cekap telah memangkinkan lagi migrasi keluar penduduk kerana darjah ketersampaian antara pantai timur dengan barat menjadi lebih cepat dan mudah. Oleh itu tidak hairanlah jika pantai barat semenanjung terus mengalami pertambahan dan kepadatan penduduk yang tinggi sedangkan pantai timurnya semakin merosot dan semakin kurang penduduk.

4. Faktor fizikal seperti bentuk muka bumi dan keluasan negeri. Kawasan pedalaman negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan adalah berbukit bukau, bergunung ganang serta berhutan tebal . Kawasan-kawasan ini juga tidak subur dan sukar dihubungi. Oleh sebab itu ia tidak menjadi kawasan pilihan penduduk. Taburan penduduknya amat jarang dan kebanyakannya didiami oleh orang-orang asli. Keadaan ini amat berbeza dengan negeri-negeri pantai barat yang lebih landai,pamah,rata serta bertanah subur untuk pelbagai jenis kegiatan pertanian. Saiz negeri juga mempengaruhi perbezaan kepadatan penduduk. Bagi negeri yang luas seperti Pahang dan Terengganu akan menghasilkan angka kepadatan yang sedikit berbanding dengan negeri Melaka dan Negeri Sembilan yang kecil keluasannya yang akan menghasilkan nilai kepadatan yang tinggi walaupun daripada segi jumlah penduduknya mungkin hampir sama sahaja. Hal ini disebabkan oleh pengaruh formula pengiraan kepadatan penduduk itu sendiri.

1.1.5 c) Membina Peta Titik (Dot Map)

Konsep: Peta titik adalah peta yang paling mudah untuk menunjukkan taburan sesuatu data geografi khususnya data penduduk. Tidak seperti peta koroplet yang menggunakan data kepadatan, peta titik lazimnya mewakili data-data jumlah seperti jumlah penduduk di sesuatu kawasan pentadbiran. Jumlah titik yang diplot akan mewakili jumlah sebenar data yang diwakili. Justeru itu saiz titik, jumlah titik dan sebaran titik mestilah menepati

Page 28: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

kuantiti sebenar data tersebut. Terdapat dua ciri penting dalam membina peta titik, iaitu; pertama saiz titik mestilah seragam (sama besar) dan kedua sebaran titik/jarak antara satu titik dengan satu titik yang lain juga mesti seragam. Dalam konteks ini jarak antara satu titik dengan titik yang lain tidak perlu diukur, memadai dengan anggaran sahaja asalkan ia kelihatan tersebar menyeluruh kawasan yang diwakilinya dan tidak berlonggok di sesuatu tempat sahaja jika kawasan yang diwakilinya itu tidak dikenalpasti kawasan-kawasan negatifnya.

Titik-titik diplot di atas peta melalui dua cara, iaitu:

1. Plotan subjektif: Jika peta yang mewakili sesuatu data itu tidak ditunjukkan kawasan-kawasan negatif seperti kawasan paya, hutan tebal, tasik dan lain-lain maka titik-titik diplot secara menyeluruh dan ditaburkan ke segenap kawasan.

2. Plotan Objektif: Jika peta yang mewakili sesuatu data itu ditunjukkan dengan jelas kawasan-kawasan negatif, maka kawasan-kawasan negatif tersebut tidak boleh diplot. Elakkan daripada meletakkan titik-titik di kawasan-kawasan berkenaan. Secara logiknya adakah penduduk tinggal di kawasan paya serta di dalam sungai?.

lihat contoh 6 di bawah.

Jadual 6 di bawah menunjukkan jumlah penduduk bagi setiap daerah di Pulau Pinang pada tahun 1991.

Jadual 6: Jumlah Penduduk Bagi Setiap Daerah Di Pulau Pinang , 1991.

Daerah Jumlah Penduduk (Orang)Seberang Perai Tengah 236, 270

Seberang Perai Utara 224, 647Seberang Perai Selatan 84, 771

Daerah Timur Laut 395, 714Daerah Barat Daya 122, 764

a) Dengan menggunakan jadual 6, lukis sebuah peta titik untuk menunjukkan taburan penduduk bagi setiap daerah di Pulau Pinang pada tahun.1991.

Plotan Subjektif.

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan nilai maksima serta nilai minima.

Langkah 2: Pilih satu skala yang sesuai yang boleh meliputi semua data dan boleh diplotkan di dalam peta kosong yang diberikan. Sebaiknya skala yang dipilih tidak terlalu besar atau terlalu kecil sehingga mencacatkan kesan nampak (Visual impact) peta titik

Page 29: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

yang dilukis itu seperti keadaan titik yang terlalu padat sehingga bertindih antara satu sama lain. Dalam kes ini skala yang dipilih ialah:

Skala: 1 titik = 10,000 orang.

Langkah 3: Membuat pengiraan jumlah titik yang diperlukan bagi setiap daerah berasaskan skala yang telah dipilih itu. Lihat jadual pengiraan di bawah:

Daerah Jumlah Penduduk Bilangan Titik Yang diperlukan(Skala: 1 titik = 10,000 orang)

Seberang Perai Tengah 236, 270 236, 270 ÷ 10,000 = 23.6 = 24 titikSeberang Perai Utara 224, 647 224, 647 ÷ 10, 000 = 22.4 = 22 titikSeberang Perai Selatan 84, 771 84, 771 ÷ 10, 000 = 8.4 = 08 titikDaerah Timur Laut 395, 714 395, 714 ÷ 10, 000 = 39.5 = 40 titikDaerah Barat Daya 122, 764 122, 764 ÷ 10, 000 = 12.2 = 12 titik

Langkah 4: Membuat plotan iaitu menandakan titik-titik di atas peta yang disediakan. Terdapat dua perkara yang perlu diingatkan semasa membuat plotan ini iaitu:

a) Saiz titik yang diplot mestilah sama besar.b) Taburan titik (jarak antara titik-titik) mestilah seragam.

Langkah 5: Lengkapkan peta titik anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas peta, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di ruang bawah peta.

Lihat peta titik yang dilukis di sebelah:

Peta titik menunjukkan taburan pendudukbagi setiap daerah di Pulau Pinang pada tahun.1991.

Page 30: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Plotan Objektif.

Lihat Contoh 7 di bawah:

Jadual 7 di bawah menunjukkan jumlah penduduk di setiap daerah negeri Terengganu pada tahun 1980.

Jadual 7: Jumlah penduduk setiap daerah di negeri Terengganu ,1980.

Page 31: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Daerah Jumlah Penduduk (Orang)Besut 100, 830

Dungun 58, 360Kemaman 64, 899

Kuala Terengganu 232, 730Marang 24, 977

Hulu Terengganu 43, 459

Soalan:

Anda diberikan satu peta guna tanah negeri Terengganu (Peta 7 a) sebagai panduan. Di atas peta kosong 7b yang disediakan, tunjukkan taburan penduduk di setiap daerah negeri Terengganu pada tahun 1980 dengan menggunakan kaedah peta titik.

Penyelesaian: Plotan Objektif (Mengambil kira kawasan negatif yang tidak didiami penduduk seperti kawasan hutan dan paya).

1. Tajuk: Peta Titik Menunjukkan Taburan Penduduk Mengikut Daerah di Terengganu pada tahun 1980.

2. Skala: 1 titik = 1000 orang.

3. Pengiraan (Lihat jadual di bawah):

Daerah Jumlah Penduduk Bilangan titik yang diperlukan(1 titik = 1000 orang)

Besut 100, 830 100, 830 ÷ 1000 = 101 titik.Dungun 58, 360 58, 360 ÷ 1000 = 58 titik

Kemaman 64, 899 64, 899 ÷ 1000 = 65 titikKuala Terengganu 232, 730 232, 730 ÷ 1000 = 233 titik

Marang 24, 977 24, 977 ÷ 1000 = 25 titikHulu Terengganu 43, 459 43, 459 ÷ 1000 = 44 titik

4. Plotan: Sila lihat plotan secara objektif pada peta 7b.

5. Petunjuk: Simbol titik sebagai pelengkap peta.

Peta Titik Menunjukkan Taburan Penduduk Mengikut Daerah diTerengganu pada tahun 1980.

Page 32: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

1.1.5 d) Membina Peta Simbol Berkadar (Peta Bulatan Berkadar)

Peta simbol berkadar juga merupakan satu kaedah kartografi yang boleh digunakan untuk menunjukkan taburan sesuatu fenomena geografi di atas ruang khususnya yang berkaitan dengan taburan penduduk. Banyak simbol berkadar yang boleh diguna di atas peta misalnya Peta Bulatan Berkadar, Segiempat Berkadar, Kiub Berkadar, Kon Berkadar, Silender Berkadar dll. Tetapi yang lebih popular dan mudah digunakan ialah Bulatan Berkadar serta Segiempat Berkadar.

Page 33: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Perkataan berkadar sebenarnya merujuk kepada penggunaan skala yang sama dan menunjukkan perubahan yang seragam apabila plotan dibuat di atas sesebuah peta. Umpamanya katakan kita menggunakan simbol bulatan berkadar pada skala jejari = 2cm. Bulatan pertama jejarinya = 2cm, bulatan ke dua jejarinya = 4 cm, bulatan ketiga jejarinya = 6 cm, bulatan ke empat = 8cm dan seterusnya kenaikan jejari pada nilai = 2cm.

Simbol-simbol berkadar yang diguna akan diplotkan di atas kawasan masing-masing. Justeru peta ini akan dengan mudah dapat menunjukkan jumlah, taburan dan serakan sesuatu data yang diwakilinya. Saiz bulatan berkadar yang dilukis dapat ditafsirkan mewakili jumlah sesuatu data yang diwakili oleh kawasan-kawasan tersebut. Pembinaan peta bulatan berkadar adalah seperti contoh 8 di bawah:

Jadual 8 di bawah menunjukkan bilangan penduduk di ibu-ibu negeri Semenanjung Malaysia pada tahun 1991.

Jadual 8: Bilangan Penduduk di Ibu-Ibu Negeri Semenanjung Malaysia, 1991.

NO IBU NEGERI BILANGAN PENDUDUK (Orang)1 Johor Baharu 214 1042 Alor setar 125 0263 Kota Baharu 58 7034 Melaka 74 9625 Seremban 72 5906 Kuantan 85 7987 Ipoh 301 2638 Kangar 24 2329 Georgetown 219 37610 Shah Alam 101 73311 Kuala Terengganu 66 88612 Bandaraya Kuala Lumpur 1 145 075

Soalan:

Berdasarkan jadual 11 di atas dan di atas peta 11 yang disediakan tunjukkan bilangan penduduk di ibu-ibu negeri semenanjung malaysia pada tahun 1991 dengan menggunakan Kaedah Bulatan berkadar. Lengkapkan peta anda dengan tajuk dan petunjukGerakerja Membina Peta Bulatan Berkadar.

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan nilai maksima serta nilai minima.

Langkah 2: Mencari skala jejari. Calon perlu mempuncakuasaduakan setiap data yang diberi bagi tujuan mencari nilai jejari. Apabila semua data sudah dipuncakuasaduakan maka nilai yang diperolehi bukan lagi dalam unit biasa tetapi bertukar menjadi UNIT PUNCAKUASADUA. Lihat jadual pengiraan di bawah:

Page 34: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

No Ibu Negeri BilanganPenduduk

Nilai Puncakuasadua

Panjang Jejari (Skala 1cm = 400 unit

puncakuasadua )1 Johor Baharu √ 214 104 462.7 462.7 ÷ 400 = 1.15cm2 Alor Setar √ 125 026 353.6 353.6 ÷ 400 = 0.88cm3 Kota Bharu √ 58 703 242.3 242.3 ÷ 400 = 0.60cm4 Melaka √ 74 962 273.8 273.8 ÷ 400 = 0.68cm5 Seremban √ 72 590 269.4 269.4 ÷ 400 = 0.67cm6 Kuantan √ 85 798 292.9 292.9 ÷ 400 = 0.73cm7 Ipoh √ 301 263 548.9 548.9 ÷ 400 = 1.37cm8 Kangar √ 24 232 155.7 155.7 ÷ 400 = 0.38cm9 Georgetown √ 219 376 468.4 468.4 ÷ 400 = 1.17cm10 Shah Alam √ 101 733 318.9 318.9 ÷ 400 = 0.79cm11 K.Terengganu √ 66 886 258.7 258.7 ÷ 400 = 0.64cm12 Bandaraya

Kuala Lumpur√ 1 145 075 1 070.1 1070.1 ÷ 400 = 2.67cm

Langkah 3: Berdasarkan nilai puncakuasadua ini, pilih satu skala yang sesuai yang boleh diguna untuk mengira panjang jejari setiap bulatan. Bahagikan nilai puncakuasa dua yang diperolehi dalam langkah (2 ) di atas dengan nilai skala yang telah dipilih itu. Sebaiknya saiz bulatan yang dibina janganlah terlalu besar atau terlalu kecil untuk menghasilkan kesan nampak yang baik. Dalam kes ini skala jejari yang dipilih ialah:

1 CM = 400 Unit Puncakuasadua. (Lihat pengiraan panjang jejari dalam jadual di atas)

Langkah 4: Membuat plotan. Berdasarkan panjang jejari yang telah dikira bagi setiap bulatan (dalam langkah 3 ), maka calon boleh membuat plotan bulatan di atas peta yang diberikan. Plotan mestilah dibuat dengan menggunakan jangka lukis dan pusat bulatan mestilah berada di tengah-tengah pusat bandar/ibu negeri atau poin yang diberikan dalam soalan/peta.

Langkah 5: Melengkapkan peta bulatan berkadar anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas peta, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di bahagian bawah peta bulatan berkadar anda itu. Petunjuk yang dibuat mestilah berkadar bentuknya dengan mewakili tiga nilai yang berbeza – kecil, sederhana dan besar. Setiap bulatan dalam petunjuk mesti dinyatakan jumlah yang diwakilinya. (Lihat Peta bulatan berkadar di sebelah)

Peta Bulatan Berkadar Menunjukkan Bilangan Penduduk di Ibu-Ibu Negeri Semenanjung Malaysia, 1991.

Page 35: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

1.1.5 e) Membina Peta Aliran.

Konsep: Peta aliran adalah sejenis peta statistik yang diguna untuk menunjukkan arah dan isipadu (jumlah) pergerakan sesuatu barangan, perkhidmatan dan juga pergerakan manusia. Misalnya pergerakan import-eksport, migrasi antarabangsa, migrasi dalaman,ketibaan pelancong asing ke sesebuah negara, aliran masuk modal ke sesebuah negara dan sebagainya. Terdapat dua elemen penting di dalam peta aliran iaitu, ketebalan garis aliran yang mewakili jumlah yang bergerak ke sesuatu destinasi dan juga anak panah (arrow) yang menunjukkan ke mana sesuatu barangan,perkhidmatan dan penduduk itu bergerak.

Page 36: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Lihat Contoh 9 di bawah:

Jadual 9 di bawah menunjukkan bilangan migran yang berpindah ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengikut negeri asal pada tahun 1990.

Jadual 9 : Bilangan Migran yang berpindah ke Selangor dan WilayahPersekutuan Kuala Lumpur Mengikut Negeri Asal pada tahun 1990.

Negeri Asal Bilangan Migran yang berpindah ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. (Orang)

JohorKedah

KelantanMelaka

Negeri SembilanPahang

Pulau PinangPerakPerlis

Terengganu

7 7685 4025 8496 1286 1577 9084 177

17 865719

3 104

a) Dengan menggunakan jadual di atas, lukis sebuah peta aliran di atas peta semenanjung Malaysia yang disediakan bagi menunjukkan pergerakan migran ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1990. Lengkapkan peta anda dengan petunjuk dan tajuk yang sesuai.

Gerakerja Membina Peta Aliran:

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan di mana dan ke arah mana garis aliran perlu dibuat berasaskan kehendak soalan dan peta yang diberikan. Dalam kes ini migran berpindah dari negeri asal menuju ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Oleh sebab itu anak panah aliran ialah Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Langkah 2: Mencari skala ketebalan garis aliran. Terdapat dua kaedah yang boleh diguna untuk mencari skala ketebalan garisan iaitu:

a) Skala aritmetik. Skala dalam unit biasa yang digunakan seperti 1CM = 1CM = 20,000 orang . Skala aritmetik digunakan sekiranya tidak terdapat perbezaan yang terlalu besar antara nilai maksima dengan nilai minima di dalam data soalan yang diberi.

b) Skala geometri. Skala dalam unit puncakuasadua. Skala ini diguna sekiranya terdapat perbezaan data yang terlalu besar antara nilai maksima dengan nilai minima. Justeru untuk menyelaraskan data-data tersebut maka semua data perlu dipuncakuasaduakan agar tidak terlalu ketara perbezaannya. Apabila semua data sudah

Page 37: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

dipuncakuasaduakan maka nilai yang diperolehi bukan lagi dalam unit biasa tetapi bertukar menjadi UNIT PUNCAKUASADUA. Dalam kes ini kaedah yang digunakan ialah skala geometri kerana wujudnya perbezaan data yang besar iaitu antara 17 856 orang dengan 719 orang. Lihat pengiraan di bawah:

Negeri Bilangan Migran Yang Berpindah

( Unit :Orang)

Puncakuasaduakan setiap data mengikut

negeri:(Unit Puncakuasadua)

Ketebalan garisan (dalam CM) setelah dibahagikan dengan

skala:1CM = 150 unit √

JohorKedah

KelantanMelakaNegeri

SembilanPahang

Pulau PinangPerakPerlis

Terengganu

√ 7 768√ 5 402√ 5 849√ 6 128√ 6 157√ 7 908√ 4 177

√ 17 865 √ 719

√ 3 104

88.1473.5076.4878.2878.4788.9364.63133.6626.8155.71

0.590.500.510.520.520.600.430.900.120.40

Langkah 3: Berdasarkan nilai puncakuasadua ini, pilih satu skala yang sesuai yang boleh diguna untuk mengira ketebalan garis aliran. Bahagikan nilai puncakuasa dua yang diperolehi dalam langkah (2 b) di atas dengan nilai skala yang telah dipilih itu. Sebaiknya ketebalan garisan janganlah terlalu besar atau terlalu kecil untuk menghasilkan kesan nampak yang baik. Dalam kes ini skala yang dipilih ialah:

1CM = 150 Unit Puncakuasadua

Langkah 4: Membuat plotan. Berdasarkan nilai ketebalan garisan yang telah dikira dalam langkah 3 (Lihat jadual di atas) calon boleh membuat plotan garis aliran di atas peta yang diberikan. Plotan mestilah mengikut syarat-syarat berikut:

a) Garis aliran mestilah sama tebal dari permulaan hingga ke destinasinya sekiranya garis aliran tersebut dibuat secara berasingan bagi setiap negeri.

b) Sekiranya pelajar memilih teknik untuk menggabungkan garis aliran pastikan ketebalan kepala aliran adalah mewakili kesemua jumlah ketebalan garisan aliran yang telah digabungkan.

Page 38: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

b) Arah aliran (arrow) bagi setiap garis aliran mesti ditunjukkan.

c) Antara garis aliran tidak boleh bertindih dan tidak boleh bersilang.

d) Untuk mengelakkan pertindihan garis aliran boleh dibuat melengkung atau bergabung.

Langkah 5: Lorekan atau warnakan setiap garis aliran yang dibuat dan seterusnya lengkapkan peta aliran anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas carta, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di bahagian bawah peta aliran anda itu. Petunjuk yang dibuat mestilah bertangga bentuknya mewakili tiga nilai yang berbeza.

Lihat Peta Aliran yang dilukis di sebelah:

Peta Aliran Menunjukkan Bilangan Migran Yang BerpindahKe Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 1990

Page 39: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

1.1.5 f) Menganalisis dan Mentafsir Peta Aliran.

Menganalisis peta aliran meliputi analisis pola aliran, isipadu aliran, sebab-sebab dan kesan-kesannya.

Contoh Soalan

b) Berdasarkan kepada peta aliran yang telah anda lukis itu, mengapakah kadar migrasi masuk ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Soalan ini berfokus kepada menganalisis sebab. Antara sebab mengapa Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengalami kadar migrasi masuk yang tinggi ialah:

Page 40: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

1. Faktor ekonomi iaitu peluang perkerjaan yang luas dengan pendapatan yang lumayan dan stabil. Ini boleh dikaitkan dengan aliran migrasi luar bandar ke bandar atau dari negeri yang kurang maju seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang ke negeri yang lebih maju seperti Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kedua-dua negeri ini adalah pesat membangun dengan sektor perindustrian dan perkhidmatan. Ia telah menawarkan peluang perkerjaan yang banyak khususnya dalam operator pengeluaran seperti di kilang elektronik,pemasangan,pembuatan dan sebagainya. Penawaran gaji yang tetap dan lumayan disamping kemudahan yang banyak disediakan seperti perumahan dan pengangkutan,perkhidmatan yang selesa serta suasana kerja yang menyeronokkan telah menjadi daya tarikan utama untuk penduduk desa berubah sikap meninggalkan sektor pertanian yang tidak begitu terjamin dan tidak glamour. Pada masa yang sama sektor pertanian di luar bandar pula menjadi penolaknya seperti keadaan kerja yang berpanas dan berhujan, memperolehi pendapatan yang kecil dan tidak tetap, dibelenggu dengan kemiskinan, taraf hidup yang rendah, kemudahan asas yang tidak mencukupi dan sebagainya. Justeru itu tidak hairanlah sejumlah besar migrasi datangnya dari negeri-negeri yang masih bergantung kepada sumber pertanian seperti Kedah,Kelantan,Terengganu dan Pahang.

2. Faktor sosial khususnya Peluang melanjutkan pelajaran/pendidikan ke institut pengajian tinggi yang banyak terletak di bandar-bandar besar khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur seperti UM,UKM,UPM,UiTM dan lain-lain Berbanding dengan kawasan luar bandar peluang pendidikan tinggi adalah amat terhad. Oleh sebab itu ramai pelajar luar bandar terpaksa berhijrah ke bandar-bandar besar demi melanjutkan pelajaran mereka. Sebahagian pelajar yang telah menamatkan pelajaran mungkin akan bekerja dan menetap di bandar-bandar besar tersebut apabila bidang perkerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka tidak terdapat di kawasan asal mereka/luar bandar, sebaliknya hanya ada di bandar-bandar besar sahaja.

3. Faktor kemudahan pembandaran yang baik dan menarik seperti di metropolis Kuala Lumpur. Bandar ini mempunyai kemudahan bandar yang lengkap seperti kemudahan hiburan,perkhidmatan perhubungan (Pengangkutan dan telekomunikasi), perkhidmatan kesihatan dan lain-lain yang jauh lebih baik dan selesa jika dibandingkan dengan kawasan luar bandar dan juga negeri-negeri lain di Semenajung Malaysia. Faktor ini sekali lagi telah menarik minat terutamanya golongan muda dan golongan profesional untuk berhijrah ke bandar atau negeri tersebut. Bagi golongan profesional seperti doktor,peguam,jurutera,pegawai bank dan lain-lain lagi mempunyai peluang yang luas untuk mengembangkan perniagaan dan kerjaya mereka di bandar-bandar besar berkenaan. 4. Faktor pemangkin ialah adanya sistem pengangkutan yang cekap dan jaraknya yang dekat menghubungkan Selangor serta Kuala Lumpur dengan negeri-negeri berjiran seperti Perak,Melaka,Negeri Sembilan dan Pahang. Bagi negeri Perak dan Melaka migran boleh bergerak dengan cepat melalui Lebuh Raya Utara-Selatan, Bagi negeri Sembilan pula jarak perjalanan hanya 45 minit sahaja antara Seremban dengan Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Persekutuan manakala Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak menyebabkan perhubungan dan pergerakan yang lebih cepat migran-migran dari Pahang.

Page 41: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Selain daripada rangkaian lebuh raya, sistem pengangkutan seperti bas dan teksi juga banyak dan mudah didapati untuk ke negeri-negeri tersebut yang menjadikan darjah ketersampaian ke negeri-negeri berkenaan adalah tinggi.

5. Faktor –faktor mikro. Faktor mikro adalah lebih bersifat keputusan peribadi individu untuk melakukan migrasi atau tidak. Di antara faktor-faktor tersebut ialah seperti faktor perkahwinan dan ikatan kekeluargaan misalnya isteri akan mengikuti suaminya selepas berkahwin, faktor pertukaran tempat kerja/arahan majikan, faktor persaraan dan lain-lain lagi.

Soalan Latihan:

Soalan 1

Jadual 1 di bawah menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan (%) bagi beberapa buah negara maju dan negara sedang membangun terpilih antara tahun 1995 hingga 1999.

Jadual 1: Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan (%) bagi beberapa buahnegara maju dan negara sedang membangun terpilih 1995 - 1999

Negara Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan (%)1995 1996 1997 1998 1999

Amerika Syarikat 0.9 0.9 0.9 1.0 1.0

Page 42: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

United Kingdom 0.4 0.3 0.4 0.3 0.3Jepun 0.2 0.2 0.2 0.2 0.2

Indonesia 1.6 1.6 1.5 1.5 1.5Filipina 2.3 2.3 2.3 2.2 2.2

Malaysia 2.8 2.3 2.3 2.3 2.4

a) Dengan menggunakan jadual 1, siapkan sebuah graf garis yang sesuai bagi menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan di beberapa buah negara maju dan negara sedang membangun terpilih antara tahun 1995 hingga 1999. [11 Markah].

b) Berdasarkan graf yang telah anda lukis itu, jelaskan mengapa kadar pertumbuhan penduduk tahunan di negara-negara maju berbeza dengan negara-negara sedang membangun. [14 Markah].

Soalan 2

Jadual 2 di bawah menunjukkan jumlah penduduk mengikut struktur umur di Malaysia pada tahun 1991 dan 2000.

Jadual 2: Jumlah penduduk mengikut struktur umur di Malaysia pada tahun 1991 dan 2000.

Struktur Umur Jumlah Penduduk 1991 (Orang)

Jumlah Penduduk 2000 (Orang)

0 - 14 Tahun15 - 64 Tahun

Lebih dari 65 Tahun

6 900 00010 970 000 680 000

7 740 00014 620 000 900 000

Berdasarkan jadual 2 di sebelah,

a) Lukis sebuah Rajah Bulatan Berbahagi untuk menunjukkan perubahan jumlah penduduk mengikut struktur umur di Malaysia antara tahun 1991 hingga 2000. [10 Markah]

b) Dengan merujuk kepada rajah yang telah anda lukis itu, berikan ulasan tentang pertumbuhan penduduk dan jangka hayat penduduk Malaysia antara tempoh 1991 hingga 2000. [8 Markah]

c) Patutkah dasar 70 juta penduduk di Malaysia menjelang tahun 2100 diteruskan?. Berikan hujah anda. [7 Markah]

Page 43: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Soalan 3

Jadual 3 di bawah menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk Melayu di Negeri Pahang pada tahun 2000.

Jadual 3: struktur umur dan jantina penduduk Melayu di Negeri Pahang pada tahun 2000.

Kumpulan Umur(Tahun)

Lelaki(orang)

Perempuan( orang).

0 - 910 - 1920 - 2930 - 3940 - 4950 - 5960 - 69

70 dan lebih

115 258 81 492 52 778 47 391 32 601 18 364 8 273 5 102

109 714 79 257 55 284 47 425 28 180 16 501 8 774 5 311

Berdasarkan jadual 3 di sebelah,

a) Siapkan sebuah rajah piramid bagi menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk Melayu di Negeri Pahang pada tahun 1999. [12 Markah]

b) Berasaskan rajah tersebut, jelaskan ciri-ciri utama kependudukan Melayu di negeri Pahang pada tahun 1991. [13 Markah]

Soalan 4:

Jadual 4 di bawah menunjukkan kepadatan penduduk bagi negara-negara Asia Tenggara pada tahun 1996.

Jadual 4: Kepadatan Penduduk Negara-NegaraAsia Tenggara, 1996.

Negara Kepadatan Penduduk(Orang/KM²)

BerunaiFilipina

48240

Page 44: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

IndonesiaKemboja

LaosMalaysiaMyanmarSingapuraThailandVietnam

10459206466

4 839117227

Berdasarkan jadual 4,

a) Sediakan sebuah Peta Choropleth (Peta Lorek) bagi menunjukkan kepadatan penduduk negara-negara Asia Tenggara pada tahun 1996 di atas peta kosong yang disediakan. [12 Markah]

b) Mengapakah negara-negara Asia Tenggara mempunyai nilai kepadatan penduduk yang berbeza-beza ?. [8 Markah].

c) Pilih sebuah negara di Asia Tenggara yang mempunyai taburan penduduk yang tidak seimbang, cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menyeimbangkan taburan penduduknya. [7 Markah] .

Soalan 5

Jadual 5 di bawah menunjukkan jumlah penduduk di bandar-bandar terpilih di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1997.

Jadual 5: Jumlah Penduduk di beberapa buah bandarTerpilih di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan , 1997.

Bandar Jumlah Penduduk (orang)Kota Kinabalu 160 184

Sandakan 156 675Lahad Datu 44 614

Tawau 124 943

Page 45: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

Wilayah Persekutuan Labuan 26 271

Berdasarkan jadual 5 dan di atas peta yang disediakan,

a) Tunjukkan jumlah penduduk di bandar-bandar terpilih di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1997 dengan menggunakan kaedah simbol berkadar yang sesuai. [10 Markah]

b) Huraikan peranan bandar-bandar berkenaan terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negeri Sabah dan serantaunya. [10 Markah ]

c) Nyatakan kesan ke atas persekitaran manusia akibat proses pembandaran yang pesat yang dialami oleh bandar Kota Kinabalu. [ 5 Markah]

Soalan 6:

Jadual 6 di bawah menunjukkan jumlah migrasi keluar penduduk dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia ke Rancangan Pembangunan Wilayah JENGKA sehingga tahun 1980.

Jadual 6: Jumlah migrasi keluar penduduk dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia ke Rancangan Pembangunan Wilayah JENGKA sehingga tahun 1980.

Negeri-Negeri Di Semenanjung Malaysia

Jumlah Migran Yang Berpindah Dari Setiap Negeri ke Wilayah JENGKA (Orang)

PerlisKedah

Pulau Pinang

126311 409 3697

Page 46: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

PerakSelangor

Negeri sembilanMelakaJohor

TerengganuKelantan

14 36811 300 6517 4166 6899 575412 140

Berdasarkan jadual 6 di atas,

a) Lukis sebuah peta aliran di atas peta kosong Semenanjung Malaysia yang disediakan bagi menunjukkan jumlah migrasi ke luar penduduk dari setiap negeri di Semenanjung Malaysia ke Rancangan Pembangunan Wilayah JENGKA sehingga tahun 1980. [10 Markah]

b) Jelaskan mengapa berlakunya aliran migrasi di atas?. [10 Markah]

c) Nyatakan kesan ke atas kemajuan ekonomi dan sosial yang dialami oleh Wilayah Jengka akibat aliran migrasi di atas. [ 5 Markah]

Page 47: Kemahiran AmaliGeog K2 Penduduk Dan Sumber

نجليوين