“kelewatan memproses buku yang dipulangkan melalui ... dianjurkan ptb iaitu wacana buku, pesta...

Download “kelewatan memproses buku yang dipulangkan melalui ... dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta buku,

Post on 15-Jul-2018

214 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1

    BIL.9/DISEMBER 2009 http://pustaka.upsi.edu.my ISSN :1675-7394

    erpustakaan Tuanku Bainun telah berjaya menempa kejayaan tiga tahun

    berturut-turut dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat

    UPSI. Kemenangan kali ketiga telah berlangsung di Auditorium Utama, UPSI pada 5

    November 2009 yang lalu dan sebanyak lapan buah kumpulan telah mengambil

    bahagian. Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Hijrah dari Jabatan Bendahari dan

    ketiga oleh Kumpulan Senggara dari Jabatan dan Pengurusan Harta Benda, manakala

    persembahan terbaik diraih oleh Kumpulan Vios dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan

    Alumni. Projek yang dibentangkan oleh Kumpulan Oasis berjudul kelewatan

    memproses buku yang dipulangkan melalui kotak pemulangan buku manual

    (bookdrop). Syabas kepada kumpulan Oasis dan semua kumpulan lain yang

    bertanding kerana menunjukkan kesungguhan yang mengkagumkan. Kepada kumpulan

    Oasis dan kumpulan-kumpulan yang akan mewakili UPSI ke peringkat IPTA kelak,

    teruskan kecemerlangan untuk meraih kejayaan yang lebih gemilang.

    Oleh : Mohd Razalli Ahmad Termizi

    Email : razalli@upsi.edu.my

    Pendaftar UPSI, Y. Bhg. Dato Rusley Taib mengucapkan tahniah kepada ketua

    kumpulan Oasis

  • 2

  • 3

    Penasihat

    Zahariah Mohamed Shaharoon

    Ketua Pengarang

    Rusliza Yaacob

    Pen. Ketua Pengarang

    Muliati Abdul samad

    Pengarang

    Azura Adnan

    Chin Fei Sing

    Anizah Tumin

    Noriha Muhammad

    Mohamad Zaid Mohamed Idris

    Mohd Razalli Ahmad Termizi

    Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan

    Penyunting

    Abdul Halim Ali

    Penerbitan dan Edaran

    Raja Radiah Raja Ahmad

    Ahmad Fazli Ahmad Rasmi

    Pereka Web

    Rozman Che Ross

    Sekapur Sirih Dari Meja Penasihat

    Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

    Tahun 2009 telah melabuhkan tirainya bersama kenangan pahit dan manis yang menjadi memori buat Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) dan seluruh warganya. Kejayaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PTB yang telah berjaya meraih

    tempat pertama dalam pertandingan KIK peringkat UPSI melengkapkan kebanggaan PTB pada tahun 2009. Kini, tahun 2010 membuka tirai baru dengan satu lembaran masa hadapan buat PTB dalam memberikan perkhidmatan perpustakaan dan

    maklumat yang lebih cemerlang dan efisyen.

    Edisi kali ini telah merakamkan beberapa aktiviti dan program yang telah dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta buku, bengkel mind mapping, ceramah Seni Warisan Islam : jawi dan khat, pertandingan mengarang esei, aktiviti bersama pusat sumber sekolah angkat dan

    sebagainya.

    Akhir sekali, saya berharap terbitan Info@Pustaka kali ini akan terus mendapat tempat di hati pembaca sekaligus memberi

    informasi berguna kepada semua yang membacanya.

    Zahariah Mohamed Shaharoon

    Penasihat

    Dari Meja Ketua Pengarang

    Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

    Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua ahli Sidang Redaksi yang memberikan komitmen sepenuhnya dalam menyediakan informasi untuk tatapan semua pembaca. Artikel serta sumbangan idea amat diharapkan bagi memastikan buletin Info@Pustaka terus menjanjikan sesuatu yang

    menarik untuk dibaca oleh semua.

    Pada keluaran kali ini, pelbagai artikel telah dikongsi untuk tatapan para pembaca. Artikel yang dimuatkan bukan hanya berkisar kepada aktiviti perpustakaan, malah turut berkongsi informasi berkaitan sejarah, personaliti diri dan pelbagai lagi topik istimewa. Keluaran kali ini turut menyingkap kejayaan serta peristiwa yang

    berlaku sepanjang bulan September sehingga Disember 2009.

    Semoga keluaran kali ini dapat mengimbas kembali setiap peristiwa yang telah berlaku dan seterusnya menjadi panduan kepada warga PTB untuk lebih maju serta memantapkan kualiti kerja masing-

    masing. Selamat melangkah ke tahun 2010.

    Rusliza Yaacob

    Ketua Pengarang

    Juara KIK tiga tahun berturut-

    turut

    1

    Carta organisasi PTB 2

    Aluan penasihat Info@Pustaka 3

    1Malaysia teras perpaduan 4

    Santai di ruang sumber media 5

    Sekilas pandang kempen

    galakan membaca

    6-7

    Membaca bersama keluarga 8

    Kenali peta minda 9

    Warna cerminan personaliti 10

    Zaba satu-satunya Pendeta dan

    Ketua Penterjemah

    11-12

    Lawatan organisasi luar ke PTB 13

    Aktiviti kelab dan Rakan

    Pustaka

    14

    Berita kakitangan 15

    Ulasan buku 16

  • 4

    1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

    Apakah itu 1Malaysia? Sejauh manakah pemahaman rakyat

    dalam konsep tersebut? Adakah konsep 1Malaysia sama

    seperti Malaysian Malaysia? Persoalan-persoalan ini kerap

    kali timbul apabila Perdana Menteri Malaysia yang keenam

    bercakap mengenainya. Bagaikan suatu kebetulan, Dato Seri

    Mohd Najib bin Tun Abd Razak dilantik menjadi perdana

    menteri ketika negara berada dalam kemelut dan gelombang

    politik yang turut menguji ayahandanya yang memegang

    jawatan sebagai Perdana Menteri yang kedua, Tun Abdul

    Razak Hussein. Tun Abdul Razak dilantik pada September

    1970 ketika negara masih dibayangi peristiwa berdarah 13

    Mei 1969. Sentimen perkauman yang dibesar-besarkan isunya

    dan diapi-apikan oleh segelintir pihak menyebabkan suatu

    konflik berdarah dan menjadi sejarah hitam dalam perpaduan

    negara sehingga kini.

    Pada masa sekarang, isu-isu seperti hak dan kepentingan

    bumiputera, ketuanan orang Melayu, penggunaan bahasa

    kebangsaan dan perkataan Allah oleh orang bukan Islam mula

    dipersoalkan dan seperti sengaja ditolak ke tengah gelanggang

    politik untuk diperdebatkan. Oleh itu, ramai yang masih

    meragui erti sebenar gagasan 1Malaysia. Tun Abdul Razak

    berjaya menjernihkan perhubungan kaum di Malaysia semasa

    era kepimpinannya. Maka begitulah yang diharapkan juga

    kepada Dato Seri Mohd Najib apabila beliau mengambil alih

    kepimpinan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

    Kesungguhan beliau dapat dilihat dalam perutusannya ketika

    beliau mengangkat sumpah pada 3 April 2009 yang lalu

    sebagai Perdana Menteri yang baru. Beliau mengajak seluruh

    rakyat melaksanakan satu transformasi besar-besaran atas

    semangat 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian

    diutamakan. Jelaslah di sini bahawa 1Malaysia yang

    diletakkan paling hadapan merupakan fokus utama dan

    penyatuan rakyat daripada pelbagai kaum menjadi tunjang

    dalam membentuk bangsa Malaysia.

    Konsep 1Malaysia ini bertujuan mengukuhkan hubungan dan

    kerjasama antara pelbagai kaum sebagai senjata utama dalam

    menghadapi ancaman dan cabaran dari pihak luar yang

    sentiasa cuba untuk mengugat kesejahteraan negara.

    Perpaduan yang kukuh dapat mendorong rakyat dalam

    meningkatkan produktiviti negara sekaligus membantu dalam

    pembangunan negara. Sebalinya, tanpa keteguhan perpaduan

    antara kaum di Malaysia, kerajaan tidak akan dapat membantu

    rakyatnya di segenap pelusuk tempat sama ada di bandar, luar

    bandar mahupun di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah

    dan Sarawak. Agenda penyampaian kebajikan kepada rakyat

    akan terbantut dan tidak akan dapat merancakkan proses

    urbanisasi serta pembangunann negara akan terjejas.

    Oleh itu, kekukuhan perpaduan rakyat di negara ini amatlah

    penting dalam menjamin keselamatan sosial, politik dan

    ekonomi.

    Dalam perutusannya juga, Dato Seri Mohd Najib ada

    menyebut, kita berdikari, berfikir dan bertindak sebagai

    bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia merujuk kepada semua

    rakyatnya tidak kira daripada kaum atau kelompok mana

    sekalipun. Hal ini menunjukkan perpaduan amat penting

    dalam membentuk sebuah negara yang aman,selesa dan

    masalah perpaduan tersebut juga merupakan antara sembilan

    cabaran utama dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh itu,

    sebagai rakyat yang sudah lama menjalani kehidupan bersama

    sebelum merdeka lagi, haruslah berfikir di luar sempadan

    kaum masing-masing dan masing-masing perlu bertindak

    tanpa mengambil kira tentang kepentingan kaum atau agama

    sendiri. Rakyat Malaysia seharusnya berganding bahu dalam

    mewujudkan perpaduan yang kukuh dan para pemimpin perlu

    bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan rakyat tanpa

    perasaan pilih kasih mahupun atas kepentingan politik masing

    -masing.

    Dalam masyarakat Malaysia, wujud persoalan di mana rakyat

    berpendapat konsep 1Malaysia adalah sama seperti konsep

    Malaysian Malaysia. Sebenarnya, kedua-dua konsep tersebut

    adalah berbeza. Konsep 1Malaysia adalah langkah-langkah

    untuk mengharmonikan rakyat daripada pelbagai kaum

    membentuk rakyat yang bersatu padu. Walhal, Malaysian

    Malaysia adalah satu usaha untuk menggagalkan terus asas

    binaan kemasyarakatan yang wujud sebelum ini. Apabila di

    bandingkan, konsep 1Malaysia lebih ke arah menyatupadukan

    rakyat dan bersifat nasionalisme serta mempunyai ideologi

    kenegaraan. Malaysian Malaysia bersifat politik dan lebih

    kepada kepentingan politik segelintir pemimpin negara. Oleh

    itu, konsep 1Malaysia adalah lebih sesuai untuk rakyat.

    Buktinya, konsep tersebut dijadikan tema pada kemerdekaan

    negara yang ke-52 tahun.

    Kesimpulannya, penerimaan terhadap konsep ini dengan

    pemikiran ya

Recommended

View more >