kelebihan kbsm

3
KELEBIHAN KBSM Dalam Falsafah Pendidikan Negara melalui KBSM, diharapkan generasi muda yang dididik mempunyai asas yang Dalam bidang pendidikan di Malaysia telah diusahakan lonjakan berganda dari semua aspek bagi menentukan tahap pendidikan negara setaraf dengan sistem pendidikan yang terbaik di dunia. kukuh nilai murninya. Falsafah tersebut menggambarkan bahawa matlamat dan hasrat pendidikan negara tidak akan terlaksana tanpa asas, membina dan memperkembangkan pendidikan atas landasan nilai luhur dan murni. Falsafah ini direalisasikan dalam KBSM yang digubal dan dilaksanakan pada tahun 1988 bertujuan untuk memberikan penekanan pada pembangunan potensi individu secara menyeluruh. Matlamat pendidikan sekolah menengah berdasarkan KBSM adalah bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI) bagi melahirkan insan yang seimbang, harmoni, dan berakhlak mulia. Pada peringkat menengah rendah iaitu tingkatan 1 hingga 3, mata pelajaran dibahagikan kepada kumpulan teras dan kumpulan tambahan. Mata pelajaran kumpulan adalah wajib dipelajari oleh semua pelajar. Kandungan kurikulum KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran, kefahaman, dan amalan nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, serta kewargannegaraan sebagai asas untuk pendidikan seumur hidup (Mok Soon Sang, 2009)

Upload: puan-faridatul-akma-saib

Post on 25-Jul-2015

197 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KELEBIHAN KBSM

KELEBIHAN KBSM

Dalam Falsafah Pendidikan Negara melalui KBSM, diharapkan generasi muda yang dididik

mempunyai asas yang Dalam bidang pendidikan di Malaysia telah diusahakan lonjakan berganda

dari semua aspek bagi menentukan tahap pendidikan negara setaraf dengan sistem pendidikan

yang terbaik di dunia. kukuh nilai murninya. Falsafah tersebut menggambarkan bahawa

matlamat dan hasrat pendidikan negara tidak akan terlaksana tanpa asas, membina dan

memperkembangkan pendidikan atas landasan nilai luhur dan murni. Falsafah ini direalisasikan

dalam KBSM yang digubal dan dilaksanakan pada tahun 1988 bertujuan untuk memberikan

penekanan pada pembangunan potensi individu secara menyeluruh.

Matlamat pendidikan sekolah menengah berdasarkan KBSM adalah bagi

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meliputi

aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI) bagi melahirkan insan yang seimbang,

harmoni, dan berakhlak mulia. Pada peringkat menengah rendah iaitu tingkatan 1 hingga 3, mata

pelajaran dibahagikan kepada kumpulan teras dan kumpulan tambahan. Mata pelajaran

kumpulan adalah wajib dipelajari oleh semua pelajar. Kandungan kurikulum KBSM

merangkumi pengetahuan, kemahiran, kefahaman, dan amalan nilai-nilai kerohanian,

kemanusiaan, kemasyarakatan, serta kewargannegaraan sebagai asas untuk pendidikan seumur

hidup (Mok Soon Sang, 2009)

Dalam sesebuah masyarakat, nilai murni amat perlu diterapkan bagi mewujudkan suasana

yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Usaha penerapan nilai murni ini perlu dilakukan

pada peringkat awal proses sosialisasi, iaitu semasa individu itu berada pada peringkat

persekolahan, selain penerapan nilai yang diterapkan oleh ibu bapa di rumah. Justeru itu,

penerapan nilai dan cara pelaksanaannya dapat disesuaikan dengan keperluan pendidikan nilai

yang dilaksanakan dalam KBSM.

Strategi pemusatan pelajar yang dilaksanakan dalam KBSM juga telah menggalakkan

murid melibatkan diri secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan secara tidak

langsung membantu proses perkembangan intelek dan kemahiran berfikir seseorang murid itu.

Kaedah dan teknik seperti kaedah kumpulan, perbincangan, penyelesaian masalah, penyoalan,

permainan, simulasi dan sebagainya sangat sesuai bagi melibatkan pelajar secara aktif. Melalui

Page 2: KELEBIHAN KBSM

kaedah dan teknik yang diamalkan berdasarkan KBSM ini telah melahirkanpelajar yang berilmu

pengetahuan serta kebolehan menyatakan idea dan fikiran dengan jelas, objektif dan rasional.

Pendekatan dan strategi pembelajaran di bawah rancangan KBSM pula mengandungi

cirri kesinambungan KBSR di mana banyak strategi pemusatan murid dan bahan dijalankan

mengikut kesesuaian pelajar. Kemahiran- kemahiran disusun semula daripada yang paling asas

kepada yang kompleks mengikut topik masing-masing. Aspek penyelesaian masalah yang

difikirkan sesuai dintegrasikan dalam setiap topik pelajaran dan membolehkan beberapa

kemahiran dan tajuk dikuasai secara serentak oleh pelajar.