kelas cantum

4
HURAIKAN PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN OLEH GURU DALAM KELAS BERCANTUM SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Pendekatan dan strategi pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam kelas bercantum semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan pastinya berbeza dengan pendekatan dan strategi pengajaran bagi kelas biasa. Bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan di dalam kelas bercantum, guru yang terlibat perlu memilih strategi pengajaran yang sesuai untuk dilaksanakan dalam bilik darjah. Di antara strategi yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam kelas bercantum semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah pertama, penyusunan bilik darjah iaitu melibatkan penyusunan kerusi-meja dan alatan perlu sesuai dengan jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Sebagai contoh, sebuah kelas bercantum bagi murid-murid Tahun 1 dan 2, murid-murid Tahun 1 disusun secara berkumpulan, manakala murid- murid Tahun 2 duduk secara formal. Dua papan hitam digunakan dan kedua-duanya terletak di tempat pengadang yang diletakkan ditengah- tengah kelas sebagai pembahagi kelas. Tempat duduk guru pula diletakkan di tempat yang membolehkan guru mengawasi kedua-dua tahun persekolahan itu. Selain itu, oleh kerana umur dan kebolehan murid- murid dalam kelas bercantum adalah berbeza, pelbagai cara pengajaran perlu digunakan untuk mencapai objektif pelajaran . Contohnya, pengajaran kelas, kumpulan dan perseorangan. Strategi kedua melibatkan penyusunan jadual waktu kelas bercantum yang disusun berdasarkan peruntukan masa yang ditetapkan bagi setiap mata pelajaran. Jadual waktu pelajaran bagi setiap tahun persekolahan dalam sebuah kelas bercantum seboleh-bolehnya disusun mengukut mata pelajaran yang sama dalam waktu pelajaran yang sama. Sebagai contoh, semasa murid Tahun 1 belajar Matematik, murid-murid Tahun 2 juga harus disusun jadualnya dengan mata pelajaran yang sama.

Upload: sarveswary

Post on 11-Jan-2016

76 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

HHHG

TRANSCRIPT

Page 1: kelas cantum

HURAIKAN PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN OLEH GURU DALAM KELAS BERCANTUM SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Pendekatan dan strategi pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam kelas bercantum semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan pastinya berbeza dengan pendekatan dan strategi pengajaran bagi kelas biasa. Bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan di dalam kelas bercantum, guru yang terlibat perlu memilih strategi pengajaran yang sesuai untuk dilaksanakan dalam bilik darjah. Di antara strategi yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam kelas bercantum semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah pertama, penyusunan bilik darjah iaitu melibatkan penyusunan kerusi-meja dan alatan perlu sesuai dengan jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Sebagai contoh, sebuah kelas bercantum bagi murid-murid Tahun 1 dan 2, murid-murid Tahun 1 disusun secara berkumpulan, manakala murid-murid Tahun 2 duduk secara formal. Dua papan hitam digunakan dan kedua-duanya terletak di tempat pengadang yang diletakkan ditengah-tengah kelas sebagai pembahagi kelas. Tempat duduk guru pula diletakkan di tempat yang membolehkan guru mengawasi kedua-dua tahun persekolahan itu. Selain itu, oleh kerana umur dan kebolehan murid-murid dalam kelas bercantum adalah berbeza, pelbagai cara pengajaran perlu digunakan untuk mencapai objektif pelajaran. Contohnya, pengajaran kelas, kumpulan dan perseorangan.

Strategi kedua melibatkan penyusunan jadual waktu kelas bercantum yang disusun berdasarkan peruntukan masa yang ditetapkan bagi setiap mata pelajaran. Jadual waktu pelajaran bagi setiap tahun persekolahan dalam sebuah kelas bercantum seboleh-bolehnya disusun mengukut mata pelajaran yang sama dalam waktu pelajaran yang sama. Sebagai contoh, semasa murid Tahun 1 belajar Matematik, murid-murid Tahun 2 juga harus disusun jadualnya dengan mata pelajaran yang sama.

Untuk mencapai objektif pelajaran supaya murid-murid boleh menguasai kemahiran 3M, iaitu membaca menulis dan mengira, tumpuan hendaklah diberikan kepada mata pelajaran asas iaitu Bahasa Melayu bagi Sekolah Kebangsaan, Bahasa Cina bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Bahasa Tamil bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Matematik dan juga Bahasa Inggeris. Mata pelajaran yang berlainan dalam tahun persekolahan yang berlainan juga boleh disusun dalam waktu pelajaran yang sama, sekiranya pendekatan dan kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai mengikut aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelas masing-masing.

Selain itu, pengurusan alat bantu mengajar adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Justeru, pelbagai alat bantu mengajar perlu disediakan dan kekurangan alat bantu mengajar boleh menjejaskan pencapaian yang diharapkan.

Page 2: kelas cantum

Guru juga perlu tahu menggunakan alat bantu mengajar dengan cekap kerana kegagalan guru menguruskan alat bantu mengajar dengan berkesan boleh menimbulkan masalah disiplin di kalangan murid.

Seterusnya, guru mestilah memastikan setiap murid mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Pengurusan murid-murid dilakukan dengan melantik ketua-ketua darjah bagi membantu guru mengawal disiplin kelas. Secara tidak langsung dapat memupuk kepimpinan di kalangan ketua-ketua darjah yang dilantik dan murid-murid yang lain juga akan belajar cara menghormati ketua. Tugas guru pula dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan lebih lancar sebagaimana dirancang dengan bantuan ketua-ketua darjah yang dilantik.

Seterusnya, dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum, percantuman kemahiran-kemahiran untuk diajarkan dalam waktu pelajaran yang sama perlu dititikberatkan. Untuk memudahkan penyediaan persediaan mengajar serta melancarkan perjalanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas bercantum guru hendaklah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip percantuman kemahiran iaitu kemahiran dan kandungan yang seakan-akan sama bagi tahun-tahun persekolahan yang berlainan hendaklah dicantumkan serentak dalam waktu pelajaran yang sama. Contohnya, dalam Bahasa Melayu, kemahiran yang sama seperti kemahiran lisan bagi Tahun 1 dan Tahun 2 dicantumkan dalam waktu pelajaran yang sama dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbeza seperti menamakan benda maujud atau gambar bagi Tahun 1, manakala Tahun 2, bercerita berpandukan gambar atau keadaan sebenar dengan menggunakan perkataan.

Seterusnya, kemahiran yang khusus bagi satu-satu tahun persekolahan tertentu hendaklah disusun dalam waktu tertentu untuk diajarkan kepada murid-murid yang berkenaan. Walaupun terdapat kemahiran-kemahiran yang sama atau seakan-akan sama di antara tahun-tahun persekolahan yang berlainan disusun dalam waktu pelajaran yang sama, guru boleh meluaskan lagi skop pelajarannya semasa menjalankan aktiviti pengayaan bagi murid-murid yang berada dalam tahun persekolahan tertentu.

Justeru itu, rancangan kerja untuk mencantumkan kemahiran-kemahiran yang sama atau seakan-akan sama mestilah berlandaskan prinsip-prinsip tersebut dan mengikut format-format yang dicadangkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.

Selain itu, pelbagai kaedah dan strategi mengikut tahun persekolahan perlu dirancang agar pengajaran dan pembelajaran bagi kelas bercantum dapat dilaksanakan dengan berkesan. Di antara kaedah yang boleh dilaksanakan adalah seperti kaedah kelas yang digunakan untuk menyampaikan pelajaran kepada semua murid yang berada di dalam bilik darjah pada masa yang sama. Biasanya kaedah ini digunakan apabila guru hendak menyampaikan maklumat am kepada semua murid atau

Page 3: kelas cantum

guru dalam situasi belum mengetahui latar belakang murid atau semasa permulaan sesuatu pelajaran. Kaedah kelas ini sesuai digunakan untuk mengajar mata pelajaran seperti Pendidikan Jasmani, Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Moral.

Kaedah Kumpulan juga boleh digunakan dalam sebuah kelas bercantum di mana murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kebolehan murid dan guru menyampaikan pelajaran secara bergilir-gilir, kumpulan demi kumpulan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran asas atau menjalankan aktiviti pengayaan dengan pemulihan. Bagi pengajaran aktiviti pembelajaran lain seperti kerja projek, permainan, simulasi dan sebagainya pula, murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan dengan pelbagai kebolehan dalam setiap kumpulan.

Selain kaedah kumpulan, kaedah individu juga kadangkala harus digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam sesebuah kelas bercantum. Kaedah ini boleh digunakan apabila semua kumpulan murid telah melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dan guru akan mengambil kesempatan ini untuk membimbing murid yang berkenaan secara individu. Selesai memberi bimbingan, guru bolehlah mengajar kumpulan semula mengikut rancangan pengajarannya.

Strategi penggabungjalinan, penyerapan dan pemulihan juga boleh diubahsuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum. Namun, pengubahsuaian tersebut haruslah mengambilkira kesesuaian pendekatan penyampaian guru, peringkat pencapaian murid dan kebolehan sedia ada murid.

Sebagai kesimpulannya, untuk memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar dan berkesan, guru perlulah memilih pendekatan, strategi dan kaedah yang sesuai untuk menyelenggara sesebuah bilik darjah dan menyampaikan sesuatu pelajaran. Dengan pemilihan pendekatan dan strategi yang sesuai dan berkesan, objektif pelajaran akan tercapai dan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan sekaligus matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang ingin menjadikan pendidikan di Negara kita bertaraf dunia akan tercapai.