kelab pcegahan jenayah

4
Ruj. Kami : SKD ( ) Tarikh : 17 April 2016 1. Puan Zulbaidah bt. Ismail 2. En. Mansor b. Embong 3. En. Zubir b. Mohamad 4. En. Mohd Saidi b. Jusoh 5. En. Ahmad Ridhwan Tuan, MESYUARAT KELAB PENCEGAHAN JENAYAH KALI KE-2 2016 Dengan hormatnya dimaklumkan mesyuarat tersebut akan diadakan sebagaimana berikut : Tarikh : 17 April 2016 Masa : 2.00 petang Tempat : Bilik Maya 2. Agenda mesyuarat : 2.1 Perutusan Penasihat 2.2 Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu 2.3 Perkara berbangkit 2.5 Perancangan 2.6 Hal-hal lain 3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diwajibkan hadir Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“ “Guru Penyayang Murid Berkualiti “ Saya yang menurut perintah, ( MANSOR BIN EMBONG ) Setiausaha, Kelab Pencegahan Jenayah, SK Duyong. KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEKOLAH KEBANGSAAN DUYONG JALAN TENGKU MIZAN 21300 KUALA TERENGGANU

Upload: mansor2012

Post on 08-Jul-2016

232 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Kelab

TRANSCRIPT

Page 1: KELAB PCEGAHAN JENAYAH

Ruj. Kami : SKD ( )Tarikh : 17 April 2016

1. Puan Zulbaidah bt. Ismail2. En. Mansor b. Embong3. En. Zubir b. Mohamad4. En. Mohd Saidi b. Jusoh5. En. Ahmad Ridhwan

Tuan,

MESYUARAT KELAB PENCEGAHAN JENAYAH KALI KE-2 2016

Dengan hormatnya dimaklumkan mesyuarat tersebut akan diadakan sebagaimana berikut :

Tarikh : 17 April 2016

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Maya

2. Agenda mesyuarat :

2.1 Perutusan Penasihat 2.2 Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

2.3 Perkara berbangkit2.5 Perancangan2.6 Hal-hal lain

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diwajibkan hadir

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA““Guru Penyayang Murid Berkualiti “

Saya yang menurut perintah,( MANSOR BIN EMBONG )Setiausaha,Kelab Pencegahan Jenayah,SK Duyong.

SEKOLAH KEBANGSAAN DUYONG

KELAB PENCEGAHAN JENAYAHSEKOLAH KEBANGSAAN DUYONGJALAN TENGKU MIZAN21300 KUALA TERENGGANU

Page 2: KELAB PCEGAHAN JENAYAH

KUALA TERENGGANU

MINIT MESYUARAT KELAB PENCEGAHAN JENAYAHBIL. 1/ 2016

Tarikh : 15 Februari 2016Masa : 1.50 petangTempat : Bilik Maya

Kehadiran : 1. Puan Zulbaidah bt. Ismail 2. En. Mansor b. Embong 3. En. Zubir b. Mohamad 4. En. Mohd Saidi b. Jusoh 5. En. Ahmad Ridhwan b. Saidi

Agenda 1 : Perutusan Penasihat (Pn. Zulbaidah bt. Ismail )

Memulakan majlis dengan bacaan Al Fatihah serta salam dan ucapan terima kasih atas kehadiran semua ahli Kelab Pencegahan Jenayah. Beliau berharap jawatankuasa pada tahun ini dapat terus memainkan peranan yang lebih baik bagi memastikan tidak ada lagi gejala buli berlaku.

Tindakan : Makluman

Agenda 2 : Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu

Tiada

Agenda 3 : Perkara Berbangkit

Tiada perkara berbangkit

Agenda 4 : Perancangan Tahun 2016

4.1 Membuat Pelancaran Kelab Pencegahan Jenayah.4.2 Program Penerangan Jenayah oleh Pegawai Perhubungan / Polis.

Agenda 5 : Hal-hal Lain

5.1 En. Mohd Saidi b Jusoh mencadangkan agar guru bertugas harian juga boleh bercakap mengenai jenayah seperti perbuatan mencuri dan sebagainya. Beliau juga mencadangkan aktiviti kelab berjalan dua bulan sekali pada masa perhimpunan pagi hari Ahad.

Tindakan : Makluman

5.2 En. Zubir b. Mohamad memaklumkan Majlis Pelancaran Kelab Pencegahan Jenayah akan dijalankan pada pertengahan bulan Mac.

Tindakan : Makluman

5.3 Puan Zulbaidah berjanji akan menempah bunting bagi Majlis Perlancaran Kelab Pencegahan Jenayah nanti.

Page 3: KELAB PCEGAHAN JENAYAH

Tindakan: Penasihat

5.4 En. Zubir b. Mohamad mencadangkan agar Kelab Pencegahan Jenayah bergabung dengan Kelab Anti Dadah dalam merancang untuk menjemput pegawai perhubungan/polis bagi memberi penjelasan kepada murid-murid tentang undang-undang dan penyalahgunaan dadah.

Tindakan : Makluman

5.5 En. Zubir b. Mohamad memohon agar pihak sekolah menggantung lebih banyak bunting-bunting dalam kawasan sekolah yang berkaitan dengan jenayah.

Tindakan : Penasihat

5.6 Puan Zulbaidah mencadang agar mewujudkan buku laporan bagi mencatat setiap kes-kes berkaitan dengan jenayah yang berlaku di sekolah.

Tindakan : AJK

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dan diakhiri dengan Surah Al Asr.

Disediakan oleh :

( MANSOR BIN EMBONG )Setiausaha Kelab Pencegahan Jenayah,SK Duyong.

Disemak oleh:

( PN. ZULBAIDAH BT. ISMAIL )Pengerusi,Mesyuarat Kelab Pencegahan Jenayah,SK Duyong.