kekuatan tamadun china sebagai sumber rujukan

6

Click here to load reader

Upload: mc-cruzt-kristofer

Post on 22-Nov-2015

350 views

Category:

Documents


71 download

DESCRIPTION

Tamadun China

TRANSCRIPT

Agama Buddha :Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk dari Sri Lanka. Agama Buddha ini mempuyai kepepercayaan seperti percaya kepada buddha,ajaran dan sami. Selain itu, cara amalan mereka ialah menghapuskan amalan tamak,benci dan kurang akal. Manakala agama Buddha juga menyatakan bahawa hala tuju ke tahap dan taraf kesedaran nirvana. Selain daripada kepercayaan dan amalan agama tersebut,upacara dan amalan lain ialah budaya dan kepercayaan tradisi orang cina. Agama buddha tidak menafikan amalan dan tradisi orang cina,thai,vietnam,jepun,india dan sebagainya adalah untuk menarik perhatian mereka kepada ajaran buddha. Ajaran agama Buddha tiada kaitan dengan dewa-dewi,hantu dan sebagainya.

Ajaran Konfusianisme :Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah seorang pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara untuk menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan beliau dianggap seorang dewa serta disembah. Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapimerupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Confucianisme (konfusianisme) berasaskan ajaran Confucius dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Apabila Confucius disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab "kebolehan mengamalkan lima kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan.Kebaikan itu ialah budi bahasa, murah hati, amanah, kerajinan dan sifat baik." Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja yang jujur dan adil adalah seorang raja yang dapat disanjung tinggi. contoh dan teladan yang baik kepada rakyat. Dalam sesebuah negara, kerajaan harusmenimbulkan keyakinan rakyat, rakyat harus dijaga dengan makanan yang mencukupi,kedaulatan negara mesti dipertahankan dengan mempunyai pasukan tentera yang kuat. Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan harus berperanan sebagai Shang-Ti. Rakyat perlu hormat dan taat kepada kerajaan. Confucius menegaskanbahawa raja adalah ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. Raja harus memberi Ajaran Confucius serta menekankan bahawa seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga sebagai satu unit terpenting. Ajaran-ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau Rukun Bangsa. Antaranya ajaran Confucius ialah bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya. Dalam ajaran Confucius, terdapat lima jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan individudalam masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan. Menurut beliau, setiap individu mempunyai tugas dantanggungjawab terhadap pihak lain. Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat sertanegara akan bersatu, tenteram dan harmoni. Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harusmenghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Darisegi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih sayang patut diberi kepada anak-anakmereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan anak. Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang besar.

Ajaran Toisme :Taoisme juga diejakan Daoisme, diasaskan oleh Laozi sejak akhir Zaman Chunqiu. Taoisme merupakan ajaran Laozi yang berasaskan Daode Jing. Pengikut Laozi yang terkenal adalah Zhuangzi yang merupakan tokoh penulis kitab yang judul Zhuangzi. Taoisme yang bermaksud satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Taoisme yang mementingkan kesihatan, pernah mendiskusikanhidup abadi dalam konteks ajaran serta ia dijadikan dasar perkembangan menjadi dewa untuk mencapai keabadian. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi. Taoisme menekankan pemahaman "Tao" atau hukum alam semesta untuk hidup dengan harmoni dengan unsur-unsur semula jadi di dalam dunia ini. Laozi tidak mengajar bagaimana mencapai kehidupan yang abadi. Sebaliknya, keinginan untuk mencapai kehidupan yang abadi adalah sesuatu yang dicari-carikan oleh Maharaja-maharaja China, khususnya Shih Huang Ti. Buku utama ajaran ini ialah Tao Te Ching. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.

Kesimpulan :Kepercayaan dan agama berperanan penting dalam perkembangan tamadun China, dimulai dengan kepercayaan alam sekitar, roh nenek moyang, fahaman dan bertukar kepada bentuk agama. Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan sistem pemerintahan agar taat dan patuh kepada pemerintah. Tamadun Cina merupakan satu tamadun yang kuat pengaruhnya. Perkembangan tamadun Cina sehingga ke dunia Barat menunjukkan tamadun cina berupaya bersaing dengan tamadun-tamadun lain. Tamadun Cina telah memberi pandangan baru kepada tamadun lain. Pegangan konfusianisme telah memberi idea kepada sesebuah negara agar beretika dalam penubuhan sesebuah kerajaan. Konsep konfusianisme yang mementingkan humanisme, humanitaarianisme, intelektualisme dan rasionalisme adalah bersesuaian untuk diamalkan dalam kehidupan harian manusia.