kehidupan berjiran

10
Pendahaluan Kemakmuran sesebuah negara adalah bergantung sejauhmana kemantapan dan keutuhan hubungan pada setiap lapisan masyarakatnya. Hubungannya yang erat adalah antara ciri-ciri masyarakat yang berkualiti. Islam merupakan agama yang syumul. Kejiranan ialah satu cabang kesyumulan Islam. Allah memerintahkan hamba-hambaNya supaya berbuat baik kepada jiran tetangga. Firman Allah s.w.t : “Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36). Maksud jiran 1) Jiran ialah hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Ini merupakan pendapat yang disebut oleh Ali Ibn Talhah daripada Ibn Abbas ra 2) Manakala riwayat Ikrimah dan Mujahid atau selain mereka yang mengatakan jiran ialah muslim yang satu agama. 3) Jiran boleh dikatakan, apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita. Setiap makna dari tafsir di atas dapat dipakai dan memiliki kekuatan hujah masing-masing dan dapat dirangkumi sekaligus dalam maksud ayat.

Upload: matju

Post on 12-Jun-2015

7.008 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kehidupan berjiran

Pendahaluan

Kemakmuran sesebuah negara adalah bergantung sejauhmana kemantapan dan keutuhan

hubungan pada setiap lapisan masyarakatnya. Hubungannya yang erat adalah antara ciri-ciri

masyarakat yang berkualiti. Islam merupakan agama yang syumul. Kejiranan ialah satu cabang

kesyumulan Islam. Allah memerintahkan hamba-hambaNya supaya berbuat baik kepada jiran

tetangga.

Firman Allah s.w.t :

“Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah

kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga yang

berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..”

(An-Nisa : 36).

Maksud jiran

1) Jiran ialah hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Ini merupakan pendapat yang

disebut oleh Ali Ibn Talhah daripada Ibn Abbas ra

2) Manakala riwayat Ikrimah dan Mujahid atau selain mereka yang mengatakan jiran ialah

muslim yang satu agama.

3) Jiran boleh dikatakan, apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga

tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.

Setiap makna dari tafsir di atas dapat dipakai dan memiliki kekuatan hujah masing-masing dan

dapat dirangkumi sekaligus dalam maksud ayat.

Page 2: Kehidupan berjiran

Tiga bahagian jiran iaitu :

1) Jiran yang muslim dan berhubungan darah – Mereka ini mempunyai tiga hak iaitu

hak Islam, hak kekeluargaan dan hak kejiranan

2) Jiran yang muslim tanpa hubungan darah – Mereka ini mempunyai dua hak iaitu hak

muslim dan hak kejiranan.

3) Jiran yang bukan Islam – Mereka ini mempunyai satu hak iaitu hak kejiranan.

Kedudukan Jiran Menurut keutamaan

Berikut ialah susunan kedudukan jiran yang utama dan yang diatur menurut kedudukan

yang lebih berhak diberi keutamaan berbanding yang selepasnya :

1) Jiran yang muslim yang paling dekat dengan pintu rumah.

2) Jiran muslim yang memiliki hubungan kekeluargaan

Allah berfirman :“..jiran tetangga yang berhubungan dekat” (An-Nisa: 36).

3) Jiran muslim yang berilmu dan alim serta memiliki fadhilat

Allah berfirman :“ Dan Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan

yang memiliki ilmu beberapa darjat dan Sesungguhnya Allah Maha

Mengetahui.” (Al-Mujadalah :11).

4) Jiran muslim yang soleh dan beribadah

Allah swt berfirman :“ Apakah keadaan orang yang beriman itu sama

halnya seperti orang yang fasiq ? Sungguh mereka tidak sama” (As-

Sajadah : 18).

Page 3: Kehidupan berjiran

5) Jiran yang fasiq dan ahli maksiat

6) Jiran yang kafir

Allah swt berfirman :“Dan Jiran tetangga yang berhubungan jauh”

(An-Nisa : 36).

Had Lingkungan Kejiranan

Menetapkan lingkungan jiran dan had jiran dalam sesuatu kawasan berbeza-beza menurut

keadaan tertentu dan suasana.

Pendapat ulama’ mengenai had lingkungan kejiranan:

1) Bermaksud bahawa sesiapa yang dapat mendengar azan yang sama dalam satu

kawasan tanpa pembesar suara maka dialah jiran.

2) Jiran yang berada dalam satu lingkungan yang dapat mendengar iqamah solat.

3) Ada mengatakan pula jiran ialah mereka yang dapat besolat berjemaah pada waktu

subuh dan Jumaat bersama-sama.

4) Bagaimanapun pendapat yang masyhur dari riwayat Aisyah ra dan para tabien dalam

lingkungan empat puluh buah rumah dari seluruh sisi penjuru.

Page 4: Kehidupan berjiran

Kepentingan Jiran dalam Islam

1) Memenuhi Hak Jiran

a. Kejiranan ialah satu daripada fitrah manusia yang hidup dalam masyarakat dan

Islam itu berada di antara pertengahan dalam banyak perkara dengan tidak

berlebih dan berkurang. Menyentuh perihal jiran, Islam tidak membebani

seseorang itu dengan sesuatu hal yang melampau sehingga dia perlu memelihara

jirannya dengan mengabaikan hak dirinya sendiri sebaliknya juga sehingga tidak

mengabaikan hak jirannya dengan mengutamakan dirinya sendiri sebaliknya

berlaku tangungjawab ini secara saksama.

Antara hak jiran yang wajar dipelihara :

1) Tidak menyakiti jiran dan memelihara keamanan dengan jiran

Menyakiti jiran ialah satu dosa yang besar dan menjadikan seseorang dimurkai oleh Allah swt.

Ini berdasarkan sabda baginda rasulullah : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari

akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya” .

(hadith sahih riwayat Bukhari no. 5787 dan Muslim no. 47).

2)Menghormati Jiran dan pengamalan mereka selama tidak membawa mudharat. Memuliakan

jiran termasuk kewajipan dan menghormati mereka ialah perintah dari Allah serta termasuk salah

satu tanda keimanan. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan

tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama

mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah

maka hendaklah dihormati selama tidak membawa bahaya dan mudharat

Page 5: Kehidupan berjiran

3) Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan

mereka. Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat dari

banyak panduan dari hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar ra yang

menyebut telah bersabda rasulullah :

“Wahai Aba Zar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti

sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau”.

4) Membantu dan menolong mereka apabila dalam kesusahan

Termasuk di antara hak dan kewajipan seseorang terhadap jirannya ialah membantu dan

berusaha mengurangkan beban jirannya yang kesusahan sekadar mampunya. Islam menetapkan

bahawa hendaklah jiran itu membantu sekadar mampu dirinya untuk meringankan beban dan

tekanan yang dihadapi dari kesusahan oleh jirannya dan demikianlah Islam berusaha memberi

pertunjuk sedapat mungkin ke arah mencapai bahagia.

5) Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat.

Disebalik berusaha melakukan kebaikan kepada jiran dan membantu jiran maka seseorang itu

juga harus berusaha mengelakkan dari mencederakan jirannya dan berlaku khianat serta

membocorkan rahsia dan keaiban dari jirannya.Memelihara jiran dari sesuatu yang bahaya, juga

bermaksud tidak menyerahkan mereka kepada musuh dan membelot kepada mereka serta juga

tidak membiarkan mereka tanpa amaran apabila adanya bahaya mendekati mereka.

Berlaku khianat kepada jiran boleh terjadi dengan cara membocorkan rahsia jiran yang boleh

memalukan mereka, mencederakan maruah atau nyawa mereka dan harta benda mereka. Bahkan

pelbagai cara boleh berlaku dan yang paling buruk dan jahat serta keji di sisi Allah ialah

mengkhianati jiran dengan melakukan keburukkan kepada ahli keluarga mereka.

Page 6: Kehidupan berjiran

Adab – adab dalam kehidupan berjiran :

1. Dahului dengan memberi salam.

Lafaz ucapan salam dengan jelas dan sempurna, bukannya dengan sebutan ringakas

hingga mencacatkan bunyi dan maknanya. Salam yang sempurna ialah Asalamualaikum

w.b.t. Walaubagaimanapun ucapan salam dalam Islam adalah sunat bagi pemberi salam,

tetapi menjawab salam adalah wajib keatas umat islam.

2. Saling menegur antara satu sama lain

Jika seseorang melakukan kesalahan dan terlanjur berbuat dosa, tegurlah dengan cara

berhemah. Mungkin dia

melakukannya tanpa disedari. Berdasarkan skop ini, saling menegur antara satu sama lain

memberi impak positifu dalam meningkatkan ukhuwah kehidupan bermasyarakat.

3. Bersifat pemaaf

Sentiasa bersedia memaafkan orang lain terhadap diri seindiri, lebih-lebih lagi jika

seseorang itu meminta maaf di atas kesalahanya.

4. Menunaikan jemputan

Apabila dijemput menghadiri kenduri atau bertamu kerumah jiran tetangga kita,

seharusnya kita menunaikan jemputan itu. Tetapi biarlah bebas daripada perkara-perkara

yang boleh membawa kepada kemaksiatan kepada diri atau masyarakat.

5. Menziarah yang sakit

Ziarahi jiran yang sakit. Memberi nasihat atau kata semangat padanya agar dia mampu

mengahdapi ujian dengan tabah dan sabar. Sebaik-baiknya, berdoalah agar cepat sembuh.

Kesan - kesan hidup berjiran

Page 7: Kehidupan berjiran

1) Menambah Kenalan

Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan,

agama, bangsa, keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan menambahkan lagi

pengetahuan dan kenalan kita. Firman Allah swt yang bermaksud:

'Wahai manuisa, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan

seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya

kamu saling kenal mengenali'. (Al-Hujurat : 13)

2) Menjamin Keselamatan Setempat

Jiran yang sepakat dan bersatupadu mampu menjamin keselamatan kawasan

setempat daripada ancaman kecurian, pecah rumah, najis dadah, penculikan, samseng dan

sebagainya. Ini dapat dilakukan sama ada melalui Rukun Tetangga, Jawatankuasa

Keselamatan Kawasan atau kempen-kempen kesedaran. Budaya bantu membantu seperti

inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti firman Allah swt yang bermaksud:

'Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan ketaqwaan dan

janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran'.

(Al-Maidah : 2)

3. Menjaga Keharmonian Masyarakat

Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah

dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Gejala-gejala sosial

seperti bersekedudukan, berkhalwat, mendera anak, lari dari rumah, bohsia, bohjan dan

banyak lagi dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif

Page 8: Kehidupan berjiran

melaporkan kepada pihak berwajib setiapkali menyedari berlaku perkar-perkara yang

ganjil dan meragukan.

4. Menjaga Kebajikan Penduduk Setempat

Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain

sudah semestinya dapat menjana satu program atau aktiviti yang menyumbang kepada

kebajikan masyarakat setempat. Bagi memenuhi hasrat ini maka pelbagai jawatankuasa

boleh diwujudkan seperti Jawatankuasa Kemajuan Pembelajaran Anak-Anak bertujuan

menilai pencapaian pelajaran

Page 9: Kehidupan berjiran

Kesimpulan

Maka dengan ini, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam

menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Impian mempunyai jiran

yang baik tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang

baik terlebih dahulu. Kekuatan hubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni

mengukuhkan ikatan ukhuwwah Islamiah dan kasih sayang yang kadangkala melebihi

daripada keluarga sendiri. Kehidupan yang mendapat keberkatan daripada Allah swt

adalah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan serta jauh

daripada anasir kerosakan dan kebinasaan