kegunaan pokok kelapa.docx

Upload: vinodkumar-asokan

Post on 15-Mar-2016

304 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kegunaan seluruh bahagian kelapa

TRANSCRIPT

Kegunaan Pokok Kelapa

Pokok Kelapa atau dikenali sebagai pokok nyiur merupakan sejenis tumbuhan yang hidup subur di kawasan persisiran pantai. Tumbuhan ini juga banyak terdapat di desa dan di luar bandar.

Pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan kepada kita. Hampir setiap bahagian tumbuhan ini boleh digunakan. Oleh itu, pokok kelapa juga digelar pokok seribu guna.

Isi buah kelapa muda boleh dimakan begitu sahaja ataupun dibuat kuih-muih dan biskut. Air kelapa pula enak diminum bagi menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan terutamanya pada hari panas. Bukan itu sahaja, isi buah kelapa tua yang telah diparut boleh diperah menjadi santan. Santan digunakan untuk memasak kari dan nasi lemak. Isi buah kelapa juga boleh diproses menjadi minyak, sabun dan marjerin.

Selain itu, batang pokok kelapa yang panjang dan keras sesuai untuk dijadikan titi untuk menyeberangi sungai ataupun parit. Sabut kelapa pula boleh dibuat tali, berus dan bahan api. Tempurung kelapa boleh digunakan untuk menghasilkan cenderamata dan barang hiasan yang cantik. Contohnya, tabung syiling, rantai kunci dan sebagainya.

Di samping itu, daun pokok kelapa boleh dijadikan atap dan dibuat sarung ketupat. Ketupat popular semasa hari raya. Lidinya pula boleh diikat untuk dijadikan penyapu lidi. Penyapu lidi sesuai digunakan untuk menyapu dedaun kering di halaman rumah.

Pendek kata, pokok kelapa sangat berguna kepada kita. Oleh itu, kita sewajarnya menghargai tumbuhan ini dan menggunakannya dengan sebaik-baiknya.

Gambar bahagian-bahagian pokok kelapa

Kegunaan Daun Kelapa

1. Penyapu lidi.2. Trumpet.3. Atap.4. Sarung dodol.5. Sarung ketupat.6. Sarung nangka.7. Lekar (alas periuk).

Kegunaan Buah Kelapa

1. Santan.2. Berus.3. Jeli kelapa.4. Air kelapa.5. Senduk.6. Tabung.

Kegunaan Batang Kelapa

1. Titi.2. Rakit.3. Tiang.Kegunaan Pokok Kelapa

Pokok kelapa banyak kegunaannya. Kesemua bahagian pokok kelapa berguna kecuali kemungkinannya bahagianakar.Kelapa mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Malah, nama pokok kelapa dalam bahasaSanskritadalahkalpa vriksha, yang diterjemahkan sebagai "pokok yang membekalkan semua keperluan kehidupan". Terdapat pelbagai kegunaan pada bahagian kelapa, iaitu :

BuahAir daripada buah kelapa boleh diminum dan isi kelapa yang lembut boleh dimakan mentah. Kelapa muda juga dikukus, direbus atau dipanggang sebelum airnya diminum dan isinya dimakan. Dalam masyarakat Melayu terutamanya, kelapa tua diproses untuk dijadikan santan dan minyak masak seharian.

Daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan dan sarung ketupat. Lidinya boleh dibuat penyapu.

Sabut kelapa boleh dibuat tali. Tempurung kelapa boleh diproses menjadiubat nyamukdan barangan kraftangan. serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian. Minyaknya sebagai minyak masak, minyak pelita dan sabun.

Kegunaan Pokok Kelapa

Pokok kelapa banyak kegunaannya.Ceritakan kegunaan pokok kelapa kepada kita.

Pokok kelapa banyak didapati di kampong-kampung.Pokok kelapa tumbuh subur di tanah berpasir. Pokok kelapa sangat berguna kerana kelapa muda boleh dijadikanminuman.Air kelapa bertambah sedap jika dibancuh bersama-sama ais.Air kelapa muda boleh menghilangkan dahaga terutama semasa tengah hari atau cuaca panas. Selain itu, buah kelapa bolehmenghasilkan santan.Santan dapat menjadikan makanan yang dimasak bertambah sedap dan enak.Contohnya kari,masak lemak,kuih-muih dan sebaginya. Seterusnya,daun kelapa muda boleh dijadikansarung ketupatuntuk membuat ketupat.Ketupat popular semasa hari raya.Lidi kelapa pula boleh dijadikanpencucuk satedan dibuatpenyapu.Selain itu, pelepah kelapa dan tempurung boleh dijadikanbahan apiyang digunakan untuk memasak. Di samping itu, batang pokok kelapa boleh dibuattiti.Titi digunakan untuk menyeberangi parit atau sungai.Ini akan memudahkan perjalanan kita. Kesimpulannya, pokok kelapa sangat banyak kegunaannya.Oleh itu, kita sepatutnya menghargai anugerah tuhan ini.

Sejak turun temurun lagi, pisang telah digunakan oleh nenek moyang kita dalam kehidupan seharian mereka. Kegunaan pisang adalah pelbagai, ia meliputi akarnya, batangnya, daunnya, buahnya mahupun jantung pisang. Pada hari ini, kegunaan pisang adalah lebih meluas lagi . Ia bukan setakat sumber makanan, malah diusahakan dengan menggunakan teknologi moden sehingga mampu mendatangkan pulangan yang lumayan.

Masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Melayu telah mengenali daun pisang yang berbentuk lebar itu sebagai pelapik dan pembungkus makanan. Hidangan yang berbungkus daun pisang menerbitkan bau harum serta menbangkitkan selera pemakannya.

Nasi lemak,pulut inti, pulut panggang, kuih koci, kuih lapis, lemang, lontong, lepat, nagasari, puteri dua sebilik, abuk-abuk sagu, tepung peklita, tapai, dan berbagai lagi kuih tradisional menggunakan daun pisang sebagai pembungkusnya. Bentuk-bentuk pembungkusnya pula mepunyai ciri-ciri keindahan yang tersendiri seperti panjang, tiga segi, bentuk sampul surat, empat persegi dan sebagainya.Selain dari itu juga, daun pisang digunakan sebagai penutup hidangan untuk dihantar ke rumah jiran di kampung-kampung ketika bulan puasa dan sebagainya. Daun pisang juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana ianya dapat mengantikan minyak masak semasa memanggang ikan agar ikan tidak melekat.

Masyarakat Melayu di Johor pula menggunakan daun pisang sebagai bahan mencuci usus ayam setelah dibelah. Kemudian bilah buluh runcing dijolok bersama daun pisang ke dalamnya untuk mengeluarkan kekotoran. Menurut orang-orang tua daun pisang digunakan bagi menghilangkan bau hamis usus ayam di samping dapat membersihkannya. Usus yang sedia dibelah dua diramas dengan daun pisang bercampur dengan sedikit air sehingga semua kekotoran keluar kemudian barulah dibilas beberapa kali hingga ianya betul-betul bersih.

Satu ketika dahulu, batang pisang telah digunakan sebagai tempat mengalas kepala mayat sewaktu memandikannya di Sarawak dan di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia. Ini kerana batang pisang memang mudah didapati dan ianya lembut. Bagaimanapun kini, peranan batang pisang ini telahpun diambil alih oleh tempat mayat yang khas yang diperbuat dari aluminium yang tidak membasahkan lantai kerana ianya mempunyai saluran air ke longkang di luar rumah.

Antara bahagian pokok pisang yang sering digunakan dalam kehidupan seharian ialah pelepah pisang. Para surirumahtangga seringkali menggunakan pelepah pisang untuk membersihkan kerang.