kegagalan badan berkanun

Upload: syarie

Post on 30-Oct-2015

431 views

Category:

Documents


48 download

DESCRIPTION

sila baca

TRANSCRIPT

KEGAGALAN BADAN BERKANUNKegagalan badan berkanun adalah salah satu kecenderungan yang membawa kepada isu pengkorporatan atau penswastaan. Kemelesetan ekonomi yang dialami oleh negara membangun dan kadar kemiskinan yang semakin meningkat telah menyebabkan strategi pembangunan yangditerima dan diamalkan selepas kemerdekaan dipersoalkan. Satu pandangan yang dominan sekarang ialah polisi dan perancangan pembangunan telah gagal. Ini telah mengubah paradigma ke arah neoclassical, iaitu proses dan polisi pembangunan yang berorientasikan pasaran dan meminimumkan peranan kerajaan dalam ekonomi, termasuk penswastaan perbadanan awam. Analisis neo-classical dalam konteks penswastan ini bermakna polisi yang menuju ke arah pengurangan saiz sektor awam . Harapan yang diberikan kepada perbadanan awam tidaklah begitu tinggi.Namun demikian, badan pengarah dan pengurus-pengurus perbadanan awam sentiasa diperingatkan oleh pemimpin-pemimpin negara bahawa mereka diharapkan akan dapat mencapai pulang-modal dan memberikan keuntungan yang memadai untuk mencapai pelaburan baru.Antara cara yang paling mudah untuk menentukan prestasi ekonomi sesebuah perbadanan awam ialah dengan memeriksa keuntungan atau aliran tunai. Jenis yang berbeza dan objektif yang berkonflik antara satu sama lain juga telah menimbulkan kesukaran untuk membuat satugeneralisasi terhadap prestasi kewangan perbadanan awam. Salah satu kajian awal yang menilai prestasi perbadanan awam telah dibuat oleh kajian ini telah menganalisis prestasi kewangan perbadanan awam dan telah membuat kesimpulan bahawa susut nilai diambil kira dan subsidi diketepikan syarikat-syarikat menunjukkan satu kerugian bersama. Secara realitinya adalah terlalu sukar untuk menilai prestasi perbadanan awam. Sukar dari segi konsep dan sukar dari segi praktik. Walau bagaimanapun, juga dipersetujui oleh bahawa prestasi perbadanan awam adalah amat mengecewakan. Banyak alasan telah diberikan atas prestasi rendah badan-badan berkanun di negara-negara membangun termasuklah Malaysia. Antaranya ialah tidak ada autonomi pengurusan, sifat perniagaan itu sendiri, ketiadaan penanggungjawaban, ketiadaan kawalan, rasuah dan salah pengurusan

Secara realitinya adalah terlalu sukar untuk menilai prestasi perbadanan awam. Sukar dari segi konsep dan sukar dari segi praktik. Walau bagaimanapun, juga dipersetujui oleh bahawa prestasi perbadanan awam adalah amat mengecewakan. Laporan Pembangunan Bank Dunia tahun 1983melaporkan bahawa perbadanan awam di negara-negara Afrika telah menimbulkan masalah kewangan yang serius kecuali perbadanan awam yang terlibat dalam mengeksport bahan galian.Kajian terbaru oleh Nillis juga telah menyokong pandangan Bank Duniaini. Wilson yang meringkaskan kajian oleh Nillis menyatakan bahawa: perbadanan awam secara keseluruhan membazirkan wang mereka telah menggunakan lebih banyak hasil daripadayang mereka sumbangkan. Kebanyakan perbadanan awamadalah seperti gajah putih besar di bumi Afrika yang menelanapa yang dikeluarkan oleh sumber lain.Banyak alasan telah diberikan atas prestasi rendah badan-badan berkanundi negara-negara membangun termasuklah Malaysia. Antaranya ialahtidak ada autonomi pengurusan, sifat perniagaan itu sendiri, ketiadaanpenanggungjawaban, ketiadaan kawalan, rasuah dan salah pengurusan(Abu Bakar Munir, 1992: 13).Terdapat kenyataan bahawa di dalam hal perbadanan awam pulakenyataannya adalah seperti berikut:Perbadanan awam pada keseluruhannya adalah cara yangtidak efisien untuk menjalankan perniagaan, mereka selalunyamemerlukan subsidi dan/atau layanan istimewa. Kerajaanmesti mengawal aktiviti dan keperluan perbadanan awam.Dalam kebanyakan kes, perbadanan awam mestilahdiswastakan. Dalam keadaan yang tidak praktikal, badanbadanini mestilah tertakluk kepada market force dan disiplinpasaran (Abu Bakar Munir, 1992: 15).Oleh yang demikian, penswastaan dalam agenda pembangunan secarakeseluruhannya berpunca daripada kegagalan perbadanan awam dalamaktiviti pembangunan negara.

Pentadbiran awam melibatkan sistem pemerintahan sesebuah negara atau kerajaan. Oleh itu, adalah mustahak bagi kerajaan atau pihak-pihak tertentu dari semasa ke semasa menyemak sistem penyeliaan, kawalan, peraturan dan koordinasi bagi mencapai keputusan yang dikehendaki atau jika sebaliknya terdapat keputusan-keputusan yang mendukacitakan atau kemungkinan-kemungkinan yang lain. Dalam sistem pentadbiran negara Malaysia, agensi-agensi kerajaan sama ada di peringkat kementerian, jabatan dan badan berkanun memainkan peranan yang amat penting ke arah pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.Perbadanan Awam, badan berkanun dan badan tidak berkanun serta agensi-agensi ini merupakan nadi penggerak sistem pentadbiran kerajaan yang membantunya dalam penggubalan dasar, penguatkuasaan undangundang kerajaan dan lain aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada pembangunan negara. Walaupun setiap agensi kerajaan mempunyai objektif korporat yang tersendiri, secara keseluruhannya agensi-agensi kerajaan menjalankan tugas dan tanggungjawab serta aktiviti-aktiviti yang sejajar dengan kehendak dan matlamat negara. Sikap kerjasama di antara pelbagai agensi kerajaan amatlah mustahak bagi memantapkan pentadbiran dan perkhidmatan kepada masyarakat.