kedudukan bahasa melayu di dalam...

25
107 KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM PERLEMBAGAAN SERTA CABARAN MASA LALU DAN MASA KINI Nizamuddin Alias dan Muhammad Hafiz Badarulzaman Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia. Pensyarah, Pusat Pengajian Undang-undang, College of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia, , Sintok, Kedah, Malaysia ABSTRAK Kedudukan Bahasa Melayu di Malaysia telah dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Pada zaman penjajahan kedudukan Bahasa Melayu telah dipinggirkan dan ini menyebabkan usaha-usaha bagi meletakkannya di tempat yang sewajarnya mengambil beberapa waktu. Peruntukan perlembagaan dan undang- undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik Melayu juga pada peringkat awal dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam usaha mengembalikan kedudukan Bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya. Makalah ini menyimpulkan bahawa kedudukan bahasa Melayu sentiasa mempunyai cabarannya yang tersendiri di Malaysia. Cabaran yang terdiri dari faktor dalaman dan luaran berlaku sejak dahulu hingga kini. Kualiti dan kuantiti penggunaan bahasa Melayu menjadi faktor dalaman yang semakin menjadi-jadi. Sikap acuh dan tidak acuh masyarakat dan kerajaan dalam memartabatkan budaya berbahasa kebangsaan turut dipersoalkan. Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris turut mengikis fungsi sebenar bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi. Malahan polemik berpanjangan sekolah vernakular yang tidak menerima bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar menjadi beban buat kerajaan. Hal yang sama turut dirasai di peringkat institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) apabila hampir kesemua IPTS menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan bahasa Melayu seakan ketinggalan sebagai bahasa ilmu di menara gading. Cabaran tersebut berterusan apabila graduan ingin memilih kerjaya dan majikan menilai berdasarkan kemampuan penguasaan bahasa asing.

Upload: doankhue

Post on 13-Mar-2018

233 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

107 KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM PERLEMBAGAAN SERTA

CABARAN MASA LALU DAN MASA KINI

Nizamuddin Alias dan Muhammad Hafiz Badarulzaman Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia.

Pensyarah, Pusat Pengajian Undang-undang, College of Law, Government

and International Studies, Universiti Utara Malaysia, , Sintok, Kedah,

Malaysia

ABSTRAK Kedudukan Bahasa Melayu di Malaysia telah dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Pada zaman penjajahan kedudukan Bahasa Melayu telah dipinggirkan dan ini menyebabkan usaha-usaha bagi meletakkannya di tempat yang sewajarnya mengambil beberapa waktu. Peruntukan perlembagaan dan undang-undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik Melayu juga pada peringkat awal dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam usaha mengembalikan kedudukan Bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya. Makalah ini menyimpulkan bahawa kedudukan bahasa Melayu sentiasa mempunyai cabarannya yang tersendiri di Malaysia. Cabaran yang terdiri dari faktor dalaman dan luaran berlaku sejak dahulu hingga kini. Kualiti dan kuantiti penggunaan bahasa Melayu menjadi faktor dalaman yang semakin menjadi-jadi. Sikap acuh dan tidak acuh masyarakat dan kerajaan dalam memartabatkan budaya berbahasa kebangsaan turut dipersoalkan. Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris turut mengikis fungsi sebenar bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi. Malahan polemik berpanjangan sekolah vernakular yang tidak menerima bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar menjadi beban buat kerajaan. Hal yang sama turut dirasai di peringkat institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) apabila hampir kesemua IPTS menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan bahasa Melayu seakan ketinggalan sebagai bahasa ilmu di menara gading. Cabaran tersebut berterusan apabila graduan ingin memilih kerjaya dan majikan menilai berdasarkan kemampuan penguasaan bahasa asing.

Page 2: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

108 MUKADIMAH Isu bahasa seperti juga isu agama boleh memberi kesan besar kepada sesebuah negara jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya. Sejarah mencatatkan pertumpahan darah pernah berlaku apabila isu bahasa menjadi bahan pertikaian pihak-pihak yang bertelagah, hatta perang pernah terjadi membabitkan isu ini.1 Sebelum kemerdekaan, Tanah Melayu ketika itu didiami oleh masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Hampir separuh daripada penduduk Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu, lebih kurang satu pertiga lagi daripada jumlah penduduk ialah kaum imigran seperti orang Cina, manakala yang selebihnya terdiri daripada kaum India dan bangsa-bangsa lain. Pada zaman penjajahan, Bahasa Inggeris ialah bahasa yang digunakan untuk mentadbir negeri ini. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Bahasa Melayu dipilih menjadi bahasa yang digunakan untuk urusan pentadbiran dan menjadi bahasa pengantar utama di institusi-institusi pendidikan. Makalah ini akan melihat kedudukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan serta cabaran-cabaran ke atasnya pada masa kini. Kontrak sosial yang dimeterai oleh pemimpin-pemimpin Parti Perikatan sebelum kemerdekaan menjadi kerangka asas bagi kedudukan Bahasa Melayu.2 Pendekatan yang diambil oleh mereka meninggalkan kesan yang bukan sedikit ke atas lanskap sosio-politik Malaysia, termasuklah bidang bahasa. Topik ini akan dilihat dari sudut perlembagaan dan perundangan. Pendekatan sejarah turut digunakan bagi menilai perkembangan Bahasa Melayu serta cabaran yang dilaluinya sehingga masa kini.

1

Beberapa buah negara pernah mengalami kekacauan dan perang saudara

akibat gagal menguruskan isu bahasa dengan baik. Pemisahan antara

Pakistan Barat dan Pakistan Timur pada tahun 1971 disebabkan oleh isu

bahasa yang tidak berkesudahan bagi penutur Bahasa Bengali yang menjadi

majoriti penduduk di Pakistan Timur (kini dikenali sebagai Bangladesh).

Perang saudara yang lama juga berlaku di Sri Lanka akibat isu bahasa di

antara penutur Bahasa Sinhala dan penutur Bahasa Tamil.

2 Istilah yang digunakan untuk merujuk Bahasa Melayu antaranya ialah

‘Bahasa Kebangsaan’ dan ‘Bahasa Malaysia’. Istilah ‘Bahasa Malaysia’

menjadi popular selepas rusuhan kaum pada tahun 1969. Bagaimanapun

penulisan makalah ini akan menggunakan istilah ‘Bahasa Melayu’.

Page 3: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

109 Akibat penjajahan, situasi sosio-linguistik Tanah Melayu adalah sangat kompleks. Masyarakatnya dibahagikan mengikut kumpulan etnik. Boleh dikatakan pembahagian sebegini rupa adalah natijah daripada sistem pendidikan yang pelbagai sifatnya. Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar utama dalam bidang pendidikan. Kemampuan menguasai Bahasa Inggeris ialah ‘tiket’ bagi memperoleh kedudukan yang lebih baik. Bahasa Melayu nyata dipinggirkan dan hanya memainkan peranan yang minimum dalam bidang pendidikan. Ia menjadi bahasa pengantar di peringkat pendidikan rendah sahaja. 3 Dalam hal ini Bahasa Mandarin mempunyai kedudukan yang lebih baik kerana ia tidak sahaja digunakan dalam pendidikan rendah dan menengah, bahkan juga digunakan dalam peringkat pengajian tinggi. KAJIAN LITERATUR Topik ini telah disentuh oleh sebilangan sarjana dalam penulisan mereka. Metodologi yang digunakan dalam makalah ini ialah kajian perpustakaan. Dalam Language and Language Situation in Southeast Asia: With a Focus on Malaysia yang diedit oleh Asmah Haji Omar4, mengandungi makalah yang memberikan satu penilaian yang bersifat semasa mengenai isu-isu bahasa bukan sahaja di Malaysia bahkan juga turut mencakupi negara-negara lain dalam rantau ASEAN. Manakala Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa yang diedit oleh Asraf5 ialah satu himpunan artikel yang dihasilkan oleh ilmuan Bahasa Melayu di negara kita. Buku ini ialah respon para cendikiawan Bahasa Melayu kepada tindakan Perdana Menteri yang membenarkan Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar di universiti-universiti di Malaysia. Ia mengandungi 21 artikel dan 4 memorandum yang dibuat oleh para cendekiawan Bahasa Melayu

3

Abdullah Hassan (1981) “Some Issues and Problems in Implementing

Bahasa Malaysia as Medium of Instruction in Tertiary Education” dalam

National Language as Medium of Instruction. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka

4 Asmah Haji Omar (2003) Language and Language Situation in Southeast

Asia: With a Focus on Malaysia, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian

Melayu,Universiti Malaya

5 Asraf ed. (1996) Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa

Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia

Page 4: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

110 berkaitan dengan isu ini. Kedua-dua buku ini sangat baik dari segi pembahasan isu ini dari sudut pandangan ilmuan bahasa dan linguistik namun ia kurang menyentuh kedudukan Bahasa Melayu dari sudut perlembagaan dan perundangan. Di samping itu, Richard Mead dalam bukunya yang berjudul Malaysia’s National Language Policy and the Legal System 6 menganalisa pemakaian Bahasa Melayu dalam system undang-undang Malaysia. Buku beliau menjelaskan sebab musabab penggunaan Bahasa Melayu yang agak perlahan di mahkamah. Antara sebab yang dikemukakan ialah kurangnya penulisan mengenai bidang undang-undang dalam Bahasa Melayu, ‘kesetiaan’ peguam dan hakim kepada Bahasa Inggeris serta adanya khidmat jurubahasa. Kesemua sebab yang dinyatakan ini merupakan anatara faktor penting mengapa Bahasa Inggeris masih digunapakai di mahkamah-mahkamah di negara ini. Sebuah lagi penulisan yang ditinjau ialah Pendidikan dan Politik di Malaysia yang ditulis oleh Ibrahim Saad7. Penulis dalam buku ini menegaskan bahawa pendidikan dan politik biasanya menjadi alat bagipihak yang berkuasa. Hasil daripada polisi penjajah menatijahkan kuasa ekonomi dan politik kaum imigran bertambah. Apabila negara mencapai kemerdekaan, pihak pemerintah menjalankan proses pembinaan negara bangsa dengan menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu. Bagaimanapun, usaha-usaha ini tidak sangat mencapai kejayaan atas sebab-sebab tertentu. Apabila Tragedi 13 Mei meletus barulah kelihatan kesungguhan mengenai hal ini ditunjukkan oleh pihak berwajib. Hasil-hasil usaha yang berterusan dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu ini dapat dilihat dalam Language Planning in Southeast Asia yang diedit oleh Abdullah Hassan.8 Buku ini menghimpunkan pelbagai artikel yang ditulis oleh ahli linguistik dan ia menilai situasi bahasa yang sangat rencam

6

Mead, R. (1988) Malaysia’s National Language Policy and the Legal

System Newhaven: Yale University Southeast Asia Studies

7 Ibrahim Saad (1977) Pendidikan dan Politik di Malaysia Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

8 Abdullah Hassan (1994) Language Planning in Southeast Asia Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 5: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

111 sifatnya di rantau Asia Tenggara. Ia mengandungi pelbagai artikel yang berguna mengenai pengalaman Malaysia dalam bidang perancangan bahasa (language planning). Impak polisi bahasa ke atas identiti nasional, pendidikan, pentadbiran serta bidang komunikasi turut dibincangkan dalam penerbitan ini. Kesimpulannya, buku dan penerbitan yang telah ditinjau ada sebahagiannya menyentuh aspek undang-undang namun sudut perlembagaan tidak banyak disentuh. KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Kedudukan Bahasa Melayu telah diperuntukkan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini dinyatakan di dalam Perkara 152. Ia memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan. Peruntukan tersebut berbunyi: “Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Malaysia dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen. Dengan syarat bahawa – (a) tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain; dan (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan”. Fasal 2 Perkara 152 memperuntukkan: “Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dalam Dewan Negeri tiap-tiap negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain”. Fasal 3 Perkara 152 pula menyebut bahawa naskhah sahih bagi segala Rang Undang-undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-pindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalammana-mana Majlis Parlimen, segala akta parlimen, dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh

Page 6: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

112 Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam Bahasa Inggeris. 9 Di samping itu juga, Fasal (4) dan (5) Perkara 152 membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam prosiding mahkamah.10 Ketika penggubalan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Bahasa Melayu telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya tersebut mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan, tetapi Bahasa Inggeris masih boleh digunakan untuk suatu tempoh selama sepuluh tahun.11 Ahli-ahli suruhanjaya ini memikirkan bahawa waktu peralihan adalah perlu bagi membolehkan rakyat membiasakan diri dengan bahasa kebangsaan. Cadangan ini kemudiannya dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja yang membincangkan draf Perlembagaan Persekutuan. Justeru itu, cadangan tersebut dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan seperti mana yang dapat dilihat sekarang. Ada pendapat menyebut jika Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai satu-satunya bahasa rasmi pada 31 Ogos 1957, keadaan akan menjadi kelam kabut kerana terdapat sebilangan besar rakyat masih belum bersedia dengan perubahan sebegitu. Pada waktu itu hanya sebilangan kecil kaum

9

Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas

Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan

oleh Parlimen, naskhah yang sahih –

(a) bagi segala Rang Undang-undang yang hendak dikemukakan atau

pindaan-pindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana

Majlis Parlimen, dan

(b) bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang

dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam Bahasa Inggeris.

10 (4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun

selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya

diperuntukkan oleh Parlimen, segala pembicaraan dalam Mahkamah

Persekutuan, Mahkamah Rayuan, atau Mahkamah Tinggi hendaklah

dijalankan dalam Bahasa Inggeris: Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah

dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam

bahasa yang digunakan oleh saksi tidak payah diterjemah atau direkodkan

dalam Bahasa Inggeris.

(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga selainnya diperuntukkan

oleh Parlimen, segala pembicaraan dalam mahkamah rendah, lain daripada

mengambil keterangan, hendaklah dijalankan dalam Bahasa Inggeris.

11 Laporan Suruhanjaya Reid turut mencadangkan bahawa Bahasa Cina dan

Bahasa Tamil boleh digunakan di dalam dewan perundangan. Cadangan ini

tidak dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja.

Page 7: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

113 bukan Melayu yang mampu bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu, yang memungkinkan mereka berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu dalam majlis rasmi serta berurusan dengan jabatan kerajaan. Asmah Haji Omar berpendapat dalam hal ini penggubal-penggubal Perlembagaan Persekutuan telah mengambil kira sensitiviti sosio-politik pada zaman tersebut. Tambahan pula hubungan antara etnik pada waktu itu tidaklah berapa baik hasil daripada kekacauan sewaktu Perang Dunia Kedua yang masih membekas di kalangan sebilangan rakyat. Jadi tempoh sepuluh tahun yang diberikan oleh penggubal Perlembagaan Persekutuan telah mengambil kira semua faktor ini sebelum Bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa rasmi. Ternyata suatu jangka masa diperlukan bagi seluruh rakyat Tanah Melayu mempelajari Bahasa Melayu dan juga langkah-langkah penyesuaian dibuat bagi bahasa tersebut mengambil statusnya yang baru.12 Terma yang digunakan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan ialah ‘national language’ – ‘bahasa kebangsaan’ dan bukannya ‘official language’ – ‘bahasa rasmi’. Hakim Tan Sri Hashim Yeop Sani menyatakan bahawa penggubal-penggubal perlembagaan sengaja menggunakan terma yang pertama. Ini berbeza dengan pendekatan yang diambil di India yang mana terma ‘official language’ digunakan dalam Perkara 343(1) Perlembagaan India.13 Perkataan ‘national’ dalam maknanya yang biasa ialah “pertaining to the nation as a whole” atau “affecting or shared by the nation as a whole”. Ia diambil dari kata akar ‘nation’ yang bermaksud “a large body of people united by common descent, history, culture, or language, inhabiting a particular state or territory”.14 Justeru, apabila terma ‘national language’ digunakan ia merujuk kepada suatu bahasa yang

12

Asmah Haji Omar (1979), Language Planning for Unity and Efficiency.

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

13 Perkara 343(1) Perlembagaan India. Ia berbunyi: “The official language

of the Union shall be Hindi in Devanagari script. The form of numerals to be

used for the official purposes of the Union shall be the international form of

Indian numerals.”

14 Soanes, C., and Stevenson, A. ed.(2005), Oxford Dictionary of English

2nd Ed. Oxford U.K: Oxford University Press.

Page 8: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

114 digunakan oleh mana-mana individu, kumpulan dan juga badan-badan awam atau swasta di sesebuah negara dalam apa jua aktiviti kehidupan. Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan, inter alia, bahawa “tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain….”. Tiga perkara dapat difahami daripada peruntukan di atas, dua daripadanya disebut dengan jelas manakala satu perkara lagi ialah yang tersirat daripada peruntukan itu. (i) Tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan daripada mengajar atau belajar bahasa-bahasa lain; (ii) Seseorang boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan sebarang bahasa lain untuk maksud rasmi; (iii) Tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan daripada mengajar atau belajar sebarang bahasa lain untuk maksud tidak rasmi.15 Di samping itu juga, jika diperhatikan dengan teliti nyata bahawa kedudukan Bahasa Inggeris agak selesa. Ini jelas dapat dilihat dalam peruntukan Fasal (2), (3), (4) dan (5) Perkara 152. Secara ringkas, dapat disimpulkan bahawa sekalipun Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Persekutuan, kerajaan boleh membenarkan bahasa lain (dalam kes ini Bahasa Inggeris) digunakan. Oleh sebab itu tidak sukar untuk difahami perasaan tidak puas hati aktivis-aktivis Bahasa Melayu dengan polisi dan tindakan yang diambil oleh kerajaan yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj ketika itu. Bagi mereka ini membuktikan sikap tidak tegas kerajaan pimpinan Tunku dalam isu bahasa. AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1967 Akta Bahasa Kebangsaan 1967 ialah “suatu akta bagi menyatukan undang-undang berhubung dengan penggunaan bahasa kebangsaan”. 16 Akta itu sebenarnya agak ringkas dan hanya mengandungi 11 seksyen sahaja. Peruntukan yang penting diperturunkan di sini:

15

Hashim Yeop Sani (1980) Our Constitution. Kuala Lumpur: The Law

Publishers Sdn Bhd.

16 Mukadimah Akta Bahasa Kebangsaan

Page 9: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

115 Seksyen 2 Akta itu menyebut : “Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam akta ini dan tertakluk kepada perlindungan-perlindungan yang terkandung dalam Perkara 152(1) Perlembagaan berhubung dengan mana-mana bahasa lain dan bahasa mana-mana kaum lain di Malaysia bahasa kebangsaan hendaklah diguna bagi maksud rasmi”. Seksyen 3 Akta itu pula menyebut: “Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak kerajaan mana-mana Negeri untuk menggunakan apa-apa terjemahan dokumen atau perutusan rasmi dalam mana-mana bahasa lain bagi apa-apa maksud yang difikirkan perlu demi kepentingan awam”. Seksyen 4 Akta ini pula memperuntukkan: “Yang Dipertuan Agong boleh membenarkan penggunaan berterusan Bahasa Inggeris bagi apa-apa maksud rasmi sebagaimana yang difikirkan patut”. Seksyen 5 memperuntukkan bahawa Bahasa Inggeris boleh digunakan di Parlimen dan dalam perbahasan di Dewan Undangan Negeri.17 Seksyen 6 pula menyatakan bahawa naskhah sahih rang undang-undang di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, Akta, Enakmen, perundangan kecil (yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri) dan Ordinan yang dikeluarkan oleh Yang Dipertuan Agong akan ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris melainkan Yang Dipertuan Agong menetapkan yang sebaliknya.18 Seksyen 8 akta ini menyatakan bahawa prosiding di

17

Seksyen 5 menyebut: “Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua

Dewan Rakyat, dan Yang Dipertua mana-mana Dewan Undangan Negeri

atau seseorang lain yang menjalankan fungsi mana-mana jawatan itu, boleh

membenarkan anggota mana-mana Majlis Parlimen atau seseorang anggota

Dewan Undangan menggunakan Bahasa Inggeris apabila member ucapan

kepada, ataupun apabila mengambil bahagian dalam kerja, Majlis Parlimen

atau Dewan Undangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan”.

18 Seksyen 6 : “Teks – (a) bagi segala rang undang-undang yang akan

dikemukakan atau pindaan kepadanya yang akan dicadangkan dalam

Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri; (b) bagi segala Akta

Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh Kerajaan

Persekutuan; (c) bagi segala Enakmen dan perundangan subsidiari yang

dikeluarkan oleh mana-mana Kerajaan Negeri; (d) bagi segala Ordinan yang

diisytiharkan oleh Yang Dipertuan Agong, hendaklah dalam bahasa

kebangsaan dan dalam Bahasa Inggeris, dan teks dalam bahasa kebangsaan

itu adalah sahih melainkan jika Yang Dipertuan Agong menetapkan

Page 10: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

116 mahkamah hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan; bagaimanapun proviso seksyen ini membenarkan mahkamah menggunakan Bahasa Inggeris atas kehendaknya sendiri, atau atas permohonan mana-mana pihak dalam prosiding. Mahkamah diberi kuasa memerintahkan prosiding tersebut dijalankan sebahagiannya dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian lagi dalam Bahasa Inggeris.19 Dapat dilihat melalui peruntukan-peruntukan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 bahawa kebebasan yang besar diberikan kepada Kerajaan Persekutuan dalam isu bahasa. Hal ini disedari ramai apabila rang undang-undang akta ini dibentang di Parlimen pada hujung bulan Februari 1967. Boleh dikatakan sebilangan besar rakyat tertunggu-tunggu pendekatan yang diambil oleh kerajaan dalam hal ini. Tambahan pula tempoh 10 tahun yang dinyatakan oleh Perlembagaan Persekutuan tamat dalam tahun itu. Anggota pembangkang di Dewan Rakyat Dato’ Muhamad Asri Haji Muda presiden Parti Pas ketika membahaskan rang undang-undang tersebut menyatakan bahawa rang undang-undang tersebut melemahkan kedudukan bahasa kebangsaan dan menjadikan Bahasa Inggeris lebih kukuh di negara ini. Beliau dalam perbahasannya menyebut bahawa UMNO dalam beberapa hal telah mengkhianati orang-orang Melayu; lebih buruk lagi rang undang–undang ini tidak memberi apa-apa kelebihan bagi mereka di tanah air mereka sendiri. Orang-orang Melayu yang tinggal di kampung-kampung ujar beliau, akan kekal hidup melarat kerana ruang pendidikan yang ada bagi mereka hanyalah sekolah Melayu. Beliau menegaskan bahawa jika

sebaliknya sama ada secara am atau bagi mana-mana undang-undang atau

jenis undang –undang yang tertentu”.

19 Seksyen 8 : “Segala prosiding (selain pemberian keterangan oleh seorang

saksi) dalamMahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi

atau mana-mana mahkamah rendah hendaklah dalam bahasa kebangsaan;

dengan syarat bahawa mahkamah boleh sama ada atas kehendaknya sendiri

atau atas permohonan mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding dan

selepas menimbangkan kepentingan keadilan dalam prosiding itu

memerintahkan supaya prosiding itu (selain pemberian keterangan oleh

seorang saksi) dijalankan sebahagiannya dalam bahasa kebangsaan dan

sebahagiannya dalam Bahasa Inggeris”.

Page 11: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

117 rang undang-undang ini diluluskan maka bahasa kebangsaan tidak mempunyai nilai ekonomi.20 Roff dalam artikelnya menyebut bahawa akhbar-akhbar bukan berbahasa Melayu menarik nafas lega apabila rang undang-undang tersebut dibentangkan kerana peruntukan-peruntukannya didapati agak longgar.21 Sebaliknya, sebilangan besar rakyat yang terdiri daripada golongan mahasiswa dan kaum cendekiawan Melayu membantah Akta ini. Mereka menubuhkan Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan dan gerakan ini turut disertai oleh pertubuhan-pertubuhan lain antaranya Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Pertubuhan Guru-guru Melayu dan pertubuhan kebudayaan Melayu. Kemuncak kepada penentangan ini ialah perhimpunan besar yang membantah akta ini diadakan pada 3 Mac 1967 di Dewan Bahasa dan Pustaka.22 Zainal Abidin Wahid pula menyifatkan apabila Akta tersebut diluluskan kedudukan Bahasa Inggeris sebenarnya bertambah kukuh. Sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan selama sepuluh tahun, tiada perubahan besar dapat dilihat dalam isu bahasa.23 Elit politik Melayu ketika itu tampaknya tidak yakin dengan kemampuan bahasa mereka sendiri. Hal ini berterusan sehinggalah negara dikejutkan dengan tragedi berdarah 13 Mei 1969 sehingga menyebabkan kepimpinan negara bertukar tangan. Nasib Bahasa Melayu lebih terbela selepas peristiwa itu. CABARAN MASA LALU DAN CABARAN MASA KINI Era globalisasi dan teknologi maklumat memberikan satu cabaran yang besar kepada kedudukan Bahasa Melayu. Cabaran yang bakal

20

Mengenang Peristiwa Api dan AirMata 3 Mac di Balai Budaya, (2002)

Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia

21 Roff, M. (1967) “The Politics of Language in Malaya”, Asian Survey Vol.

VII (2): 316-328

22 Mengenang Peristiwa Api dan AirMata 3 Mac di Balai Budaya, (2002)

Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia

23 Zainal Abidin Wahid (2002) ‘Undang-undang Bahasa Kebangsaan 1967’

in Keranda 152, Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia

Page 12: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

118 dilalui ialah cabaran yang berbentuk dalaman dan luaran24. Cabaran dalaman merujuk kepada kualiti dan kuantiti penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan25. Manakala cabaran luaran merujuk kepada persaingan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris dan bahasa lain yang dianggap sebagai bahasa antarabangsa dan bahasa global. Kualiti dan Kuantiti Penggunaan Bahasa Melayu Wawasan 2020 menjadikan Malaysia sebagai negara maju. Oleh itu orientasi penggunaan Bahasa Inggeris dianggap sebagai alat komunikasi kemajuan negara. Peranan Bahasa Melayu dalam pembangunan negara tidak diambilkira. Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu dinasihatkan menguasai Bahasa Inggeris jika ingin menjadi ‘bangsa yang maju’.Penggunaan Bahasa Inggeris tidak lagi menjadi bahasa kedua tetapi digunakan sebagai bahasa pembangunan dan kemajuan negara serta boleh dikatakan sebagai bahasa utama negara26. Kelemahan pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris diperbesarkan manakala kelemahan pelajar menguasai bahasa Melayu disenyapkan. Bahasa Melayu dikatakan sebagai bahasa pengembang atau pencipta ilmu di rantau Nusantara ini. Pasca kemerdekaan menunjukkan bahawa terdapat kemajuan dari sudut peranan bahasa tetapi dasar dan polisi bahasa gagal mewujudkan suasana atau persekitaran yang dapat menggalakkan penerimaan atau penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat utama untuk membangunkan negara terutama dalam bidang ekonomi, perusahaan dan teknologi. Karya-karya dan makalah-makalah berkaitan sains dan teknologi dalam Bahasa Melayu amatlah berkurangan. Sekiranya ada, Bahasa Melayu yang digunakan tidak

24

Abdul Rahim Bakar. 2000. Bahasa jiwa bangsa-perspektif politik dan

pejuang bahasa. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

25 Nik Safiah Karim. 2001. Pemerkasaan Bahasa Melayu. Dewan Bahasa,

Mac 1(3)5-8 26 Hassan Ahmad, Bahasa Melayu Sebagai Alat Kemajuan Pendidikan dan Ilmu di

Malaysia: Apakah Matlamatnya? Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Bahasa

Kebangsaan, 2-4 Mei 2001, Kuala Lumpur.

Page 13: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

119 ditulis dengan Bahasa Melayu tinggi dan mempunyai masalah dari sudut penggunaan bahasa yang tidak betul, tepat dan jelas. Ini berlaku apabila penulisan tersebut mempunyai kecenderungan gaya berbahasa Inggeris tetapi ditulis dalam Bahasa Melayu. Persoalan yang boleh diajukan ialah adakah ini merupakan salah satu punca kenapa sarjana kita tidak bersedia menulis ilmu tinggi dalam bahasa melayu? Dasar bahasa dalam sistem pendidikan gagal membina kesedaran budaya berbahasa Melayu terutamanya di kalangan golongan elitis, teknokrat, professional, ahli akademia, birokrat, usahawan terutamanya yang berbangsa Melayu. Tan Sri Dato’ Awang Had Salleh, Mantan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia menggariskan tiga aspek dalaman yang menjadi cabaran perlaksanaan bahasa kebangsaan dalam pendidikan27: Pertama, kejayaan bahasa kebangsaan dalam pendidikan tidak diukur dari sudut penguasaan sebagai bahasa ilmu malah penguasaan bahasa kebangsaan haruslah mencerminkan tatasusila dan kesopanan, bahasa kebudayaan dan sebagai satu bahasa bangsa peradaban. Kedua, kejayaan bahasa kebangsaan dalam pendidikan tidak dilihat pada kuantiti pelajar yang menutur dan kefasihan mereka menggunakannya tetapi kualiti bahasa kebangsaan diukur melalui ketepatan, kewajaran dan kematangan isi pengucapan, tulisan dan sebagainya. Ketiga, kejayaan bahasa kebangsaan dalam pendidikan tidak dinilai dengan kemahiran pelajar menyampaikan maklumat secara sistematik tetapi mengajar para pelajar untuk ikhlas dan bertanggungjawab atas ucapan .yang mereka sampaikan. Bahasa Melayu kini merentasi era globalisasi. Globalisasi sangat sinonim dengan istilah dunia tanpa sempadan. Dunia yang melibatkan komunikasi menerusi teknologi maklumat tanpa wayar (ICT) . Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan sama ada mampukah bahasa Melayu digunakan di dalam era ICT sebagai

27

Tan Sri Dato’ Awang Had Salleh, Bahasa Kebangsaan Dalam

Pendidikan, Kertas Kerja dibentangkan di Konvensyen Bahasa Kebangsaan

pada 14 Julai 1986 di Universit Malaya, Kuala Lumpur

Page 14: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

120 bahasa perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat?28 Peluasan dan penguasaan bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa tidak dapat dielakkan. Masyarakat dunia secara langsung telah dipengaruhi oleh peluasan bahasa Inggeris dalam dunia tanpa sempadan. Fenomena ini tidak bermaksud untuk menolak kepentingan bahasa Melayu tetapi meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa alat berkomunikasi dalam teknologi maklumat, internet dan dagangan antarabangsa. Namun penguasaan bahasa asing ini tidak seharusnya melunturkan kepentingan bahasa Melayu itu sendiri. Masyarakat di Malaysia mesti mengguna, mengukuh dan memperluaskan bahasa Melayu di peringkat maya untuk tujuan kenegaraan dan membezakan jati diri masyarakat yang berbahasa Melayu dengan masyarakat-masyarakat yang berbahasa lain. Di sebalik kemudahan komunikasi ICT, Bahasa Melayu sering menjadi ‘mangsa keadaan’ apabila dijadikan ‘bahasa rojak’ yang menyebabkan hilang kualiti dan identiti bahasa tersebut. Bahasa Melayu telah dicampur dengan bahasa Inggeris dalam komunikasi ICT. Selain itu, singkatan -singkatan perkataan dalam komunikasi ICT turut merosakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sejarah ‘bahasa rojak’ ini dimulai dengan penjajahan Portugis, British, Jepun terus menyuburkan bahasa rojak di negara kita. Portugis mengekalkan bahasa dan budayanya di negeri Melaka sehingga ke hari ini, British datang dengan pengaruh Bahasa Inggerisnya dan Jepun pula terkenal memaksa kehadiran murid ke sekolah Jepun dan belajar tulisan Kanji kepada penduduk Tanah Melayu ketika itu.29 Oleh itu, bahasa Melayu perlu kekal segar dan matang menghadapi cabaran dunia tanpa sempadan ini. Kualiti bahasa perlu dijaga dan dipelihara agar tidak hilang identiti dan jatidiri sesebuah bahasa. Sikap masyarakat berbahasa Inggeris Pembinaan Bahasa Melayu sering menghadapi cabaran dan tentangan daripada Bahasa Inggeris. Kepentingan Bahasa Inggeris

28

Internet. http://zulkiplyharun.com/php/sitemap.php/news-view-17.html

Diakses pada 15 Oktober 2014.

29Internet. http://dwnbahasa.dbp.my/?p=1045. Diakses pada 15 Oktober

2014

Page 15: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

121 sebagai bahasa antarabangsa, perdagangan dan perhubungan antara dunia memang tidak dinafikan. Lantaran itu, Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar kedua negara. Namun cabaran terbesar dalam memartabatkan Bahasa Melayu ialah pertembungan sikap masyarakat yang sentiasa ingin berbahasa Inggeris. Wujud sesetengah kelompok masyarakat yang menganggap bahawa Bahasa Inggeris sebaiknya dijadikan bahasa komunikasi harian kerana taraf dan ‘darjat’ bahasa tersebut yang dianggap lebih ‘baik’ dari Bahasa Melayu. Di samping itu, wujud juga segelintir masyarakat yang menganggap bahawa bahasa kebangsaan hanyalah sebagai ‘syarat’ kewarganegaraan, pekerjaan dan sebagainya sehingga mereka merasakan tidak bertanggungjawab memartabatkan Bahasa Melayu selain daripada urusan yang disebutkan tadi30. Sedangkan pertembungan antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sewajarnya diharmonikan. Penguasaan Bahasa Inggeris sangat meluas di kalangan masyarakat kota. Oleh itu, masyarakat kota seharusnya memainkan peranan untuk menghubungkan isu-isu global kepada masyarakat desa dan luar bandar melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Selain itu, pihak kerajaan juga memainkan peranan penting dalam membudayakan masyarakat dengan sikap berbahasa kebangsaan. Sambutan bulan bahasa kebangsaan harus diteruskan dan dimantapkan setiap tahun. Aktiviti seperti kembara bahasa dan kempen yang berterusan dapat memupuk masyarakat menghayati kepentingan bahasa kebangsaan dalam menonjolkan identiti dan jatidiri. Sungguhpun begitu, pihak berkuasa kadangkala tersilap langkah dengan melaksanakan tindakan yang tidak sewajarnya. Tindakan seperti menamakan bangunan dengan kata-kata asing seperti parcel, boulevard, precinct dan sebagainya seperti yang dapat dilihat di Putrajaya tidak mencerminkan kesungguhan pihak berkuasa dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

30

Ismail Hussein, Bahasa Kebangsaan dan Masa Depan Bangsa dan

Negara, Kertas Kerja dibentangkan di Konvensyen Bahasa Kebangsaan pada

14 Julai 1986 di Universit Malaya, Kuala Lumpur

Page 16: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

122 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diberikan misi oleh Kerajaan supaya melaksanakan Polisi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), iaitu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (SMI), yang melibatkan pelajar darjah satu, tingkatan satu, tingkatan enam rendah dan matrikulasi, mulai sesi 2003. Pengumuman KPM untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan menyebabkan satu kejutan dan tamparan buat pejuang dan cendikiawan bahasa. Perlaksanaan dasar ini membantutkan usaha Dewan Bahasa dan Pustaka memperkembangan Bahasa Melayu sejak empat dekad yang lalu dan menyingkirkan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kepada Sains dan Matematik.31 Walau bagaimanapun, pada 8 Julai 2009 kerajaan telah mengumumkan dasar tersebut dimansuhkan. Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd. Yassin menyatakan di sekolah kebangsaan, Bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran tersebut, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Pemansuhan dasar tersebut dilakukan kerana didapati tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami subjek tersebut dalam bahasa Inggeris. Sejak ia dilaksanakan lagi Kementerian terpaksa menangani pelbagai isu dan kritikan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Satu kajian telah menunjukkan dapatan bahawa PPSMI terpaksa dimansuh kerana faktor penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah di kalangan pelajar dan guru yang mengajar subjek tersebut.32 Guru tidak dapat menyampaikan maksud sebenar pengajaran dua subjek

31 Juriah Long, 2008. Pendidikan Bahasa Melayu: Antara Hasrat dan Perlaksanaan,

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi, h.42

32 Ishak Haron, Abd Latif Gapor, Md Nasir Masran, Abdul Halim Ibrahim

dan Mariam Mohamed Noor. Kesan Dasar Pengajaran Matematik dan Sains

Dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah. Kertas Penyelidikan Fakulti

Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidik Sultan Idris.

2008

Page 17: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

123 tersebut dalam bahasa Inggeris. Manakala para pelajar terutama pelajar bumiputera, mereka lemah berbahasa Inggeris dan gagal memahami dua subjek tersebut serta gagal membaca buku teks yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Impak untuk meningkatkan keupayaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dua subjek tersebut tidak tercapai dan hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang menikmati impak positif tersebut. Sungguhpun PPSMI telah dimansuhkan sejak 5 tahun lalu, terdapat ura-ura bahawa PPSMI ingin diwujudkan semula. Oleh itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan menegaskan pada 6 Mei 2014 bahawa pengajaran Sains dan Matematik masih diteruskan dalam Bahasa Melayu atas keperluan dan permintaan rakyat. Beliau memberikan jaminan bahawa kerajaan masih berpegang kepada keputusan ini ketika menjawab soalan di Dewan Negara.33 Polemik Bahasa Pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT). Bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan seterusnya bahasa pendidikan. Bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar sekolah kebangsaan, menjadi matapelajaran di sekolah, kolej dan universiti serta ijazah dikeluarkan bagi pengajian melayu. Walaubagaimanapun, terdapat halangan atau cabaran bahasa kebangsaan dalam pendidikan iaitu cabaran bahasa pengantar di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT). Bermula tahun 1972 hingga 1983, perpindahan Bahasa Inggeris ke bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar telah dibuat secara beransur-ansur terhadap sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Inggeris). Sungguhpun begitu, situasi ini tidak berlaku di dua buah sekolah vernakular yang wujud di Malaysia. Malang sekali setelah hampir 57 tahun merdeka, masih lagi wujud gerakan konservatif yang cuba mengelakkan bahasa kebangsaaan dijadikan sebagai bahasa pengantar bagi SJKC dan SJKT. Tentangan ini berlanjutan apabila

33

Internet.

http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140506/pa_05/PPSMI-

dimansuh-atas-permintaan-rakyat Diakses pada 14 Oktober 2014

Page 18: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

124 wujud satu cadangan penyeragaman dokumen standard, pentaksiran awam, dan penyeragaman buku teks matapelajaran bahasa Melayu antara sekolah kebangsaan (SK) dan SJKC pada tahun 2010. Satu memorandum telah dipersembahkan kepada Perdana Menteri Malaysia membantah cadangan tersebut.34 Badan bukan kerajaan ini juga menolak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.35 Sesungguhnya tindakan tersebut amat bertentangan dengan semangat Laporan Razak pada tahun 1956 yang menegaskan:

“We believe further that the ultimate objective of educational policy in this country must be to bring together the children of all races under a national educational system in which the national language is the main medium of instruction, though we recognise that progress towards this goal cannot be rushed and must be gradual.36”

. Bahkan Dasar Pendidikan Kebangsaan juga diterapkan dengan tujuan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dan menjadi bahasa perpaduan.37 . Fasal 17(1) Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan,

“Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam sistem Pendidikan Kebangsaaan kecuali Sekolah Jenis Kebangsaanyang ditentukan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.”

34

Internet,

http://www.djz.edu.my/resource/images/doc/memorandum/memorandum201

30308-najib.pdf. Diakses pada 14 Oktober 2014.

35 Internet, http://www.djz.edu.my/resource/images/doc/2012-

2025PPPM/728%20Declaration-BM.pdf. Diakses pada 14 Oktober 2014.

36 Report of Education Committee 1956, Government Printer: Kuala

Lumpur 1956 37 Zainal Abidin Abd Wahid, Bahasa Asas Pembinaan Negara, Kertas kerja

dibentangkan di Konvensyen Bahasa Kebangsaan, 2-4 Mei 2001, Kuala Lumpur

Page 19: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

125 Justeru, sistem persekolahan di Malaysia seharusnya berada di dalam landasan yang sama iaitu menggunakan satu bahasa pengantar iaitu bahasa kebangsaan sebagai simbol kesatuan, perpaduan dan integrasi kaum. Pertembungan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam Pendidikan Tinggi di Malaysia Sebelum tahun 1970an, Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar hampir di setiap kolej dan universiti. Situasi beransur berubah menjelang tahun 1970an hingga 1980an apabila setiap kolej dan universiti mula menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar. Ini diperkukuhkan apabila negara Malaysia terbentuk dan semangat bersatu padu perlu dipupuk melalui penggunaan bahasa kebangsaan oleh semua lapisan bangsa. Nilai Bahasa Melayu sangat tinggi pada waktu itu apabila sektor awam mewajibkan pemohon mendapat sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Melayu. Menjelang tahun 1980an hingga 1990an, buku-buku teks IPTA mula diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka samada ada secara terjemahan mahupun karya asli. Pada waktu itu para pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam boleh menjawab peperiksaan dalam Bahasa Melayu. Malahan Bahasa Melayu boleh ditulis di dalam tesis atau disertasi pelajar pasca siswazah. IPTA juga telah memperkasakan kedudukan bahasa Melayu semenjak penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 197038. Seluruh bidang ilmu di semua fakulti UKM menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan secara tidak langsung membuktikan kehebatan Bahasa Melayu yang boleh digunakan sebagai bahasa ilmu. Rentetan daripada itu, Parlimen telah meluluskan beberapa Akta Pendidikan Negara sejak 1996. Akta-akta tersebut ialah Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta

38 Kalthum Ibrahim, Bahasa Melayu Dalam Pendidikan Negara Bangsa,

Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Bahasa Kebangsaan, 2-4 Mei

2001, Kuala Lumpur

Page 20: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

126 Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996, Akta Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional 1997. Pemantapan sistem pendidikan negara khususnya pendidikan tinggi tertumpu kepada semua akta yang disebutkan. Walaupun begitu, akta yang berkait rapat tentang penggunaan bahasa Melayu ialah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 menekankan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar39 tetapi turut memberikan kuasa budi bicara kepada menteri pendidikan untuk membenarkan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar40. Natijahnya, majoriti IPTS menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan tindakan tersebut seolah-olahnya mengecilkan peranan akta tersebut dan kedudukan serta martabat bahasa Melayu telah mengalami perubahan. Kerajaan seharusnya mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dunia. Caranya ialah dengan memperkenalkan Bahasa Melayu di IPTS kepada pelajar luar negara. Walaupun Bahasa Melayu bukan bahasa pengantar IPTS, para pelajar luar negara wajib mempelajarinya. Secara tidak langsung, kedudukan Bahasa Melayu di IPTS lebih cerah dan terjamin. Pada tahun 1998, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang pada waktu itu merupakan Menteri Pendidikan Malaysia telah mewajibkan Pengajian Malaysia diajar di semua IPTS menggunakan bahasa Melayu. Tindakan ini merupakan satu usaha yang murni yang dibuat oleh pihak kerajaan. Walaubagaimanapun, satu kursus yang diajar dalam Bahasa Melayu itu sebenarnya tidak mencukupi untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Kajian yang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1998 mendapati Bahasa Melayu tidak digunakan sebagai bahasa pengantar di beberapa IPTS terpilih (UNITEN, UTP, MMU)41. Jumlah jam kredit bagi pengajian yang diajar dalam Bahasa Melayu bagi

39

Seksyen 2 Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Seksyen 41 (3) Akta

Pendidikan Tinggi Swasta 1996

40 Seksyen 17 (1) Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996

41 Ishak Haron, Analisa Penggunaan Bahasa Melayu di Institusi Pendidikan

Tinggi Malaysia, Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Bahasa

Kebangsaan, 2-4 Mei 2001, Kuala Lumpur

Page 21: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

127 matapelajaran wajib sangat kecil berbanding keseluruhan jam kredit program pengajian. Selain itu, Juriah Long telah membuat dapatan bahawa sebilangan besar IPTS bukan sahaja tidak mengggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar malahan tidak menjadikan matapelajaran wajib kepada pelajar warganegara Malaysia.42Pihak berwajib di bawah Kementerian Pendidikan tidak bersungguh-sungguh dalam menangani gejala ini. Menurutnya lagi, pengajaran Bahasa Melayu di IPTS dilaksanakan secara daif. Pensyarah Bahasa Melayu sesetengahnya tidak berkelayakan dan terdiri daripada pensyarah sepenuh masa dan sambilan. 43 Oleh itu, pensyarah-pensyarah ini tidak dapat mengajar secara berkesan dan inovatif dan terpaksa menggunakan kaedah konvensional kerana kemahiran mereka agak terbatas. Alasan yang kerap dibangkitkan dalam penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar IPTS ialah kebanyakan program IPTS ialah program berkembar dengan universiti luar negeri seperti di United Kingdom, Amerika Syarikat dan sebahagian tenaga pengajarnya dari luar negara. Selain itu, hujah berkaitan buku teks dan buku rujukan yang kebanyakkan ditulis dalam Bahasa Inggeris bagi subjek kritikal dan professional dijadikan sebagai alasan tambahan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di IPTS. Mungkin wujud asas kebenaran di sebalik alasan yang dikemukakan ini. Cabaran Bahasa Melayu dalam urusan kerjaya Graduan yang terhasil daripada asuhan universiti tempatan bakal melalui dua sektor pembangunan negara iaitu sektor swasta dan sektor kerajaan. Sektor swasta lebih mengutamakan graduan yang menguasai Bahasa Inggeris dan kelulusan ilmu diletakkan penilaian kedua. Manakala sektor kerajaan mementingkan penguasaan Bahasa Melayu. Impak kepada dua sektor ini maka lahirlah dualisme

42 Juriah Long, 2008. Pendidikan Bahasa Melayu: Antara Hasrat dan Perlaksanaan,

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi. h.36

43 Juriah Long, Khalid Abdullah, Raja Mohd Fauzi, Warnoh Katiman,

ZAini Mahbar dan Puteh Mohamad. 2002. Perlaksanaan pengajaran dan

pebelajaran bahasa melayu di instotusi pengajian tinggi swasta bagi

memenuhi dasar pendidikan kebangsaan dan pembangunan sumber manusia

pada abad ke-21. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 22: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

128 pendidikan tinggi iaitu IPTA dan IPTS. Majikan swasta tidak perlu lagi bergantung kepada graduan IPTA yang mahir berbahasa Melayu kerana graduan IPTS telah tersedia dengan pakej mereka. Perkara yang ditekankan di sini ialah pengiktirafan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pembangunan dan kemajuan negara amat negatif. Kesan tersebut seolah-olah menunjukkan bahawa dasar pendidikan negara yang menerapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekadar dasar rasmi dan Bahasa Melayu tersebut tidak digunakan sebagai bahasa ‘memajukan’ negara dan tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa Bahasa Melayu hanyalah bahasa ‘komunikasi biasa’. Hal ini berlaku apabila wujudnya perasaan kurang yakin pihak berkuasa terhadap keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa mencetus, mengembang dan mencipta ilmu dan teknologi. Selain itu, tidak menjadi suatu kesalahan apabila golongan elit perlu menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau dianggap sebagai alat bantu proses pembangunan negara. Yang menjadi keraguan ialah apabila Bahasa Inggeris dianggap sebagai alat utama pembangunan negara yang boleh memberikan kesan kepada semangat dasar bahasa kebangsaan dan kesan psikologi kepada pejuang bahasa dan masyarakat keseluruhan khususnya. KESIMPULAN Kedudukan Bahasa Melayu sememangnya telah termaktub di dalam Perlembagaan. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang harus diamalkan di Malaysia. Bagi memberi peluang kepada rakyat mempelajari Bahasa Melayu suatu tempoh masa selama sepuluh tahun telah diberikan. Sepuluh tahun selepas kemerdekaan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan oleh Parlimen. Bagaimanapun sebilangan besar daripada rakyat termasuklah golongan cendekiawan Melayu melihat peruntukan-peruntukan Akta tersebut agak longgar dan tidak meletakkan kedudukan selesa kepada bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha keras untuk melaksanakan Dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Begitu juga halnya dengan Dewan Bahasa dan Pustaka yang diberikan

Page 23: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

129 tanggungjawab untuk mengembang dan memajukan bahasa Melayu. Usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh kedua-dua institusi ini terpaksa berhadapan dengan bantahan dan tuntutan pihak yang tidak mahu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular. Ini ditambah lagi dengan polemik IPTS yang enggan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kita tidak menolak kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dan ‘kunci ilmu’ di zaman globalisasi, namun kita mahukan kedua-dua bahasa ini berjalan seiringan dan dipastikan keberkesanan pengajarannya. Rujukan Abdullah Hassan. 1981 “Some Issues and Problems in Implementing Bahasa Malaysia as Medium of Instruction in Tertiary Education”, National Language as Medium of Instruction. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Asmah Haji Omar. 1979 Language Planning for Unity and Efficiency. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Asmah Haji Omar. 1987 “The Development of the National Language of Malaysia”, Malay in its Socio-Cultural Context, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Abdul Rahim Bakar. 2000. Bahasa Jiwa Bangsa: Perspektif Politik dan Pejuang Bahasa. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia. Hashim Yeop Sani. 1980 Our Constitution. Kuala Lumpur: The Law Publishers Sdn Bhd Hassan Ahmad, Bahasa Melayu Sebagai Alat Kemajuan Pendidikan dan Ilmu di Malaysia: Apakah Matlamatnya? Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Bahasa Kebangsaan, 2-4 Mei 2001, Kuala Lumpur. Ismail Hussein, Bahasa Kebangsaan dan Masa Depan Bangsa dan Negara, Kertas Kerja dibentangkan di Konvensyen Bahasa Kebangsaan pada 14 Julai 1986 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur Ishak Haron, Abd Latif Gapor, Md Nasir Masran, Abdul Halim Ibrahim dan Mariam Mohamed Noor. Kesan Dasar Pengajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah. Kertas Penyelidikan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidik Sultan Idris. 2008

Page 24: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

130 Ishak Haron, Analisa Penggunaan Bahasa Melayu di Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia, Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Bahasa Kebangsaan, 2-4 Mei 2001, Kuala Lumpur Juriah Long. 2008. Pendidikan Bahasa Melayu: Antara Hasrat dan Perlaksanaan, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi. Juriah Long, Khalid Abdullah, Raja Mohd Fauzi, Warnoh Katiman, Zaini Mahbar dan Puteh Mohamad. 2002. Perlaksanaan pengajaran dan pebelajaran bahasa melayu di instotusi pengajian tinggi swasta bagi memenuhi dasar pendidikan kebangsaan dan pembangunan sumber manusia pada abad ke-21. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kalthum Ibrahim, Bahasa Melayu Dalam Pendidikan Negara Bangsa, Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Bahasa Kebangsaan, 2-4 Mei 2001, Kuala Lumpur Mead, R. 1988 Malaysia’s National Language Policy and the Legal System Newhaven: Yale University Southeast Asia Studies Nik Safiah Karim. 2001. Pemerkasaan Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, Mac 1(3)5-8 Persatuan Linguistik Malaysia. 2002 Mengenang Peristiwa Api dan AirMata 3 Mac di Balai Budaya, Kuala Lumpur Report of Education Committee 1956, Government Printer: Kuala Lumpur 1956 Roff, M. 1967 “The Politics of Language in Malaya”, Asian Survey Vol. VII (2): 316-328 Soanes, C., and Stevenson, A. ed.(2005), Oxford Dictionary of English 2nd Ed. Oxford U.K Tan Sri Dato’ Awang Had Salleh, Bahasa Kebangsaan Dalam Pendidikan, Kertas Kerja dibentangkan di Konvensyen Bahasa Kebangsaan pada 14 Julai 1986 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur Zainal Abidin Wahid. 2002 ‘Undang-undang Bahasa Kebangsaan 1967’, Keranda 152, Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia

Page 25: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI DALAM …ijmla.com/wp-content/uploads/2016/10/Nizamuddin-Alias-dan-Muhamm… · undang berkaitan bahasa akan diteliti dalam makalah ini. Elit politik

131 Zainal Abidin Abd Wahid, Bahasa Asas Pembinaan Negara, Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Bahasa Kebangsaan, 2-4 Mei 2001, Kuala Lumpur Teks undang-undang: Perlembagaan Persekutuan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 Sumber Maya Internet. http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140506/pa_05/PPSMI-dimansuh-atas-permintaan-rakyat Diakses pada 14 Oktober 2014 Internet, http://www.djz.edu.my/resource/images/doc/memorandum/memorandum20130308-najib.pdf. Diakses pada 14 Oktober 2014. Internet, http://www.djz.edu.my/resource/images/doc/2012-2025PPPM/728%20Declaration-BM.pdf. Diakses pada 14 Oktober 2014.