kedudukan bahasa melayu di china - hum.usm.my · pdf filehubungan tamadun melayu dengan...

1
Syarahan ini menumpukan perhatian kepada perkembangan pengajian Melayu di negara China sebagai salah satu fenomena penting dalam rangka memupuk persefahaman antara dua tamadun besar di Asia, iaitu tamadun Melayu (yang berusia kira-kira dua alaf) dan tamadun China (yang berusia kira-kira lima alaf). Tiga aspek penting perkembangan pengajian Melayu di negara China dibincangkan, iaitu sejarah, perkembangan semasa dan usul pelan tindakan. Sejarah awal hubungan tamadun Melayu dengan tamadun China telah berlangsung sejak sebelum Masihi dan menjadi amat nyata dalam zaman Dinasti Tang dan beberapa dinasti berikutnya, dengan Dinasti Ming pada abad ke-15 menandai hubungan akrab tamadun China dengan tamadun Melayu melalui hubungannya dengan Kesultanan Melaka. Perkembangan pengajian Melayu di China dikaitkan dengan upaya Kerajaan China mewujudkan jabatan bahasa asing yang turut memasukkan bahasa Melayu, penyusunan kamus dwibahasa terawal dan upaya pengembangan pengajian Melayu secara terancang dalam zaman moden. Antara pelan tindakan yang dikemukakan termasuklah yang berkaitan dengan bidang peningkatan dan peluasan bidang ilmu, penyelidikan, penerbitan dan kegiatan yang perlu digarap melalui rangkaian kerjasama secara bersepadu antara institusi-institusi pengajian Melayu di Malaysia dengan institusi-institusi ilmiah di China. AWANG SARIYAN ialah Profesor Bahasa Melayu, mantan Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China (Januari 2008-Julai 2011); sebelumnya Pengarah Jabatan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka, Profesor Bahasa di Universiti Putra Malaysia dan di Universiti Malaya dan tenaga akademik di beberapa buah universiti, termasuk Universiti Brunei Darussalam. Beliau pernah dilantik menjadi Profesor Tamu di Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Frankfurt, Jerman sebanyak dua kali (2006 dan 2007) dan di Jurusan Linguistik, Sekolah Pascasiswazah Universiti Sumatera Utara. Sejak tahun 1992, beliau dilantik menjadi Perunding Seberang Laut Kementerian Pendidikan Singapura dalam program penataran guru Bahasa Melayu dan projek penyusunan bahan pengajaran Bahasa Melayu di republik itu. Pelibatan beliau dalam perancangan bahasa Melayu di tanah air dilaksanakan oleh beliau melalui Dewan Bahasa dan Pustaka, Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) dan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), sementara di peringkat serantau dan antarabangsa, beliau aktif dalam Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM). Penulisan dan penerbitan beliau meliputi lebih 60 judul buku ilmiah dan buku umum serta kamus, lebih seribu makalah ilmiah dan umum serta lebih 200 syarahan, ucap utama, kertas dasar dan kertas kerja di dalam dan di luar negara (antaranya di Australia, Belanda, Brunei Darussalam, Indonesia, Jerman, Korea Selatan, Kampuchea, Perancis, Rusia, Singapura, Sri Lanka dan Thailand). Antara anugerah dan hadiah yang pernah diterima oleh beliau termasuklah Hadiah Persuratan Sempena Sambutan 10 Tahun UKM, Anugerah Khidmat Cemerlang DBP, Hadiah Penghargaan Dua Dekad UPM dalam Pengajaran, Hadiah Tinta Kencana Kategori Makalah Ilmiah, Hadiah Bahasa PLM-Public Bank dan Kesatria Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong. oleh YBhg. Profesor Awang Sariyan Kedudukan Bahasa Melayu di China Abstrak Biodata Info Bahasa Jiwa Bangsa Anjuran: Bahagian Bahasa Malaysia, Terjemahan dan Interpretasi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia Tarikh : 1 Disember 2011 (Khamis) Masa : 2.30 ptg. - 4.30 ptg. Tempat : Dewan Pembangunan Siswa 1, Kompleks Cahaya Siswa

Upload: lecong

Post on 11-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kedudukan Bahasa Melayu di China - hum.usm.my · PDF filehubungan tamadun Melayu dengan tamadun China telah berlangsung sejak sebelum Masihi dan menjadi amat nyata dalam

Syarahan ini menumpukan perhatian kepada perkembangan pengajian Melayu di negara China sebagai salah satu fenomena penting dalam rangka memupuk persefahaman antara dua tamadun besar di Asia, iaitu tamadun Melayu (yang berusia kira-kira dua alaf) dan tamadun China (yang berusia kira-kira lima alaf). Tiga aspek penting perkembangan pengajian Melayu di negara China dibincangkan, iaitu sejarah, perkembangan semasa dan usul pelan tindakan. Sejarah awal hubungan tamadun Melayu dengan tamadun China telah berlangsung sejak sebelum Masihi dan menjadi amat nyata dalam zaman Dinasti Tang dan beberapa dinasti berikutnya, dengan Dinasti Ming pada abad ke-15 menandai hubungan akrab tamadun China dengan tamadun Melayu melalui hubungannya dengan Kesultanan Melaka. Perkembangan pengajian Melayu di China dikaitkan dengan upaya Kerajaan China mewujudkan jabatan bahasa asing yang turut memasukkan bahasa Melayu, penyusunan kamus dwibahasa terawal dan upaya pengembangan pengajian Melayu secara terancang dalam zaman moden. Antara pelan tindakan yang dikemukakan termasuklah yang berkaitan dengan bidang peningkatan dan peluasan bidang ilmu, penyelidikan, penerbitan dan kegiatan yang perlu digarap melalui rangkaian kerjasama secara bersepadu antara institusi-institusi pengajian Melayu di Malaysia dengan institusi-institusi ilmiah di China.

AWANG SARIYAN ialah Profesor Bahasa Melayu, mantan Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China (Januari 2008-Julai 2011); sebelumnya Pengarah Jabatan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka, Profesor Bahasa di Universiti Putra Malaysia dan di Universiti Malaya dan tenaga akademik di beberapa buah universiti, termasuk Universiti Brunei Darussalam. Beliau pernah dilantik menjadi Profesor Tamu di Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Frankfurt, Jerman sebanyak dua kali (2006 dan 2007) dan di Jurusan Linguistik, Sekolah Pascasiswazah Universiti Sumatera Utara. Sejak tahun 1992, beliau dilantik menjadi Perunding Seberang Laut Kementerian Pendidikan Singapura dalam program penataran guru Bahasa Melayu dan projek penyusunan bahan pengajaran Bahasa Melayu di republik itu. Pelibatan beliau dalam perancangan bahasa Melayu di tanah air dilaksanakan oleh beliau melalui Dewan Bahasa dan Pustaka, Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) dan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), sementara di peringkat serantau dan antarabangsa, beliau aktif dalam Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM). Penulisan dan penerbitan beliau meliputi lebih 60 judul buku ilmiah dan buku umum serta kamus, lebih seribu makalah ilmiah dan umum serta lebih 200 syarahan, ucap utama, kertas dasar dan kertas kerja di dalam dan di luar negara (antaranya di Australia, Belanda, Brunei Darussalam, Indonesia, Jerman, Korea Selatan, Kampuchea, Perancis, Rusia, Singapura, Sri Lanka dan Thailand). Antara anugerah dan hadiah yang pernah diterima oleh beliau termasuklah Hadiah Persuratan Sempena Sambutan 10 Tahun UKM, Anugerah Khidmat Cemerlang DBP, Hadiah Penghargaan Dua Dekad UPM dalam Pengajaran, Hadiah Tinta Kencana Kategori Makalah Ilmiah, Hadiah Bahasa PLM-Public Bank dan Kesatria Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong.

oleh YBhg. Profesor Awang Sariyan

Kedudukan Bahasa

Melayu di China

Abstrak

Biodata Info

Bahasa Jiwa Bangsa

Anjuran: Bahagian Bahasa Malaysia, Terjemahan dan Interpretasi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia

Tarikh : 1 Disember 2011 (Khamis)

Masa : 2.30 ptg. - 4.30 ptg.

Tempat : Dewan Pembangunan Siswa 1,

Kompleks Cahaya Siswa