analisis pembangunan pelancongan mapan di lundu, … pembangunan pelanc… · “analisis...

24
ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU , SARAWAK Noor Syafiqah Bt Mohd Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian ( Pengurusan Seni ) 2017

Upload: others

Post on 19-Nov-2020

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, SARAWAK

Noor Syafiqah Bt Mohd

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian ( Pengurusan Seni )

2017

Page 2: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, SARAWAK

NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD

49853

PROJEK INI MERUPAKAN SALAH SATU KEPERLUAN UNTUK

IJAZAH SARJANA SENI GUNAAN DENGAN KEPUJIAN

(pENGURUSAN SENI)

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

UNIVERSITl MALAYSIA SARA W AK

2017

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade: ___ _

Page 3: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: “ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU,

SARAWAK”

SESI PENGAJIAN: 2014 / 2015

Saya: NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD

mengaku membenarkan *tesis ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti

Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak.

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

5. **sila tandakan

SULIT SULIT

TERHA TERHAD

TIDAK TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

_________________________ __________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap:

164-B Kampung Kubang Panjang,

21400 Kuala Terengganu,

Terengganu

Tarikh : ___________________ Tarikh : __________________

Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD.

(mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di

dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(mengandungi maklumat terhad yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana

penyelidikan dijalankan)

Page 4: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

Projek bertajuk “Analisis Pembangunan Pelancongan Mapan di Lundu, Sarawak” telah

disediakan oleh Noor Syafiqah Binti Mohd dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan

dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan

Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

......................................................

En. Shaik Azahar B. Shaik Hussain

Penyelia Program Pengurusan Seni

Tarikh:......................................

Page 5: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

iii

Projek bertajuk “ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI

LUNDU, SARAWAK” telah disediakan oleh NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD dan

telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.

Diterima untuk diperiksa oleh:

_______________________________

(En Shaik Azahar Shaik Hussain)

Tarikh:

______________________________

Page 6: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

iv

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa bahagian daripada penyelidikan ini telah digunakan sebagai bahan

sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti ini atau institut

penganjian tinggi lain.

……..……………………...

(NOOR SYAFIQAH BT MOHD)

49853

Page 7: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Dalam bab 1, pengkaji akan mengulas secara terperinci mengenai tajuk kajian iaitu

“Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir.

Kebanyakan maklumat yang diperolehi adalah daripada sumber bacaan buku, jurnal

serta laman web yang ada untuk dijadikan bahan rujukan. Kepelbagaian pendapat

dalam setiap definisi perkataan atau tajuk memberikan pengkaji peluang untuk

berkongsi lebih lagi mengenai kewujudan teori atau kenyataan daripada mana-mana

buku dan para ahli dunia. Pengkaji memilih tajuk berkenaan kerana ianya

sememangnya melibatkan komuniti di sesebuah tempat dan yang paling penting ianya

berada di bawah industri pelancongan.

Page 8: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

2

1.1 Definisi

1.1.1 Definisi Pembangunan

Riyadi dan Bratakusumah (2005) “pembangunan merupakan proses untuk melakukan

perubahan”. Pada awal pemikiran masyarakat tentang pembangunan, mereka sering

mengatakan atau mendefinisikan pembangunan merupakan perkembangan atau proses

modernisasi.

“Pembangunan sebagai suatu perubahan, mewujudkan suatu keadaan kehidupan

bernegara dan bermasyarakat yang lebih baik dari keadaan sekarang, sedangkan

pembangunan sebagai suatu pertumbuhan menunjukkan kemampuan suatu kelompok

untuk terus berkembang, baik secara kualitatif maupun kuantitatif dan merupakan

sesuatu yang mutlak yang harus terjadi dalam pembangunan”.

Siagian (1983)

Pembangunan menunjukkan terjadinya suatu proses kemajuan yang berasaskan

kekuatan sendiri dan bergantung kepada manusia atau struktur sosialnya untuk

menerima sebarang perubahan dan kemajuan yang berlaku. Pearce (1989)

mendefinisikan pembangunan sebagai,

"Pembangunan biasanya telah dianggap sebagai satu proses, iaitu sesuatu

jenis perubahan sosial. Walau bagaimanapun, pembangunan juga keadaan di mana

apabila sesuatu masyarakat itu dipanggil maju atau mundur, kita merujuk kepada

keadaan semasa. Begitu juga, apabila pembangunan diisytiharkan sebagai matlamat

utama negara-negara Dunia Ketiga, kiasan ini adalah untuk keadaan terminal, bukan

satu proses. Oleh itu, istilah 'pembangunan' merujuk kedua-dua destinasi perjalanan

dan perjalanan itu sendiri"

Page 9: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

3

Berdasarkan kepada destinasi yang dinyatakan di atas, dapat dirumuskan bahawa

pembangunan merupakan satu proses perubahan yang berlaku secara evolusi untuk

mencapai kemajuan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Ianya meliputi semua

aspek kehidupan manusia, kegiatan ekonomi, dan lain-lain

1.1.2 Definisi pelancongan

Seterusnya, Leiper, (1981), mendefinisikan pelancongan sebagai suatu sistem terbuka

yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu

pelancong, elemen kawasan iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu

terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat selama lebih kurang

satu hari. World Tourism Organization (WTO) mendefinisikan pelancongan sebagai

aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat dimana individu tersebut

keluar daripada tempat asalnya dan menetap di suatu tempat tidak lebih daripada

setahun bagi tujuan rehat. Definisi WTO ini secara langsung membawa kepada

pengertian pelancongan antarabangsa, pelancongan dalaman, pelancongan domestik

dan pelancongan kebangsaan.

Harrison, (2001), pelancongan boleh dilihat sebagai suatu bentuk permodenan,

perpindahan modal, teknologi, kepakaran dan nilai-nilai moden dari barat. Turner and

Turner, (1978), membuat kenyataan bahawa pelancong adalah sebahagian daripada

Jemaah haji jika Jemaah haji adalah sebahagian pelancong dan Graburn, (1983)

menyebut pelancongan sebagai suatu perjalanan yang suci.

Page 10: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

4

Pelancong pula bermaksud mereka yang keluar ke sesuatu destinasi lain bagi beberapa

tujuan. Selain itu, pelancong juga didefinisikan sebagai pelawat sementara sekurang-

kurangnya 24 jam di negara yang dilawati dan tujuan lawatan tersebut boleh

dikelompakkan seperti masa lapang, perniagaan, keluarga dan mesyuarat.

Di Malaysia, industri pelancongan mula muncul pada akhir tahun 1960. Pada tahun

1970, kerajaan Malaysia mula membangunkan industri pelancongan untuk memenuhi

beberapa objektif seperti meningkatkan pendapatan dalam pertukaran mata wang

asing, meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan negara. Secara umumnya,

konsep pelancongan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pelancongan

konvensional dan pelancongan alternatif.

1.1.3 Definisi Pembangunan Mapan

Pembangunan mapan merupakan satu konsep pembangunan yang menekankan

kesepaduan dan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dengan keperluan sosial

dan alam sekitar bagi memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keupayaan

memenuhi keperluan pada masa depan. Dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan

(RMKe-9) sebanyak RM 1.8 billion telah diperuntukkan kepada sektor pelancongan

untuk mempakej semula tarikan sedia ada seperti menaiktaraf infrastruktur dan

menyediakan kemudahan pelancongan serta membangunkan lebih banyak produk dan

perkhidmatan pelancongan yang inovatif. Aktiviti pemasaran dan promosi akan

dipergiatkan juga bagi menaikkan imej Malaysia dan meningkatkan jumlah pelancong

domestik dan antarabangsa (Malaysia, 2006).

Page 11: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

5

Impak globalisasi akibat kecanggihan serta pembangunan teknologi dan sistem

komunikasi menyebabkan jurang masa dan jarak semakin singkat sementara

kekaburan sempadan antara tempat semakin meningkat (Fatimah & Morshidi, 2003).

Akibat trend semasa, gaya hidup dan permintaan yang berubah maka pihak

pengurusan destinasi pelancongan perlu peka, menaiktaraf dan menambah nilai

terhadap produk dan perkhidmatan pelancongan yang disediakan. Fokus pembangunan

dalam konsep pembangunan lestari menekankan kepada kepentingan peningkatan

kualiti yang lebih baik kepada semua entiti muka bumi termasuklah manusia, muka

bumi dan kehidupan lain. Oleh itu, setiap pembangunan pelancongan yang bakal

dijalankan perlu menekankan kepentingan mengekalkan alam sekitar dan kehidupan

masyarakat.

Justeru itu konsep pembangunan lestari perlu dilihat dalam perspektif yang

komprehensif dan bersepadu serta mengimbangkan keperluan dalam semua aspek

pertumbuhan ekonomi, sosial dan alam sekitar. Sehingga kini telah wujud pelbagai

takrif mengenai konsep pembangunan mampan ini. Antaranya yang terkenal ialah

yang dikemukakan oleh Our Common Future iaitu:

"Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa

menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka

sendiri"

Selain dari itu, ianya juga didefinisikan sebagai,

"Kelestarian adalah jangka panjang kesihatan budaya, ekonomi dan alam

sekitar dan daya hidup "dengan memberi penekanan kepada jangka panjang,"

bersama-sama dengan kepentingan menghubungkan sosial, kewangan, dan alam

sekitar kesejahteraan kita"

Sumber: (Aronsson, 2000)

Page 12: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

6

1.2 Latar Belakang Kajian

1.2.1 Latar Belakang Lundu

Lundu terletak di bahagian barat daya Bahagian Kuching dan bersempadan dengan

Kalimantan Barat, Indonesia. Lundu merupakan sebuah daerah yang meliputi kawasan

seluas 1962.2 km persegi. Pusat pentadbiran Daerah Lundu terletak di Pekan Lundu

manakala Pekan Sematan sebagai Pusat Daerah Kecil. Daerah Lundu juga terdapat 80

daripada 99 kampung yang terdapat di daerah Lundu termasuk daerah kecil Sematan.

Lundu berperanan penting dalam sejarah awal Sarawak yang wujud sebelum

erapemerintahan keluarga Brooke lagi.

Lundu termasuk daerah kecil Sematan yang mempunyai keluasan kira-kira 1,916km

persegi dengan anggaran penduduk sekitar 37,000 dan ianya telah wujud lebih seribu

tahun lalu. Kebanyakan kampung di daerah Lundu mendapat nama sempena nama

pokok terdapat di daerah itu, malah ada yang dinamakan mengikut sejarah

penghijrahan masyarakat dari satu tempat ke satu tempat (Bujang, 2011). Terdapat

juga kampung-kampung yang mendapat nama daripada seseorang yang berpengaruh

atau tersohor mula-mula menetap di sesuatu kawasan sebagai contoh Kampung Bajo.

Daerah Lundu telah wujud sekian lamanya, sejak zaman era pemerintahan Keluarga

Brooke lagi. Mr Henry Fitzgibbon merupakan Pegawai Daerah Lundu yang pertama

pada era Brooke. Beliau mentadbir Daerah Lundu pada tahun 1877. Berdasarkan

penceritaan dari warga tua, Lundu mendapat namanya dari sejenis spesis ikan

tempatan yang dikenali sebagai ikan lundu ataupun nama sentifiknya Macrones Guilo.

Menurut cerita penduduk tempatan, pada masa dahulu bilangan Ikan Lundu iaitu

sejenis spesis ikan sembilang ini boleh didapati dengan banyaknya di sepanjang sungai

Page 13: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

7

Batang Kayan Lundu. Hinggakan Ikan Lundu boleh didapati dengan mudahnya

semasa air pasang (Portal Kerajaan, 2008).

Daerah Lundu sememangnya terkenal dengan pasarana pelancongan dan ini

merupakan kelebihan Daerah Lundu berbanding dengan kawasan-kawasan lain di

Sarawak. Kawasan menarik tersebut adalah seperti Taman Negara Gading Lundu,

Program Homestay seperti di Telok Melano, Telok Serabang dan Rumah Panjang

Pueh di Sematan. Ulat Sutra di Silk Farm, Sematan. Deer Farm dan Bird Nest di

Kampung Siru, Sematan. Industri Penternakan Ketam, Sematan. Industri-industri

kecil-kecilan seperti keropok ikan, keropok udang, keropok ubi dan kuih tradisional,

kraftangan dan sebagainya.

Lundu akan berubah wajah dalam masa 10 tahun akan datang dengan terlaksananya

Pelan Pembangunan Pesisir Pantai Lundu yang turut akan membangunkan

pelancongan serta perikanan di kawasan itu. Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib

Mahmud yang mendedahkan perkara itu berkata, bagi mencapai matlamat berkenaan

kerajaan akan memperuntukkan geran mulai tahun depan untuk menjalankan kajian

mengenai pembangunan terbabit (Borneo Post Online, 2012). Pelbagai projek disalur

di kawasan ini meliputi aspek infrastruktur, pendidikan, pelancongan dan lain-lain

projek memanfaat bagi penduduk Lundu.

Jelaslah bahawa masyarakat Lundu akan menerima pelbagai pembangunan dalam

masa terdekat untuk pembangunan masyarakat dan pelancongan. Lundu bukan sahaja

memiliki panorama yang indah tetapi juga penuh dengan sejarah dan legendanya yang

harus dikaji potensi itu dari segi pelancongan. Lundu bukan sahaja menjadi kawasan

yang paling cantik di Sarawak tetapi juga menjadi kawasan yang paling

membanggakan.

Page 14: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

8

Rajah 1.1 Pecahan Penduduk di Daerah Lundu Sumber: Google (2014)

Bilangan penduduk Daerah Lundu menurut Banci 2010 ialah seramai 34,576 orang

yang terdiri daripada kaum Bidayuh (Jagoi, Selako dan Lara), Cina, Melayu, Iban dan

lain-lain. Kaum majoritinya ialah kaum Bidayuh. Kepadatan penduduk sebanyak 17.6

orang setiap kilometer persegi (Majlis Daerah Lundu, 2016). Berdasarkan rajah 1.1,

45% daripada carta pecahan penduduk merupakan penduduk yang berbangsa Bidayuh.

Penduduk Bidayuh mencatatkan jumlah yang paling tinggi berbanding bangsa lain.

Kemudian diikuti dengan 28% penduduk yang berbangsa Melayu dan seterusnya 15%

iaitu penduduk berbangsa Iban. Jumlah yang mencatatkan bilangan yang paling rendah

ialah 10% iaitu bangsa Cina dan diikuti 2% iaitu warga asing.

Page 15: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

9

Peta 1.1 Daerah Lundu dan Daerah Kecil Sematan Sumber: Google (2014)

Keluasan Daerah Lundu adalah 1,812 km per segi dan jika merangkumi Daerah kecil

Sematan, keseluruhan kawasan adalah 1,962 km persegi. Di Lundu, hampir 80%

daripada penduduk di daerah Lundu bergiat di dalam sektor pertanian, dan

kebanyakan daripada mereka terdiri daripada penanaman koko, lada hitam, padi, buah-

buahan dan kelapa sawit. Manakala kawasan persisiran pantai pula kebanyakannya

adalah kaum nelayan. Kemajuan sektor pertanian banyak mendapat bantuan daripada

agensi-agensi kerajaan dan swasta, seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Kemajuan

Tanah Persekutuan (FELDA), Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation

Authority (SALCRA), Persatuan Peladang, Lembaga Penyatuan dan Pemuliharaan

Tanah Persekutuan (FELCRA) dan lain-lain. Selain daripada itu, aktiviti pembalakan,

pengilangan papan, Pemeliharaan Ulat Sutera, Pemeliharaan Ketam, Udang Harimau,

Ikan Air Tawar dan pengambilan pasir Silika juga dijalankan sebagai salah satu

daripada sumber ekonomi penduduk di sini.

Page 16: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

10

1.2.2 Latar Belakang Sarawak

Negeri Sarawak dikenali sebagai Bumi Kenyalang dan merupakan negeri yang

terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 124,449.51 km2 dan terletak di Pulau

Borneo iaitu di Malaysia Timur. Kuching merupakan ibu negerinya dan Sungai

Rajang yang merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia terdapat di negeri ini.

Sarawak terkenal dengan pecahan kumpulan etnik yang tersendiri iaitu kira-kira 27

kumpulan.

Antara etnik yang terdapat di Sarawak ialah Iban, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah,

Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan, Sekapan,

Kejaman, Punan, Baketan, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum, Longkiput dan

lain-lain. Sarawak mempunyai 31 kawasan Parlimen, 71 Dewan Undangan Negeri dan

11 Bahagian meliputi 28 daerah seperti Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei,

Limbang, Kapit, Bintulu, Samarahan, Mukah dan Betong. Anggaran penduduknya

pada tahun 2010 adalah seramai 2,506,500 orang.

Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Walau

bagaimanapun terdapat beberapa pendapat yang menyatakan asal usul nama Sarawak,

antaranya ialah nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai

Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh

Sarawak. Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh

manusia. Ia berlaku kira-kira 40 000 tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang

manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah

mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi.

Page 17: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

11

Terdapat banyak tempat atau bangunan bersejarah yang terdapat di Sarawak yang

merupakan salah satu tarikan pelancong datang ke negeri Sarawak. setiap daerah yang

terdapat di Sarawak berpotensi sebagai destinasi pelancongan yang mampu

menyumbang kepada ekonomi masyarakat dan negeri tersebut.

1.3 Permasalahan Kajian

Permasalahan kajian merupakan permasalahan atau isu yang berlaku di sesuatu tempat

kajian. Melalui permasalahan, pengkaji dapat mengenalpasti tajuk dan objektif kajian.

Objektif kajian dan persoalan kajian dapat dikenalpasti dengan permasalahan yang

berlaku di sesebuah tempat. Lundu.

Jelaslah bahawa masyarakat Lundu akan menerima pelbagai pembangunan dalam

masa terdekat untuk pembangunan masyarakat dan pelancongan. Lundu bukan sahaja

menjadi kawasan yang paling cantik di Sarawak tetapi juga menjadi kawasan yang

paling membanggakan. Terdahulu Tan Sri Adenan dalam ucapannya berkata, Lundu

bukan sahaja memiliki panorama yang indah tetapi juga penuh dengan sejarah dan

legendanya yang harus dikaji potensi itu dari segi pelancongan. “Lundu adalah tempat

yang paling dekat dengan Kuching dan mudah dicapai, bagaimanapun untuk

menjadikan ia satu kawasan yang membangun, kita memerlukan satu kajian terutama

dari segi pelancongan (Borneo Post Online, 2016).

Perkembangan industri pelancongan juga dilihat dapat memberikan impak yang positif

dari sudut pembangunan ekonomi, sosial dan fizikal kepada semua pihak yang

berkaitan. Lundu berpotensi sebagai destinasi pelancongan dengan daya tarikan

semula jadi (Berita Malaysia, 2013). Oleh itu, Lundu berpontensi dijadikan sebagai

destinasi pelancongan yang mapan selari dengan pelancongan antarabangsa.

Page 18: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

12

Melalui pembangunan ini, keterlibatan masyarakat kampung terhadap pembangunan

pelancongan di Lundu, Sarawak sangat penting. Dalam konteks negara membangun,

Getz (1983) mengatakan bahawa sokongan yang padu daripada penduduk tempatan

akan menggalakkan lagi pembangunan pelancongan. Inskeep (1991), juga

mengesyorkan pendekatan komuniti iaitu dengan menggalakkan penyertaan penduduk

tempatan dalam proses perancangan pelancongan seperti terlibat dalam membuat

keputusan.

Selain daripada itu, setiap pembangunan pelancongan yang dibangunkan

sememangnya memberi manfaat dan kesan terhadap penduduk setempat di kawasan

membangun tersebut. Pernyataan ini disokong oleh Man, Zahari dan Omar (2009) di

dalam kajiannya di mana kajian ini bertujuan untuk mengupas isu dan cabaran yang

dihadapi komuniti Batek kesan daripada perkembangan industri pelancongan di Kuala

Tahan, Pahang. Oleh itu, setiap pembangunan pelancongan yang dibangunkan pasti

akan memberikan impak dalam aspek alam sekitar, sosial, ekonomi, politik dan

perundangan. Pernyataan ini disokong oleh Jahi (2009), merupakan pengkaji yang

mengkaji tentang pembangunan pelancongan yang memberi impak kepada fizikal

pinggir pantai.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah meliputi kepada tujuan keseluruhan sesebuah kajian yang akan

dijalankan oleh pengkaji.Antara objektif kajian tersebut ialah:

Mengenalpasti impak pembangunan pelancongan terhadap masyarakat di

Lundu, Sarawak

Menganalisis keterlibatan masyarakat kampung terhadap pembangunan

pelancongan di Lundu, Sarawak

Mengkaji potensi Lundu, Sarawak sebagai lokasi pembangunan pelancongan

yang mapan

Page 19: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

13

1.5 Soalan Kajian

Berdasarkan kajian yang dilakukan, terdapat beberapa persoalan yang akan

dikemukakan dalam kajian ini bagi menyempurnakan penyelidikan dan untuk

mendapatkan data kajian. Antara persoalannya adalah:

i. Apakah impak pembangunan pelancongan kepada penduduk daripada sudut

impak terhadap sosial, ekonomi dan alam sekitar?

ii. Bagaimanakah sambutan atau penerimaan penduduk terhadap pembangunan

yang sedang dibangunkan atau yang akan dibangunkan Lundu?

iii. Apakah potensi Lundu sebagai lokasi pelancongan yang mapan yang

merangkumi pembangunan pelancongan yang bakal dijalankan atau telah

dijalankan di Lundu?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian yang bertajuk “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak”

diharap dapat memberi pencerahan tentang kajian yang dilakukan ini adalah untuk

menyelesaikan isu atau permasalahan yang berlaku di lokasi kajian. Kajian yang

dijalankan ini bukan sahaja penting kepada pengkaji sendiri, malahan kepada

masyarakat kampung dan juga kepada pengkaji pada masa akan datang juga.

i. Kepentingan Kajian Terhadap Pengkaji

Kajian yang dilakukan ini dapat memberi pengkaji kepentingan dari sudut ilmu

pengetahuan iaitu pengkaji dapat meluaskan lagi pengetahuan. Untuk menyiapkan

kajian ini, pengkaji harus gigih membaca dan mengkaji buku atau tesis kajian lepas

untuk mendapatkan lebih maklumat tentang tajuk yang dibuat. Selain itu, pengkaji

dapat mengkaji dengan lebih mendalam mengenai sejarah tempat, pembangunan

pelancongan dan potensi sesebuah kawasan sebagai kawasan pembangunan

pelancongan.

Page 20: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

14

ii. Kepentingan Kajian Terhadap Penduduk Setempat

Bagi penduduk setempat di lokasi kajian, penduduk mendapat penjelasan dengan lebih

mendalam tentang perancangan pembangunan di samping dapat mendedahkan kepada

penduduk setempat tentang nilai pembangunan yang dapat memberi manfaat kepada

generasi akan datang.

iii. Kepentingan Kajian Terhadap Pengkaji Akan Datang

Disamping itu, pengkaji akan datang juga akan memperoleh kepentingan daripada

kajian yang dijalankan ini. Kajian ini penting sebagai rujukan kepada pengkaji pada

masa akan datang. Pengkaji dapat menggunakan aspek-aspek atau kaedah yang

digunakan dalam proses menyiapkan kajian ini untuk dipraktikkan dalam kajian pada

masa akan datang.

1.7 Skop Kajian

Skop kajian merupakan perkara yang difokuskan dalam sesebuah kajian. Fokus ini

yang akan menentukan arah batasan dalam penulisan. Untuk kajian ini, skop tugasan

lebih fokus kepada lokasi kajian iaitu dalam kawasan perkampungan Lundu di

Sarawak. Kajian ini akan dijalankan di Sarawak berikutan isu atau permasalahan

dikesan di kawasan tersebut dan disebabkan terdapat banyak sumber yang boleh

diperolehi. Skop kajian harus dipandang serius bagi mengelakkan data yang diperolehi

berlainan dengan perkara atau objektif yang difokuskan dalam kajian ini. Kajian ini

akan dilakukan terhadap penduduk kawasan Lundu, Sarawak. Kajian ini akan dibuat

tanpa mengira demografi seperti jantina, umur, bangsa, taraf pendidikan dan taraf

pekerjaan. Ketua Kampung juga merupakan keutamaan dalam kajian untuk

mendapatkan maklumat tentang kajian yang dibuat.

Page 21: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

15

1.8 Limitasi Kajian

Pengkaji akan menghadapi pelbagai limitasi sepanjang tempoh menyiapkan kajian

yang dijalankan ini. Limitasi kajian merupakan perkara yang menyukarkan pengkaji

untuk menyiapkan kajian atau dengan lebih tepat cabaran atau halangan yang akan

dihadapi pengkaji sepanjang kajian dijalankan. Antara limitasi yang sering dihadapi

pengkaji ialah pihak-pihak yang akan ditemuramah tidak dapat memberikan kerjasama

kerana kesibukkan atau tiada di kawasan kajian sewaktu sesi temu ramah dijalankan,

maka pengkaji harus mencari alternatif lain untuk mendapatkan hasil dapatan kajian.

Selain itu, pengkaji juga menghadapi kekangan untuk berulang alik dari kolej ke

kawasan kajian iaitu di Lundu, Sarawak ekoran jarak yang agak jauh. Pengkaji

terpaksa memikirkan alternatif lain untuk memudahkan proses pengumpulan dapatan

maklumat berjalan dengan lancar. Pengkaji juga banyak merujuk sumber buku yang

menggunakan Bahasa Inggeris dalam mengumpul maklumat.

Hal ini berlaku kerana tidak banyak buku yang berkaitan dengan tajuk pengkaji yang

diterbitkan dalam Bahasa Melayu. Rujukan sumber buku yang berbahasa Inggeris

menyukarkan pengkaji untuk menterjemahkan maklumat yang diperolehi daripada

buku tersebut. Berikut merupakan limitasi lain yang dihadapi pengkaji sepanjang

tempoh kajian dijalankan:

Pengangkutan

Pengkaji berhadapan dengan limitasi daripada sudut pengangkutan kerana pengkaji

tidak mempunyai kenderaan yang tetap serta tidak mempunyai lesen memandu.

Limitasi ini menyebabkan pengkaji menghabiskan banyak masa dengan menunggu

pengangkutan awam untuk menuju ke lokasi kajian yang terletak agak jauh dari rumah

pengkaji. Selain itu, pengkaji juga berhadapan risiko keselamatan dan ketersampaian

Page 22: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

16

jika menunggang ke lokasi kajian kerana tidak terlalu mahir dengan selok belok lokasi

kajian. oleh itu, pengkaji harus berhati-hati jika menunggang motosikal atau

menggunakan kenderaan lain untuk ke lokasi kajian.

Penginapan

Pengkaji juga mengalami masalah penginapan ekoran kerana jarak jauh kediaman

dengan lokasi kajian. Pengkaji akan berada di lokasi kajian melebihi seminggu dan

menyukarkan pengkaji untuk berulang alik ke kediaman. Masalah penginapan ini

boleh diselesaikan jika pengkaji mempunyai saudara mara terdekat yang tingal

berdekatan dengan lokasi kajian. Pengkaji memerlukan kos yang tinggi jika ingin

tinggal sementara di lokasi kajian untuk memudahkan proses dapatan kajian

dijalankan.

Kewangan

Limitasi seterusnya ialah pengkaji mengalami masalah daripada sudut kewangan.

Pengkaji memerlukan kos yang tinggi untuk pergi ke lokasi kajian ekoran lokasi agak

jauh daripada kediaman pengkaj. Pengkaji memerlukan kos yang tinggi untuk

kegunaan sepanjang kajian dijalankan untuk mengelak daripada sebarang masalah

lain. Keadaan pengkaji yang tidak mempunyai pekerjaan atau gaji menyukarkan

pengkaji untuk menjalankan kajian dengan lancar kerana semua perkara yang

dilakukan akan melibatkan duit.

Page 23: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

17

Penglibatan Masyarakat

Limitasi ini merupakan masalah yang paling digeruni oleh pengkaji. Setiap pengkaji

mengharapkan bantuan atau kerjasama yang mantap daripada para responden untuk

memudahkan data dikutip ketika menjalankan kajian di lokasi kajian. penglibatan

yang baik oleh masyarakat atau responden dapat memudahkan pengkaji dan

menjimatkan masa pengkaji berada di lokasi kajian.

Pengkaji sedia maklum, sebarang kajian yang dijalankan akan berhadapan dengan

masalah penglibatan masyarakat. Oleh itu, pengkaji harus memikirkan alternatif lain

untuk mengatasi masalah ini. Pengkaji memerlukan 350 responden dalam usaha

mendapatkan hasil dapatan kajian yang melibatkan masyarakat di lokasi kajian.

pengkaji mungkin akan berhadapan dengan limitasi ini kerana tidak semua responden

dapat meluangkan masa dengan pengkaji sepanjang kajian dijalankan.

1.9 Lokasi Kajian

Pengkaji telah memilih Lundu sebagai lokasi kajian berikutan isu dan permasalahan

yang berlaku di lokasi tersebut. Lundu merupakan sebuah daerah yang meliputi

kawasan seluas 1962.2 km persegi dan jarak Pusat Bandar Lundu dari Bandaraya

Kuching ialah 100 km.

Daerah Lundu sememangnya terkenal dengan pasarana pelancongan dan ini

merupakan kelebihan Daerah Lundu berbanding dengan kawasan-kawasan lain di

Sarawak. Lokasi yang dipilih pengkaji terletak di Sarawak iaitu di negeri pengkaji

bermastautin bagi memudahkan kajian dibuat dan untuk menjimatkan kos kajian.

Lokasi yang dipilih merupakan tempat permasalahan yang telah dikesan oleh pengkaji

iaitu Lundu, Sarawak.

Page 24: ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, … pembangunan pelanc… · “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir. Kebanyakan maklumat

18

Peta 1.2 Menunjukkan peta Daerah Lundu Sumber: (Google, 2016)

1.10 Metodologi Kajian

Dalam membuat sesuatu penyelidikan, beberapa kaedah metodologi akan digunakan

pengkaji untuk mendapatkan hasil dapatan kajian dengan lebih terperinci. Bahan atau

sumber yang digunakan iaitu sama ada daripada individu atau daripada bacaan

langsung seperti tesis, jurnal dan buku. Pengkaji akan menggunakan kaedah data

primer dan sekunder untuk mendapatkan analisis kajian yang tepat.

Kajian ini juga menggunakan kaedah metodologi yang terdiri daripada kawasan

kajian, persampelan, kaedah pengumpulan data yang merangkumi data primer dan

data sekunder serta instrumen kajian yang digunakan. Metodologi juga melibatkan

proses penganalisaan data dan hipotesis kajian.Pada peringkat akhir kajian ini,

pengkaji akan mengulas hasil daripada pengumpulan data melalui kaedah kuantitatif

dan kualitatif untuk dijadikan dapatan kajian.