keciciran, apa puncanya - sahc.edu.mysahc.edu.my/a_portal/galeri ilmu/keciciran, apa...

1
KECICIRAN, APA PUNCANYA (Oleh: Umar Bakhy bin Ghazali) Baru-baru ini isu keciciran hangat semula apabila dikatakan bahawa bilangan pelajar sekolah menengah yang gagal menamatkan pengajian sehingga ke tingkatan lima mencecah 242,195 atau 3.8 peratus daripada keseluruhan 6.3 orang. Jumlah tersebut menimbulkan keraguan kerana mengikut unjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) jumlah enrolmen murid pada 2006 hanyalah 5.5 juta (bukannya 6.3 juta) iaitu 3.2 juta di sekolah rendah & 2.3 juta di sekolah menengah. Walaupun terdapat perbezaan dari segi statistik, itu bukanlah isunya. Isunya ialah masih wujud masalah keciciran di Malaysia. Masalah keciciran sering dikaitkan dengan perbezaan kualiti dan kemudahan pendidikan antara bandar dan luar bandar. Sementara kemiskinan pula dikatakan sebagai punca utama berlakunya keciciran di kalangan para pelajar. Namun begitu, menurut Wahid Hashim (2006) kemiskinan bukanlah satu-satunya punca yang menyebabkan pelajar tercicir. Mengikut Bahagian Sekolah, KPM punca lain ialah tidak menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira sejak di bangku sekolah rendah, faktor pengankutan atau perhubungan, faktor keluarga dan pengaruh rakan sebaya. Pengurusan yang lemah di peringkat sekolah juga mungkin menjadi faktor kepada kadar keciciran yang tinggi. Pentadbir di sekolah kurang ilmu pentadbiran atau kurang minat dengan tempat mereka mengajar menyebabkan mereka tidak begitu mempedulikan nasib anak bangsa. Hal tersebut pernah disentuh oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri iaitu guru perlu mendalami ilmu kepimpinan instruksional atau kepimpinan pengajaran. Secara amnya, kepimpinan instruksional ialah pemimpin sekolah yang mengambil peduli terhadap pengajaran guru dan pembelajaran pelajar serta perkembangannya dan sentiasa membina suasana dan iklim pembelajaran kondusif di sekolahnya bagi memacu kecemerlangan sekolah. Secara ringkasnya, tanggungjawab pentadbir sekolah perlu memberi fokus kepada pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan murid (modal insan) yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah. Mengikut Murphy (1990), seseorang pemimpin instruksional perlu mengamalkan Hukum 80/20’ iaitu 80 peratus untuk urusan pengajaran dan 20 peratus urusan pentadbiran dan bukan sebaliknya. Adalah menjadi harapan masalah keciciran ini boleh diatasi dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), sebelum kita melangkah sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

Upload: dinhdiep

Post on 07-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KECICIRAN, APA PUNCANYA - sahc.edu.mysahc.edu.my/a_portal/galeri ilmu/Keciciran, Apa Puncanya.pdf · Baru-baru ini isu keciciran hangat semula apabila dikatakan bahawa ... murid pada

KECICIRAN, APA PUNCANYA

(Oleh: Umar Bakhy bin Ghazali)

Baru-baru ini isu keciciran hangat semula apabila dikatakan bahawa bilangan pelajar sekolah menengah yang gagal menamatkan pengajian sehingga ke tingkatan lima mencecah 242,195 atau 3.8 peratus daripada keseluruhan 6.3 orang. Jumlah tersebut menimbulkan keraguan kerana mengikut unjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) jumlah enrolmen murid pada 2006 hanyalah 5.5 juta (bukannya 6.3 juta) iaitu 3.2 juta di sekolah rendah & 2.3 juta di sekolah menengah.

Walaupun terdapat perbezaan dari segi statistik, itu bukanlah isunya. Isunya ialah masih wujud masalah keciciran di Malaysia. Masalah keciciran sering dikaitkan dengan perbezaan kualiti dan kemudahan pendidikan antara bandar dan luar bandar. Sementara kemiskinan pula dikatakan sebagai punca utama berlakunya keciciran di kalangan para pelajar.

Namun begitu, menurut Wahid Hashim (2006) kemiskinan bukanlah satu-satunya punca yang menyebabkan pelajar tercicir. Mengikut Bahagian Sekolah, KPM punca lain ialah tidak menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira sejak di bangku sekolah rendah, faktor pengankutan atau perhubungan, faktor keluarga dan pengaruh rakan sebaya. Pengurusan yang lemah di peringkat sekolah juga mungkin menjadi faktor kepada kadar keciciran yang tinggi. Pentadbir di sekolah kurang ilmu pentadbiran atau kurang minat dengan tempat mereka mengajar menyebabkan mereka tidak begitu mempedulikan nasib anak bangsa.

Hal tersebut pernah disentuh oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri iaitu guru perlu mendalami ilmu kepimpinan instruksional atau kepimpinan pengajaran. Secara amnya, kepimpinan instruksional ialah pemimpin sekolah yang mengambil peduli terhadap pengajaran guru dan pembelajaran pelajar serta perkembangannya dan sentiasa membina suasana dan iklim pembelajaran kondusif di sekolahnya bagi memacu kecemerlangan sekolah.

Secara ringkasnya, tanggungjawab pentadbir sekolah perlu memberi fokus kepada pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan murid (modal insan) yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah. Mengikut Murphy (1990), seseorang pemimpin instruksional perlu mengamalkan ‘Hukum 80/20’ iaitu 80 peratus untuk urusan pengajaran dan 20 peratus urusan pentadbiran dan bukan sebaliknya.

Adalah menjadi harapan masalah keciciran ini boleh diatasi dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), sebelum kita melangkah sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.