kecekapan pengurusan - pengurusan kewangan (fiscal management)

19
KECEKAPAN PENGURUSAN : PENGURUSAN KEWANGAN NOR IZZAH BINTI A KARIM NURUL IZZATI BINTI SHAMRI SYAHIRAH BINTI ZAINALABIDIN NUR SHAFIEQHAH AMIRA BINTI SHAARI

Upload: fuyu-haru

Post on 27-Dec-2015

88 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

PRA 3143Kecekapan Pengurusan : Pengurusan Kewangan (Fiscal Management)

TRANSCRIPT

Page 1: KECEKAPAN PENGURUSAN - PENGURUSAN KEWANGAN (Fiscal Management)

KECEKAPAN PENGURUSAN :PENGURUSAN KEWANGAN

NOR IZZAH BINTI A KARIMNURUL IZZATI BINTI SHAMRI

SYAHIRAH BINTI ZAINALABIDINNUR SHAFIEQHAH AMIRA BINTI SHAARI

Page 2: KECEKAPAN PENGURUSAN - PENGURUSAN KEWANGAN (Fiscal Management)

Konsep

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, bermaksud sumber/ hasil pendapatan kewangan.

Menurut Saayah Abu (2006), pengurusan kewangan termasuklah hal-hal seperti merancang, mencari

kakitangan, memimpin, mengawal, dan mengurus kewangan.

Page 3: KECEKAPAN PENGURUSAN - PENGURUSAN KEWANGAN (Fiscal Management)

Kewangan

Satu bahan pengantaraan dan ditukar ketika membeli sumber yang diperlukan untuk membangun pusat

pendidikan awal kanak-kanak. Untuk menukarkan idea menjadi tindakan akhir bagi membangunkan pusat

pendidikan awal kanak-kanak, beberapa jenis sumber perlu digabungkan dengan betul. Sumber adalah pasif sehinggalah idea dan tenaga manusia menggerakkan

dan menggunakannya untuk mencapai matlamat mereka.

Page 4: KECEKAPAN PENGURUSAN - PENGURUSAN KEWANGAN (Fiscal Management)

M (Material)

•Untuk bahan yang

digunakan di pusat

tersebut.

E (Equipment)• Untuk peralatan termasuk alat

mainan, dapur, pejabat dan perhiasan.

S (Space)• Untuk tempat/ruang

termasuklah bangunan, taman permainan, susunan hiasan dan

juga insuran.

H (Human energy)•Tenaga

manusia yang merangkumi

pengetahuan, kemahiran dan

kebolehan manusia untuk

membentuk dan

menyampaikan perkhidmatan.Kategori Sumber

Pusat Pendidikan Kanak-Kanak

Page 5: KECEKAPAN PENGURUSAN - PENGURUSAN KEWANGAN (Fiscal Management)

Pengurusan Kewangan

Cara menguruskan kewangan semasa bertugas di sekolah jika guru merupakan

guru kelas atau guru prasekolah.

Ia termasuk merancang perbelanjaan yang realistik dan memantau

perbelanjaan supaya bertepatan dengan perkara yang telah dirancang.

Page 6: KECEKAPAN PENGURUSAN - PENGURUSAN KEWANGAN (Fiscal Management)

Pengurusan Kewangan di

Prasekolah

Peruntukan makanan

Peruntukan wang makan

Peruntukan Perkapita

Page 7: KECEKAPAN PENGURUSAN - PENGURUSAN KEWANGAN (Fiscal Management)

1. Peruntukan makanan• Perancangaan peruntukan makanan dan minuman.• Perancangan menu bulanan.• Anggaran perbelanjaan bagi:

i. Bahan basah.ii. Bahan kering.

2. Peruntukan wang makan• Guru tidak perlu menggunakan wang peribadi

terlebih dahulu untuk perbelanjaan makan/minum murid-murid.

• Makan minum murid-murid prasekolah hendaklah diuruskan dan disediakan oleh guru kelas prasekolah yang bertugas.

Page 8: KECEKAPAN PENGURUSAN - PENGURUSAN KEWANGAN (Fiscal Management)

• Pihak pengurusan prasekolah tidak dibenarkan sama sekali menggunakan perkhidmatan kantin/koperasi sekolah dalam pengurusan/penyediaan makan minum murid-murid prasekolah.

3. Peruntukan perkapita• Perancangan perbelanjaan untuk pengurusan dan

pentadbiran hal-hal berkaitan pembelajaran.• Daftar stok bekalan pejabat.

i. Barang kekal.ii. Barang hapus kira.

Page 9: KECEKAPAN PENGURUSAN - PENGURUSAN KEWANGAN (Fiscal Management)

Perkara-perkara penting dalam

pengurusan kewangan di prasekolah

Cermat menggunakan sumber kewangan

Membuat bajet yang realistik

Memantau perbelanjaan dan

pengawalan

Penyelarasan bajet (timbang tara)

Alternatif untuk menambahkan

sumber

Page 10: KECEKAPAN PENGURUSAN - PENGURUSAN KEWANGAN (Fiscal Management)

Perkara-perkara penting dalam pengurusan kewangan di prasekolah:

1. Cermat menggunakan sumber kewangan.2. Membuat bajet yang realistik.• Bajet merupakan penjelasan bertulis berkenaan apa

yang ada dalam setiap kategori.• Biasanya dinyatakan dalam kertas kerja cadangan

dan perlu dirancang bagi melihat bagaimana penggunaan sumber dapat mencapai keuntungan yang diharapkan.

• Contoh : Guru perlu menyenaraikan “pendapatan” atau sumber kewangan yang diperolehi dan “perbelanjaan” yang dilakukan

Page 11: KECEKAPAN PENGURUSAN - PENGURUSAN KEWANGAN (Fiscal Management)

3. Memantau perbelanjaan dan pengawalan.• Melibatkan perbandingan anggaran dan

prestasi sebenar serta membuat perubahan.• Merekod pembelian dan pembayaran di

dalam buku perbelanjaan harian seperti:i. Perbelanjaan bahan basah.ii. Perbelanjaan makanan kering.iii. Pembelanjaan alat / bahan pembelajaran.iv. Perbelanjaan kemudahan.

Page 12: KECEKAPAN PENGURUSAN - PENGURUSAN KEWANGAN (Fiscal Management)

• Fail rekod kewangan perlu diaudit 3 bulan sekali oleh pemeriksa kira-kira.oSemua perbelanjaan disokong dengan bil atau resit.oSemua resit, bil dan pesanan kerajaan (LO) hendaklah

difailkan mengikut urutan tarikh dan bulan.oResit pembelian yang tidak bernombor siri perlu

dinomborkan dan difailkan dalam bentuk folio.oSemua surat-menyurat seperti surat tuntutan

perbelanjaan bulanan, penyata bank dan lain-lain yang berkaitan dengan akaun perlu disimpan dan difailkan dengan cara yang teratur bagi memudahkan kerja-kerja audit.

Page 13: KECEKAPAN PENGURUSAN - PENGURUSAN KEWANGAN (Fiscal Management)

oStatus penyata kewangan bagi catatan penerimaan dan perbelanjaan wang peruntukan yang diterima perlu disediakan oleh guru dan dikemaskini pada tiap-tiap bulan.

oPenyata ini perlu disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar pada akhir bulan dan dianggap sebagai dokumen sokongan bagi pengurusan perbelanjaan wang peruntukan prasekolah. Penyata ini juga wajar diteliti dan diperiksa oleh audit sekolah.

oPenyata kewangan ini perlu disediakan di dalam suatu buku tunai khas.

oPada 31 Disember setiap tahun, guru prasekolah perlu menyediakan penyata kira-kira tahunan prasekolah.

Page 14: KECEKAPAN PENGURUSAN - PENGURUSAN KEWANGAN (Fiscal Management)

4. Tahu bila hendak buat penyelarasan bajet (timbang tara).• Penyelarasan perlu berkaitan kos berubah seperti

bajet makanan basah dan kering, alat tulis dan bahan bantu mengajar.

5. Mencari jalan menambah sumber atau berjimat tanpa mengorbankan kualiti seperti:• Bantuan Per Kapita Prasekolah (Rujuk Surat

Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012)• Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP)• Kumpulan Wang Suwa Sekolah

Page 15: KECEKAPAN PENGURUSAN - PENGURUSAN KEWANGAN (Fiscal Management)

Jenis-jenis Bantuan Yang Diterima

• Bantuan makan murid (RM1.80 sehari bagi Semenanjung / RM2.05 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012, Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid)

• Peruntukan PCG Murid (RM100.00/ murid setahun)• Bantuan Kokurikulum (RM25.00/ murid setahun)• Bayaran Takaful (RM1.50/ murid setahun)

Page 16: KECEKAPAN PENGURUSAN - PENGURUSAN KEWANGAN (Fiscal Management)

Pemberian Bantuan Per Kapita

• Peruntukan ini hendaklah dibelanjakan pada tahun semasa dan tidak melebihi 10% daripada jumlah asal PCG yang diterima dalam tahun berkenaan yang dibenarkan dibawa ke tahun hadapan. Peruntukan ini hendaklah diakaunkan ke dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan.

Page 17: KECEKAPAN PENGURUSAN - PENGURUSAN KEWANGAN (Fiscal Management)

Geran Pelancaran• Peruntukan ini diberi oleh Bahagian Pembangunan dan

Perolehan Kementerian Pelajaran kepada kelas prasekolah dan sekolah yang baru beroperasi. Kadar adalah ditentukan mengikut kategori sekolah mengikut garis panduan yang disediakan oleh KPM. Bantuan ini akan diakaunkan ke dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan di bawah lajur Pelbagai dengan menyelenggarakan Akaun Subsidiari. Pengurus sekolah boleh menggunakan peruntukan ini untuk pembelian bahan yang telah disenaraikan oleh BPP, KPM semasa peruntukan diberi.

Page 18: KECEKAPAN PENGURUSAN - PENGURUSAN KEWANGAN (Fiscal Management)

Panjar Wang Runcit

Ia merupakan sejumlah wang yang membolehkan Pengurus Sekolah membuat pembayaran kecil dengan segera dan perbelanjaan runcit tanpa mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada butiran perbelanjaan. Ia boleh juga digunakan bagi memberi pendahuluan wang tunai segera kepada guru yang memerlukan untuk membayar perbelanjaan aktiviti kelas.

Page 19: KECEKAPAN PENGURUSAN - PENGURUSAN KEWANGAN (Fiscal Management)

Sekian, terima kasih