kebersihan diri kanak

3
KEBERSIHAN DIRI KANAK- KANAK Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap kanak-kanak dalam memastikan kesejahteraan hidup mereka. Kebersihan diri juga bermaksud membersihkan segala anggota badan daripada segala kekotoran. Kanak-kanak seharusnya diberikan pendedahan tentang aspek penjagaan kebersihan diri supaya diri mereka sentiasa cergas dan dalam keadaan bersih. Komponen kebersihan diri dan tubuh badan adalah berkait rapat dengan kebersihan mulut, kesihatan gigi, penjagaan kulit, penjagaan kuku dan penjagaan rambut. Kanak-kanak haruslah sentiasa menjaga kebersihan badan. Badan yang bersih penting untuk mengelakkan masalah kesihatan dan mencegah penyakit berjangkit. Penyakit Tangan Kaki dan Mulut ialah penyakit berjangkit yang boleh meragut nyawa kanak-kanak. Mencuci tangan adalah salah satu langkah pencegahan yang amat penting dalam pencegahan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD). Penyakit ini boleh berjangkit melalui sentuhan. Tangan kita sentiasa terdedah dengan virus dan kuman. Kanak-kanak yang tidak menjaga kebersihan tangan akan membawa virus dan kuman ini masuk ke dalam kerongkong semasa makan. Nanti mulalah rasa demam, sakit kepala, selsema, mata merah, tumbuh ulser di tekak dan mulut dan hilang selera makan. Itu ialah tanda-tanda Penyakit Tangan Kaki dan Mulut.

Upload: sivasanggari-ramasamy

Post on 19-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

czdcvxdvdfxv

TRANSCRIPT

Page 1: KEBERSIHAN DIRI KANAK

KEBERSIHAN DIRI KANAK- KANAK

Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap

kanak-kanak dalam memastikan kesejahteraan hidup mereka. Kebersihan diri juga

bermaksud membersihkan segala anggota badan daripada segala kekotoran.

Kanak-kanak seharusnya diberikan pendedahan tentang aspek penjagaan

kebersihan diri supaya diri mereka sentiasa cergas dan dalam keadaan bersih.

Komponen kebersihan diri dan tubuh badan adalah berkait rapat dengan kebersihan

mulut, kesihatan gigi, penjagaan kulit, penjagaan kuku dan penjagaan rambut.

Kanak-kanak haruslah sentiasa menjaga kebersihan badan.  Badan yang

bersih penting untuk mengelakkan masalah kesihatan dan mencegah penyakit

berjangkit. Penyakit Tangan Kaki dan Mulut ialah penyakit berjangkit yang boleh

meragut nyawa kanak-kanak. Mencuci tangan adalah salah satu langkah

pencegahan yang amat penting dalam pencegahan Penyakit Tangan, Kaki dan

Mulut (HFMD). 

 

Penyakit ini boleh berjangkit melalui sentuhan. Tangan kita sentiasa terdedah

dengan virus dan kuman. Kanak-kanak yang tidak menjaga kebersihan tangan akan

membawa virus dan kuman ini masuk ke dalam kerongkong semasa makan. Nanti

mulalah rasa demam, sakit kepala, selsema,  mata merah, tumbuh ulser di tekak

dan mulut dan hilang selera makan. Itu ialah tanda-tanda Penyakit Tangan Kaki dan

Mulut.

Asma/Asthma

Asma/lelah atau asma berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “berbafas kuat”

merupakan satu istilah yang menerangkan satu keadaan seperti semput, penat, termengah-

mengah dan mengeluarkan bunyi ‘wheezing’ ketika bernafas . Bunyi ini adalah diakibatkan

oleh penyempitan saluran ‘bronkial’ yang menghalang aliran udara keluar dan masuk ke

paru-paru. Individu terpaksa membongkokkan badan untuk mendapatkan lebih banyak

udara ke ruang dalam paru-parunya (Asiah 2012). Serangan asma boleh disebabkan oleh:

cuaca atau udara yang sejuk, aktiviti fizikal yang berlebihan, jangkitan di bahagian organ

pernafasan, alahan, serangan virus, habuk atau debu, bulu kucing, dan sebagainya.

Page 2: KEBERSIHAN DIRI KANAK

Kanak-kanak yang berpenyakit asma mungkin kelihatan gementar, sensitive, dan mudah

terganggu. Muka mereka kelihatan biru (disebabkan oleh kurang oksigen), dan mereka perlu

diberi pertolongan dan rawatan yang segera untuk pulih.

Cara mengatasi masalah

Keperluan Kanak-Kanak Asma di Sekolah: Kanak-kanak ini memerlukan persekitaran yang

bersih dan pengurusan dalam jangka panjang. Mereka sering tidak hadir ke sekolah

terutama ketika diserang penyakit tersebut. Guru perlu bekerjasama dengan dengan

ibu bapa dengan menyimpan satu salinan ‘action plan’ bagi membantu murid yang

mengidap asma. Mereka perlu mengetahui cara merawat asma termasuk jenis ubat

yang perlu diambil, tindakan yang harus diambil sekiranya serangan berlaku, jenis

situasi yang perlu dielakkan (Contoh: aktiviti luar yang terdedah kepada debunga),

menyimpan ubat untuk kanak-kanak, atau memastikan ubat atau inhaler mudah

dicapai ketika serangan asma berlaku di dalam kelas atau kawasan Pra sekolah.

Batuk

Batuk merupakan tindakbalas kerongkong/tekak terhadap simulus pada salur

pernafasan dan paru paru. Fungsi sebenar batuk ialah untuk mengeluarkan bahan

merbahaya yang terperangkap dalam salur pernafasan. Pada mulanya, udara

ditahan oleh glottis daripada keluar kemudian, udara yang ditahan tersebut secara

serta merta dilepaskan menyebabkan getaran kuat pada glotis yang kemudiannya

menghasilkan bunyi. Pada kebiasaannya, batuk adalah disebabkan oleh jangkitan

kuman pada salur pernafasan dan paru paru. Demam selesema adalah punca

utama batuk berlaku di kalangan kanak-kanak. Sebab-sebab lain yang

menyebabkan ialah jangkitan pada bahagian pernafasan atas atau kerongkong,

alahan dan asma.

Page 3: KEBERSIHAN DIRI KANAK