keberkesanan penggunaan powerpoint ke atas murid

16
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-86 71 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28 September 2012/ IPG KBL KEBERKESANAN PENGGUNAAN POWERPOINT KE ATAS MURID TAHUN TIGA YANG BERPENCAPAIAN SEDERHANA LEMAH DALAM SAINS DI KUCHING Oleh Irene Tee Ai Ling [email protected] ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meninjau keberkesanaan penggunaan Powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains bagi meningkatkan minat, penyertaan dan pencapaian pelajaran empat orang murid Tahun Tiga yang berpencapaian sederhana lemah dalam mata pelajaran Sains di sebuah sekolah rendah di Kuching. Data-data dikumpulkan melalui soal selidik, temu bual, pemerhatian, ujian pra dan pos serta lembaran kerja. Teknik analisis data yang dijalankan adalah secara deskriptif dan analisis kandungan. Hasil analisis data mendapati bahawa kesemua responden menunjukkan peningkatan dari segi minat, penyertaan dan pencapaian pelajaran Sains selepas penggunaan Powerpoint. Adalah diharapkan perkongsian ini boleh dijadikan sumber rujukan dalam kalangan penyelidik muda. Kata kunci: Penggunaan Powerpoint, pengajaran dan pembelajaran Sains, minat, penyertaan, pencapaian ABSTRACT The purpose of the study was to investigate the effectiveness of using powerpoint in increasing the interest, participation and achievement of four Year Three students who are moderately weak in Science from one of the primary schools in Kuching. The data for this study was collected through questionnaire, interview, observation, pre and post test and worksheet. The techniques used to analyse data is by descriptive and content analysis. The results showed that all the respondents showed greater interest, participation and achievement in Science after using powerpoint in teaching and learning Science. The sharing of this experience would hopefully act as a reference for beginning researchers. Keywords: Using Powerpoint, teaching and learning Science, interest, participation, achievement Konteks / Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran Lepas Saya mengalami banyak masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ketika menjalani Praktikum Fasa II. Antaranya adalah seperti masalah kawalan kelas, pencapaian murid yang kurang memberangsangkan, murid yang malas dan kurang memberi respon. Hal ini berlaku disebabkan saya kurang pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pedagogi untuk mengajar murid-murid. Selain itu, faktor diri murid seperti kurang motivasi untuk belajar juga menyebabkan masalah ini berlaku.

Upload: phungdang

Post on 08-Dec-2016

279 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEBERKESANAN PENGGUNAAN POWERPOINT KE ATAS MURID

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-86

71 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28 September 2012/ IPG KBL

KEBERKESANAN PENGGUNAAN POWERPOINT KE ATAS MURID TAHUN TIGA YANG BERPENCAPAIAN SEDERHANA LEMAH DALAM SAINS DI

KUCHING

Oleh

Irene Tee Ai Ling [email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meninjau keberkesanaan penggunaan Powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains bagi meningkatkan minat, penyertaan dan pencapaian pelajaran empat orang murid Tahun Tiga yang berpencapaian sederhana lemah dalam mata pelajaran Sains di sebuah sekolah rendah di Kuching. Data-data dikumpulkan melalui soal selidik, temu bual, pemerhatian, ujian pra dan pos serta lembaran kerja. Teknik analisis data yang dijalankan adalah secara deskriptif dan analisis kandungan. Hasil analisis data mendapati bahawa kesemua responden menunjukkan peningkatan dari segi minat, penyertaan dan pencapaian pelajaran Sains selepas penggunaan Powerpoint. Adalah diharapkan perkongsian ini boleh dijadikan sumber rujukan dalam kalangan penyelidik muda. Kata kunci: Penggunaan Powerpoint, pengajaran dan pembelajaran Sains, minat, penyertaan, pencapaian

ABSTRACT

The purpose of the study was to investigate the effectiveness of using powerpoint in increasing the interest, participation and achievement of four Year Three students who are moderately weak in Science from one of the primary schools in Kuching. The data for this study was collected through questionnaire, interview, observation, pre and post test and worksheet. The techniques used to analyse data is by descriptive and content analysis. The results showed that all the respondents showed greater interest, participation and achievement in Science after using powerpoint in teaching and learning Science. The sharing of this experience would hopefully act as a reference for beginning researchers. Keywords: Using Powerpoint, teaching and learning Science, interest, participation, achievement

Konteks / Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran Lepas Saya mengalami banyak masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ketika menjalani Praktikum Fasa II. Antaranya adalah seperti masalah kawalan kelas, pencapaian murid yang kurang memberangsangkan, murid yang malas dan kurang memberi respon. Hal ini berlaku disebabkan saya kurang pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pedagogi untuk mengajar murid-murid. Selain itu, faktor diri murid seperti kurang motivasi untuk belajar juga menyebabkan masalah ini berlaku.

Page 2: KEBERKESANAN PENGGUNAAN POWERPOINT KE ATAS MURID

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-86

72 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28 September 2012/ IPG KBL

Pada Praktikum Fasa III pula, saya telah menjalani praktikum di Sekolah T. Saya dipertanggungjawabkan untuk mengajar subjek Sains bagi kelas Tahun Tiga dan Empat. Pada awal fasa ini, saya mendapati bahawa terdapat murid yang malas dan berpencapaian sederhana lemah atau lemah di kelas saya. Masalah tersebut juga didapati semasa praktikum kedua saya. Justeru, masalah tersebut telah menarik perhatian saya untuk menjadikannya sebagai isu keprihatihan dalam penyelidikan tindakan saya. Fokus Kajian / Isu Keprihatinan Setelah dua minggu mengajar Sains di kelas Tahun Tiga Merah, saya mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang berpencapaian sederhana lemah dalam mata pelajaran Sains. Mereka ini kurang minat belajar, kurang menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kurang menguasai isi pelajaran yang telah diajar. Saya mendapati masalah-masalah tersebut wujud melalui penyemakan lembaran kerja murid, pemerhatian dan temu bual dengan guru Sains. Guru perlu lebih kreatif dan positif. Oleh itu, saya tidak mudah putus asa ataupun mudah mengalah malah saya mengambil peluang membuat kajian tindakan ini untuk membantu murid-murid yang berpencapaian sederhana lemah itu. Saya telah memilih kaedah penggunaan powerpoint dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dalam kajian tindakan saya. Tujuan penggunaan powerpoint adalah untuk meningkatkan minat, penyertaan dan pencapaian pelajaran murid-murid Tahun Tiga Merah yang berpencapaian sederhana lemah dalam mata pelajaran Sains. Tujuan Kajian Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau keberkesanan penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains bagi meningkatkan minat, penyertaan dan pencapaian pelajaran empat orang murid Tahun Tiga Merah yang berpencapaian sederhana lemah dalam Sains di sebuah sekolah rendah di Kuching. Persoalan Kajian Berdasarkan objektif kajian, soalan-soalan kajian yang perlu dijawab adalah seperti berikut: 1) Adakah penggunaan powerpoint dapat lebih meningkatkan minat belajar

empat orang murid Tahun 3M yang berpencapaian sederhana lemah dalam Sains?

2) Adakah penggunaan powerpoint dapat meningkatkan penyertaan empat orang murid Tahun 3M yang berpencapaian sederhana lemah?

3) Adakah penggunaan powerpoint dapat meningkatkan pencapaian pelajaran empat orang murid Tahun 3M yang berpencapaian sederhana lemah dalam Sains?

Tindakan yang diambil Saya telah merancang dan melaksanakan kajian tindakan saya berdasarkan empat langkah kajian tindakan dalam Model Kemmis & McTaggart (1988) melalui Shamsina Shamsuddin (2011). Langkah-langkah perancangan dan pelaksanaan tindakan saya adalah seperti berikut: Langkah 1: Mereflek

Menjalankan refleksi ke atas satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani.

Page 3: KEBERKESANAN PENGGUNAAN POWERPOINT KE ATAS MURID

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-86

73 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28 September 2012/ IPG KBL

Isu yang telah dikenal pasti adalah masalah murid-murid Tahun 3M yang berpencapaian sederhana lemah dalam mata pelajaran Sains.

Langkah 2: Merancang

Pengumpulan data tentang tinjauan awal diperolehi melalui cara pemerhatian, temu bual serta penyemakan lembaran kerja murid-murid.

Proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kuiz dan memadankan gambar dengan menggunakan powerpoint juga dirancangkan.

Cara pengumpulan data seperti temu bual, pemerhatian, soal selidik, ujian pra dan pos serta penyemakan lembaran kerja murid juga dirancangkan.

Langkah 3 : Bertindak

Kajian tindakan saya hanya melibatkan empat orang murid Tahun 3M yang berpencapaian sederhana lemah dalam mata pelajaran Sains.

Proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kuiz dan memadankan gambar dengan menggunakan powerpoint dijalankan dari 15 March 2012 hingga 13 April 2012. Penggunaan powerpoint dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains adalah sebanyak sekali dalam seminggu dan setiapnya mengambil masa selama 40 minit. Powerpoint digunakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran Sains dijalankan.

Terdapat lima instrumen pengumpulan data yang dijalankan iaitu pemerhatian, temu bual, soal selidik, ujian pra dan pos serta penyemakan lembaran kerja. Gambar-gambar juga diambil sebagai bukti.

Data-data direkodkan dan dianalisis. Langkah 4: Memerhati

Membuat pemerhatian sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran Sains berbantukan powerpoint dijalankan.

Pemerhatian ke atas kemajuan atau perkembangan tindakan yang dijalankan.

Peserta Kajian Peserta kajian saya terdiri daripada empat orang murid Tahun 3M yang berpencapaian sederhana lemah dalam mata pelajaran Sains. Markah mereka adalah di antara 40% hingga 59%. Mereka adalah dari sebuah sekolah rendah di Kuching yang dinamakan sekolah T. Kesemua mereka adalah murid perempuan. Tiga orang daripada peserta kajian saya adalah berbangsa Melayu manakala seorang berbangsa Iban. Mereka berumur 9 tahun dan kesemuanya berasal dari keluarga yang miskin. Teknik Mengumpul Data Jadual 1 menunjukkan cara-cara pengumpulan data yang digunakan berdasarkan persoalan-persoalan kajian tindakan.

Page 4: KEBERKESANAN PENGGUNAAN POWERPOINT KE ATAS MURID

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-86

74 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28 September 2012/ IPG KBL

Jadual 1. Cara-cara Pengumpulan Data Berdasarkan Persoalan-persoalan Kajian Tindakan

Persoalan kajian Cara mengumpul data

1 Adakah penggunaan powerpoint dapat lebih meningkatkan minat murid-murid Tahun 3M yang berpencapaian sederhana lemah untuk belajar Sains?

i. Soal selidik ii. Pemerhatian iii.Temu bual

2 Adakah penggunaan powerpoint dapat meningkatkan penyertaan murid-murid Tahun 3M yang berpencapaian sederhana lemah?

i. Soal selidik ii. Pemerhatian iii.Temu bual

3 Adakah penggunaan powerpoint dapat meningkatkan pencapaian pelajaran murid-murid Tahun 3M yang berpencapaian sederhana lemah dalam mata pelajaran Sains?

i. Ujian pra dan pos

ii. Lembaran kerja murid iii.Temu bual

Pengumpulan data telah dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik, pemerhatian, temu bual, ujian pra dan pos dan lembaran kerja murid seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Saya telah menggunakan kaedah soal selidik, pemerhatian dan temu bual untuk menjawab persoalan kajian pertama saya. Terdapat empat soalan dalam borang soal selidik bagi meninjau aspek minat dan keseronokan peserta kajian sebelum dan selepas penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Soalan-soalan soal selidik yang digunakan adalah soalan berbentuk tertutup. Borang pemerhatian digunakan untuk memerhati mereka dari segi minat. Terdapat dua aspek penilaian iaitu minat dan keseronokan bagi tema minat. Pemerhatian dijalankan sebelum dan semasa penggunaan perisian powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Sebanyak dua pemerhatian yang dijalankan sebelum penggunaan powerpoint manakala sebanyak lima pemerhatian dijalankan semasa penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Temu bual juga digunakan untuk meninjau dan membandingkan minat mereka sebelum dan selepas penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Temu bual jenis berstruktur digunakan. Tiga soalan utama yang dijadikan panduan saya untuk menanya soalan-soalan semasa temu bual berlangsung. Terdapat dua aspek penilaian iaitu minat dan keseronokan dalam tema minat. Pengelasan tema dan transkrip temu bual juga dilaksanakan. Saya juga menggunakan kaedah soal selidik, pemerhatian dan temu bual untuk menjawab persoalan kajian kedua saya. Terdapat lapan soalan dalam borang soal selidik bagi meninjau aspek penyertaan peserta kajian sebelum dan selepas penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Soalan-soalan soal selidik yang digunakan adalah soalan berbentuk tertutup. Borang pemerhatian digunakan untuk memerhati mereka dari segi penyertaan. Terdapat empat aspek penilaian iaitu aktif menjawab soalan, aktif membuat latihan, aktif dalam kuiz Sains dan aktiviti memadankan gambar bagi tema penyertaan. Pemerhatian dijalankan sebelum dan semasa penggunaan perisian powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Sebanyak dua pemerhatian yang dijalankan sebelum penggunaan powerpoint manakala sebanyak lima pemerhatian dijalankan semasa

Page 5: KEBERKESANAN PENGGUNAAN POWERPOINT KE ATAS MURID

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-86

75 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28 September 2012/ IPG KBL

penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Temu bual juga digunakan untuk meninjau dan membandingkan penyertaan mereka sebelum dan selepas penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Temu bual jenis berstruktur digunakan. Tiga soalan utama yang dijadikan panduan saya untuk menanya soalan-soalan semasa temu bual berlangsung. Terdapat empat aspek penilaian iaitu aktif menjawab soalan, aktif membuat latihan, aktif dalam kuiz Sains dan aktiviti memadankan gambar dalam tema penyertaan. Pengelasan tema dan transkrip temu bual juga dilaksanakan.

Bagi menjawab persoalan ketiga, saya telah menggunakan kaedah ujian pra dan pos, lembaran kerja dan temu bual. Ujian pra diberikan kepada mereka sebelum penggunaan powerpoint dalam Sains iaitu pada 23 Februari 2012. Ujian pos diberikan kepada mereka selepas habis mengajar topik pelajaran tumbuhan dengan menggunakan perisian powerpoint iaitu pada 19 April 2012. Format dan kandungan soalan bagi ujian pra dan pos adalah sama. Ujian pra dan pos terdiri daripada lima bahagian iaitu Bahagian A, B, C, D dan E. Tempoh masa ujian pra dan pos yang diperuntukkan adalah selama 60 minit. Kertas ujian dikutip apabila tamatnya masa ujian. Data-data dikumpulkan dan direkodkan. Penyemakan lembaran kerja juga digunakan untuk mengumpul data. Dua lembaran kerja pra diberikan kepada mereka sebelum itu. Sebanyak lima lembaran kerja berkaitan dengan topik tumbuhan diberikan kepada mereka selepas penggunaan powerpoint dalam Sains iaitu dari 15 March 2012 hingga 13 April 2012. Lembaran kerja 1 dan 2 adalah lembaran kerja pra manakala lembaran kerja 3, 4, 5, 6 dan 7 adalah lembaran kerja pos. Soalan-soalan bagi lembaran kerja 1 dan 3, 2 dan 4 adalah sama. Mereka disuruh menghantar lembaran kerja selepas siap membuatnya. Data-data dari hasil lembaran kerja dikumpulkan. Temu bual juga digunakan untuk meninjau dan membandingkan pencapaian pelajaran mereka sebelum dan selepas penggunaan perisian powerpoint. Temu bual jenis berstruktur digunakan. Tiga soalan utama yang dijadikan panduan saya untuk menanya soalan-soalan semasa temu bual berlangsung. Satu soalan telah ditanya kepada setiap mereka untuk menguji kefahaman dan penguasaan mereka dalam topik pelajaran tumbuhan. Terdapat satu aspek penilaian dalam tema pencapaian iaitu ingat dan dapat menguasai topik pelajaran dengan baik. Pengelasan tema dan transkrip temu bual juga dilaksanakan. Teknik Menganalisis Data Teknik menganalisis data yang saya gunakan adalah analisis deskriptif dan analisis kandungan. Jadual 2 menunjukkan aspek data dan cara menganalisis data yang digunakan. Jadual 2. Aspek Data dan Cara Menganalisis Data yang Digunakan

Aspek Data Cara Menganalisis Data

(i) Minat (ii) Penyertaan

(a) Borang soal selidik

Mengira kekerapan dan peratusan bagi setiap item soal selidik.

Membuat perbandingan setiap item soal selidik bagi sebelum dan selepas penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.

(b) Borang pemerhatian

Membuat pengelasan data mengikut tema minat dan

Page 6: KEBERKESANAN PENGGUNAAN POWERPOINT KE ATAS MURID

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-86

76 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28 September 2012/ IPG KBL

penyertaan.

Mengira kekerapan dan peratusan bagi setiap aspek penilaian.

Membuat perbandingan setiap aspek penilaian bagi sebelum dan selepas penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.

Membandingkan kekerapan sesuatu aspek penilaian dalam tema penyertaan yang dilakukan oleh peserta kajian sebelum dan semasa penggunaan powerpoint.

(c) Temu bual

Mendengar dan meneliti isi perbincangan dalam temu bual.

Perasaan dan isyarat badan pada peserta kajian difokuskan.

Meneliti transkrip temu bual saya dengan peserta kajian dan pengekodan diberikan kepada setiap transkrip temu bual.

Cara pengekodan data adalah berdasarkan bilangan temu bual, pihak yang terlibat dalam temu bual dan tarikh pelaksanaan temu bual.

Kandungan penting dalam transkrip temu bual dicatatkan dan dikategorikan dalam tema yang sesuai.

Kekerapan dan peratusan bagi aspek penilaian dalam tema minat dan penyertaan dikira.

Membuat perbandingan aspek penilaian dalam tema minat dan penyertaan bagi sebelum dan selepas penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.

(iii)Pencapaian (a) Ujian pra dan pos

Markah pencapaian dan min bagi ujian pra dan pos dikira dan direkodkan dalam bentuk peratusan.

Tahap pencapaian dan gred mereka dilihat berdasarkan skala gred akademik.

Perbandingan markah dan gred bagi ujian pra dan pos dibuat.

Membuat perbandingan bilangan orang yang mendapat setiap gred dalam ujian pra dan pos.

Perbandingan nilai min antara ujian pra dan pos juga dibuat. (b) Lembaran kerja

Kandungan lembaran kerja dianalisis dari aspek ejaan dan ketepatan jawapan yang diberikan oleh peserta kajian.

Markah pencapaian dikira dan direkod.

Tahap pencapaian dilihat berdasarkan skala gred akademik.

Membuat perbandingan bilangan peserta kajian yang mendapat gred tertentu dalam setiap lembaran kerja.

(c) Temu bual

Perasaan dan isyarat badan yang terdapat dalam diri peserta kajian difokuskan.

Meneliti transkrip temu bual saya dengan peserta kajian dan pengekodan diberikan kepada setiap transkrip temu bual.

Cara pengekodan data adalah berdasarkan bilangan temu bual, pihak yang terlibat dalam temu bual dan tarikh pelaksanaan temu bual.

Page 7: KEBERKESANAN PENGGUNAAN POWERPOINT KE ATAS MURID

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-86

77 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28 September 2012/ IPG KBL

Kandungan penting dalam transkrip temu bual dicatatkan dan dikategorikan dalam tema yang sesuai.

Kekerapan dan peratusan bagi aspek penilaian dalam tema pencapaian dikira.

Membuat perbandingan aspek penilaian dalam tema pencapaian bagi sebelum dan selepas penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.

1 soalan ditanya untuk menguji kefahaman, penguasaan pelajaran mereka.

Teknik Menyemak data Saya telah menggunakan teknik triangulasi kaedah dan triangulasi penyelidik untuk menyemak data-data. Bagi triangulasi kaedah, saya telah menggunakan tiga instrumen pengumpulan data untuk menjawab setiap persoalan kajian. Ia bertujuan untuk saling menyemak kesahan data yang diperolehi. Misalnya, melalui temu bual dan soal selidik, data dari tema minat yang diperoleh daripada borang pemerhatian dapat diperkukuhkan. Triangulasi penyelidik juga digunakan untuk mengesahkan data-data yang diperolehi. Triangulasi penyelidik digunakan dengan meminta rakan saya untuk membuat semakan hasil lembaran kerja dan ujian pra dan pos bagi peserta-peserta kajian. Selepas itu, saya membandingkan semakan hasil kerja oleh rakan saya dengan semakan hasil kerja saya. Didapati bahawa cara penyemakan kami adalah sama. Rakan saya juga membantu saya membuat pemerhatian ke atas peserta-peserta kajian. Refleksi Dapatan (i) Keberkesanan powerpoint dalam meningkatkan minat belajar empat orang

murid Tahun 3M yang berpencapaian sederhana lemah dalam Sains. (a) Soal Selidik Jadual 3 menunjukkan perbandingan data dari tema minat bagi sebelum dan selepas penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Jadual 3. Perbandingan Setiap Aspek Penilaian dalam Tema Minat bagi Soal Selidik

Soalan item Aspek Responden Peratusan (%)

1 2 3 4 Ya Tidak

Sebelum 1 Suka dan berminat untuk belajar.

/ x x x 25.0 75.0

2 Berasa seronok. / x x x 25.0 75.0

Selepas 7 Lebih suka dan berminat untuk belajar.

/ / / / 100.0 0.0

8 Berasa lebih seronok. / / / / 100.0 0.0

Didapati bahawa hanya seorang (25%) daripada empat orang peserta kajian berkata dia berminat untuk belajar dan pengajaran dan pembelajaran Sains adalah menyeronokkan sebelum penggunaan perisian powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains manakala kesemua (100%) peserta kajian berkata mereka menjadi lebih berminat untuk belajar dan berasa lebih seronok selepas penggunaan perisian powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Statistik tersebut

Page 8: KEBERKESANAN PENGGUNAAN POWERPOINT KE ATAS MURID

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-86

78 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28 September 2012/ IPG KBL

telah menunjukkan peningkatan peratusan sebanyak 75%. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains adalah berkesan dalam meningkatkan minat dan keseronokan peserta-peserta kajian saya untuk belajar. (b) Pemerhatian Jadual 4 menunjukkan perbandingan aspek minat dan keseronokan dari tema minat dalam bentuk peratusan. Perbandingan dibuat bagi sebelum dan semasa penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Jadual 4. Perbandingan Aspek Minat dan Keseronokan dalam Bentuk Peratusan

Bil Aspek yang dinilai Sebelum Semasa

1 Suka dan minat untuk belajar 25.0% 100.0% 2 Berasa seronok untuk belajar 25.0% 100.0%

Selepas dianalisis, didapati bahawa hanya 1 (25%) responden menunjukkan perasaan gembira, seronok, suka dan berminat untuk belajar Sains manakala 3 orang (75%) responden tidak menunjukkan perasaan gembira, seronok, suka ataupun berminat untuk belajar Sains apabila pengajaran dan pembelajaran Sains berbantukan kertas mahjong dan kaedah ‘chalk and talk’. Selepas penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains, didapati bahawa kesemua orang (100%) responden telah menunjukkan perasaan gembira, seronok, suka dan lebih berminat untuk belajar Sains. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains adalah berkesan bagi meningkatkan minat dan keseronokan belajar peserta-peserta kajian. (c) Temu bual Temu bual dengan kesemua peserta kajian telah dijalankan pada 20 April 2012. Contoh transkrip temu bual saya dengan peserta kajian ketiga adalah seperti berikut: Saya : Adakah anda berasa lebih seronok, suka dan berminat untuk

belajar selepas penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains?

Responden 3 : Lebih suka, seronok dan berminat! Saya : Sebelum ini, adakah anda berminat dan berasa seronok untuk

belajar apabila cikgu tidak menggunakan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains?

Responden 3 : Tidak berminat.Tidak seronoklah. TB03 ALY 20042012 Jadual 5 menunjukkan respon temu bual dari kesemua peserta kajian bagi tema minat.

Page 9: KEBERKESANAN PENGGUNAAN POWERPOINT KE ATAS MURID

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-86

79 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28 September 2012/ IPG KBL

Jadual 5. Respon Temu Bual dari Kesemua Peserta Kajian bagi Tema Minat

Aspek dalam Tema Minat Responden

Roxy Farah Alysa Suhana

Berasa seronok, suka dan berminat untuk belajar sebelum penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.

/ x x x

Berasa lebih seronok, suka dan berminat untuk belajar selepas penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.

/ / / /

Rajah 1 telah menunjukkan gambar temu bual dengan responden ketiga pada 20 April 2012.

Rajah 1. Gambar temu bual dengan responden ketiga pada 20 April 2012. Berdasarkan transkrip yang diperoleh dan Jadual 5 di atas, didapati bahawa kesemua orang (100%) peserta kajian berkata mereka menjadi lebih berminat, suka dan seronok untuk belajar selepas penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Hanya responden 1 iaitu Roxy mempunyai minat dan keseronokan untuk belajar Sains sebelum itu. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains memang berkesan dalam meningkatkan minat dan keseronokan belajar peserta-peserta kajian. (ii) Keberkesanan powerpoint dalam meningkatkan penyertaan empat orang

murid Tahun 3M yang berpencapaian sederhana lemah dalam Sains. (a) Soal Selidik Jadual 6 menunjukkan perbandingan data dari tema penyertaan. Jadual 6. Perbandingan Setiap Aspek Penilaian dalam Tema Peryertaan bagi Soal Selidik

Soalan item Aspek Peratusan (%)

Ya Tidak

Sebelum

3 Aktif menjawab soalan-soalan yang ditanya. 0.0 100.0

4 Aktif membuat soalan latihan. 0.0 100.0

5 Aktif dalam kuiz Sains. 0.0 100.0

6 Aktif dalam aktiviti memadankan gambar. 0.0 100.0

Selepas

9 Aktif menjawab soalan- soalan yang ditanya. 100.0 0.0

10 Aktif membuat soalan latihan. 100.0 0.0

11 Aktif dalam kuiz Sains. 100.0 0.0

12 Aktif dalam aktiviti memadankan gambar. 100.0 0.0

Page 10: KEBERKESANAN PENGGUNAAN POWERPOINT KE ATAS MURID

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-86

80 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28 September 2012/ IPG KBL

Berdasarkan Jadual 6, didapati bahawa dari aspek penyertaan aktif dalam menjawab soalan-soalan, membuat soalan latihan, aktiviti kuiz Sains dan memadankan gambar, tiada (0%) peserta kajian berkata mereka bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti tersebut sebelum penggunaan powerpoint dalam Sains. Selepas penggunaan powerpoint dalam Sains, kesemua (100%) peserta kajian berkata mereka menyertai dan bergiat aktif menjawab soalan, membuat soalan latihan, melibatkan diri dalam aktiviti memadankan gambar dan kuiz Sains. Hal ini menunjukkan penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains berkesan meningkatkan penyertaan peserta-peserta kajian. (b) Pemerhatian Jadual 7 menunjukkan perbandingan setiap aspek penilaian dari tema penyertaan dalam bentuk peratusan. Jadual 7. Perbandingan Setiap Aspek Penilaian dalam Bentuk Peratusan

Bil Aspek yang dinilai Sebelum Semasa

1 Aktif menjawab soalan yang ditanya. 0.0% 100.0%

2 Aktif membuat soalan latihan. 0.0% 100.0%

3 Aktif dalam aktiviti kuiz Sains. 0.0% 100.0%

4 Aktif dalam aktiviti memadankan gambar. 0.0% 100.0%

Rajah 2 menunjukkan gambar pemerhatian pertama yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Sains berbantukan perisian powerpoint.

Rajah 2. Pemerhatian pertama ke atas peserta-peserta kajian. Jadual 8 menunjukkan perbandingan kekerapan bagi setiap aspek penilaian yang ditunjukkan oleh peserta kajian sebelum dan semasa penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Jadual 8. Perbandingan Kekerapan Setiap Aspek Penilaian yang Ditunjukkan oleh Peserta Kajian

Bil Aspek yang dinilai Responden Sebelum Semasa

10/2 17/2 15/3 22/3 29/3 5/4 12/4

1 Responden menjawab soalan yang ditanya.

R1 0/5 0/5 2/5 1/5 1/5 1/5 2/5

R2 0/5 0/5 1/5 1/5 1/5 1/5 1/5

R3 0/5 0/5 1/5 2/5 2/5 1/5 1/5

R4 0/5 0/5 1/5 1/5 1/5 2/5 1/5

2 Responden terlibat dalam aktiviti kuiz.

R1 0/8 0/8 3/8 2/8 2/8 2/8 2/8

R2 0/8 0/8 2/8 2/8 1/8 2/8 2/8

R3 0/8 0/8 2/8 2/8 2/8 2/8 2/8

R4 0/8 0/8 1/8 2/8 3/8 2/8 2/8

Page 11: KEBERKESANAN PENGGUNAAN POWERPOINT KE ATAS MURID

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-86

81 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28 September 2012/ IPG KBL

Berdasarkan Jadual 7 dan 8, didapati bahawa kesemua (100%) peserta kajian tidak menyertai dan tidak bergiat aktif dalam apa-apa jua aktiviti apabila pengajaran dan pembelajaran Sains berbantukan kertas mahjong dijalankan. Selepas penggunaan powerpoint dalam Sains, kesemua (100%) peserta kajian menyertai dan bergiat aktif dalam menjawab soalan, membuat soalan latihan, melibatkan dalam aktiviti kuiz Sains dan aktiviti memadankan gambar. Hal ini menunjukkan penggunaan powerpoint dalam Sains berkesan dalam meningkatkan penyertaan peserta-peserta kajian. (c) Temu Bual Transkrip temu bual saya dengan peserta kajian kedua bagi tema penyertaan adalah seperti berikut: Saya : Adakah anda lebih suka dan aktif menjawab soalan, membuat

soalan latihan, melibatkan diri dalam aktiviti kuiz dan aktiviti memadankan gambar dengan menggunakan powerpoint berbanding dengan sebelum ini?

Responden 2 : Yeah! Sekarang saya rasa lebih suka dan seronok mengikuti aktiviti yang diberi.

Saya : Mengapa? Responden 2 : Cara cikgu ajar sekarang dapat menarik minat saya untuk belajar.

Sebelum ini tidak dapat menarik minat saya untuk belajar. Jadi, saya tidak suka buat apa-apa aktiviti pada masa itu. Saya juga berasa tidak yakin untuk menjawab soalan. Jadi, saya hanya mendiamkan diri saja.

TB01 FRH 20042012 Jadual 9 menunjukkan perbandingan respon temu bual dari kesemua peserta kajian bagi tema penyertaan. Jadual 9. Respon Temu Bual dari Kesemua Peserta Kajian bagi Tema Penyertaan

Tema Responden

Roxy Farah Alysa Suhana

Suka menyertai dan bergiat aktif dalam menjawab soalan, membuat soalan latihan, melibatkan diri dalam kuiz Sains dan aktiviti memadankan gambar sebelum penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.

x x x x

Suka menyertai dan bergiat aktif dalam menjawab soalan, membuat soalan latihan, melibatkan diri dalam kuiz Sains dan aktiviti memadankan gambar selepas penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.

/ / / /

3

Responden terlibat dalam aktiviti memadankan gambar.

R1 0/8 0/8 2/8 3/8 2/8 2/8 2/8

R2 0/8 0/8 2/8 2/8 2/8 1/8 2/8

R3 0/8 0/8 2/8 1/8 2/8 2/8 2/8

R4 0/8 0/8 2/8 2/8 2/8 3/8 2/8

Page 12: KEBERKESANAN PENGGUNAAN POWERPOINT KE ATAS MURID

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-86

82 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28 September 2012/ IPG KBL

Berdasarkan transkrip yang diperoleh dan Jadual 9 di atas, didapati bahawa tiada seorang (0%) peserta kajian yang berkata mereka suka menyertai dan bergiat aktif dalam apa-apa aktiviti sebelum penggunaan powerpoint dalam Sains. Selepas penggunaan powerpoint dalam Sains, kesemua (100%) peserta kajian berkata mereka menjadi suka menyertai dan bergiat aktif dalam menjawab soalan, membuat soalan latihan, melibatkan diri dalam aktiviti kuiz dan memadankan gambar. Dalam transkrip temu bual dengan responden 2, didapati bahawa responden 2 ada menyatakan perkataan “yeah”. Ini bermaksud responden 2 berasa suka dan seronok menyertai aktiviti yang dijalankan. Respon temu bual dari kesemua peserta kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dari segi penyertaan mereka apabila pengajaran dan pembelajaran Sains dijalankan berbantukan powerpoint. Keseluruhannya, penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains memang berkesan dalam meningkatkan penyertaan peserta-peserta kajian. (iii) Keberkesanan powerpoint dalam meningkatkan pencapaian pelajaran

empat orang murid Tahun 3M yang berpencapaian sederhana lemah dalam Sains.

(a) Ujian Pra dan Pos Jadual 10 menunjukkan perbandingan markah dan gred ujian pra dan pos bagi peserta-peserta kajian. Jadual 10. Perbandingan Markah dan Gred bagi Ujian Pra dan Pos

Responden Markah ujian (%) Gred

Ujian pra Ujian pos Ujian pra Ujian pos

R 1 58 72 C B R 2 50 70 C B R 3 58 80 C A R 4 48 64 C B

Jadual 11 menunjukkan perbandingan bilangan peserta kajian bagi setiap gred dalam ujian pra dan pos. Jadual 11. Perbandingan Bilangan Peserta Kajian bagi Setiap Gred

Gred Ujian Pra Ujian Pos

A 0 1 B 0 3 C 4 0

Jadual 12 menunjukkan perbandingan nilai min antara ujian pra dan pos. Jadual 12. Perbandingan Nilai Min antara Ujian Pra dan Ujian Pos

Min Ujian Pra Ujian Pos Perbezaan

53.5% 71.5% 18%

Page 13: KEBERKESANAN PENGGUNAAN POWERPOINT KE ATAS MURID

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-86

83 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28 September 2012/ IPG KBL

Jadual 10, 11 dan 12 menunjukkan hasil dapatan ujian pra dan pos yang telah dijalankan ke atas empat orang peserta kajian dari kelas Tahun 3M. Setelah dianalisis, didapati bahawa kesemua peserta kajian lulus dalam ujian pra. Kesemua (100%) peserta kajian mendapat gred C dengan tahap pencapaian yang sederhana lemah. Markah paling tinggi yang diperoleh adalah 58% manakala markah terendah yang diperoleh adalah 48%. Min markah yang diperoleh dalam ujian pra adalah sebanyak 53.5%. Bagi ujian pos, kesemua (100%) peserta kajian lulus dengan 3 orang (75%) peserta kajian mendapat Gred B manakala seorang (25%) memperoleh gred A. 3 orang peserta kajian itu dikatakan berada pada tahap pencapaian baik manakala seorang lagi berada pada tahap pencapaian yang cemerlang. Markah paling tinggi yang diperoleh dalam ujian pos adalah 80% manakala markah terendah adalah 64%. Markah skor ujian pos yang diperoleh oleh semua peserta kajian telah menunjukkan peningkatan peratusan berbanding dengan markah skor ujian pra. Min markah yang diperoleh dalam ujian pos adalah sebanyak 71.5%. Min markah bagi ujian pos telah menunjukkan peningkatan sebanyak 18%. Secara keseluruhannya, peserta-peserta kajian saya telah menunjukkan peningkatan markah, min markah, gred dan tahap pencapaian bagi ujian pos. Hal ini menunjukkan bahawa pencapaian pelajaran Sains bagi peserta-peserta kajian telah meningkat selepas penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. (b) Lembaran Kerja Jadual 13 menunjukkan borang pemarkahan dan pencapaian bagi lembaran kerja Jadual 14 menunjukkan perbandingan bilangan orang bagi setiap gred. Jadual 13. Borang Pemarkahan dan Pencapaian bagi Lembaran Kerja

Re

sp

on

den

Markah (%) Pencapaian baik (/) atau tidak baik (x)

L1 L2 L3 L4 L5 L6 L7 L1

L2

L 3

L 4

L 5

L6

L7

1 50.0 50.0 75.0 78.6 81.3 83.3 100.0 x x / / / / /

2 50.0 50.0 75.0 71.4 68.8 83.3 83.3 x x / / / / /

3 50.0 57.1 75.0 78.6 81.3 100.0 100.0 x x / / / / /

4 50.0 42.9 75.0 64.3 68.8 66.7 66.7 x x / / / / /

*L adalah lembaran kerja Jadual 14. Perbandingan Bilangan Orang bagi Setiap Gred

Markah Gred Bilangan orang

L1 L2 L3 L4 L5 L6 L7

0 – 19 E 0 0 0 0 0 0 0 20 – 39 D 0 0 0 0 0 0 0 40– 59 C 4 4 0 0 0 0 0 60-79 B 0 0 4 4 2 1 1 80-100 A 0 0 0 0 2 3 3

*L adalah lembaran kerja

Page 14: KEBERKESANAN PENGGUNAAN POWERPOINT KE ATAS MURID

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-86

84 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28 September 2012/ IPG KBL

Berdasarkan Jadual 13 dan 14, didapati bahawa kesemua (100%) peserta kajian yang mendapat gred C bagi lembaran kerja 1 dan 2 iaitu sebelum penggunaan powerpoint dalam Sains. Peserta kajian yang mendapat gred C dikatakan mempunyai tahap pencapaian yang sederhana lemah. Bagi lembaran kerja 3 dan 4 yang diberikan selepas penggunaan powerpoint dalam Sains, kesemua (100%) peserta kajian mendapat gred B. Peserta kajian yang mendapat gred B dikatakan berada pada tahap pencapaian yang baik. Mereka boleh menguasai lembaran kerja dengan baik. Soalan-soalan bagi lembaran kerja 1 dan 3, 2 dan 4 adalah sama. Terdapat peningkatan gred dan tahap pencapaian dalam lembaran 3 dan 4 jika dibandingkan dengan lembaran kerja 1 dan 2. Bagi lembaran kerja 5, didapati bahawa 2 orang (50%) peserta kajian mendapat gred A iaitu mempunyai tahap pencapaian yang cemerlang dan 2 orang (50%) peserta kajian mendapat gred B iaitu mempunyai tahap pencapaian yang baik. Bagi lembaran kerja 6 dan 7, terdapat 3 orang (75%) peserta kajian yang mendapat gred A iaitu mempunyai tahap pencapaian yang cemerlang, seorang (25%) mendapat gred B iaitu tahap pencapaian yang baik. Bilangan peserta kajian yang mempunyai tahap pencapaian dan gred yang baik atau cemerlang semakin bertambah dari lembaran kerja 1 hingga lembaran kerja 7. Kesilapan yang didapati dari lembaran kerja berkurangan selepas penggunaan powerpoint. Rajah 3 menunjukkan contoh perbandingan kesilapan yang didapati dari lembaran kerja 1 dan 3 bagi responden 3. Lembaran kerja 1 Lembaran kerja 3

Rajah 3. Perbandingan kesilapan dari lembaran kerja 1 dan 3 bagi responden 3. Berdasarkan Jadual 13 dan 14 serta rajah 3, ia menunjukkan bahawa selepas penggunaan powerpoint dalam Sains, kekerapan melakukan kesilapan dalam lembaran kerja telah berkurangan dan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajaran. Ini bermaksud penggunaan perisian powerpoint adalah berkesan dalam meningkatkan pencapaian peserta-peserta kajian dalam Sains. (c) Temu Bual Contoh transkrip temu bual saya dengan Responden 1 bagi tema pencapaian adalah seperti berikut: Saya : Adakah anda dapat ingat kandungan pelajaran tentang

tumbuhan dengan baik selepas penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Sains?

Responden 1 : Ya, dapat. Saya : Saya ingin menguji anda sekarang. State two external features

of rose plant.

Page 15: KEBERKESANAN PENGGUNAAN POWERPOINT KE ATAS MURID

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-86

85 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28 September 2012/ IPG KBL

Responden 1 : (Menjawab secara spontan) Has thorns and woody stem. Saya : Bagus. Betul jawapan anda. Nampaknya, anda sudah

menguasai isi pelajaran dengan baik. Saya : Sebelum ini anda faham dan dapat menguasai isi pelajaran yang

diajar atau tidak? Responden 1 : Sebelum ini saya tidak berapa faham apa yang diajar dan tidak

dapat menguasai dengan baik. TB01 ROX 20042012 Jadual 15 menunjukkan perbandingan respon temu bual dari kesemua peserta kajian bagi tema pencapaian. Jadual 15. Respon Temu Bual dari Kesemua Peserta Kajian bagi Tema Pencapaian

Tema Responden

Roxy Farah Alysa Suhana

Ingat dan dapat menguasai isi pelajaran tumbuhan dengan baik sebelum penggunaan powerpoint dalam Sains.

x x x x

Ingat dan dapat menguasai isi pelajaran tumbuhan dengan baik selepas penggunaan powerpoint dalam Sains.

/ / / /

Berdasarkan transkrip yang diperoleh dan Jadual 15 di atas, didapati bahawa kesemua (100%) peserta kajian berkata mereka tidak berapa faham dan tidak dapat menguasai pelajaran Sains sebelum penggunaan powerpoint dalam Sains. Selepas penggunaan powerpoint dalam Sains, kesemua (100%) peserta kajian berkata mereka menjadi lebih faham dan dapat menguasai pelajaran tentang tumbuhan dengan baik. Apabila ditanya soalan berkaitan dengan tumbuhan dalam sesi temu bual, semua (100%) peserta kajian dapat menjawab soalan dengan betul. Pencapaian yang baik bermaksud seseorang itu mempunyai penguasaan menjawab soalan dengan baik. Hal ini bermaksud mereka dapat menguasai topik pelajaran tumbuhan dan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajaran mereka. Penggunaan powerpoint dalam Sains berkesan dalam meningkatkan pencapaian peserta-peserta kajian dalam Sains. Refleksi Penilaian Tindakan Teknik analisis deskriptif dan kandungan yang saya gunakan telah membolehkan saya meneroka isu yang dikaji dengan lebih mendalam. Analisis kandungan data berbentuk kualitatif membolehkan saya melihat isi-isi tersirat pada data-data yang dikumpul. Analisis kandungan data kuantitatif pula lebih mementingkan nombor, statistik dan pengiraan adalah bersifat objektif serta dapat melihat isi tersurat. Didapati bahawa hasil dapatan kajian saya adalah selaras dengan hasil dapatan yang diperoleh bagi kajian-kajian lepas. Ia telah menyokong hasil dapatan bagi kajian-kajian lepas (Mazila, 2000; Aszoura, 2007; Hasliwati, 2007). Hasil dapatan yang diperolehi telah menunjukkan bahawa minat, penyertaan dan pencapaian pelajaran Sains bagi peserta-peserta kajian saya telah meningkat setelah penggunaan powerpoint dalam Sains. Justeru, persoalan-persoalan kajian saya telah terjawab dan masalah murid-murid yang berpencapaian sederhana lemah

Page 16: KEBERKESANAN PENGGUNAAN POWERPOINT KE ATAS MURID

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-86

86 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28 September 2012/ IPG KBL

dalam Sains dapat diatasi. Ini menunjukkan bahawa penggunaan powerpoint dalam Sains memang berkesan dan berjaya menjawab kesemua persoalan kajian saya. Refleksi Pembelajaran Kendiri Saya mendapati proses mengumpul data sebenarnya berlaku secara serentak dengan proses menganalisis data. Keadaan ini berlaku semasa menjalankan temu bual. Saya juga berpendapat bahawa prosedur yang susah dilakukan adalah proses menganalisis data kerana terdapat banyak data yang perlu disusun semula, dikodkan dan dikategorikan kepada tema tertentu. Proses menganalisis data memerlukan banyak masa dan tenaga. Saya turut menghadapi masalah cenderung melakukan bias. Misalnya, hanya mengambil berat maklumat yang dianggap relevan dan diminati sahaja pada awal pelaksanaan kajian tindakan. Sikap bias diatasi dengan menjalankan triangulasi penyelidik. Bias ini mengingatkan saya untuk melakukan analisis data secara menyeluruh. Misalnya, maklumat bukan verbal dan isyarat badan yang dilakukan oleh peserta-peserta kajian juga harus diperhatikan. Selain itu, saya juga mengalami masalah dari segi tempoh masa. Saya tidak berjaya mengurus dan membahagikan masa saya dengan baik. Saya terpaksa berkejaran dengan masa semasa menjalankan kajian tindakan saya memandangkan masa adalah terhad. Kajian tindakan saya adalah terbatas kepada beberapa orang peserta kajian dari kelas Tahun 3M di sebuah sekolah rendah di Kuching. Saya juga hanya melihat pencapaian pelajaran peserta-peserta kajian saya dalam satu topik sahaja. Cadangan Kajian Lanjutan Saya telah menghadapi masalah menganalisis data-data yang diperolehi daripada pelbagai kaedah. Justeru, saya ingin mencuba perisian Nvivo dalam proses menganalisis data. Misalnya, perisian Lotus ScreenCam 97. Dari segi bilangan peserta kajian, saya boleh melibatkan lebih ramai peserta kajian dalam kajian tindakan saya yang seterusnya. Topik yang digunakan dalam kajian tindakan boleh diperbanyakkan lagi, bukannya terhad kepada satu topik sahaja. Selain itu, tempoh masa menjalankan kajian tindakan boleh dilanjutkan lagi supaya kajian tindakan saya dapat meliputi lebih banyak topik pelajaran Sains yang lain. Senarai Rujukan Akhiar Pardi, & Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar penyelidikan tindakan

dalam penyelidikan pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Aszoura binti Muhamed Salleh. (2007). Keberkesanan kaedah pembelajaran

berbantukan komputer terhadap peningkatan penguasaan konsep Sains. Sabah: Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.

Hasliwati. (2007). Keberkesanan penggunaan powerpoint terhadap minat murid Tahun 5. Sabah: Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.

Mazila bt Abul Rashid. (2000). Persepsi pelajar Tingkatan 2 terhadap keberkesanan penggunaan program powerpoint dalam p&p Matematik. Bangi: UKM