keberkesanan modul beams dalam meningkatkan · pdf filetingkatan 4. kajian ini juga ......

Download Keberkesanan Modul Beams Dalam Meningkatkan · PDF fileTingkatan 4. Kajian ini juga ... latihan dan juga jawapan. ... pelajar yang berada di tingkatan empat aliran sains tulen dan

If you can't read please download the document

Upload: nguyennhi

Post on 06-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

  • Keberkesanan Modul Beams Dalam Meningkatkan Pencapaian

    Pelajar Prestasi Tinggi Bagi Matapelajaran Matematik Tambahan

    Mohini Mohamed, Ili Zarifah Zainudin,

    Muhamad Hasanul Ilmi Mohd Shukri

    Universiti Teknologi Malaysia

    [email protected]

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan penggunaan modul Basic Essential

    Additional Mathematics Skills (BEAMS) dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar

    Tingkatan 4. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan pencapaian pelajar

    dalam matapelajaran matematik tambahan dan juga ujian asas matematik tambahan sebelum

    dan selepas modul BEAMS ini dijalankan. Kaedah yang digunakan adalah ujian berbentuk

    kuasi iaitu melibatkan ujian pra dan pos. Sampel terdiri daripada 40 orang pelajar Tingkatan 4

    berpencapaian tinggi daripada sebuah sekolah menengah di Daerah Pasir Gudang, Johor. Alat

    kajian yang digunakan ialah Modul BEAMS. Modul ini digunakan sepenuhnya tanpa

    penggunaan modul lain dan juga buku teks. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif

    dan inferensi menggunakan pakej SPSS Versi 16.0. Hasil analisis deskriptif mendapati para

    pelajar mempunyai peningkatan pencapaian di dalam penilaian Matematik Tambahan dan

    juga Ujian asas matematik tambahan. Ini dapat dilihat melalui ujian-T yang menunjukkan

    terdapat signifikan bagi peperiksaan matematik dan juga asas matematik mengikut p < 0.05.

    Kata kunci: Modul BEAMS, pelajar pencapaian tinggi, ujian peperiksaan akhir Matematik

    Tambahan, ujian asas Matematik Tambahan

  • PENGENALAN

    Matematik Tambahan ialah satu mata pelajaran elektif di peringkat sekolah

    menengah dan pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran ini berpotensi dalam

    matematik kerana fokus Matematik Tambahan adalah kearah memenuhi keperluan

    matematik bagi pelajar yang mengambil jurusan sains dan teknologi serta pelajar yang

    mengambil sains sosial. Oleh sebab itu Matematik Tambahan telah diolah supaya

    selaras dan memenuhi hasrat ini (Faridah binti Sulaiman,2006). Proses pengajaran dan

    pembelajaran mestilah dapat membentuk kefahaman Matematik Tambahan yang

    menyeluruh kepada pelajar, di mana seharusnya mereka mampu menzahirkan

    kefahaman mereka dalam situasi yang berbeza dan berkomunikasi secara bertulis

    ataupun lisan dengan yakin tentang kefahaman tersebut.

    Pengajaran dan pembelajaran yang efektif dapat dilihat melalui sejauh mana

    kebolehan guru-guru dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang

    interaktif. Guru-guru yang kreatif dan inovatif pula mestilah mempunyai persediaan

    daripada aspek pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran

    termasuk mengaitkan keseluruhan aspek tersebut dalam penyampaian pengajaranya

    (Norlia Goolmally, 2000). Bahan bantu mengajar sebagai pemudah cara serta

    meningkatkan keberkesanan pembelajaran berpusatkan pelajar dengan hanya 25

    peratus penglibatan guru di dalam kelas. Peranan guru bertukar menjadi pemudah cara

    bagi pelajar untuk mengkaji dan meneroka sendiri ilmu Matematik Tambahan (Norma

    Binti Hassan ,2004).

    Pada tahun 2000, kurikulum Matematik Tambahan telah disemak semula. Ia

    bagi memastikan apa yang diajarkan dalam sistem pendidikan matematik sesuai

    dengan peredaran zaman dan kehendak pekerjaan pada masa akan datang. Pelajar-

    pelajar yang mengambil subjek ini akan disalurkan ke dalam bidang sains dan

    teknologi serta komunikasi. Mereka perlulah mempunyai ilmu pengetahuan,

    kefahaman konsep, dan kemahiran komunikasi yang lengkap serta seimbang supaya

  • dapat digunakan dalam pelbagai situasi yang berbeza dalam khidupan seharian Esah

    Sulaiman (2003).

    LATAR BELAKANG KAJIAN

    Tidak dapat dinafikan bahawa kefahaman konsep di dalam matematik adalah

    amat penting dalam proses pembelajaran (Azizi Yahya & Elanggovan, 1992). Kaedah

    pemahaman konsep dalam pengajaran matematik pada masa kini telah memberi

    keutamaan kepada pembentukkan konsep matematik yang dikaitkan dengan

    pengalaman pelajar sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Guru-guru sedia

    maklum bahawa pengetahuan tidak dapat dipindahkan daripada seorang individu

    kepada individu yang lain dan sebaliknya pengetahuan ini dibina oleh pelajar itu

    sendiri melalui proses interaksi dengan persekitaran pembelajaran. Oleh yang

    demikian, untuk mencapai hasrat yang diimpikan, terdapat pelbagai aspek dalam

    bidang pendidikan yang perlu dirombak secara perlahan-lahan agar tidak menjejaskan

    perkembangan negara. Antaranya ialah pembaharuan dalam bidang kurikulum.

    (Norliana Hashim & Shahrom Nordin, 2004). Kita disarankan supaya memberi

    tumpuan bukan sahaja kepada peperiksaan malahan juga kita perlu melihat kepada

    pemahaman dan penguasaan pelajar untuk menggunakan ilmu tersebut ke dalam

    kehidupan mereka. Oleh sebab itu, menurut Tengku Zawawi Tengku Zainal (2010),

    untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid, kita boleh menggunakan

    proses dalam bentuk saintifik iaitu proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran.

    Sejak kebelakangan ini prestasi pelajar dalam matematik kurang memuaskan.

    Sebahagian besar daripada mereka tidak dapat menguasai konsep dan kemahiran asas

    matematik (Robiah Sidin ,2003). Begitu juga yang dirasai oleh mata pelajaran

    Matematik Tambahan. Apabila fenomena penekanan dalam peperiksaan kurang

    diambil berat, pelajar-pelajar memiliki satu ruang untuk belajar tanpa melibatkan

    tekanan. Disinilah penilaian yang sebenar dapat dilihat untuk menguji tahap

    penguasaan dan kemahiran peajar belajar dan seterusnya menggunakan ilmu dalam

    matematik melibatkan kehidupan. Aplikasi dalam kehidupan perlu dititik beratkan

  • oleh guru supaya mempelajari MatemAAtik Tambahan menjadi satu kepentingan

    dalam kehidupan (Ismail Kailani dan Ruslina Ismail ,2008).

    Rentetan daripada itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah membina

    modul yang dapat membantu guru-guru Matematik Tambahan. Salah satu modul yang

    telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ialah Basic Essential

    Additional Mathematics Skills (BEAMS) pada tahun 2010. Menurut Haji Ali Bin Ab

    Ghani (2010), modul ini dibina untuk membantu para pelajar membina pemikiran

    berdasarkan kepada konsep dan juga kemahiran dalam matematik sebelum pelajar

    mempelajari Matematik Tambahan. Pembinaan modul ini berdasarkan kepada konsep

    bahawa semua pelajar berjaya menguasai kemahiran dalam matematik.Modul ini

    menitik beratkan asas dalam matematik sebelum mempelajari Matematik Tambahan

    agar pelajar dapat menguasai konsep-konsep asas dalam matematik yang akan

    digunapakai dalam Matematik Tambahan (Kementerian Pelajaran Malaysia. 2009).

    Menurut Burns (1971) yang dipetik daripada Shaharom dan Yap (1991), salah

    satu tujuan pembelajaran bermodul ialah untuk membolehkan para pelajar

    meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut kecepatan sendiri. Modul

    pembelajaran juga merupakan alternatif kepada golongan pendidik untuk menjalankan

    aktiviti pengajaran seterusnya meningkatkan kecemerlangan pelajar. Menurut Wan

    Zah Wan Ali, dll (2005)., modul dikatakan bertujuan untuk memperkayakan bahan

    pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran pada masa yang sama berfungsi

    sebagai ABBM bagi menyokong sesi pembelajaran.

    Modul ini telah diterapkan dengan kemahiran dalam matematik diperingkat

    terendah dalam matematik. Modul ini terbahagi kepada lapan unit iaitu:

    Unit 1: Negative Numbers (nombor negatif)

    Unit 2: Fractions (Pecahan)

    Unit 3: Algebraic Expressions and Algebraic Formulae

    (persamaan dan formula algebra)

    Unit 4: Linear Equations (persamaan liner)

  • Unit 5: Indices (Indeks)

    Unit 6: Coordinates and Graphs of Functions

    (Koordinat dan Persamaan graf)

    Unit 7: Linear Inequalities (Ketidaksamaan linear)

    Unit 8: Trigonometry(trigonometri)

    Setiap bahagian dalam modul ini berdiri sendiri iaitu pelajar boleh belajar

    secara bersendirian mahupun berkumpulan apabila menggunakan modul ini. Ini

    adalah kerana modul ini mempunyai penerangan yang jelas dan juga langkah-langkah

    yang mudah difahami tanpa bantuan guru. Selain itu, setiap bahagian dalam modul ini

    mempunyai objektif, strategi pengajaran dan pembelajaran, nota pengajaran, contoh,

    latihan dan juga jawapan.

    Namun begitu, sejauh mana keberkesanan modul ini bagi pelajar-pelajar

    dilihat dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan

    modul ini kepada pelajar pencapaian tinggi melalui ujian asas Matematik Tambahan

    dan juga peperiksaan Matematik Tambahan.

    REKA BENTUK KAJIAN

    Reka bentuk kajian ini adalah kuntitatif iaitu melihat perbezaan kemajuan

    pelajar dalam mata pelajaran Matematik Tambahan sebelum modul BEAMS dan

    selepas Modul BEAMS ini dijalankan. Pendekatan berbentuk eksperimen dijalankan

    oleh penyelidik dan soalan dalam format peperiksaan akhir tahun tingkatan 4

    diberikan selepas modul BEAMS. Teknik pengumpulan data melalui penelitian

    keputusan peperiksaan pelajar dinilai untuk melihat keberkesanan modul BEAMS.

    Penyelidikan ini melibatkan antara Modul BEAMS dan juga keputusan

    peperiksaan pelajar serta soalan asas Matematik Tambahan. Ini adalah disebabkan

    penyelidikan ini menekankan keberkesanan modul BEAMS kepada keputusan

  • peperiksaan Matematik Tambahan pelajar dan ju