kebebasan media massa dalam konteks satu malaysia

9
Tajuk: Media massa : kebebasan dan tanggungjawab sosial dalam konteks satu Malaysia. Bincangkan. Pengenalan Media massa merupakan satu media yang menyalurkan maklumat terkini kepada pengguna. Jenis media yang sedia wujud ialah media cetak dan media elektronik. Media terbahagi kepada dua kategori iaitu media arus perdana dan media bukan arus perdana. Media arus perdana atau ‘mainstream media’ merujuk kepada media milik kerajaan seperti saluran televisyen milik RTM iaitu TV1 dan TV2 serta media – media lain yang bersifat pro-kerajaan. Media – media swasta yang kerap menyiarkan dasar – dasar dan propaganda pemerintah juga dikategorikan sebagai media arus perdana. Akhbar Berita Harian dan laman web milik kerajaan adalah antara media arus perdana. Manakala, media bukan arus perdana pula merujuk kepada media yang bersifat bebas daripada sebarang pengaruh daripada pihak 1

Upload: alex-sent

Post on 01-Nov-2015

1.730 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

assignment ini diakui mengandungi beberapa kesilapan yang tidak disengajakan... kepada pihak yang menggunakan dokumen ini perlu bijak menilai kesasihan maklumat sebelum mengaplikasikanya sebagai rujukan...segala kesilapan amat dikesali..

TRANSCRIPT

Page 1: kebebasan media massa dalam konteks satu malaysia

Tajuk: Media massa : kebebasan dan tanggungjawab sosial dalam konteks satu Malaysia. Bincangkan.

Pengenalan

Media massa merupakan satu media yang menyalurkan maklumat terkini kepada pengguna. Jenis

media yang sedia wujud ialah media cetak dan media elektronik.

Media terbahagi kepada dua kategori iaitu media arus perdana dan media bukan arus perdana.

Media arus perdana atau ‘mainstream media’ merujuk kepada media milik kerajaan seperti

saluran televisyen milik RTM iaitu TV1 dan TV2 serta media – media lain yang bersifat pro-

kerajaan. Media – media swasta yang kerap menyiarkan dasar – dasar dan propaganda

pemerintah juga dikategorikan sebagai media arus perdana. Akhbar Berita Harian dan laman web

milik kerajaan adalah antara media arus perdana.

Manakala, media bukan arus perdana pula merujuk kepada media yang bersifat bebas daripada

sebarang pengaruh daripada pihak pemerintah. Tujuan operasi media jenis ini adalah semata –

mata bermotifkan keuntungan dan bebas menyiarkan apa – apa maklumat yang difikirkan

mampu menarik minat audien. Antara jenis media bukan arus perdana termasuklah blog milik

individu dan majalah hiburan.

Kebebasan media

Dalam konteks kebebasan media di Malaysia, situasinya diumpamakan oleh golongan tertentu

sebagai ‘bebas dalam sangkar.’ Walaupun kebebasan media di Malaysia tidaklah sebebas negara

1

Page 2: kebebasan media massa dalam konteks satu malaysia

Barat. Tetapi ia lebih baik atau lebih longgar berbanding dengan Negara China dan dan beberapa

negara lain.

Kebebasan adalah antara elemen penting bagi seluruh umat manusia. Kebebasan media di

Malaysia dikawal oleh Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar 1984 dan Akta Mesin Cetak dan

Percetakan 1984.

Menurut kenyataan yang dikeluarkn oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Dr. Rais Yatim,

Malaysia kini mempunyai 76 akhbar harian, 151 saluran televisyen satelit, 53 saluran radio dan

lebih dua juta bloger yang bebas melaporkan pandangan mereka. Kenyataan ini mencerminkan

kebebasan media di negara ini dan bercanggah dengan dakwaan pihak – pihak tertentu yang

menyatakan bahawa media di Malaysia dikawal sepenuhnya oleh kerajaan.

Bagaimanapun, pengamal media masih lagi perlu memastikan setiap kandungan yang

ingin disiarkan mematuhi undang – undang perlembagaan dan etika yang telah ditetapkan.

Media sebagai alat sebaran am sama ada elektronik dan media cetak tidak mempunyai kebebasan

mutlak tetapi tertakluk kepada etika, peraturan dan undang – undang negara sedia ada (Rais

Yatim, 2010).

Tanggungjawab sosial media dalam konteks Satu Malaysia

Media massa memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat yang dapat

mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Jenis – jenis media massa termasuklah surat khabar,

radio, televisyen, internet, majalah, buku, risalah, iklan, dan lain – lain.

Surat Khabar

Media massa arus perdana yang paling kerap digunakan dalam penyebaran maklumat ialah surat

khabar. Surat khabar dapat memberi kesan yang paling nyata kepada masyarakat kerana

2

Page 3: kebebasan media massa dalam konteks satu malaysia

harganya yang murah dan mudah didapati. Surat khabar banyak menyiarkan isu – isu semasa

berkaitan etnik dan kaum di negara ini seperti aktiviti – aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan.

Aktiviti ini adalah bermotifkan perpaduan seperti hari perayaan pelbagai etnik. Surat khabar juga

banyak menyiarkan tentang konsep Satu Malaysia. Pemaparan konsep ini secara berterusan akan

meningkatkan pemahaman rakyat Malaysia tentang nilai – nilai yang cuba diterapkan. Hal ini

dalam jangka masa panjang akan mewujudkan sikap hormat - menghormati dikalangan

masyarakat pelbagai kaum.

Surat khabar menyediakan tempat kepada masyarakat untuk menyuarakan pendapat dan

pandangan mereka terhadap pelbagai isu hubungan etnik dan konsep Satu Malaysia. Melalui

kaedah ini, perselisihan faham antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat

dikomunikasikan secara aman. Kesannya, rakyat dapat hidup bersama secara harmoni.

Radio

Radio merupakan salah satu media yang dapat menyampaikan maklumat secara efektif kerana

liputannya yang luas dan tidak terbatas. Maklumat yang disampaikan melalui radio adalah dalam

bentuk audio atau suara. Melalui saluran radio, kita dapat memperoleh maklumat mengenai isu –

isu semasa, hiburan, dan juga mendapat maklumat mengenai dasar – dasar kerajaan terutama

konsep Satu Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun

Abdul Razak.

Disebabkan pendengarnya terdiri daripada semua lapisan masyarakat, maka ia amat

sesuai digunakan oleh pihak kerajaan untuk membuat seruan supaya rakyat Malaysia

memandang berat terhadap kepentingan dan kebaikan menjalinkan hubungan yang mesra antara

kaum.

3

Page 4: kebebasan media massa dalam konteks satu malaysia

Lagu – lagu Satu Malaysia juga boleh disiarkan melalui radio. Lagu adalah kaedah

terbaik untuk mendidik seseorang kerana lebih senang diterima dan diingat berbanding dengan

teks. Lagu Satu Malaysia yang dimainkan di corong – corong radio dapat disebarkan dengan

cepat di kalangan rakyat.

Internet

Internet ialah satu bentuk telekomunikasi berbentuk rangkaian informasi dari seluruh pelosok

dunia. Melalui internet, kita dapat mengakses apa saja maklumat yang kita mahu, termasuk

maklumat tentang setiap kaum. Maklumat mengenai konsep Satu Malaysia juga dapat disebarkan

dengan meluas tanpa halangan ke seluruh pelosok negara. Antara laman sesawang yang

memaparkan mengenai konsep ini ialah laman milik Perdana Menteri. Dengan cara ini, kita akan

dapat memyelami dengan lebih mendalam tentang nilai yang cuba diterapkan kepada masyarakat

melalui gagasan Satu Malaysia. Rakyat Malaysia pelbagai kaum juga lebih mudah memahami

budaya sesuatu etnik yang lain dengan lebih mendalam. Selain itu, ia juga membolehkan

golongan muda terutama pelajar terdedah kepada maklumat pelbagai etnik dan aktiviti – aktiviti

yang dianjurkan oleh setiap kaum.

Namun begitu, tindakan kerajaan dalam mewujudkan sekatan terhadap kebebasan media

massa menimbulkan kesan negatif dan kesan positif. Realitinya, dengan kebebasan media yang

mutlak, kebanyakan media massa telah gagal melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada

masyarakat iaitu untuk mengukuhkan perpaduan kaum. Sebagai contoh, televisyen dan radio

tidak menyiarkan rancangan – rancangan yang mampu menggalakkan pembentukan nilai

pemuafakatan dan perpaduan antara etnik. Sebaliknya pengaruh barat telah meresap ke dalam

pemikiran masyarakat terutama di kalangan remaja. Situasi ini berlaku kesan daripada

pemaparan budaya negatif dari barat secara keterlaluan oleh media massa. Surat khabar pula

4

Page 5: kebebasan media massa dalam konteks satu malaysia

seringkali menyiarkan berita – berita sensitif dan menyentuh tentang isu – isu perkauman. Hal ini

jika tidak disekat akan mengundang pergaduhan dan merenggangkan hubungan antara kaum.

Internet pula sering digunakan untuk menyebarkan maklumat – maklumat palsu yang bersifat

fitnah. Maklumat palsu yang disebarkan melalui internet dapat menyebabkan perselisihan antara

kaum.

Penguatkuasaan undang – undang berkaitan media massa merupakan langkah terbaik

bagi mengawal aktiviti media yang tidak bertanggungjawab. Memandangkan media massa

memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai, maka setiap isu atau

berita yang dipaparkan dapat membawa pengaruh besar dalam hubungan kaum. Oleh itu, sebagai

tindakan penyelesaiannya, setiap maklumat atau berita yang hendak disiarkan oleh mana – mana

media perlu disahkan benar ditapis dan tidak terdapat sebarang unsur penipuan atau fitnah.

Hukuman yang berat akan dikenakan terhadap pengamal media yang menyalahi etika.

Kesimpulan

Secara ringkas, media massa memainkan peranan yang amat penting dalam menyebarkan isu –

isu yang berkaitan dengan dasar kerajaan. Gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh

Perdana Menteri boleh disebarkan dengan mudah dan meluas melalui bantuan pelbagai jenis

media massa. Penyebaran maklumat mengenai Satu Malaysia lebih effektif jika dilakukan oleh

media arus perdana kerana media ini adalah bersifat pro-kerajaan dan akan memaparkan

maklumat yang betul. Walau bagaimanapun, kebebasan media massa dalam menyiarkan

maklumat kadangkala disalahgunakan oleh segelintir pengamal media yang tidak

bertanggungjawab dengan menyebarkan maklumat palsu. Penyebaran maklumat palsu terutama

berkaitan dengan isu – isu perkauman dan isu sensitif perlu disekat melalui penguatkuasaan

undang – undang.

5

Page 6: kebebasan media massa dalam konteks satu malaysia

Rujukan

1. Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam; University

Publication Centre.

2. Saodah Wok, Narimah Ismail dan Yusof Hussain. 2003. Komunikasi. Kuala Lumpur.

3. John Ryan dan William Wentworth. 1991. Media And Society – The Production Of

Culture In The Mass Media. New York; Abacon.

4.

6