kebakaran di sk pekan nanas

2
Kebakaran di SK Pekan Nanas PONTIAN 11 Sept. - Sebuah blok bangunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Nanas di sini rosak dalam kebakaran yang berlaku hari ini. Bagaimanapun dalam kejadian yang berlaku pukul 2 petang itu tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana ketika kebakaran tiada petugas atau murid berada di sekolah tersebut. Penolong Kanan Bomba 1, Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas, Salleh Ahmad berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 2.20 petang dan tiga anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian. Beliau berkata, semasa bomba tiba, api sedang marak membakar sebuah bilik yang menempatkan peralatan pembesar suara dan bilik darjah yang dijadikan dewan sekolah. "Api berjaya dikawal pada pukul 3.24 petang. Punca kejadian serta jumlah kerugian sedang disiasat oleh pasukan Forensik dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor," katanya ketika dihubungi hari ini. Sementara itu, Guru Besar sekolah tersebut, Saniah Mohd. Khalid berkata, bangunan yang terlibat merupakan Blok A yang dibina pada tahun 1981 dan menempatkan perpustakaan, bilik pemulihan, bilik kaunseling dan empat buah kelas. Beliau berkata, ketika kejadian tiada murid berada di sekolah kerana sesi persekolahan berakhir pukul 1 petang dan blok tersebut turut menempatkan dewan dengan menggabungkan bilik-bilik darjah. "Di tingkat atas pula menempatkan perpustakaan di bangunan dua tingkat itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Turut melawat tempat kejadian ialah Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng; Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Msduki Shahri dan Timbalannya, Zaidi Ahmad. Saniah berkata, murid-murid yang bersekolah esok akan ditempatkan di makmal sekolah serta Pusat Kegiatan Guru (PKG) Pekan Nanas yang terletak berhampiran. "Sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa esok dan tidak akan menjejaskan perjalanan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana peperiksaan itu dijalankan di dewan di blok bangunan baharu," katanya.

Upload: abdul-mukhlisin-b-ahmad

Post on 15-Apr-2016

231 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kebakaran sebuah sekoalah

TRANSCRIPT

Page 1: Kebakaran Di SK Pekan Nanas

Kebakaran di SK Pekan Nanas

PONTIAN 11 Sept. - Sebuah blok bangunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Nanas di sini rosak dalam kebakaran yang berlaku hari ini.

Bagaimanapun dalam kejadian yang berlaku pukul 2 petang itu tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana ketika kebakaran tiada petugas atau murid berada di sekolah tersebut.

Penolong Kanan Bomba 1, Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas, Salleh Ahmad berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 2.20 petang dan tiga anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Beliau berkata, semasa bomba tiba, api sedang marak membakar sebuah bilik yang menempatkan peralatan pembesar suara dan bilik darjah yang dijadikan dewan sekolah.

"Api berjaya dikawal pada pukul 3.24 petang. Punca kejadian serta jumlah kerugian sedang disiasat oleh pasukan Forensik dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Guru Besar sekolah tersebut, Saniah Mohd. Khalid berkata, bangunan yang terlibat merupakan Blok A yang dibina pada tahun 1981 dan menempatkan perpustakaan, bilik pemulihan, bilik kaunseling dan empat buah kelas.

Beliau berkata, ketika kejadian tiada murid berada di sekolah kerana sesi persekolahan berakhir pukul 1 petang dan blok tersebut turut menempatkan dewan dengan menggabungkan bilik-bilik darjah.

"Di tingkat atas pula menempatkan perpustakaan di bangunan dua tingkat itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Turut melawat tempat kejadian ialah Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng; Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Msduki Shahri dan Timbalannya, Zaidi Ahmad.

Saniah berkata, murid-murid yang bersekolah esok akan ditempatkan di makmal sekolah serta Pusat Kegiatan Guru (PKG) Pekan Nanas yang terletak berhampiran.

"Sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa esok dan tidak akan menjejaskan perjalanan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana peperiksaan itu dijalankan di dewan di blok bangunan baharu," katanya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130912/dn_20/Blok-dewan-SK-Pekan-Nanas-musnah-terbakar#ixzz3xCMgVCb5 © Utusan Melayu (M) Bhd