kebaikan sukan kepada negara

1
KEBAIKAN SUKAN KEPADA NEGARA SUKAN merupakan satu lapangan yang merangkumi semua aktiviti kecerdasan dan kemahiran dalam sesuatu permainan. Marcapada, sukan sering menjadi keutamaan bagi menghiasi dada akhbar dan bukan saja melibatkan kejohanan tempatan malahan di peringkat global. Acara sukan serta kejohanan-kejohanan berprestij merupakan antara program yang sangat penting dan wajib di adakan sama ada setahun sekali, dwi- tahunan, empat tahun sekali atau sebagainya. Bertitik tolak daripada itu, pelbagai kejohanan sama ada peringkat domestik ataupun antarabangsa telah dituan rumahkan oleh Malaysia seperti SUKMA, sukan SEA, dan sukan Olimpik semata-mata untuk memartabatkan sukan di mata masyarakat. Seperti yang kita maklum, kita telah melahirkan atlet-atlet Malaysia yang sememangnya berbibawa dan mampu menjadi ayam tembatan serta intan yang berkilauan dan memancar membanggakan pemiliknya. Kita dapat lihat hasilnya seperti Nicol Ann David, ratu skuash negara, Azizulhasni Awang, permata dalam dunia berbasikal dan Daniel Bego, atlet renang kita yang telah banyak menempah kejayaan. Kewibawaan dan kesungguhan mereka menjadi inspirasi selain menmanfaatkan peluang yang berharga untuk berbakti kepada negara dalam bidang masing-masing. Selain itu, bagi menyedarkan generasi seterusnya supaya tidak terus hilang apabila atlet sekarang bersara kelak, anak jati Malaysia ini haruslah membuktikan bahawa mereka mampu memperturunkan ilmu yang berguna supaya ia tidak luput ditelan zaman. Jika dilihat dari segi ekonomi pula, negara mampu mengaut keuntungan yang lumayan melalui penganjuran sukan Komanwel pada tahun 1998. Hal ini sedemikian kerana, pengaliran wang dari seluruh negara-negara ke Malaysia menyebabkan pertukaran wang asing yang seterusnya memberi kelebihan kepada kita. Sementelahan lagi, jualan tiket bagi setiap acara dalam kejohanan juga mampu membawa kepulangan yang lumayan kepada negara dan boleh digunakan sebagai dana untuk pembagunan sosial dan mempertingkatkan lagi mutu sukan negara agar dapat bersaing dengan negara luar. Jesteru , pelaburan yang dilakukan untuk menganjurkan acara sukan yang lebih banyak memberi kesan yang positif terhadap sesebuah negara. Kesimpulanya di sini, sukan bukan sahaja sebagai medan untuk berperang dalam mempamilkan skil-skil permainan dan kemahiran tertentu dalam acara masing-masing, malah menjadi platform yang boleh menghasilkan banyak faedah, manfaat dan kebaikannya. Oleh sebab itu, wajarlah sesebuah masyarakat dunia mengambil berat terhadap pembagunan sukan dan perkembangannya berbaloi bagi sesebuah negara yang sanggup memperuntukkan berjuta-juta dana sebagai pelaburan jangka panjang. Oleh itu, ayuhlah kita sahut cabaran dan seruan kerajaan bagi menjayakan dan meningkatkan taraf sukan negara ke tahap yang paling optimum.

Upload: kutukuku

Post on 05-Feb-2016

527 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

SUKAN

TRANSCRIPT

Page 1: Kebaikan Sukan Kepada Negara

KEBAIKAN SUKAN KEPADA NEGARA

SUKAN merupakan satu lapangan yang merangkumi semua aktiviti kecerdasan dan kemahiran

dalam sesuatu permainan. Marcapada, sukan sering menjadi keutamaan bagi menghiasi dada

akhbar dan bukan saja melibatkan kejohanan tempatan malahan di peringkat global. Acara sukan

serta kejohanan-kejohanan berprestij merupakan antara program yang sangat penting dan wajib di

adakan sama ada setahun sekali, dwi-tahunan, empat tahun sekali atau sebagainya. Bertitik tolak

daripada itu, pelbagai kejohanan sama ada peringkat domestik ataupun antarabangsa telah dituan

rumahkan oleh Malaysia seperti SUKMA, sukan SEA, dan sukan Olimpik semata-mata  untuk

memartabatkan sukan di mata masyarakat.

Seperti yang kita maklum, kita telah melahirkan atlet-atlet Malaysia yang sememangnya berbibawa

dan mampu menjadi ayam tembatan serta intan yang berkilauan dan memancar membanggakan

pemiliknya. Kita dapat lihat hasilnya seperti Nicol Ann David, ratu skuash negara, Azizulhasni

Awang, permata dalam dunia berbasikal dan Daniel Bego, atlet renang kita yang telah banyak

menempah kejayaan. Kewibawaan dan kesungguhan mereka menjadi inspirasi selain

menmanfaatkan peluang yang berharga untuk berbakti kepada negara dalam bidang masing-

masing. Selain itu, bagi menyedarkan generasi seterusnya supaya tidak terus hilang apabila atlet

sekarang bersara kelak, anak jati Malaysia ini haruslah membuktikan bahawa mereka mampu

memperturunkan ilmu yang berguna supaya ia tidak luput ditelan zaman.

Jika dilihat dari segi ekonomi pula, negara mampu mengaut keuntungan yang lumayan melalui

penganjuran sukan Komanwel pada tahun 1998. Hal ini sedemikian kerana, pengaliran wang dari

seluruh negara-negara ke Malaysia menyebabkan pertukaran wang asing yang seterusnya memberi

kelebihan kepada kita. Sementelahan lagi, jualan tiket bagi setiap acara dalam kejohanan  juga

mampu membawa kepulangan yang lumayan kepada negara dan boleh digunakan sebagai dana

untuk pembagunan sosial dan mempertingkatkan lagi mutu sukan negara agar dapat bersaing

dengan negara luar. Jesteru , pelaburan yang dilakukan untuk menganjurkan acara sukan yang lebih

banyak memberi  kesan yang positif terhadap sesebuah negara.

Kesimpulanya di sini, sukan bukan sahaja sebagai medan untuk berperang dalam mempamilkan

skil-skil permainan  dan kemahiran tertentu dalam acara masing-masing, malah menjadi platform

yang boleh menghasilkan banyak faedah, manfaat dan kebaikannya. Oleh sebab itu, wajarlah

sesebuah masyarakat dunia  mengambil berat terhadap pembagunan sukan dan perkembangannya

berbaloi bagi sesebuah negara yang sanggup memperuntukkan berjuta-juta dana sebagai pelaburan

jangka panjang. Oleh itu, ayuhlah kita sahut cabaran dan seruan kerajaan bagi menjayakan dan

meningkatkan taraf sukan negara ke tahap yang paling optimum.