kebaikan dan keburukan telefon bimbit

Upload: rithuan-zainal-abidin

Post on 14-Apr-2018

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Kebaikan Dan Keburukan Telefon Bimbit

    1/4

    Kebaikan dan Keburukan Telefon Bimbit

    Kali ini kita akan membincangkan kebaikan dan keburukan telefon

    bimbit. Pada masa kini, telefon bimbit bukan sahaja di gunakansebagai alat perhubungan malah fungsi nya telah meningkat untuk

    kegunaan-kegunaan lain seperti melayari internet, mendengar muzik,

    kamera dan sebagainya. Di samping kebaikan teknologi ini, terdapatjuga keburukan-keburukan yang harus kita tangani dengan bijak.

    Kebaikan:-

    1. Alat perhubungan / komunikasi

    Telefon bimbit sebagai alat perhubungan. Ini merupakan tujuan asaspembuat telefon bimbit di mana ianya dijadikan sebagai alat

    berkomunikasi sesama manusia tidak di kira di mana mereka berada.

    Pada masa dahulu manusia hanya dapat berhubung melalui surat yangmana memakan masa beberapa hari untuk sampai. Telefon rumah

    hanya untuk mereka yang berada dan telefon awam boleh digunakantapi terhad di sesetengah tempat sahaja. Teknologi telah berkembang,

    manusia tidak kira masa dan di mana mereka berada boleh

    berkomunikasi hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Bukansahaja dengan membuat panggilan tetapi juga boleh berkomunikasi

    dengan menggunakan Gtalk, Yahoo Messenger, Skype dansebagainya.

    2. Mendapat maklumat terkini

    Telefon bimbit pintar telah banyak memberi kebaikan kepada kita di

    mana dengan adanya telefon ini, maklumat terkini dapat diketahuidengan pantas. Ianya hanya dengan melayari internet ataupun

    menggunakan applikasi seperti twitter. Di samping itu, maklumatterkini dapat disampaikan hanya dengan membuat panggilan.

    http://1.bp.blogspot.com/-EnQHqPmkJuY/UHjedwgN_5I/AAAAAAAABDU/S-Wn_lo6Prc/s1600/telefon.jpg
  • 7/27/2019 Kebaikan Dan Keburukan Telefon Bimbit

    2/4

    3. Sebagai Alat Hiburan

    Telefon bimbit masa kini telah dijadikan sebagai alat hiburan di mana

    ianya telah dilengkapi dengan fungsi untuk mendengar muzik, video,kebolehan untuk mengambil gambar dan berkongsi gambar dengan

    kawan-kawan dan juga permainan. Ini telah menarik minat golongankanak-kanak dan remaja untuk memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit

    pintar sekarang juga telah menjadi kegilaaan kepada para remajakerana kebolehannya untuk mengakses laman sosial seperti Facebook

    dan Twitter

    4. Memudahkan Kerja

    Kebaikan ini dikhususkan kepada mereka yang memang memerlukantelefon bimbit untuk mengakses email mereka. Ini memberi kebaikan

    kepada mereka yang banyak membuat kerja luar. Kebolehan telefonbimbit masa kini untuk mengakses email dan juga applikasi-applikasi

    lain seperti maps, words, excel, pdf, calendar, reminder dan

    sebagainya telah memberi pelbagai kemudahan kepada mereka dankita juga khususnya.

    Keburukan:-

    1. Penyebaran khabar angin

    Telefon bimbit telah dijadikan sebagai alat untuk penyebaran khabar

    angin. Ini berlaku apabila khabar angin yang nyata palsu telahdisebarkan melalui kiriman sms. Kepada mereka yang mudah percaya

    tanpa membuat siasatan dahulu dengan mudah menyebarkan kepadapihak lain tanpa menyiasat kesahihan khabar tersebut. Ini sekaligus

    telah member impak yang buruk kepada pihak pihak tertentu.

    2. Penyebaran unsur-unsur lucah

    Penyebaran unsur-unsur lucah seperti gambar dan video amat mudah

    dengan adanya telefon bimbit. Kebolehan telefon bimbit untuk

    memuatkan turun gambar/video dan juga fungsi Bluetooth telahmemudahkan penyebaran unsur-unsur lucah ini. Ianya telah memberi

    impak yang tidak baik kepada para remaja khususnya kerana sikapmereka yang ingin tahu perkara-perkara yang baru kepada mereka.

    Ini merupakan salah satu punca akan kenaikan kadar kes tidak

    bermoral di sekolah.

    3. Pembaziran Wang

  • 7/27/2019 Kebaikan Dan Keburukan Telefon Bimbit

    3/4

    Pembaziran wang berlaku apabila penggunaan sms, mms, panggilan

    dan GPRS yang terlampau banyak dan melebihi kemampuan.

    Sekiranya telefon bimbit digunakan oleh pelajar, ibu bapa terpaksamenanggung kos tersebut. Para remaja khususnya begitu mudah

    terpengaruh dengan iklan-iklan yang dipaparkan seperti memuatkanturun lagu dan applikasi yang sesetengahnya dikenakan bayaran.

    Undian Akademi Fantasia juga merupakan salah satu pembaziran yangtanpa kita sedari telah member keuntungan berganda kepada

    pembekal servis talian.

    4. Pembaziran Masa

    Di antara keburukan lain yang dapat di kenal pasti ialah pembaziranmasa. Ini berlaku apabila masa banyak dihabiskan dengan bermain

    games, melayari laman-laman sosial, melayan sms/mms dan jugaberchatting. Masa yang banyak dengan telefon bimbit telah

    menyebabkan masa untuk beriadah, membaca buku, berjumpa

    kawan-kawan dan masa dengan keluarga telah terhad. Ini memberiimpak yang tidak baik untuk jangka masa panjang.

    5. Perbualan di kalangan ahli keluarga / kawan-kawan

    berkurangan

    Kalau kita lihat masyarakat kita di luar sana, hampir semua sibuk

    dengan telefon bimbit. Contoh yang ketara apabila kita pergi ke kedai

    makan, satu keluarga sedang menunggu pesanan mereka sampai,anak-anak, mak dan bapa semua sibuk dengan telefon bimbit.

    Perbualan terlampau kurang. Adakah ini sesuatu yang baik untukmasyarakat kita di masa hadapan?

    6. Menjejaskan Kesihatan

    Penggunaan telefon bimbit yang terlampau lama boleh menjejaskankesihatan. Mata terpaksa bekerja kuat dan akan menjadi cepat letih

    kerana memberi fokus yang terlampau lama pada screen yang kecil.

    Bahu dan tengkuk juga akan terasa sakit akibat lama menunduk

    mengadap telefon bimbit. Jari juga boleh sakit sekiranya terlampaulama membalas sms. Di samping itu juga, sinaran radiasi jugadikhuatiri mampu untuk mengganggu kesihatan dalam jangka masa

    yang panjang.

    7. Menjejaskan Pelajaran

  • 7/27/2019 Kebaikan Dan Keburukan Telefon Bimbit

    4/4

    Keburukan ini khusus kepada para pelajar di mana pelajaran merekaboleh terjejas sekiranya masa yang diperuntukan untuk mengulangkaji

    pelajaran telah diganti dengan masa melayan telefon bimbit. Ianyasekaligus telah melalaikan mereka. Pelbagai aplikasi yang menarik

    dalam telefon bimbit lebih menarik minat mereka daripada mengadap

    buku pelajaran. Sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke dalamkelas, perkara lebih buruk akan berlaku di mana tumpuan kepada apa

    yang di ajar oleh guru akan terjejas. Kebenaran untuk membawatelefon bimbit ke sekolah adalah sesuatu yang perlu difikirkan oleh

    semua pihak. Jangan hanya kerana satu dua kebaikan telah menutup

    empat lima keburukan. Lebih banyak keburukan daripada kebaikanmembawa telefon bimbit ke sekolah.

    Inilah antara kebaikan dan keburukan telefon bimbit kepada kita

    semua. Kita mesti lah bijak dalam menggunakan telefon bimbit.

    Gunakan untuk kebaikan dan jauhi keburukan yang mana bolehmember kesan yang buruk kepada kita semua. Fikir-fikirkan.

    Read more: http://alyadina.blogspot.com/2012/10/kebaikan-dan-keburukan-telefon-

    bimbit.html#ixzz2Z6y9qQxE

    http://alyadina.blogspot.com/2012/10/kebaikan-dan-keburukan-telefon-bimbit.html#ixzz2Z6y9qQxEhttp://alyadina.blogspot.com/2012/10/kebaikan-dan-keburukan-telefon-bimbit.html#ixzz2Z6y9qQxEhttp://alyadina.blogspot.com/2012/10/kebaikan-dan-keburukan-telefon-bimbit.html#ixzz2Z6y9qQxEhttp://alyadina.blogspot.com/2012/10/kebaikan-dan-keburukan-telefon-bimbit.html#ixzz2Z6y9qQxE