kebaikan dan keburukan lsd.docx

2
5.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN PROGRAM Dengan melakukan kaedah latihan jarak jauh perlahan, kita dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Daya tahan kardiovaskular merupakan komponen terpenting dalam profil fisiologi manusia. Hal ini juga merujuk kepada keupayaan jantung, paru-paru dan saluran darah untuk mengedar oksigen ke otot-otot secara berterusan dalam jangka masa yang panjang semasa melakukan aktiviti fizikal. Dengan ini, kita dapat mengawal stamina dan tidak akan lebih cepat berasa letih apabila menjalankan aktiviti. Selain itu, semua orang bolehlah melakukan aktiviti ini kerana tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Hal ini disebabkan latihan jarak jauh perlahan adalah seperti berjalan pantas, bersenam dan berjogging. Bukan itu sahaja, semasa menjalankan aktivit jarak jauh perlahan, kita tidak memerlukan peralatan yang mahal. Hal ini disebabkan kita hanya bersenam dengan menggunakan peralatan seperti pundi kacang, bola kecil dan sebagainya. Latihan jarak jauh perlahan ini boleh dijalankan di mana-mana tempat mengikut cita rasa sendiri. Kita boleh memilih sama ada di padang, atau di taman dan lain-lain tempat yang sesuai untuk menjalankan latihan ini kerana latihan ini tidak menetapkan tempat untuk menjalani latihan tersebut asalkan tempat tersebut sesuai untuk latihan tersebut. Latihan jarak jauh perlahan juga boleh dijadikan sebagai latihan transisi. Hal ini disebabkan latihan ini mempunyai

Upload: jane-ho

Post on 01-Dec-2015

99 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

LSD

TRANSCRIPT

Page 1: Kebaikan dan Keburukan LSD.docx

5.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN PROGRAM

Dengan melakukan kaedah latihan jarak jauh perlahan, kita dapat meningkatkan

daya tahan kardiovaskular. Daya tahan kardiovaskular merupakan komponen

terpenting dalam profil fisiologi manusia. Hal ini juga merujuk kepada keupayaan

jantung, paru-paru dan saluran darah untuk mengedar oksigen ke otot-otot secara

berterusan dalam jangka masa yang panjang semasa melakukan aktiviti fizikal.

Dengan ini, kita dapat mengawal stamina dan tidak akan lebih cepat berasa letih

apabila menjalankan aktiviti. Selain itu, semua orang bolehlah melakukan aktiviti ini

kerana tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Hal ini disebabkan latihan jarak jauh

perlahan adalah seperti berjalan pantas, bersenam dan berjogging.

Bukan itu sahaja, semasa menjalankan aktivit jarak jauh perlahan, kita tidak

memerlukan peralatan yang mahal. Hal ini disebabkan kita hanya bersenam dengan

menggunakan peralatan seperti pundi kacang, bola kecil dan sebagainya. Latihan jarak

jauh perlahan ini boleh dijalankan di mana-mana tempat mengikut cita rasa sendiri.

Kita boleh memilih sama ada di padang, atau di taman dan lain-lain tempat yang sesuai

untuk menjalankan latihan ini kerana latihan ini tidak menetapkan tempat untuk

menjalani latihan tersebut asalkan tempat tersebut sesuai untuk latihan tersebut.

Latihan jarak jauh perlahan juga boleh dijadikan sebagai latihan transisi. Hal ini

disebabkan latihan ini mempunyai intensiti yang berat. Kita boleh melakukan aktiviti

yang lebih ringan selepas melakukan aktiviti yang berat untuk mengelakkan kecederaan

otot. Tambahan pula, melalui latihan ini, kita dapat melatih sikap kita supaya lebih

cekal dalam melakukan latihan. Hal ini disebabkan latihan ini hanya mengulangi aktiviti

yang sama. Sekiranya kita dapat melakukan latihan ini secara berpanjangan, maka kita

akan tidak mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara.

Keburukan dalam menjalankan latihan jarak jauh perlahan pula ialah latihan ini

amat membosankan jika jarak latihan ini terlalu jauh kerana kita hanya melakukan

latihan yang sama sahaja. Di samping itu, keburukan yang lain ialah kita mungkin akan

mengalami kecederaan atau kemalangan semasa melakukan latihan ini. Sekiranya kita

memilih tempat seperti di taman atau jalan raya.

Page 2: Kebaikan dan Keburukan LSD.docx

Kesimpulannya, latihan jarak jauh perlahan ini mempunyai kebaikan dan

keburukan masing-masing. Kita haruslah memanfaatkan latihan ini dan juga berhati-

hati akan keburukannya.