documentkb

28
1.0 Pendahuluan Menurut Sabri Samad (2003) , kemahiran belajar ialah prinsip, teori umum dan kaedah tertentu yang dapat melipatgandakan keberkesanan belajar. Oleh sebab itu, sebagai guru pelatih sekarang dan bakal guru sekolah, saya perlulah bijak memilih bahan yang bakal digunakan dalalm usaha untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran saya supaya saya dapat memperoleh ilmu yang ektrs dari pelbagai sumber. Terdapat banyak konsep kemahiran belajar yang kita boleh memperole seperti teknik penghafalan. Teknik tersebut merupakan teknik yang berkesan kepada setiap pelajar. Pelajar boleh mengingati segala maklumat yang mereka dapat dan menggunakannya dalam ujian mereka supaya mendapat keputusan yang cemerlang. Di sampig itu, hal ini dapat membantu ingatan seseorang agar tidak mudah lupa maklumat-maklumat penting dalam pembelajaran. Belajar juga merupakan hasil pengumpulan maklumat dan membuat rujukan kerana dengan melaksanakan proses pembelajaran, kita boleh memajukan diri kita dari pelbagai aspek. Selain itu, terdapat jenis-jenis maklumat yang penting boleh kita dapati seperti sumber primer, sumber sekunder dan sumber tertier. Raymond McLeod JR menyatakan bahawa maklumat ialah data yang diproses atau data yang memberi makna yang difahami. Data yang telah diproses menjadi maklumat yang dapat membantu dalam proses membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. 1

Upload: michael-l-king

Post on 25-Jan-2016

60 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

o

TRANSCRIPT

Page 1: Documentkb

1.0 Pendahuluan

Menurut Sabri Samad (2003) , kemahiran belajar ialah prinsip, teori umum dan

kaedah tertentu yang dapat melipatgandakan keberkesanan belajar. Oleh sebab itu,

sebagai guru pelatih sekarang dan bakal guru sekolah, saya perlulah bijak memilih

bahan yang bakal digunakan dalalm usaha untuk mendapatkan maklumat yang

berkaitan dengan pembelajaran saya supaya saya dapat memperoleh ilmu yang

ektrs dari pelbagai sumber.

Terdapat banyak konsep kemahiran belajar yang kita boleh memperole seperti

teknik penghafalan. Teknik tersebut merupakan teknik yang berkesan kepada setiap

pelajar. Pelajar boleh mengingati segala maklumat yang mereka dapat dan

menggunakannya dalam ujian mereka supaya mendapat keputusan yang

cemerlang. Di sampig itu, hal ini dapat membantu ingatan seseorang agar tidak

mudah lupa maklumat-maklumat penting dalam pembelajaran. Belajar juga

merupakan hasil pengumpulan maklumat dan membuat rujukan kerana dengan

melaksanakan proses pembelajaran, kita boleh memajukan diri kita dari pelbagai

aspek.

Selain itu, terdapat jenis-jenis maklumat yang penting boleh kita dapati seperti

sumber primer, sumber sekunder dan sumber tertier. Raymond McLeod JR

menyatakan bahawa maklumat ialah data yang diproses atau data yang memberi

makna yang difahami. Data yang telah diproses menjadi maklumat yang dapat

membantu dalam proses membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Oleh

itu,maklumat yang kita dapati boleh disimpan dalam minda kita supaya boleh

diaplikasikan pada bila-bila masa.

Akhir sekali, kemahiran belajar merupakan salah satu teknik yang berkesan

kepada para pelajar. Jika mengaplikasikan kemahiran hidup dengan berkesan,

seseorang pelajar itu mampu mengingati segala benda yang mereka pelajari dengan

lebih muda. Semua rakyat harus memupuk kemahiran belajar dan mempelajari

cara-cara mengurus maklumat supaya mampu memnjadi modal insan kelas pertama

di persada dunia ini.

1

Page 2: Documentkb

2.0 Aspek Maklumat

2.1 Jenis-jenis Sumber Maklumat

Sumber Pertama

Sumber pertama juga dikenali sebagai sumber primer. Sumber ini ialah

kumpulan sumber atau bahan asli, belum ditafsirkan, diolah dan dicetak. Sumber

primer adalah dalam bentuk kertas, fosil, artifak dan keterangan lisan. Ahli

sejarawah digalakkan menggunakan sumber pertama kerana boleh membawa

sejarawan menghampiri situasi sebenar yang berlaku.

Muzium negara dan arkib negara merupakan tempat menyimpan bahan-

bahan yang boleh dirujuk. Menurut Louis Gottschalk, dalam bukunya

Understanding Historu: A Primer of Historical Method, sumber primer adalah

sumber yang diperolehi daripada saksi-saksi dalam bentuk cacatan, dan juga

saksi utama kepada sesuatu berlaku. Surat peribadi, batu nisan yang terpahat

nama Sultan Mansur Shah di atasnya, manuskrip yang belum dicetak, batu

bersurat Terengganu dan Piagam Madinah merupakan contoh-contoh sumber

primer.

Sumber Kedua

Sumber kedua juga dikenali sebagai sumber sekunder. Menurut

Rozeman Abu Hassan (2004), sumber sekunder merupakan tafsiran,

penyeluruhan, kesimpulan dan malahan andaian yang dibuat oleh seseorang

pengkaj terhadap perkara-perkara yang dikajinya dengan berdasarkan sumber

utama atau sumber primer yang berkaitan.

Sumber kedua terdiri daripada bahan yang dikaji melalui pembacaan

bahan yang bertulis. Sumber ini merupakan sumber kedua bahan yang ditulis

dan ditafsir oleh sejarawan. Menurut Rozeman Abu Hassan (2004), sumber

sekunder merupakan tafsiran, penyeluruhan, kesimpulan dan malahan andaian

yang dibuat oleh seseorang pengkaj terhadap perkara-perkara yang dikajinya

2

Page 3: Documentkb

dengan berdasarkan sumber utama atau sumber primer yang berkaitan. Buku,

ensiklopedia, majalah dan surat khabar, buku teks, rencana, jurnal, laporan

tahunan jabatan serta risalah merupakan contoh sumber sekunder yang baik.

Sumber Tertier

Sumber Tertier boleh digunakan sebagai sumber umum. Ia merupakan

maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer.  Sumber tertier

boleh didapati dalam bentuk buku teks, pangkalan data, ulasan artikel,  dan

panduan praktis.  Laman web juga menyediakan banyak sumber dari kategori ini.

Contoh- contoh sumber tertier ialah bibliografi ,buku panduan dan katalog

perpustakaan.

3

Page 4: Documentkb

3.0 Contoh-contoh Maklumat

1. Bidang Arkeologi

Arkeologi umumnya sering dikaitkan dengan unsur-unsur pengembaraan yang

mencabar, penemuan yang bernilai, kisah-kisah misteri, tamadun-tamadun purba dan

watak-watak utama dalam filem cereka seperti Indiana Jones dan The Lost of King

Solomon Mines. Gambaran-gambaran sedemikian hanyalah tokok tambah dari

gambaran sebenar bidang ini. Arkeologi sebagai satu disiplin ilmiah telah berkembang

lebih dari tiga abad lalu merupakan satu disiplin ilmu yang khusus dalam menyingkap

masa lalu manusia dan membinanya semula untuk tatapan masa kini.

Para arkeologi mempelajari sejarah, kebudayaan, kehidupan sosial, cara bertani,

cara bertanam dan sebagainya melalui pemeriksaan dan interpretasi dari hal-hal seperti

bentuk-bentuk bangunan , rumah, alat-alat yang digunakan, makanan, dan sebagainya.

Dengan adanya penemuan ini, para arkeologi mempelajari berbagai-bagai hal mengenai

perubahan yang terjadi yang hal itu dibarengi dengan pergantian waktu. Arkeologi

merupakan pembelajaran yang berguna untuk mendukung sejarah peradaban manusia.

2. Internet

Internet adalah sumber makumat paling popular pada masa kini. Perkembangan

dan penggunaan internet di seluruh dunia meledak dengan cepat, malah paling cepat

berbanding media lain. Kemunculan internet mengakibatkan ‘ledakan maklumat’ atau

‘revolusi maklumat’. Disebabkan sifat internet yang kaya maklumat, ramai orang

menganggap apa sahaja maklumat yang diperlukan dapat dicari melalui internet.

Contoh-contoh laman-laman web adalah seperti Google, Yahoo, Bing dan Teoma.

4

Page 5: Documentkb

3. Ensiklopedia

Ensiklopedia adalah sumber rujukan yang berharga. Ia mengandungi maklumat yang

lengkap, tepat dan kerap dikemas kini. Maklumat di dalam ensiklopedia merangkumi

apa sahaja yang anda ingin ketahui dalam alam semesta ini. Di dalam ensiklopedia,

maklumat dapat dicari dengan mudah. Sekiranya dibandingkan dengan carian di

internet, belum tentu kita mendapat maklumat lengkap seperti yang terdapat di dalam

ensiklopedia.

4. Kamus

Kegunaan utama kamus adalah mencari perkataan, menyemak ejaan yang betul,

mengetahui sebutan yang betul dan menyemak suku kata ataupun pembahagian kata.

Kamus dapat dianggap sebagai sumber rujukan sedia yang paling banyak digunakan

oleh semua peringkat umur. Kamus dwibahasa ada memberikan makna terjemahan

seperti dari bahasa melayu ke bahasa inggeris dan sebaliknya.

5. Almanak

Almanak adalah kumpulan data dan statistic berkaitan sesebuah negara, personality,

kejadian dan seumpamanya. Ia seperti ensiklopedia ringkas. Almanak biasanya

memberikan maklumat ringkas tanpa penjelasan atau huraian.

Berikut merupakan contoh-contoh almanak :

a. World Almanac

b. Information Please Almanac

c. Whitaker’s Almanac

5

Page 6: Documentkb

6. Buku tahunan

Buku tahunan adalah kumpulan data dan statistik dalam satu tahun sahaja.

Tujuannya adalah merekodkan aktiviti dalam satu tahun sesebuah negara, subjek

ataupun bidang tertentu. Ia biasanya digunakan bagi merujuk maklumat yang khusus

dan terbatas dalam sesuatu bidang dalam tempoh satu tahun. Antara buku tahunan

yang banyak dijadikan rujukan adalah :

The Europa World Yearbook

Statement’s Year Book

7. Biografi

Biografi digunakan bagi mencari maklumat berkenaan individu terkenal dalam

sesuatu pekerjaan, bidang ataupun profesion. Biografi juga boleh digunakan bagi

memperoleh maklumat sokongan berkaitan orang itu seperti alamat dan alamat e-

mel, ejaan nama yang betul dan usianya. Antara merupakan contoh-contoh biografi

yang popular :

Webster’s Biographical Dictionary

Chambers Biographical Dictionary

The Cambridge Biographical Encyclopedia

Whos’ Who

8. Buku panduan dan manual

Buku panduan dan manual memberikan maklumat berkaitan cara-cara membuat

sesuatu. Contohnya cara menanam pokok bunga, membuat perabot, membaiki alat

elektrik, cara mendapatkan pekerjaan dan lain-lain. The Book Of Courtier oleh

Castliglione merupakan salah satu buku panduan yang baik yang memberikan

panduan tingkah laku yang baik Terdapat banyak buku panduan dalam pelbagai

bidang ataupun perkara. Kebanyakan skop buku panduan adalah terhad iaitu hanya

berkaitan satu perkara sahaja.

6

Page 7: Documentkb

9. Graf

Membaca graf garisan memerlukan pengetahuan tentang skala. Kita perlu

mempelajari teknik membaca maklumat di paksi X dan paksi Y. Sukatan dan

maklumat yang ada di paksi X dan paksi Y tercatat di sebelah kedua-dua paksi.

Membaca graf pai pila dijalankan dengan melihat sector-sektor yang ada di dalam

graf pai. Di dalam sektor ini ada label dan nilai. Baca label dan nilai untuk

mengetahui sesuatu maklumat seperti jumlah dagangan, jumlah pendudkan, peratus

golongan bandar dan luar bandar dan sebagainya.

10. Atlas

Times Atlas Of The World adalah atlas satu jilid yang baik. Ia mengandungi peta

berskala besar dan beberapa peta bagi sesuatu negara dengan warna yang

berkualiti dan sukar ditandingi. Atlas ini mengadungi tiga bahagian. Bahagian

pertama mengandungi maklumat sumber asli dunia,sumber tenaga dan makanan

serta pelbagai carta.

7

Page 8: Documentkb

4.0 Kepentingan Memperoleh Maklumat

Marcapada ini, maklumat telah menjadi salah satu aspek yang tidak boleh

diabaikan dalam kehidupan manusia. Maklumat boleh menambah pengetahuan

manusia supaya tidak ditelan zaman. Kita boleh mendapat maklumat dari internet,

ensiklopedia, buku rujukan, jurnal, majalah dan sebagainya. Pihak kerajaan telah

mendistribusikan computer mini 1 Malaysia kepada para siswazah di seluruh Malaysia

supaya semua rakyat di Malaysia dapat memajukan diri dalam zaman teknologi. Oleh

itu, maklumat harus diperoleh oleh setiap rakyat di seluruh Malaysia.

Maklumat amat penting kepada manusia supaya kita dapat menggunakan

pemikiran dengan cerdik dan bijaksana. Dengan adanya pemikiran yang cerdik dan

bijaksana, kita boleh membezakan sesuatu perkara itu sama ada betul atau salah. Pada

zaman globalisasi ini, kebanyakan remaja telah melibatkan diri dalam masalah sosial.

Punca utama mereka terlibat dalam masalah sosial ialah kekurangan pemikiran yang

bijaksana. Mereka mudah terpengaruh oleh orang lain. Segala yang dikatakan oleh

orang lain telah dipercayai oleh mereka. Oleh itu, guru-guru di seluruh Malaysia

diwajibkan untuk mengajar Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan. Pihak sekolah juga telah mengadakan aktiviti bergotong-royong

sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Hal ini adalah untuk menggalakkan para remaja

tidak mempunyai peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang buruk. Pihak

kerajaan juga telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti memasang computer di

perpustakaan dan boleh digunakan secara percuma pada bila-bila masa. Hal ini

dikatakan demikian kerana pihak kerajaan ingin menggalakkan remaja dan kanak-kanak

untuk memanfaatkannya dan mendapatkan maklumat terkini. Bahan bacaan di

perpustakaan juga sentiasa dikemaskini oleh pihak perpustakaan. Buku-buku yang

penuh dengan gambaran yang menarik dapat menarik perhatian kanak-kanak. Internet

dan buku rujukan merupakan sumber yang paling efektif untuk mendapatkan maklumat

kerana kanak-kanak dan remaja pada zaman kini selalunya terdedah kepada internet

dan buku rujukan. Sudah terang lagi bersuluh, pemerolehan maklumat memang dapat

membina pemikiran yang cerdik dan bijaksana dan membentuk modal insan yang

berkualiti di negara kita.

8

Page 9: Documentkb

Selain itu, pemerolehan maklumat boleh membantu kita mendapat pengalaman

yang baru dan cuba membaiki yang sebelumnya. Dalam proses memperoleh maklumat,

kita selalunya akan mendapat bahan-bahan yang baru. Lama-kelamaan, kita akan

berkumpul maklumat dan menjadikannya sebagai pengalaman. Jika mendapati

maklumat yang sebelumnya adalah salah, kita akan mencari maklumat yang baru dan

benar lalu membetulkan kesilapan. Perkara ini boleh dijadikan sebagai pengalaman

baru dalam kehidupan kita. Oleh yang demikian, kita sesungguhnya mampu mendapat

pengalaman yang baru melalui pemerolehan maklumat.

Di samping itu, memperoleh maklumat boleh meningkatkan persediaan untuk

mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan. Para siswazah boleh mencari maklumat

dan internet dan bahan bacaan sebagai salah satu cara membuat penyediaan sebelum

peperiksaan dijalankan. Penyediaan awal boleh membantu siswazah merancang

strategi mereka sebelum melakukan sesuatu perkara. Para siswazah boleh membuat

ulang kaji mereka dan menyediakan alat-alat tulis sebelum menghadapi peperiksaan.

Perancangan yang awal membolehkan seseorang mendapat keputusan yang lebih

cemerlang daripada orang tidak melakukan apa-apa. Dengan persediaan dan

perancangan awal, para siswazah boleh berjaya dalam bidang akademik dan apa-apa

sahaja bidang yang mereka ceburi. Jadi, memperoleh maklumat memang dapat

membantu kita membuat persediaan yang secukupnya. Walaupun mengambil masa

yang lama, tetapi ia merupakan salah satu kunci untuk mencapai kecemerlangan. Pada

dasarnya, kita boleh sentiasa sediaan diri kita sebelum melakukan sesuatu perkara

melalui proses memperoleh maklumat.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa memperoleh maklumat dapat membantu

kita mengklasifikasikan segala maklumat yang didapati dengan jelas. Apabila kita

mencari banyak maklumat daripada pelbagai sumber, kita dapat membahagikan

maklumat mengikut kategori. Maklumat yang kita cari dapat diatur dan disusun dengan

rapi. Apabila disusun dengan rapi, kita boleh mencari maklumat dengan lebih senang

pada bila-bila masa. Dengan ini, kita tidak akan keliru tentang maklumat yang kita cari.

9

Page 10: Documentkb

Segala aktiviti dapat dijalankan dengan tersusun dan lancar apabila maklumat sedia

ada. Para siswazah boleh cuba menghasilkan satu fail yang mempunyai banyak

pembahagian atau rak buku untuk menyimpan maklumat. Maklumat harus disusun

mengikut kategori. Selepas itu, kita boleh melabelkan setiap tempat maklumat simpan.

Dengan ini, kita boleh menjimatkan masa kita untuk mencari maklumat kita. Pendek

kata, kita boleh mengklasifikasikan maklumat dengan lebih bijaksana melalui proses

memperoleh maklumat.

Tambahan pula, memperoleh maklumat dapat mempraktikkan diri dalam

keadaan mencari maklumat. Kita boleh membiasakan diri untuk mencari maklumat. Bagi

orang yang pertama sekali terdedah dengan mencari maklumat melalui internet, mereka

akan selalu keliru dan tidak jelas tentang apa kerja-kerja yang hendak dibuat. Mereka

memerlukan masa yang panjang untuk menyesuaikan diri. Sebagai seorang yang

cemerlang, kita harus rajin dan sentiasa focus apabila mencari maklumat. Kita harus

sentiasa cuba mencari makluma dengan sendiri dan bukannya bergantung kepada

orang lain. Hal ini boleh menjadikan kita bersikap malas dan tidak mempunyai hala tuju

yang jelas tentang maklumat yang ingin dicari. Sikap ingin thau harus dipupuk oleh

setiap manusia supaya dapat mencapai kejayaan. Dalam tamadun Yunani, tokoh

falsafah terbesar seperti Plato, Socrates dan Aristotle telah mengamalkan sikap ingin

tahu dalam kehidupan mereka. Dengan adanya sikap tersebut, barulah mereka Berjaya

menjadi seorang tokoh falsafah yang popular. Perkara ini merupakan salah satu contoh

yang baik dan boleh diikuti oleh remaja. Jelaslah bahawa kita harus mempraktikkan diri

dalam keadaan mencari maklumat kerana ia boleh meningkatkan prestasi kita pada

masa depan.

Akhir sekali, memperoleh maklumat memang banyak kepentingan kepada

manusia. Segala teknik dan cara memperleh maklumat harus dipelajari dengan betul.

Jika gagal memperoleh maklumat atau menghadapi sebarang masalah, jangan sesekali

cuba untuk berputus asa kerana peribahasa berbunyi ‘ di mana ada kemahuan, di situ

ada jalan. Jadikanlah diri sebagai seorang yanat aktiviti yang berilmu dan bukan menjadi

seorang yang dikata ‘ katak di bawah tempurung ‘. Hargailah masa dengan membuat

aktiviti yang faedah supaya memajukan potensi diri seniri. Cubalah sedaya upaya untuk

10

Page 11: Documentkb

mencari maklumat supaya boleh mendapat pengalaman yang baru. Maklumat yang

dapat kita cari harus benar dan diikuti dengan penjelasan yang cukup kukuh. Oleh itu,

jadikanlah Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dari segi teknologi dan maklumat

supaya imej negara dapat meningkat di mata dunia ini.

11

Page 12: Documentkb

5.0 Strategi Mengurus Maklumat

Pengurusan maklumat merupakan salah satu proses pembelajaran yang sangat

penting yang membantu kita membuat rujukan yang tepat dan besistematik. Antara

strategi pengurusan maklumat yang sedia ada ialah OPAC, ERIC, BOOLEAN dan

INTERNET. Dengan adanya bantuan media ini, kita boleh mendapat segala maklumat

daripada pelbagai sumber. Kita juga boleh mendapat ilmu yang ekstra apabila dalam

proses pengurusan maklumat. Strategi Pengurusan Maklumat dapat dibahagi dua iaitu,

strategi pengurusan maklumat dalam media cetak dan media elektronik.

5.1 Strategi Pengurusan Maklumat – Media Cetak

Menurut Cingara (2004) media cetak dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang

berkaitan dengan proses produksi teks menggunakan tinta, huruf dan kertas, atau

bahan cetak lainnya. Media cetak merupakan cara yang efektif untuk mendapat

maklumat. Media cetak ini dapat dibahagikan kepada beberapa seperti surat kabar,

majalah berita, majalah khusus, majalah dan buku. Pengurusan media cetak

memerlukan kaedah yang mudah dan teratur kerana media cetak senang didapati. Kita

boleh mencari pada bila-bila masa dan mudah dicari. Oleh itu, strategi pengurusan

maklumat bagi media cetak perlu dilakukan secara berperingkat.

Antara strategi pengurusan maklumat ialah mangklasifikasikan maklumat

mengikut semua buku dan majalah atau media cetak yang lain akan disusun mengikut

abjad yang bermula dengan A dan akhir dengan Z. Dengan ini, barulah kita dapat

mencari maklumat yang penting dengan menggunakan masa yang singkat dan boleh

menjimatkan masa kita. Selain itu, penyusunan mengikut tarikh dan tahun merupakan

salah satu cara yang dapat membina informasi mengikut pentarikhan. Cara ini sangat

bersesuaian dengan surat khabar, majalah mingguan atau tahunan.Penyusunan ini

dapat dilakukan melalui tiga aspek iaitu, hari, bulan dan tahun.

Selain itu, Sumber Maklumat Pendidkan iaitu dikenali sebagai ERIC

( Education Resources Information Center ) merupakan contoh abstrak iaitu suatu

ringkasan yand diambil daripada pangkalan data. ERIC mengumpulkan maklumat dalam

12

Page 13: Documentkb

bidang pendidikan sahaja. Maklumat itu termasuk dalam buku, artikel dalam

jurnal,kertas persidangan dan sebagainya.Pelbagai maklumat dalam bidang pendidikan

boleh didapati dalam pangkalan data abstrak ini. Pengurusan melalui cara ini dapat

menjimatkan masa pengguna untuk mendapat maklumat.

Di samping itu, Sistem Katalog Perpustakaan (On-line Public Access Catalog

OPAC ) merupakan salah satu sumber yang digunakan oleh para pengguna maklumat

pada masa kini bagi carian maklumat . OPAC dimana semua buku terdapat di gedung

ilmu telah di masukkan dalam sistem untuk diakses oleh penggunanya .OPAC juga

dikenali sebagai kad katalog atas talian merupakan gantian kepada kad katalog pada

ketika dahulu. Pada kad katalog dalam talian ini terdapat banyak punca capaian yang

disimpan iaitu nama, tajuk, subjek ataupun perkara, penerbit, tempat terbitan, siri dan

nombor panggilan .Punca capaian digunakan bagi mencapai dan mencari maklumat

yang dikehendaki.

Setiap pusat sumber dan institutsi mesti mempunyai sistem OPAC. Sistem

OPAC mesti mempunyai “ username “ dan “ login password “ untuk memerhati

pengguna maklumat. Aspek dalam OPAC harus mempunyai pelbagai pautan. Pautan

Tajuk Buku merupakan salah satu contoh pautan dalam OPAC. Kita boleh menaipkan

tajuk buku di tempat “search”. Contohnya, apabila kita ingin mencari buku yang

berkaitan dengan tatatertib kita boleh menaipkan “Kesantunan bahasa dalam

pengurusan, pentadbiran dan media “ untuk mendapatkan makumat tentang buku

tersebut. Di samping itu, kita juga boleh menggunakan pautan Subjek untuk

mendapatkan maklumat kita. Misalnya, kita boleh menaipkan perkataan “ kimia “ di

tempat “search” dan segala buku yang berkaitan dengan kimia akan dikeluarkan. Dari

sinilah kita dapat mencari maklumat.

Seterusnya, kita boleh menggunakan pautan Siri untuk mencari maklumat

menggunakan siri sesuatu buku. Kadangkala sesuatu buku itu mempunyai pelbagai siri.

Apabila kita mengetahui sesuatu siri, kita boleh menaipkan nama siri tersebut dan

mencari maklumat. Justeru, satu lagi pautan yang boleh kita guna ialah pautan Kod

ISBN. Kita boleh menaipkan kod-kod yang ada pada setiap buku di ruang “search”.

Buku tersebut akan keluar jika kod digunakan adalah tepat. Oleh itu, kita boleh mencari

maklumat kita dengan mengingati kod buku tersebut. Ini juga merupakan salah satu

strateginya.

13

Page 14: Documentkb

Tambahan pula, pautan Pengarang juga boleh kita gunakan. Kita boleh

menaipkan nama pengarang daripada salah satu dan mencari maklumatnya.

Contohnya, kita boleh menaip “ Abdullah Hassan” dan segala buku yang dikarang oleh

beliau akan keluar. Bukan ini sahaja, pautan Penerbit juga boleh digunakan. “Oxford”,

“Pelangi”, “Longman” dan sebagainya merupakan contoh-contoh penerbit yang boleh

kita guna apabila mencari maklumat. Akhir sekali, pautan Kata Kunci juga adalah salah

satu pautan yang berguna dari OPAC. Kita harus bijak mencari kata kunci dalam

sesuatu ayat. Biar kita ambil satu contoh ayat, “Masalah disiplin di kalangan remaja

semakin serius”. Kata kunci yang boleh kita dapat daripada ayat tersebut adalah

perkataan “ disiplin”.

Intihanya, media cetak merupakan salah satunya cara dalam pengurusan

maklumat. Kita harus pandai mengaplikasikannya bagi menjimatkan masa kita untuk

mencari maklumat. OPAC merupakan salah satu media cetak yang banyak berkesan

kepada para siswazah di seluruh Malaysia. Oleh itu, kita harus betul-betul mengetahui

teknik dan cara menggunakannya kerana media cetak ini telah member banyak faedah

kepada kita.

5.2 Strategi Pengurusan Maklumat – Media Elektronik

Media elektronik adalah media yang menggunakan elektronik atau energi

elektromekanis untuk mengakses konteks. Istilah ini merupakan kontras dari media

cetak yang meskipun sering dihasilkan secara elektronik tetapi tidak menggunakan

elektronik untuk diakses oleh pengguna akhir. Sumber media elektronik yang

bersesuaian bagi pengguna umum antara lain adalah rekaman video, rekaman audio,

dan presentasi multimedia. Media elektronik berbentuk analog mahupun digital

walaupun media baru pada umumnya berbentuk digital. Media elektronik juga boleh

mewakili internet yang sedang bermaharajalela di seluruh dunia.

Pengurusan media elektronik dapat membantu kita mencari maklumat dalam

tempoh masa yang singkat. Antara media elektronik yang berkesan dan kita boleh

menggunakannya ialah pangkalan data atas talian ( Online database ). Ini merupakan

pangkalan data dalam talian. Media elektronik tersebut mengandungi laman sesawang

14

Page 15: Documentkb

yang digabungkan daripada semua Institut Pendidikan Guru, university dan institutsi

pendidikan tinggi awam serta swasta.

Dengan ini, talian ini mempunyai berbagai-bagai jenis maklumat hasil daripada

e-jurnal, e-article, e-book dan bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran. Selain itu, ia

juga mempunyai maklumat yang berformat tidak formal. Contohnya, maklumat

berbentuk MP3, MP4, temu ramah dan juga video hasil daripada university-uuniversiti

tempatan. Dengan inilah kita akan mendapat maklumat dari seluruh Malaysia.

Pangkalan data atas talian juga dikenali sebagai Perpustakaan Negara Malaysia.

Segala buku, jurnal, majalah dan bahan-bahan bacaan yang boleh dicari melalui media

elektronik ini.

E-book adalah versi elektronik dari buku-buku . E-book mempunyai pelbagai format

seperti berupa pdf (portable document format), ada juga yang dengan bentuk format

htm, dan ada juga yang berbentuk format exe. Pengguna hanya perlu taipkan kata kunci

pada kotak pencarian Google dan seterusnya klikkan tombol Google Search. Klik masuk

e-book yang ingin pengguna carikan. Segala buku yang berkaitan dengan kata kunci

akan keluar dan pengguna boleh memilih mengikut kegemaran mereka.

E-jurnal merupakan versi elektronik dari jurnal-jurnal dan singkatannya sebagai

elektronik jurnal. Elektronik jurnal adalah publikasi jurnal yang sudah dikemas dalam

bentuk digitalisasi. Pengguna perlu mengakses melalui laman web perpustakaan dan

login portal e-journal dan seterusnya memilih pangkalan data pencarian melalui bidang

perkara untuk mencari e-journal yang diingini.

Secara tuntasnya, media elektronik juga merupakan salah satu strategi yang

boleh kita gunakan selain daripada media cetakan untuk mencari maklumat. Kita harus

sentiasa membaca bahan-bahan bacaan yang ada pada media elektronik. Oleh itu,

jadilah seorang yang berilmu supaya tidak ditelan zaman dan mendapat sanjungan yang

tinggi dari masyarakat.

15

Page 16: Documentkb

6.0 Rumusan

Menurut Selmes (1987), kemahiran belajar adalah kemahiran yang

membolehkan seseorang pelajar mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan

menyampaikan ilmu pengetahuan. Kemahiran belajar merupakan keupayaan dan

kecekapan yang dikuasai oleh seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses dan

menyimpan maklumat serta menuju ke arah pembelajaran seumur hidup. Seseorang itu

perlu menguasai kemahiran ini supaya dapat menyimpan maklumat dalam minda

dengan seumur hidupnya.

Di samping itu, seseorang itu perlu memahami kepentingan memperoleh

maklumat. Makalumat amat penting dalam kehidupan manusia. Maklumat ialah sesuatu

penerangan yang diperolehi daripada pelbagai sumber dalam bentuk data, pengetahuan

atau kebijaksanaan. Maklumat boleh ditunjuk dalam pelbagai bentuk seperti dalam graf,

peta, statistik dan sebagainya supaya mudah difahami oleh orang lain. Dalam prose

smemeroleh maklumat,seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan dan

mendapat pengalaman yang baru. Dengan ini, seseorang mampu memajukan diri

sendiri dan berjaya mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aspek.

Tambahan pula,seseorang itu juga perlu mempunyai strategi untuk mengurus

maklumat supaya menjadi lebih rapi dan sistematik. Dengan cara ini, kita boleh mencari

maklumat kita dengan lebih mudah dan menjimatkan masa kita. Dalam konteks

organisasi, pengurusan ini dapat membantu ahli mencari, memilih dan menyebarkan

pengetahuan untuk menyelesaikan masalah selain dapat mengawal penciptaan dan

penyebaran pengetahuan.

Secara tuntasnya, kemahiran belajar, konsep maklumat dan strategi mengurus

maklumat harus dipelajari oleh setiap masyarakat. Dengan adanya kemahiran ini,

seseorang itu mampu menguasai pelbagai kaedah komunikasi dan menganalisis

maklumat. Kebolehan ini juga dapat mengekalkan ilmu yang kita simpan dalam minda

dan menyediakan diri kita supaya mencapai kejayaan pada suatu hari nanti. Oleh itu,

semua rakyat wajarlah mempelajari kemahiran belajar supaya menjadi seorang yang

berguna dan mampu memajukan kedudukan negara kita di mata dunia ini.

16

Page 17: Documentkb

7.0 Refleksi

Dalam proses menjalankan tugas ini, saya telah mendapat banyak pengalaman

dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan serta menghadapi banyak cabaran.

Sebelum ini, saya telah mengunjungi pusat sumber IPG Kampus Raja Melewar

untuk mencari bahan-bahan rujukan sebagai maklumat dalam kerja kursus saya.

Apabila saya tidak dapat mencari buku-buku rujukan yang ingin saya cari, saya akan

meminta bantuan daripada pihak perpustakaan. Akhirnya, dengan bantuan mereka saya

berjaya mencari buku-buku yang ingin saya dapati. Walau bagaimanapun, saya telah

menghadapi banyak masalah sepanjang menjalankan kerja kursus saya. Masalah yang

saya hadapi ialah saya tidak memahami kehendak soalan. Walaupun soalan kerja

kursus ini agak senang, tetapi terdapat banyak isi-isi tersirat dalamnya. Saya harus

mendapatkan bantuan dariapda rakan-rakan saya. Rakan- rakan saya telah meminjam

buku-buku yang berkaitan kepada saya dan telah memberi banyak idea yang bagus

kepada saya. Ini telah menambahkan ilmu pengetahuan saya.

Selepas saya mendapat buku-buku rujukan tersebut, saya telah mengadakan

sesi perbincangan saya dengan rakan-rakan saya pada setiap malam. Walaupun kita

menghadapi sebarang cabaran, kita tetap tidak berputus asa kerana kita tahu “ di mana

ada kemahuan, di situ ada jalan”. Bukan itu sahaja, saya juga menggunakan laman-

laman sosial seperti Facebook untuk membuat perbincangan dengan rakan kita. Kita

akan berkongsi maklumat antara satu sama lain di kalangan kita. Ini telah mengeratkan

hubungan silaturahim abatara satu sama lain. Di sini, saya baru mengetahui bahawa

bekerjasama amatlah penting dalam melakukan sesuatu perkara. Tanapa kerjasama,

kita tidak akan berjaya melakukan apa-apa sahaja.

Selain itu, saya telah memperoleh pengalaman yang baru iaitu membuat

pembentangan di dalam kelas berdasarkan kerja kursus saya. Ini merupakan satu

peluang yang amat baik untuk melatih keberanian seseorang dan melatih diri supaya

dapat berkomunikasi dengan orang lain. Dalam proses membuat pembentangan, saya

dan rakan-rakan saya telah mencari maklumat dari pelbagai sumber. Akhirnya, kita

berjaya menghasilkan satu pembentangan yang baik. Semasa pembentangan, saya

17

Page 18: Documentkb

berasa gelisah pada mula-mulanya, namun saya telah mengatasinyandengan tidak

memikir banyak dan pembentangan saya diakhiri dengan lancar dan sempurna.

Pada permulaan menyiapkan tugasan projek ini, saya langsung tidak faham

dengan cara- cara atau strategi mengurus maklumat. Saya cuba bertanya kepada

rakan-rakan saya untuk memahaminya. Saya telah menggunakan Internet untuk

mencari maklumat saya. Dalam proses menggunakan Internet, saya telah memperoleh

teknik yang baru untuk mencari maklumat. Walaupun Internet mempunyai pelbagai jenis

makumat, maka maklumat dalam Internet juga terhad bagi saya. Oleh itu, saya cuba

menggunakan webOPAC dalam pusat sumber. Sebelum ini, saya telah menghadiri

taklimat tentang cara menggunakan webOPAC. Sebenarnya, webOPAC merupakan

satu kaedah pencarian bahan yang terdapat di perpustakaan dengan menggunakan

perisian mengkatalog bahan-bahan di perpustakaan. Oleh itu, saya telah

mengaplikasikan cara-cara yang saya dapati daripada taklimat tersebut untuk mencari

maklumat. Akhirnya, saya telah berjaya mencari buku-buku yang saya ingin cari. Ini juga

member pengalaman baru kepada saya dengan menggunakan teknologi yang baru ini

untuk mencari maklumat saya. Dengan ini, barulah saya berjaya menyelesaikan

masalah saya.

Di samping itu, saya juga telah memahami tentang cara pengurusan maklumat

dengan menggunakan laci kad katalog, e-book dan e-journal. Menurut Haili Bin Dolhan

(2010), terdapat tiga jenis laci kad katalog iaitu laci kad pengarang, laci kad judul dan

kad perkara. E-book adalah sebuah bentuk buku yang dapat dibuka secara elektronik

melalui komputer manakala e-journal adalah publikasi jurnal yang sudah dikemas dalam

bentuk digitalisasi. Setelah membuat penyelidikan bagi menyiapkan tugasan projek ini,

saya telah mengetahui cara penggunaan kemudahan-kemudahan ini untuk

menguruskan maklumat yang diperoleh agar mudah dicari dan digunakan. Dengan ini,

saya telah mempelajari satu teknik mencari makumat yang baru dan boleh digunakan

seumur tahun saya.

Tambahan pula, saya juga mengetahui kepentingan memperoleh maklumat.

Memperoleh maklumat memang sangat penting kepada semua rakyat kerana menimba

ilmu yang baru dan dapat mempraktikkan diri kita dalam keadaan mencari maklumat.

Dengan mencari maklumat, saya dapat mengklasifikasikan maklumat yang saya cari

18

Page 19: Documentkb

dengan sistematik dan tersusun. Maklumat yang yang sistematik boleh memudahkan

saya untuk mencarinya. Justeru, melalui proses memperoleh maklumat, saya telah

memahami dengan sumber primer, sumber sekunder dan sumber tertier. Ketiga- tiga

sumber ini adalah sangat penting kepada masyarakat. Segala perkara yang berlaku

telah dicatatkan dalam sumber-sumber maklumat.

Memang tidak dapt dinafikan bahawa saya juga mempelajari pengurusan masa

semasa menjalankan kerja kursus ini. Masa itu adalah emas. Kita harus memenuhi

masa lapang kita dengan melakuka aktiviti yang berfaedah. Sebelum ini, saya berasa

masa tidak mencukupi untuk saya. Saya tidur lewat pada setiap hari kerana tidak

mengurus masa dengan baik. Oleh itu, saya telah menyediakan satu jadual waktu untuk

say sendiri supaya boleh menjalankan aktiviti dengan lebih bersistematik. Saya juga

meluangkan sedikit masa saya untuk membuat aktiviti senaman seperti bermain bola

keranjang di gelanggang. Aktiviti senaman ini telah dapat mencerdaskan otak saya.

Dengan ini, otak saya mendapat oksigen yang mencukupi dan boleh berfungsi dengan

baik. Saya juga dapat member tumpuan dengan sepenuhnya semasa proses

pembelajaran dijalankan. Pada masa lapang, saya akan mencuba sedaya upaya untuk

menyiapkan kerja jursus saya. Saya tidak membazirkan masa saya dengan melakukan

aktiviti yang buruk. Akhirnya, saya berasa bersyukur kerana berjaya menghabiskan kerja

kursus saya.

Akhir sekali, saya juaga mempelajari beberapa nilai-nilai murni yang penting dalam

kehidupan kita. Sepanjang membuat kerja kursus saya, saya telah mempelajari nilai

kesabaran. Walaupun saya tidak dapat mencari maklumat pada mula-mulanya, maka

dengan penuh kesabaran, saya telah berjaya mencari maklumat saya. Selain itu, nilai

gigih juaga telah saya pelajari sepanjang membuat kerja kursus ini. Saya harus

mengorbankan masa untuk membuat kerja kursus saya. Pada masa yang luang, saya

akan berusaha membuat kerja kursus saya dengan rakan-rakan. Saya telah melayari

internet dan mencari maklumat dengan sedaya upaya. Di samping itu, saya juga

mempelajari nilai toleransi. Saya harus mempunyai sikap bertolak ansur, sabar dan

mengawal diri saya untuk menyiapkan kerja kursus. Dalam sesi perbincangan, saya dan

rakan-rakan saya mempunyai pandangan yang berbeza. Hal ini menyebabkan kita

bertelagah dan mengalami konflik antara satu sama lain. Namun begitu, sebagai rakan

sekelas, saya cuba untuk meminta maaf dan berbaik-baik dengan rakan saya kerana

jika berlakunya pergaduhan atau pertelingkahan di kalangan rakan, kerja kursus tidak

19

Page 20: Documentkb

akan menyiapkan dengan sewenang-wenangnya. Dengan ini, hubungan saya dengan

rakan sekelas saya menjadi semakin erat dan bertambah baik. Di sini, saya juga

mempelajari sesuatu iaitu menghargai rakan. Tanpa bantuan rakan, saya tidak mampu

menyiapkan kerja saya pada tepat masanya. Oleh itu, saya berasa sangat gembira

kerana dapat menghadapi segala masalah sepanjang membuat kerja kursus ini. Saya

juga mendapati bahawa kemahiran hidup amatlah penting bagi remaja zaman kini

kerana kemahiran ini memang dapat membantu kita pada setiap hari. Marilah kita

berusaha bersama-sama untuk mencapai kejayaan negar kita dan berjaya menjelang

Wawasan 2020.

20

Page 21: Documentkb

8.0 Rujukan

Ainsyin (2009). Jenis-jenis sumber maklumat. http://ajshafa.blogspot.com/2009/12/jenis-

jenis-sumber-maklumat_06.html. Dilayari pada 3 September 2013

Germanisches Nationalmuseum (Nurnberg). (2000). OPAC. Nurnberg: Germanisches

Nationalmuseum.

International Federation of Library Associations and Institutions., & International

Federation of Library Associations and Institutions. (2005). Guidelines for online

public access catalogue (OPAC) displays: Final report May 2005. Munchen:

Saur.

Irma, I. O., & Yushiana, M. (2005). Syed, I. S. M., & Ahmad, S. M. (2010). Kemahiran

belajar. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia.Panduan mencari maklumat.

Bentong: PTS Professional.

Mfariz. (2007). Belajar Cara Belajar. http://mfariz.wordpress.com/2007/12/22/belajar-

cara-belajar-bcb/. Dilayari pada 1 September 2013.

Murphy, F. J., Pollitt, A. S., White, P. R., & Polytechnic, Huddersfield. (1991). Matching

OPAC user interfaces to user needs. Huddersfield: Polytechnic of Huddersfield.

OPAC directory. (1993). Westport, CT: Meckler.

Tasir, Zaidatun, & Ing, See Ching. (n.d.). Pengetahuan mencari dan menilai maklumat.

(Tasir, Zaidatun and Ing, See Ching Pengetahuan mencari dan menilai

maklumat. UNSPECIFIED . (Unpublished).) Faculty of Education.

Zulka’edah (2013). Panduan Penggunaan OPAC. http://www.unisza.edu.my/library/index.php?option=com_content&view=article&id=133&lang=ms. Dilayari pada 3 September

21

Page 22: Documentkb

22