kata perintah

2
KATA PERINTAH Kata perintah ialah kata yang digunakan untuk memberikan sesuatu perintah, larangan, silaan, permintaan, dan sebagainya. Contoh kata perintah dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:- Perhatikan penerangan di bawah ini. Kata Perintah Penerangan Ayat Contoh Harap Untuk menyatakan maksud keinginan untuk mendapatkan sesuatu atau meminta dilakukan sesuatu. 1. Harap tinggalkan tempat ini dengan segera. 2. Harap dia masih mengingati saya. Jangan Untuk menyatakan maksud larangan atau tidak boleh melakukan sesuatu atau melarang seseorang daripada melakukan sesuatu. 1. Jangan berganjak dari sini. 2. Jangan berdiri melepasi kawasan yang telah ditandakan itu. Jemput Untuk menyatakan maksud mengajak atau mengundang. 1. Jemput ke rumah saya petang nanti. 2. Jemputlah sedikit makanan itu dan janganlah segan. Minta Untuk menyatakan maksud ingin akan sesuatu. 1. Minta orang ramai tunggu sebentar. 2. Minta beredar mengikut barisan. Sila Untuk meminta seseorang melakukan sesuatu dengan cara hormat/beradab. 1. Sila letakkan kad pengenalan diri di sini. 2. Sila duduk sebentar, encik akan dilayan sebentar lagi. Tolong Untuk menyatakan maksud meminta pertolongan atau bantuan atau minta melakukan sesuatu untuknya. 1. Tolong jangan ganggu saya lagi. 2. Tolong alihkan buku ini ke sana. Usah Untuk menyatakan maksud larangan/tegahan daripada melakukan 1. Usah derhaka kepada ibu bapa. 2. Usah biarkan adik kamu itu © Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu 1 harap, jangan, jemput, minta, sila, tolong dan usah

Upload: sazmani

Post on 14-Jun-2015

2.140 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KATA PERINTAH

KATA PERINTAH

Kata perintah ialah kata yang digunakan untuk memberikan sesuatu perintah, larangan, silaan, permintaan, dan sebagainya.Contoh kata perintah dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:-

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Perintah Penerangan Ayat Contoh

Harap Untuk menyatakan maksud keinginan untuk mendapatkan sesuatu atau meminta dilakukan sesuatu.

1. Harap tinggalkan tempat ini dengan segera.2. Harap dia masih mengingati saya.

Jangan Untuk menyatakan maksud larangan atau tidak boleh melakukan sesuatu atau melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.

1. Jangan berganjak dari sini.2. Jangan berdiri melepasi kawasan yang telah ditandakan itu.

Jemput Untuk menyatakan maksud mengajak atau mengundang.

1. Jemput ke rumah saya petang nanti.2. Jemputlah sedikit makanan itu dan janganlah segan.

Minta Untuk menyatakan maksud ingin akan sesuatu.

1. Minta orang ramai tunggu sebentar.2. Minta beredar mengikut barisan.

Sila Untuk meminta seseorang melakukan sesuatu dengan cara hormat/beradab.

1. Sila letakkan kad pengenalan diri di sini.2. Sila duduk sebentar, encik akan dilayan sebentar lagi.

Tolong Untuk menyatakan maksud meminta pertolongan atau bantuan atau minta melakukan sesuatu untuknya.

1. Tolong jangan ganggu saya lagi.2. Tolong alihkan buku ini ke sana.

Usah Untuk menyatakan maksud larangan/tegahan daripada melakukan sesuatu.

1. Usah derhaka kepada ibu bapa.2. Usah biarkan adik kamu itu bermain hujan.

Contoh:1.a) “Tolong jangan petik bunga-bunga di taman larangan ini” kata petugas itu kepada

orang ramai yang berkunjung ke taman itu. (X) b) “Jangan petik bunga-bunga di taman larangan ini” kata petugas itu kepada

orang ramai yang berkunjung ke taman itu. (√)2.a) “Harap jangan kamu sakiti hati ibu kamu,” pesan ayah kepada kakak Munira. (X) b) “Jangan kamu sakiti hati ibu kamu,” pesan ayah kepada kakak Munira. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu1

harap, jangan, jemput, minta, sila, tolong dan usah