kata nama am dan khas

4
Kata Nama Am 1. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. 2. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum. Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll binatan g ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll tumbuh- tumbuha n pokok, betik, rumput, lalang dll benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll 3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang: (a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat (b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan. 4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan. 5. Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.Contoh: Dia sedang menjinakkan seekor gajah. Pada akhir ayat

Upload: asmalizafifie1108

Post on 20-Jan-2016

80 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sesuai untuk digunakan pelajar tingkatan 1.

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Nama Am Dan Khas

Kata Nama Am

1. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

2. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Manusia, orang

ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll

binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll

tumbuh-tumbuhan

pokok, betik, rumput, lalang dll

benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll

tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang: (a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat (b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.

5. Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.Contoh:

Dia sedang menjinakkan seekor gajah. Pada akhir ayatGajah itu berbadan besar. Pada awal ayat

Page 2: Kata Nama Am Dan Khas

Kata Nama Khas

1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.

3. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

4. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.

a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

5. Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

manusia Zaidi, Mei Fong,Subramaniam

binatang Tompok (kucing),Jalak (ayam)

tempat Muar (daerah),Seremban (bandar),Jepun (negara)

bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat)

judul buku Keluarga (majalah),Rentong (novel),Kamus Dewan ( buku)

benda Proton Perdana(kereta), Pilot(pen), Seiko (jam)

Page 3: Kata Nama Am Dan Khas

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan Kata Nama Am

Kata Nama Khas

Benda bangunankeretabukusekolah

Bangunan Tabung HajiProton SagaBahasa MelayuS.K. Darau

Orang doktorkeranigurubudak lelaki

Doktor EfendiPuan ZainunCikgu AzmiMuhamad Fauzi

Binatang kucinglembukatakayamburung

Si TompokLembu SapiKatak PuruAyam BelandaBurung Murai

Tempat negeribandarkampungtasek

TerengganuJertehKampung Pasir AkarTasek Perdana

Tumbuhan pisangcilijambulimau

Pisang EmasCili PadiJambu BatuLimau Kasturi