kata hubung

4
Kata Hubung Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan untuk membentuk ayat majmuk. Terdapat tiga jenis iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan. - Perkataan yang menghubungkan dua atau lebih klausa yang sama tara seperti atau, sambil, dan, serta dan lalu. Contoh: Kami akan pulang ke kampung pada hari ini atau esok Sebagai contoh,video untuk tontonan anda..

Upload: ferraleny-doline

Post on 22-Dec-2015

255 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kata hubung

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Hubung

Kata Hubung

Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau

perkataan untuk membentuk ayat majmuk. 

Terdapat tiga jenis iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata

hubung berpasangan.

- Perkataan yang menghubungkan dua atau lebih klausa yang sama tara seperti atau, sambil, dan, serta dan lalu.

Contoh:Kami akan pulang ke kampung pada hari ini atau esok

Sebagai contoh,video untuk tontonan anda..

          

i)Kata hubung pancangan relatif Perkataan ‘yang’ 

-menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil.

Page 2: Kata Hubung

Contoh: Kakak memujuk adik yang sedang menangis itu.

ii)Kata Hubung Pancangan KomplemenPerkataan ‘bahawa’ dan ‘untuk’

Menghubungkan klausa pelengkap kepada satu klausa utama.

Contoh:Kami percaya bahawa dia tidak bersalah.

iii)Kata Hubung Pancangan Keterangan Menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan.

Semoga, ketika, sekiranya, sungguhpun, tatkala

Contoh:Saya berdoa semoga para pelajar saya berjaya.

Sebagai contoh, video untuk tontonan anda..

                       

Kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.

Contoh:  

baik…mahupun kian…kian

entah…entah sedangkan…inikan pula

bukan sahaja…bahkan juga

sungguhpun…namun

makin…makin bukan sahaja…tetapi juga

sungguhpun…tetapi sama ada…atau

Page 3: Kata Hubung

bagaimana…begitulah daripada…lebih baik

jangankan…pun semakin…semakin

i) Kata hubung berpasangan ‘baik…mahupun’.  *menyatakan maksud sama sahaja.

Ayat contoh:

1. Sebagai seorang nelayan yang bergantung hidup kepada laut, Pak Aliterpaksa turun ke laut juga baik dalam keadaan cuaca baik mahupun keadaan  laut

bergelora

ii)Kata hubung berpasangan ‘bukan sahaja…bahkan juga’.*menyatakan maksud serta atau di samping itu juga.

Ayat contoh:

1. Swee Kim bukan sahaja cantik bahkan juga berbudi bahasa.

iii)Kata hubung berpasangan ‘daripada…lebih baik’.*Digunakan untuk menunjukkan pertentangan maklumat.

Ayat contoh:1.Daripada membazir wang lebih baik saya menabung.