mbt kata hubung

Upload: dixon-ong

Post on 14-Apr-2018

290 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 MBT Kata Hubung

    1/15

    Lyn6764

    Mari Belajar Tatabahasa

  • 7/30/2019 MBT Kata Hubung

    2/15

    Lyn6764

    Mari Belajar Tatabahasa

    Menghubungkan dua ayat atau lebih untuk menjadi

    ayat majmuk.

    Terbahagi kepada dua:

    Kata Hubung Gabungan Kata Hubung Pancangan

    Kata Hubung Berpasangan

  • 7/30/2019 MBT Kata Hubung

    3/15

    Lyn6764

    Mari Belajar Tatabahasa

    Menghubungkan dua ayat/klausa atau lebih yang samatara sifatnya.

    Kata Hubung Gabungan

    Antara kata hubung gabungan ialah :

    serta atau tetapi

    laludan

    sambil kecuali maka

    malahan

    padahal

    kemudian

    melainkan

  • 7/30/2019 MBT Kata Hubung

    4/15

    Lyn6764

    Mari Belajar Tatabahasa

    KataHubung Tugas dan Fungsi Contoh Ayat

    dan menggabungkan dua unsur yang

    setara

    Ain dan Aina bermain di

    padang.

    serta menunjukkan keserentakan

    perbuatan

    Dia segera melompat

    serta menghunus keris.

    lalu menggabungkan dua perbuatan

    yang berlaku berturut-turut

    Dia keluar lalu menutup

    pintu.

    atau menunjukkan pilihan Saudara mahu baju ini

    atau itu.

    tetapi menunjukkan perkara yang

    berlawanan

    Manisha pandai tetapi

    malas.

    kecuali menunjukkan kekecualian Pasar raya itu dibuka

    setiap hari kecuali hari

    Ahad.

    Penggunaannya

  • 7/30/2019 MBT Kata Hubung

    5/15

    Lyn6764

    Mari Belajar Tatabahasa

    Contoh ayat-ayat lain :

    Hujan lebat maka perlawanan itu ditunda.

    Daman menonton wayang sambil makan kacang.

    Dia datang ke majlis itu padahal dia tidak dijemput.

    Isi borang pemohonan itu kemudian, hantar ke pejabatdengan segera.

    Dia masuk ke bilik lalu menutup pintu.

    Mereka hendak menulis surat kepada Abu tetapi merekatidak tahu alamatnya.

  • 7/30/2019 MBT Kata Hubung

    6/15

    Lyn6764

    Mari Belajar Tatabahasa

    Kata Hubung Pancangan

    Menghubungkan klausa-klausa yang tidak sama tara sifatnya.

    Terbahagi kepada tiga :

    KHP Keterangan

    KHP Relatif

    KHP Komplemen

  • 7/30/2019 MBT Kata Hubung

    7/15

    Lyn6764

    Mari Belajar Tatabahasa

    KHP Keterangan

    Antara kata hubung keterangan ialah :

    kerana tatkala hingga sementara

    semoga supaya walaupun sungguhpun

    jika apabila agar andai kata

    manakala selagi lantaran semenjak

    setelah sebelum meskipun kendatipun

  • 7/30/2019 MBT Kata Hubung

    8/15

    Lyn6764

    Mari Belajar Tatabahasa

    Kata

    Hubung

    Tugas dan Fungsi Contoh Ayat

    agar

    supaya

    menunjukkan tujuan Sungai itu dipedalamkan

    supaya tidak banjir.

    manakala menunjukkan perkara yang

    berlawanan / masa

    Amin membaca buku

    manakala adiknya tidur.kerana menunjukkan sebab Bajunya basah kerana

    kena hujan.

    apabila menunjukkan masa Laila menangis apabila

    mendengar berita itu.

    selagi menunjukkan sesuatu hal yang

    masih belum berhenti

    Dia akan terus berusaha

    selagi terdaya.

    jika

    kalau

    sekiranya

    menunjukkan syarat Dia tidak akan pergi ke

    pesta itu jika hari hujan.

    Penggunaannya

  • 7/30/2019 MBT Kata Hubung

    9/15

    Lyn6764

    Mari Belajar Tatabahasa

    Maniam sedang minum petang tatkala Suresh sampai.

    Contoh ayat-ayat lain :

    Busu tidak sombong sungguhpun dia anak orang kaya.

    Dia akan terus mencari anaknya yang hilang selagi hidup.

    Andai kata nyawanya tidak panjang, hartanya akandidermakan ke rumah anak-anak yatim.

    Kakak menggoreng ikan sementara menunggu nasi masak.

    Ibu menjahit baju manakala bapa membaca akhbar.

  • 7/30/2019 MBT Kata Hubung

    10/15

    Lyn6764

    Mari Belajar Tatabahasa

    KHP Relatif

    Bertugas sebagai penghubung klausa utama dengan klausayang kecil. Kata hubung jenis ini hanyalah yang

    Contoh ayat :

    Budak yang berbaju merah itu adik saya.

    Kereta yang rosak itu milik bapa saya.

    Orang tua yang bertongkat itu datuk Shamimi.

    Zakuan memakai kasut yang berjenama Adidas.

  • 7/30/2019 MBT Kata Hubung

    11/15

    Lyn6764

    Mari Belajar Tatabahasa

    KHP Komplemen

    Bertugas menghubungkan klausa komplemen atau pelengkappada klausa utama. Kata hubung jenis ini ialah bahawadanuntuk.

    Contoh ayat :

    Dia memberitahu bahawa budak itu adiknya.

    Lokman baru sedar bahawa dia anak angkat keluarga itu.

    Ikmai membeli baju kurung itu untuk ibunya.

    Salmi tidak berminat untuk melihat pameran itu.

  • 7/30/2019 MBT Kata Hubung

    12/15

    Lyn6764

    Mari Belajar Tatabahasa

    Kata Hubung Berpasangan

    Antaranya :

    baik.mahupunentah.entah baik.baik

    jangankan.pun makin.makin

    bukan saja.tetapi juga sedangkan.apatah lagi

    sama ada.atau

    sungguhpun.namun bukan saja.bahkan juga

    bagaimana.begitulah daripada.lebih baik

  • 7/30/2019 MBT Kata Hubung

    13/15

    Lyn6764

    Mari Belajar Tatabahasa

    Penggunaan Kata Hubung

    Kata

    Hubung

    Tugas dan Fungsi Contoh Ayat

    entah...

    entah

    menunjukkan sesuatu yang tidak pasti Entah jadi entah tidak majlis

    yang dirancang itu.

    makin

    makin

    menunjukkan sesuatu yang kian

    bertambah

    Makin hari makin menjadi-jadi

    perangainya.

    walaupun

    namun

    menandakan pertentangan Walaupun merokok

    membahayakan kesihatan,

    namun banyak orang yang tidak

    peduli.

    jangankan

    pun

    menunjukkan kemampuan Jangankan kereta, motor pun

    tidak dimilikinya.

    daripada

    lebih baik

    menunjukkan maksud yang bertentangan Daripada melepak, lebih baik

    berjoging.

  • 7/30/2019 MBT Kata Hubung

    14/15

    Lyn6764

    Mari Belajar Tatabahasa

    Contoh ayat-ayat lain :

    Musalmah bukan saja cantik, bahkan juga baik hati.

    Dia tidak pasti sama ada pokok itu berbuah atau tidak.

    Sedangkan di kolam renang dia tidak dapat berenang,apatah lagi di laut.

    Baik budak lelaki, mahupun budak perempuan, diwajibkanhadir pada petang ini.

    Sungguhpun hujan turun dengan lebatnya, namun perlawananhoki itu diteruskan.

  • 7/30/2019 MBT Kata Hubung

    15/15

    Lyn6764

    Mari Belajar Tatabahasa