kata hubung

4
KATA HUBUNG Kata hubung ialah kata yang berperanan atau berfungsi untuk menggabungkan kata dengan kata, ayat dengan ayat atau frasa dengan frasa. Dalam bahasa Melayu baku, kata hubung dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan. Kata Hubung Gabungan Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan klausa dengan klausa. Contoh: atau, bahkan, dan, lalu, kecuali, manakala, melainkan, padahal, sambil, seraya, serta, tetapi Kata Hubung Fungsinya Contoh Penggunaan dalam Ayat atau Menunjukkan pilihan 1. Kim belum pasti sama ada akan melanjutkan pelajarannya ke maktab atau ke universiti. 2. “Awak atau saya yang perlu menyiapkan tugasan ini, Zul?” tanya Amin. dan Menggabungkan dua unsur yang setara 1. Anjing dan kucing itu dipelihara oleh orang kaya itu. 2. Ah Seng dan Karim pergi memancing di lombong tinggal itu. kecuali Menunjukkan kekecualian 1. Semua murid di kelas itu membaca buku di perpustakaan kecuali Shamsudin. 2. Datuk Salleh bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad atau hari kelepasan am. lalu Menggabungkan dua perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut 1. Milah masuk ke bilik lalu berbaring di atas tilam yang empuk itu. 2. Anjing garang itu menerkam pencuri itu lalu menggigit punggungnya. serta Menyatakan maksud 1. Aliah rajin serta gigih © Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu 1

Upload: sazmani

Post on 14-Jun-2015

4.389 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KATA HUBUNG

KATA HUBUNG

Kata hubung ialah kata yang berperanan atau berfungsi untuk menggabungkan kata dengan kata, ayat dengan ayat atau frasa dengan frasa. Dalam bahasa Melayu baku, kata hubung dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan.

Kata Hubung GabunganKata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan klausa dengan klausa.

Contoh:atau, bahkan, dan, lalu, kecuali, manakala, melainkan, padahal, sambil, seraya, serta, tetapi

Kata Hubung Fungsinya Contoh Penggunaan dalam Ayat

atau Menunjukkan pilihan 1. Kim belum pasti sama ada akan melanjutkan pelajarannya ke maktab atau ke universiti.2. “Awak atau saya yang perlu menyiapkan tugasan ini, Zul?” tanya Amin.

dan Menggabungkan dua unsur yang setara

1. Anjing dan kucing itu dipelihara oleh orang kaya itu.2. Ah Seng dan Karim pergi memancing di lombong tinggal itu.

kecuali Menunjukkan kekecualian 1. Semua murid di kelas itu membaca buku di perpustakaan kecuali Shamsudin.2. Datuk Salleh bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad atau hari kelepasan am.

lalu Menggabungkan dua perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut

1. Milah masuk ke bilik lalu berbaring di atas tilam yang empuk itu.2. Anjing garang itu menerkam pencuri itu lalu menggigit punggungnya.

serta Menyatakan maksud turut atau bersama-sama

1. Aliah rajin serta gigih berusaha.2. Ali, Muthu, Salleh, dan Zaidi serta Farid bercadang untuk pergi menonton wayang pada hari minggu ini.

sambil Menunjukkan perbuatan lain dilakukan di samping perbuatan utama

1. Sally menyanyi sambil menari.2. Kamala berlari sambil menjinjing beg plastik.

tetapi Menggabungkan ayat dengan ayat yang lain

1. Amran suka makan nasi lemak tetapi dia tidak suka makan roti canai.2. Rumah banglo itu sungguh cantik tetapi harganya terlalu mahal.

Kata Hubung Pancangan

Kata hubung pancangan ialah kata hubung yang digunakan untuk membentuk ayat pancangan.

Contoh:apabila, agar, jika, kalau, kerana, meskipun, selama, sekiranya, semenjak, selagi, sementara, sungguhpun, supaya, walaupun, ketika

Perhatikan rajah penggunaan kata hubung pancangan yang berikut.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu1

Page 2: KATA HUBUNG

Kata Hubung Fungsinya Contoh Penggunaan dalam Ayat

agar Menerangkan maksud/tujuan

1. Ibu berdoa agar abang lulus dengan cemerlang dalam ujian memandu itu.2. Kadir sanggup makan ubat yang pahit itu agar dia cepat sembuh.

apabila Menerangkan masa berlakunya sesuatu peristiwa/kejadian

1. Apabila ditegur, dia merajuk.2. Dawai itu mengembang apabila dipanaskan.

kerana Menunjukkan alasan/sebab

1. Kerana demam, dia tidak dapat mengambil bahagian dalam sukan itu.2. Dia dimarahi oleh ayahnya kerana memecahkan sebiji gelas minuman.

manakala Menunjukkan masa dan perkara yang bertentangan

1. Fauzi sibuk menyiapkan kerja sekolahnya manakala rakan-rakannya yang lain asyik bermain sahaja.2. Mala sibuk menyiapkan hidangan untuk para tetamu yang datang manakala adik dan kakaknya sibuk melayan tetamu.

setelah/sebelumsejak

Menunjukkan masa 1. Setelah siap mengemas rumah, Ramlah menyiapkan kerja sekolahnya pula.2. Sebelum ke bandar, Amran meminta keizinan ibunya terlebih dahulu.3. Sejak berpindah ke ibu kota, Azman jarang pulang ke kampung.

supaya Menerangkan maksud/tujuan

1. Ibu menyuruh kakak memberus gigi setiap hari supaya gigi kelihatan cantik dan bersih.2. Pamela menggunakan alat solek yang mahal harganya supaya dia kelihatan lebih begaya dan cantik.

Kata Hubung Berpasangan

Kata hubung berpasangan ialah kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.Contoh:

baik…mahupun kian…kianentah…entah sedangkan…inikan pulabukan sahaja…bahkan juga sungguhpun…namunmakin…makin bukan sahaja…tetapi jugasungguhpun…tetapi sama ada…ataubagaimana…begitulah daripada…lebih baikjangankan…pun semakin…semakin

Kata hubung berpasangan ‘baik…mahupun’. Digunakan untuk menyatakan maksud sama sahaja. Ayat contoh:

1. Baik Rosli mahupun Jamal boleh menyertai pertandingan nyanyian itu.2. Sebagai seorang nelayan yang bergantung hidup kepada laut, Pak Ali terpaksa turun ke laut juga baik dalam keadaan cuaca baik mahupun keadaan laut bergelora.

Kata hubung berpasangan ‘bukan sahaja…bahkan juga’. Digunakan untuk menyatakan maksud serta atau di samping itu juga. Ayat contoh:

1. Swee Kim bukan sahaja cantik bahkan juga berbudi bahasa.2. Kamil bukan sahaja peramah bahkan juga pandai berjenaka.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu2

Page 3: KATA HUBUNG

Kata hubung berpasangan ‘daripada…lebih baik’. Digunakan untuk menunjukkan pertentangan maklumat. Ayat contoh:

1. Daripada membazir wang lebih baik saya menabung.2. Daripada membuang masa lebih baik saya membaca buku.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu3