kata alu-aluan pengarah

Upload: nordina-razali

Post on 09-Mar-2016

245 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ucapan

TRANSCRIPT

KATA ALU-ALUAN PENGARAHIPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, julung-julung kali kita dapat menjayakan Program Kolokium Penyelidikan Tindakan Pelajar-Pelajar PISMP Bahasa Melayu Mod PJJ ambilan Jun 2011.Kita sewajarnya bangga dengan usaha memanfaatkan majlis ilmu bagi mempelajari kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pendidikan. Kursus Penyelidikan Tindakan merupakan salah satu kursus major dalam setiap pengkhususan yang wajib diambil oleh semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP ) Mod Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ). Kursus ini bertujuan untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemahiran dan keterampilan dalam melaksanakan penyelidikan tindakan. Kolokium Penyelidikan Tindakan merupakan satu platform yang dapat digunakan untuk berkongsi dan menyebarluas hasil penyelidikan yang telah dilaksanakan.Kolokium ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara untuk menganjurkan kolokium pendidikan dan sebagai wadah untuk menyebarluas hasil penyelidikan yang telah dilaksanakan.

Objektif program ini adalah untuk : 1. Memenuhi Jadual 3 untuk kursus BMM3153 Penyelidikan Tindakan II Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan).1. Membentangkan hasil penyelidikan tindakan bagi tujuan penilaian dan penambahbaikan.1. Menambah ilmu pengetahuan dalam mengendalikan kolokium penyelidikan.1. Menyebarluas hasil penyelidikan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan.

Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta kolokium terutama kepada semua pensyarah yang dapat membimbing para pelajar PPG Bahasa Melayu membentangkan kajian masing-masing. Komitmen yang dizahirkan menyerlahkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

Sekian,Wabilla hitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Kecemerlangan

Yang berusaha

Yang berusaha

Yang berusaha

Yang berusaha