karnival pendidikan sains dan teknologi peringkat...

3
( htp : / cet r ee . usm . my ) Karnival Pendidikan Sains Dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2012 Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2012 telah diadakan pada 18-21 September 2012, di Bukit Gambang Resort City, Pahang. Seramai 15 peserta dari setiap negeri telah menyertai pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan pada kali ini. Karnival Sains dan Teknologi Peringkat kebangsaan merupakan acara tahunan di bawah Program Penggalakan Sains dan Teknologi (PPST) yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama beberapa agensi. CETREE telah melakukan kerjasama bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan menganjurkan beberapa pertandingan seperti Solar Car, Efficiency Energy Cooking, EUREKA Renewable Energy & Energy Efficiency Beach House dan Solar Boat.

Upload: others

Post on 10-Feb-2021

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • (http://cetree.usm.my)

    Karnival Pendidikan Sains Dan Teknologi PeringkatKebangsaan 2012

    Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2012 telah diadakan pada 18-21 September 2012, diBukit Gambang Resort City, Pahang. Seramai 15 peserta dari setiap negeri telah menyertai pertandingan peringkatkebangsaan yang dianjurkan pada kali ini.

    Karnival Sains dan Teknologi Peringkat kebangsaan merupakan acara tahunan di bawah Program Penggalakan Sainsdan Teknologi (PPST) yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah anjuran Kementerian PelajaranMalaysia dengan kerjasama beberapa agensi.

    CETREE telah melakukan kerjasama bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan menganjurkan beberapapertandingan seperti Solar Car, Efficiency Energy Cooking, EUREKA Renewable Energy & Energy Efficiency BeachHouse dan Solar Boat.

    http://cetree.usm.my/

  • Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan memupuk minat di kalangan para pelajar terhadap bidang sainsdan teknologi hijau. Di samping itu, program ini turut menggalakkan mereka untuk bersaing secara sihat menerusiaktiviti-aktiviti yang dipertandingkan.

    Bagi acara pertandingan Solar Car telah dimenangi oleh peserta dari SMK Keat Hwa 2, Kedah, Efficiency EnergyCooking telah dimenangi oleh SMJK Chung Ling, Pulau Pinang, EUREKA Renewable Energy & Energy Efficiency BeachHouse dimenangi oleh SK Bakri Batu 2, Johor dan Solar Boat telah dimenangi oleh SMA Persekutuan Labu, NegeriSembilan.

    Penganjuran pertandingan yang melibatkan pendidikan sains dan teknologi hijau akan meningkatkan lagi kesedaranawam terhadap kepentingan teknologi hijau dan alam sekitar kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah.

    {backbutton}

    Terkini

    Pautan

  • Polisi Keselamatan & Penafian (/index.php/ms/penafian)

    Peta Laman (/index.php/ms/peta-laman)

    http://cetree.usm.my/index.php/ms/penafianhttp://cetree.usm.my/index.php/ms/peta-laman