karnival asrama 1malysia 2015

Upload: abdulkadirhjmadeli

Post on 13-Jan-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

wllkjh

TRANSCRIPT

Karnival Asrama 1Malaysia 2015

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KARNIVAL ASRAMA 1MALAYSIA

PLAZA ANGSANA

JOHOR BAHRU, JOHOR

17 19 APRIL 2015

TAJUK

SOAL SELIDIK DI KALANGAN MURID SEKOLAH TENTANG KEWUJUDAN ASRAMA HARIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIASemua murid dan ibu bapa telah memberikan respon yang positif terhadap semua soalan yang dikemukakan di dalam soal selidik ini. Bagi menjawab soalan murid diberikan masa dan ruang yang secukupnya untuk berfikir tentang jawapan yang sesuai iaitu dengan menandakan ( _/ ) pada ruang yang disediakan bagi setiap soalan. Murid hanya perlu _/ pada ruang ya atau tidak. Seramai 194 orang responden telah terlibat iatu 175 orang melibatkan murid sekolah dan 29 orang dikalangan ibu bapa.Persoalan Kajian Adakah murid-murid dan ibu bapa tahu tentang kewujudan Sekolah Asrama Harian Kementerian Pendidikan Malaysia?

Jadual 1 : Analisis Soalan Responden (Murid) Bil.PerkaraYaTidak

1Adakah anda memahami maksud Sekolah Asrama Harian?125(71.43%)50(28.57%)

2Adakah Sekolah Asrama Harian terdapat di semua negeri?108(61.71%)67(38.29%)

3Adakah anda tahu syarat-syarat pengambilan murid ke Sekolah Asrama Harian?70(40.00%)105(60.00%)

4Adakah anda dan keluarga berasa seronok sekiranya terpilih menjadi penghuni asrama harian?135(77.14%)40(22.86%)

5Menjadi penghuni asrama harian adalah menjadi kebanggaan bagi anda dan keluarga.143(81.71%)32(18.29%)

6Asrama Harian menyediakan keadaan yang selesa dan kondusif.144(82.29%)31(17.71%)

7Program peningkatan akademik dan kokurikulum banyak dijalankan di Sekolah Asrama Harian. Adakah anda bersedia untuk mengikuti setiap aktiviti tersebut?135(77.14%)40(22.86%)

8Menjadi penghuni asrama harian berjaya meningkatkan prestasi kecemerlangan akademik dan kokurikulum anda.117(66.86%)58(33.14%)

9Tinggal di Sekolah Asrama Harian banyak membantu anda menjadi lebih berdikari dan mampu membuat keputusan dengan bijak.137(78.29%)38(21.71%)

10Adakah anda akan terus memilih untuk menjadi penghuni asrama harian sehingga tamat persekolahan?106(60.57%)69(39.43%)

Bilangan murid lelaki yang terlibat dalam soal selidik ini ialah 76 orang dan bialngan murid perempuan ialah 99 orang. Berdasarkan kepada soalan-soalan yang dikemukakan, rata-rata responden memberikan maklum balas yang baik dan pencapaian peratus setiap item dapat ditunjukkan berdasarkan analisis di atas. Berdasarkan analisis tersebut dapatlah dirumuskan bahawa pencapaiannya adalah pada tahap yang baik tentang pengetahuan responden mengenai Sekolah Asrama Harian. Cuma satu item sahaja mencapai peratus bawah 59% dan ke bawah iaitu bagi item nombor 3. Dalam item ini hanya 70 orang sahaja daripada 175 orang responden yang mengetahui syarat-syarat pengambilan murid ke Sekolah Asrama Harian. Terdapat 7 item yang lain menunjukkan peratusan pencapaian di antara 60% ke 79% iaitu pada tahap baik tentang dapatan yang diberikan oleh responden. Cuma ada satu item sahaja yang menunjukkan peratus 80% dan ke atas iaitu bagi item nombor 5 dan item nombor 6. Responden bersetuju bahawa menjadi penghuni asrama harian adalah menjadi menjadi satu kebanggaan bagi diri responden dan juga keluarga. Responden juga yakin dan percaya bahawa asrama harian dapat menyediakan keadaan yang selesa dan kondusif bagi pelajar-pelajar yang menjadi penghuninya. Jadual 1 : Analisis Soalan Responden (Ibu Bapa)

Bil.PerkaraYaTidak

1Adakah anda memahami maksud Sekolah Asrama Harian?28(96.55%)1(3.45%)

2Adakah Sekolah Asrama Harian terdapat di semua negeri?24(82.76%)5(17.24%)

3Adakah anda tahu syarat-syarat pengambilan murid ke Sekolah Asrama Harian?22(75.86%)7(24.14%)

4Adakah anda dan keluarga berasa seronok sekiranya terpilih menjadi penghuni asrama harian?25(82.76%)4(17.24%)

5Menjadi penghuni asrama harian adalah menjadi kebanggaan bagi anda dan keluarga.24(82.76%)5(17.24%)

6Asrama Harian menyediakan keadaan yang selesa dan kondusif.25(86.21%)5(17.24%)

7Program peningkatan akademik dan kokurikulum banyak dijalankan di Sekolah Asrama Harian. Adakah anda bersedia untuk mengikuti setiap aktiviti tersebut?29(100%)0(0%)

8Menjadi penghuni asrama harian berjaya meningkatkan prestasi kecemerlangan akademik dan kokurikulum anda.28(96.55%)1(3.45%)

9Tinggal di Sekolah Asrama Harian banyak membantu anda menjadi lebih berdikari dan mampu membuat keputusan dengan bijak.29(100%)0(0%)

10Adakah anda akan terus memilih untuk menjadi penghuni asrama harian sehingga tamat persekolahan?28(96.55%)1((3.45%)

Bilangan ibubapa yang terlibat dengan soal selidik ini ialah 29 orang sahaja. Berdasarkan kepada soalan-soalan yang dikemukakan, rata-rata responden memberikan maklum balas yang baik dan pencapaian peratus setiap item dapat ditunjukkan berdasarkan analisis di atas. Berdasarkan analisis tersebut dapatlah dirumuskan bahawa pencapaiannya adalah pada tahap yang sangat baik tentang pengetahuan responden mengenai Sekolah Asrama Harian. Cuma satu item sahaja mencapai peratus bawah 79% iaitu bagi item nombor 3. Dalam soal selidik ini hanya 22 orang sahaja daripada 29 orang responden yang mengetahui syarat-syarat kemasukan ke asrama harian. Dalam item ini jelas menunjukkan masih terdapat ibubapa yang kurang mengetahui tentang syarat-syarat pengambilan murid ke Sekolah Asrama Harian. Terdapat 9 item yang lain menunjukkan peratusan pencapaian 80% dan ke atas iaitu pada tahap sangat baik. Ini jelas menunjukkan responden dapat memahami maksud sekolah asrama harian. Responden bersetuju bahawa anak-anak mereka akan seronok untuk tinggal di asrama sekolah dengan keadaan yang selesa dan kondusif, yakin dapat meningkatkan kecemerlangan pencapaian akademik dan kokurikulum melalui program yang dijalankan dan yakin bahawa anak-anak mampu belajar berdikari dan membuat keputusan dengan baik.Sekian.

PAGE