karangan.docx

3
Pada zaman dahulu,manusia hidup secara primitif sebelum adanya kemajuan sains dan teknologi.Malah,banyak masa dan tenaga digunakan untuk melakukan sesuatu kerja.Pada era globalisasi ini,kemajuan sains dan teknologi semakin berkembang ‘ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan’. Antara kemajuan sains dan teknologi yang memberi kebahagiaan kepada manusia termasuklah memberikan kemudahan yang lebih banyak kepada suri rumah tangga.Kemajuan sains dan teknologi telah menghasilkan peralatan yang moden seperti periuk nasi,mesin basuh,dapur,pembersih hampagas,pendingin hawa dan sebagainya.Maka,dengan adanya peralatan moden,tugas rumah tangga dapat dilakukan dengan lebih cepat dan teratur.Secara tidak langsung,masa dan tenaga seseorang suri rumah tangga dapat dijimatkan. KEMAJU AN SAINS DAN TEKNOL OGI MEMBER I KEBAHA GIAAN KEPADA MANUSI A

Upload: gk-kumar

Post on 08-Dec-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan.docx

Pada zaman dahulu,manusia hidup secara primitif sebelum adanya kemajuan sains dan teknologi.Malah,banyak masa dan tenaga digunakan untuk melakukan sesuatu kerja.Pada era globalisasi ini,kemajuan sains dan teknologi semakin berkembang ‘ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan’.

Antara kemajuan sains dan teknologi yang memberi kebahagiaan kepada manusia termasuklah memberikan kemudahan yang lebih banyak kepada suri rumah tangga.Kemajuan sains dan teknologi telah menghasilkan peralatan yang moden seperti periuk nasi,mesin basuh,dapur,pembersih hampagas,pendingin hawa dan sebagainya.Maka,dengan adanya peralatan moden,tugas rumah tangga dapat dilakukan dengan lebih cepat dan teratur.Secara tidak langsung,masa dan tenaga seseorang suri rumah tangga dapat dijimatkan.

Seterusnya,kemajuan sains dan teknologi memberi kesempatan kepada para petani untuk berkembang maju dalam sektor pertanian.Para petani dapat menggunakan jentera moden dalam menjalankan kegiatan pertanian.Misalnya,mesin jentuai padi digunakan untuk menuai padi dengan lebih cepat. Tambahan pula,bahan kimia seperti racun serangga bagi menggantikan kaedah biologi dan baja kimia untuk menggantikan baja organik telah diperkenalkan untuk meningkatkan hasil pertanian.Malah, benih yang bermutu juga diperkenalkan.Ekoran itu,seseorang petani dapat memperoleh hasil yang lumayan setiap tahun.Contohnya,penanaman

KEMAJUAN SAINS DAN

TEKNOLOGI MEMB

ERI KEBA

HAGIAAN

KEPADA

MANUSIA

Page 2: Karangan.docx

padi dapat dijalankan tiga kali dalam setahun dengan penggunaan jentera moden dan penggunaan racun serangga meningkatkan hasil kelapa sawit pada setiap bulan.

Selain itu,perhubungan yang semakin mudah dan moden juga meningkat ekoran dari kemajuan sains dan teknologi.Pembinaan lebuh raya,pelabuhan,dan lapangan terbang yang canggih dan teratur memudahkan perjalanan penduduk ke sesuatu tempat dengan lebih cepat dan selesa.Malah,masa dan tenaga seseorang juga dapat dijimatkan.Secara tidak langsung,kesesakan lalu lintas juga dapat dikurangkan.Sebagai buktinya,pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) dan Pelabuhan Tanjung Pelepas membolehkan perjalanan seseorang ke destinasi yang ditujui dalam masa yang lebih singkat.

Akhir sekali,seseorang juga dapat berkomunikasi dengan rakan dengan mudah dan cepat.Peredaran zaman telah membawa kepada pengenalan telefon bimbit dan laman sosial seperti ‘Facebook’ dan ‘WhatsApp’ yang membantu sesorang berkomunikasi dengan lebih lancar.Malah,seseorang tidak perlu membazirkan masa dengan menulis surat untuk berkomunikasi kerana bak kata pepatah ‘masa itu emas’.

Kesimpulannya,kita harus bersyukur atas kemajuan sains dan teknologi yang dimiliki sekarang.Namun demikian,kemajuan sains dan teknologi tidak haruslah digunakan untuk menyebarkan ideologi negatif yang dapat menghancurkan masa depan seseorang.

-GK KUMAR-

OLEH:GANESKUMAR A/L ARUMUGAM

TINGKATAN:3A1