kandunganhsp+k.t+tahun+4

19
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4 TEMA 1: RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA Tema ini mengisahkan rumah sebagai keperluan asas manusia. Sejarah telah membuktikan bahawa manusia mula menduduki gua sebagai tempat berlindung semasa petempatan awal. Akibat perubahan zaman, manusia mula mempelbagaikan jenis petempatan mereka. Di samping itu, faktor-faktor luaran juga menyumbang kepada reka bentuk dan jenis rumah di negara kita. Murid perlu menghargai rumah sebagai tempat tinggal dan menjadikan rumah sebagai Rumahku Syurgaku . Murid juga perlu menjadikan rumah sebagai satu tempat istimewa dalam kehidupannya. 13

Upload: iena-basir

Post on 02-Jan-2016

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

HS

TRANSCRIPT

Page 1: KandunganHSP+K.T+Tahun+4

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

TEMA 1: RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA

Tema ini mengisahkan rumah sebagai keperluan asas manusia. Sejarah telah

membuktikan bahawa manusia mula menduduki gua sebagai tempat berlindung

semasa petempatan awal. Akibat perubahan zaman, manusia mula

mempelbagaikan jenis petempatan mereka. Di samping itu, faktor-faktor luaran

juga menyumbang kepada reka bentuk dan jenis rumah di negara kita. Murid

perlu menghargai rumah sebagai tempat tinggal dan menjadikan rumah

sebagai ‘Rumahku Syurgaku’. Murid juga perlu menjadikan rumah sebagai satu

tempat istimewa dalam kehidupannya.

13

Page 2: KandunganHSP+K.T+Tahun+4

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

TEMA 1 : RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA

OBJEKTIF : 1. Memahami sejarah dan jenis petempatan awal manusia2. Memahami faktor yang mempengaruhi pembinaan rumah3. Mengenali jenis rumah di Malaysia dan negara lain serta kepentingannya4. Menghargai rumah sebagai tempat tinggal

TEMA / TOPIK HASIL PEMBELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

1. RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA

1.1 Perkembangan Corak Petempatan Manusia

a. Sejarah awal petempatan manusia

i. Persekitaran gua

ii. Kawasan lapang

iii. Pinggiran sungai atau tasik

1. Menyenaraikan corak petempatan awal manusia

2. Menceritakan corak petempatan awal manusia

3. Membandingkan dan membezakan dua jenis petempatan awal manusia

4. Menerangkan persekitaran gua ialah jenis petempatan awal yang sesuai

5. Menerangkan keperluan tinggal di kawasan lapang

6. Menceritakan kepentingan tinggal di pinggiran sungai atau tasik

Bersyukur dengan adanya rumah sebagai tempat tinggal

Bersyukur dengan pembinaan rumah yang sempurna

Bersyukur dan berbangga dengan rumah sendiri

1. Membina model gua sebagai petempatan awal manusia daripada bahan terbuang

2. Membuat buku skrap tentang pelbagai jenis petempatan awal manusia

3. Melukis gambar sejarah awal petempatan manusia

4. Mengumpulkan gambar petempatan awal manusia dan menulis karangan pendek berkaitan gambar tersebut

14

Page 3: KandunganHSP+K.T+Tahun+4

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

TEMA / TOPIK HASIL PEMBELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

b. Jenis petempatan awal

i. Berpindah randah

ii. Gua

iii. Tempat kediaman

pondok ran

1. Menyatakan sebab manusia berpindah randah pada peringkat awal

2. Menyatakan keistimewaan manusia tinggal di persekitaran gua

3. Menyatakan jenis tempat kediaman petempatan awal

Berbangga dengan adanya pelbagai jenis rumah yang terdapat di negara kita

Berbangga dengan nilai estetika seni bina rumah di negara kita

Bersyukur dengan pembinaan rumah yang sempurna

1. Menghasilkan buku skrap tentang petempatan awal manusia

2. Melayari laman web untuk mendapatkan maklumat tentang jenis-jenis petempatan awal manusia

3. Lawatan ke muzium dan melaporkan gambaran petempatan awal manusia

4. Membuat model tempat kediaman petempatan awal manusia daripada bahan terbuang

15

Page 4: KandunganHSP+K.T+Tahun+4

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

TEMA / TOPIK HASIL PEMBELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

Faktor Mempengaruhi Pembinaan Rumah

a. Faktor yang mempengaruhi jenis rumah di Malaysia dan negara lain

i. Sejarah

ii. Geografi

iii. Keselamatan

iv. Keselesaan

v. Kepadatan penduduk

1. Menerangkan latar belakang sejarah mempengaruhi reka bentuk rumah

2. Menerangkan bentuk muka bumi sebagai faktor yang mempengaruhi jenis rumah

3. Menyatakan ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada reka bentuk rumah di Malaysia

4. Menceritakan ciri- ciri keselesaan sesebuah rumah

5. Menerangkan faktor-faktor kepadatan penduduk mempengaruhi pembinaan rumah

6. Menghuraikan ciri-ciri fizikal yang sesuai sebagai lokasi tempat tinggal

Bersyukur dan berbangga dengan rumah sendiri

Berbangga dengan nilai estetika seni bina rumah di negara kita

Berbangga dengan adanya pelbagai jenis rumah yang terdapat di negara kita

Bersyukur dengan adanya rumah sebagai tempat perlindungan

1. Menghasilkan model rumah daripada bahan terbuang berdasarkan aspek fizikal

2. Menghasilkan buku skrap tentang pelbagai jenis rumah di dunia

3. Menulis puisi bertemakan rumah

4. Melayari laman web untuk mendapatkan maklumat tentang pelbagai jenis rumah di Malaysia dan di negara lain

16

Page 5: KandunganHSP+K.T+Tahun+4

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

TEMA / TOPIK HASIL PEMBELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

Jenis Rumah

a. Rumah di Malaysia

i. Rumah tradisional

rumah panjang

rumah Minangkabau

rumah kampung

ii. Rumah moden

banglo rumah teres rumah

pangsa kondominiu

m

iii. Pembinaan rumah

struktur binaan

bahan binaan

pelan dan ruang

1. Menyatakan jenis reka bentuk rumah di Malaysia

2. Menamakan contoh rumah tradisional dan rumah moden di Malaysia

3. Membandingkan dan membezakan rumah tradisional dan rumah moden berdasarkan pembinaan rumah

4. Menjelaskan pembinaan rumah yang selesa dan kualiti

Berbangga dengan adanya pelbagai jenis rumah yang terdapat di negara kita

Berbangga dengan nilai estetika seni binaan rumah di negara kita

Bersyukur dan berbangga dengan rumah sendiri

1. Melukis gambar rumah tradisional

2. Menyanyikan dan membincangkan lirik lagu bertemakan rumah

3. Mencari maklumat di pusat sumber sekolah tentang pembinaan sesebuah rumah

4. Melukis rumah impian anda

17

Page 6: KandunganHSP+K.T+Tahun+4

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

TEMA / TOPIK HASIL PEMBELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

b. Rumah di negara lain

i. Zon Sederhana Sejuk

ii. Zon Sederhana Panas

iii. Zon Sejuk

iv. Zon Panas

1. Menerangkan jenis rumah di empat zon iklim dunia

2. Menyatakan reka bentuk rumah yang terdapat di negara lain

3. Membandingkan dan membezakan rumah di Zon Sejuk dan Zon Panas berdasarkan reka bentuknya

Berbangga dengan nilai estetika seni bina rumah di negara sendiri

1. Membuat buku skrap tentang pelbagai jenis rumah di negara lain

2. Melayari laman web untuk mendapatkan maklumat tentang reka bentuk rumah di empat zon iklim dunia

3. Menulis laporan tentang cuaca dan iklim, zon iklim dunia dan melukis reka bentuk rumah di zon tersebut

18

Page 7: KandunganHSP+K.T+Tahun+4

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

TEMA / TOPIK HASIL PEMBELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

1.4 Kepentingan Rumah

a. Fungsi

i. Memberikan perlindungan

ii. Menyediakan 2keselesaan

iii. Mewujudkan kemesraan anggota keluarga

1. Menyenaraikan kepentingan rumah kepada manusia

2. Menjelaskan kepentingan rumah sebagai tempat perlindungan

3. Menghuraikan fungsi rumah sebagai tempat yang dapat mewujudkan kemesraan ahli keluarga

4. Menjelaskan peranan dan tanggungjawab anggota keluarga terhadap keselesaan di dalam rumah

Bersyukur dengan adanya rumah sebagai tempat perlindungan

Berterima kasih kepada keluarga kerana menyediakan rumah yang selesa

1. Mengumpulkan gambar-gambar rumah, pelan dan ruang serta membuat laporan berkaitan fungsi rumah kepada manusia

2. Melakukan gerak kerja kumpulan tentang fungsi rumah kepada manusia

19

Page 8: KandunganHSP+K.T+Tahun+4

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

TEMA 2: PERIHAL KAWASAN SETEMPAT

Tema ini membolehkan murid mengenali dan menghargai lokasi tempat tinggal

mereka. Dalam tema ini, murid diperlihatkan tentang identiti tempat tinggal

mereka dari segi sejarah, keistimewaan, pentadbiran, kemudahan dan

perkhidmatan awam serta dapat mengenali pelbagai ciri kehidupan masyarakat

setempat. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum memperlihatkan

kekayaan negara kita dari segi kaum dan budaya yang perlu dihormati untuk

memupuk sikap toleransi kepada setiap murid. Dengan wujudnya sikap

sebegini, diharapkan semangat patriotik murid dan rakyat Malaysia dapat

dipertingkatkan untuk menjamin kesejahteraan negara pada masa hadapan.

20

Page 9: KandunganHSP+K.T+Tahun+4

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

TEMA 2 : PERIHAL KAWASAN SETEMPAT

OBJEKTIF : 1. Mengenali lokasi tempat tinggal murid2. Memperihalkan identiti setempat dari segi sejarah, keistimewaan, struktur pentadbiran dan kemudahan3. Mengenali ciri masyarakat setempat

TEMA / TOPIK HASIL PEMBELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

2. PERIHAL KAWASAN SETEMPAT

2.1 Latar Belakang Kawasan Setempat

a. Lokasi

i. Kawasan tempat tinggal murid dalam hubungan dengan mukim, daerah/bahagian

kampung taman

perumahan ladang pekan bandar

1. Menyatakan lokasi tempat tinggal murid

2. Menyatakan kawasan tempat tinggal murid

3. Membandingkan dan membezakan dua kawasan tempat tinggal

berdasarkan lokasi

Berbangga dengan tempat tinggal sendiri

1. Melukis peta lakar menunjukkan kawasan tempat tinggal murid

2. Berdasarkan peta daerah, murid mengenal pasti kedudukan tempat tinggal murid

3. Melabelkan peta daerah untuk menunjukkan lokasi tempat tinggal murid

4. Melukis peta laluan ke lokasi tempat tinggal murid

21

Page 10: KandunganHSP+K.T+Tahun+4

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

TEMA / TOPIK HASIL PEMBELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

b. Aspek fizikal

i. Keadaan muka bumi

tanah tinggi tanah pamah lembangan pinggir laut

1. Menyatakan pelbagai bentuk muka bumi negara Malaysia

2. Mengenal pasti kepelbagaian bentuk muka bumi di kawasan tempat tinggal murid

3. Membandingkan dan membezakan keistimewaan aspek fizikal antara tanah tinggi dengan tanah pamah

Bersyukur dengan persekitaran semula jadi yang terdapat di kawasan tempat tinggal murid

1. Dengan merujuk peta negeri, murid menyatakan keadaan muka bumi yang terdapat di mukim dan di daerah mereka sendiri

2. Membina model yangmenunjukkan keadaan bentuk muka bumi kawasan tempat tinggal murid daripada kertas tumbuk dan plastisin

22

Page 11: KandunganHSP+K.T+Tahun+4

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

TEMA / TOPIK HASIL PEMBELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

c. Cuaca

i. Keadaan cuaca

hujan panas mendung redup berangin

ii. Pengaruh cuaca terhadap kegiatan harian

1. Menyatakan keadaan cuaca tempat tinggal murid (pada sesuatu masa)

2. Menerangkan maksud simbol-simbol cuaca

3. Menerangkan ciri keistimewaan cuaca setempat

4. Menjelaskan pengaruh cuaca ke atas kegiatan harian penduduk setempat

5. Menyatakan langkah keselamatan yang perlu diambil oleh murid sewaktu banjir

Bersyukur dengan keadaan cuaca di tempat tinggal sendiri

Meredai apa-apa jua keadaan cuaca yang memberikan manfaat kepada semua kehidupan

1. Melukis simbol-simbol cuaca

2. Membina carta cuaca : menandakan

keadaan cuaca harian

merekod suhu harian mencatatkan arah

angin

3. Mencatatkan kegiatan harian murid (satu minggu) tentang pengaruh cuaca seperti hujan lebat, cuaca panas dan angin kencang terhadap kegiatan murid

4. Membuat perbandingan cuaca di negara kita dengan negara lain dan menulis laporanContoh: Iklim di Malaysia

dan di Jepun

23

Page 12: KandunganHSP+K.T+Tahun+4

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

TEMA / TOPIK HASIL PEMBELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

2.2 Identiti Setempat

a. Sejarah atau legenda

i. Asal usul nama tempat dari aspek sejarah atau legenda

ii. Peristiwa setempat

1. Menceritakan asal usul nama tempat tinggal murid

2. Menyenaraikan peristiwa bersejarah di kawasan setempat

3. Menceritakan salah satu peristiwa setempat yang paling istimewa bagi murid

Berbangga dengan identiti tempat sendiri

Berbangga dengan sejarah dan legenda setempat

1. Menulis laporan : Menemu bual

penduduk setempat tentang asal-usul nama setempat

Menemu bual penduduk setempat tentang cerita legenda

Menemu bual orang sumber tentang peristiwa penting yang berlaku di kawasan setempat

2. Melukis gambar tentang cerita asal-usul nama setempat

24

Page 13: KandunganHSP+K.T+Tahun+4

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

TEMA / TOPIK HASIL PEMBELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

b. Keistimewaan setempat

i. Keistimewaan dari segi :

alam semula jadi warisan sejarah kesenian dan

kebudayaan prasarana

1. Menyenaraikan keistimewaan tempat tinggal murid

2. Menyatakan contoh-contoh berkaitan keistimewaan setempat

3. Menceritakan keistimewaan prasarana yang terdapat di kawasan tempat tinggal murid

Berbangga dengan keistimewaan tempat sendiri

Bersama bertanggungjawab untuk meningkatkan imej tempat sendiri

1. Melawat ke tempat peninggalan warisan sejarah dan menulis laporan

2. Menghasilkan buku skrap: menemu bual

penduduk tentang keistimewaan setempat

memerhati dan merakamkan prasarana setempat

3. Memperagakan pakaian tradisional sempena Minggu Patriotik

25

Page 14: KandunganHSP+K.T+Tahun+4

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

TEMA / TOPIK HASIL PEMBELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

c. Struktur pentadbiran

i. Kampung / Taman Perumahan / Ladang

ii. Mukim

iii. Daerah

iv. Negeri

1. Menamakan ketua pentadbiran mengikut jawatan di peringkat kampung, mukim, daerah dan negeri

2. Menyatakan organisasi pentadbiran tempat tinggal murid pada peringkat taman / kampung / ladang

3. Menamakan jabatan-jabatan pentadbiran dan perkhidmatan awam di kawasan tempat tinggal murid

Menghormati ketua-ketua pentadbiran setempat

1. Mencari maklumat tentang jawatan pentadbiran kampung / mukim / daerah dan menulis carta organisasi

2. Berbincang serta mencatatkan hasil perbincangan secara kumpulan tentang bidang kuasa mengikut kawasan bagi tiap-tiap organisasi pentadbiran

Contoh

Penghulu : Pentadbiran sesuatu mukim

26

Page 15: KandunganHSP+K.T+Tahun+4

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

TEMA / TOPIK HASIL PEMBELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

d. Kemudahan dan perkhidmatan awam

i. Perkhidmatan perhubungan

ii. Perkhidmatan pendidikan

iii. Perkhidmatan keselamatan

iv. Perkhidmatan kesihatan

v. Kemudahan beribadat

1. Menyatakan fungsi kemudahan dan perkhidmatan awam

2. Menyenaraikan jenis kemudahan dan perkhidmatan awam di tempat murid

3. Menyenaraikan jenis perkhidmatan yang disediakan oleh perkhidmatan awam

4. Menjelaskan kepentingan pelbagai perkhidmatan awam di tempat murid

Bersyukur dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di kawasan setempat

1. Berdasarkan satu jenis kemudahan awam, bincangkan kepentingan dan cara menjaganya

2. Taklimat daripada orang sumber tentang perkhidmatan awam setempat

3. Mengumpulkan bahan edaran seperti risalah dan poster yang berkaitan dengan kemudahan dan perkhidmatan awam.

4. Membincangkan dan mencatatkan perkara penting tentang kepentingan kemudahan dan perkhidmatan awam

5. Melayari laman web institusi atau syarikat yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan awam untuk mengetahui kepentingan organisasi tersebut

27

Page 16: KandunganHSP+K.T+Tahun+4

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

TEMA / TOPIK HASIL PEMBELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

Masyarakat Setempat

a. Penduduk

i. Taburan

kaum umur jantina pekerjaan agama dan kepercayaan

1. Menyatakan kaum yang terdapat di tempat tinggal murid

2. Menyatakan agama dan kepercayaan masyarakat setempat

3. Menyenaraikan jenis pekerjaan masyarakat setempat

4. Menerangkan faktor yang mempengaruhi pekerjaan masyarakat setempat

5. Menyatakan kewujudan dan komposisi masyarakat setempat

Menyedari bahawa masyarakat setempat terdiri daripada pelbagai kaum

Menghormati agama dan kepercayaan masyarakat setempat

Berbangga dengan sumbangan setiap individu dalam masyarakat setempat

1. Merujuk pelbagai sumber untuk mengumpulkan maklumat tentang kaum masyarakat setempat

2. Menemu bual penduduk setempat tentang pekerjaan mereka

3. Mengklasifikasikan pekerjaan setempat berdasarkan bidang-bidang tertentu dan membuat rumusan

4. Menghasilkan buku skrap tentang masyarakat setempat berdasarkan aspek kaum pekerjaan agama dan

kepercayaan

28

Page 17: KandunganHSP+K.T+Tahun+4

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

TEMA / TOPIK HASIL PEMBELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

b. Kegiatan ekonomi

i. Jenis kegiatan

pertanian perlombongan perindustrian perkhidmatan pelancongan perniagaan

ii. Faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi setempat atau pekerjaan utama penduduk

1. Menyenaraikan jenis kegiatan ekonomi setempat

2. Menyatakan pekerjaan utama penduduk setempat

3. Menjelaskan faktor yang mempengaruhi pekerjaan utama penduduk setempat

4. Menyatakan faktor yang mewujudkan kegiatan pelancongan / pertanian / perindustrian / perkhidmatan

Bersyukur dengan sumbangan kegiatan ekonomi setempat

1. Mengklasifikasikan pekerjaan setempat berdasarkan bidang-bidang tertentu

2. Membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi setempat atau pekerjaan utama penduduk dan menulis laporan.

3. Melakonkan simulasi tentang keistimewaan tempat tinggal murid sebagai kawasan pelancongan

4. Membuat buku skrap tentang sesuatu kegiatan ekonomi utama di tempat anda

29