kandungan - negeri sembilan · 2015. 8. 20. · kandungan bil tajuk mukasurat 1. perutusan yb....

15

Upload: others

Post on 16-Feb-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Kandungan

    Bil Tajuk Mukasurat

    1.

    Perutusan YB. Pegawai Kewangan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus.

    2 - 3

    2.

    Pegawai Kanan Pejabat Kewangan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus

    4

    3.

    Pencapaian 2010

    5

    4.

    Gambar : Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Sijil Ketua Audit Negara Sijil Anugerah Pengurusan Laman Web Peringkat Negeri Sembilan Sijil ISO 9001:2008

    6 - 7

    5.

    Prestasi Bahagian Pengurusan Kewangan Perbendaharaan Negeri Khidmat Pengurusan

    8 - 9

    10 – 12

    13 – 14

  • 2

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, Laporan Tahunan Pejabat Kewangan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2010 berjaya diterbitkan.

    Pada tahun 2010, jabatan ini telah melalui

    beberapa perubahan di peringkat struktur jabatan. Berdasarkan waran perjawatan bagi tahun 2010, satu unit baru telah diwujudkan di bawah Perbendaharaan Negeri iaitu Unit Khidmat Perunding SPEKS. Unit ini berfungsi sebagai unit sokongan kepada pengguna-pengguna Sistem Perakaunan Kerajaan Negeri Standard (Sistem SPEKS) yang terdiri daripada lebih 180 Pusat Tanggungjawab (PTJ) di seluruh Negeri Sembilan. Selain itu, unit ini juga berperanan dalam melaksanakan naziran bagi pelaksanaan Sistem SPEKS di peringkat Kerajaan Negeri.

    Mulai tahun 2010 pentadbiran Pejabat DYMM Yang di-Pertuan Besar

    Negeri Sembilan dan pentadbiran Balai Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin tidak lagi di bawah kawalan pejabat ini. Pentadbiran Pejabat DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah diletakkan di bawah kawalan Pengelola Bijaya Diraja. Pentadbiran Balai Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin adalah di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

    Kualiti merupakan satu aspek yang sangat ditekankan dalam pentadbiran pejabat ini. Bagi tahun 2010, pejabat ini telah berjaya mengekalkan penarafan empat bintang dalam Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan oleh Jabatan Audit Negara Malaysia dan memperolehi Sijil MS ISO 9001:2008. Sesungguhnya, penganugerahan ini merupakan pemangkin dalam usaha untuk melonjakkan prestasi seiring dengan misi dan visi jabatan.

    PERUTUSAN YB. PEGAWAI KEWANGAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

  • 3

    Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua

    warga kerja Pejabat Kewangan Negeri, Negeri Sembilan di atas komitmen dan penghasilan kerja berkualiti dan cemerlang. Semoga usaha ini sentiasa dipertingkatkan dan diteruskan. Sekian, terima kasih. Dato’ Ab. Radzak bin Ab. Rahman Pegawai Kewangan Negeri Negeri Sembilan Darul Khusus

  • 4

    PEGAWAI KANAN PEJABAT KEWANGAN NEGERI , NEGERI SEMBILAN

  • 5

    PENCAPAIAN 2010 Penarafan Empat Bintang Indeks Akauntabiliti

    Pengurusan Kewangan Jabatan Audit Negara bagi tahun 2009

    Sijil Audit Bersih Jabatan Audit Negara bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2009

    Pensijilan ISO 9001 : 2008

    Tempat Ketiga Anugerah Pengurusan Laman Web

    Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2009

    Prestasi Perbelanjaan Mengurus 90.40%

  • 6

  • 7

    Gambar : Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara (kiri) dan Sijil Tempat Ketiga Anugerah Pengurusan Laman Web Peringkat Negeri Sembilan (kanan)

    Gambar : Sijil ISO 9001:2008 (kiri) dan Penyampaian Sijil ISO 9001:2008 oleh Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus

  • 8

    PRESTASI BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN SEKSYEN BELANJAWAN DAN PINJAMAN � Menyediakan belanjawan Kerajaan Negeri

    � Belanjawan berimbang (hasil: RM 298.184 juta , mengurus: RM298.184 juta) � Dibentangkan di Dewan Undangan Negeri 26 November 2010. � Waran peruntukan kepada jabatan-jabatan dikeluarkan pada 16 Disember 2010 � Surat Pekeliling Arahan Perbelanjaan Mengurus/Pembangunan Bil. 2/2010 dikeluarkan pada 29 Januari 2010

    � Bilangan Pindah Peruntukan yang diluluskan - 94

    � Menyelia Pinjaman Kerajaan Negeri / Badan Berkanun / Agensi � Memproses pengeluaran pinjaman – 20 proses pengeluaran pinjaman

    bekalan air - Mengeluarkan surat peringatan - Memproses bayaran

    SEKSYEN HASIL � Menganalisa dan mengkaji hasil negeri; penyediaan kertas cadangan kepada:

    i. Majlis Kewangan Negara (MKN) � Pemberian Bantuan 50% Kos Perbelanjaan Mengurus Berkaitan Sukan � Kajian Semula Formula Pemberian Kumpulan Wang Kekurangan Mengurus

    ii. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) � Pengecualian Kenaan Duti Hiburan � Kutipan Hasil Berkaitan Agama Islam Diakaunkan ke Baitulmal � Kajian Semula Had Amaun bagi Menggunakan Cek dan Draf Bank untuk Transaksi

    � Menyelia cukai hiburan � Penguatkuasaan ke atas pawagam secara bulanan. � Kutipan – RM 2.447 juta.

    � Menyelaras tuntutan hasil dari Kerajaan Persekutuan

    � Terimaan hasil – RM 53.32 juta

  • 9

    SEKSYEN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET

    1. Memantau pengurusan aset alih, aset hidup, dan stor Jabatan - Jabatan Kerajaan Negeri: � Lawatan naziran � Kursus modul aset SPEKS

    2. Mengurus permohonan: � Pembelian Luar Kontrak � Rundingan Terus � Pelantikan Perunding � Perubahan Kerja � Jawatankuasa Sebutharga � Pelupusan dan hapuskira

    SEKSYEN ANALISIS DAN PEMANTAUAN PELABURAN

    � Memantau saham pegangan Kerajaan Negeri. � Gunapakai pekeliling berkaitan kepada anak-anak syarikat Kerajaan Negeri:

    � Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/1993 - Jawatan Ketua Eksekutif dalam Syarikat-syarikat Kerajaan dan Syarikat yang Mempunyai Kepentingan Kerajaan

    � Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9/1993 - Garis Panduan Mengenai Penubuhan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan bagi Syarikat-syarikat Kerajaan

    � Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10/1993 - Dasar dan Garis Panduan Mengenai Bayaran Bonus oleh Syarikat-syarikat Kerajaan

    � Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11/1993 - Dasar dan Garis Panduan Mengenai Bayaran Dividen oleh Syarikat-syarikat Kerajaan

    � Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12/1993 - Arahan-arahan bagi Meningkatkan Kualiti Perancangan dan Kawalan ke atas Pengurusan Syarikat-syarikat Kerajaan

    � Kod Tadbir Urus Korporat (Semakan 2007) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

  • 10

    PERBENDAHARAAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN

    Pejabat Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan terbahagi kepada 3 Seksyen iaitu Seksyen Perakaunan ,Seksyen Perkhidmatan/Operasi dan Seksyen Khidmat Perunding SPEKS. Secara amnya, Perbendaharaan Negeri bertanggungjawab untuk mengendalikan hal-hal berkaitan perakaunan daripada segi penerimaan, mengawal perbelanjaan, bayaran dan penyediaan Penyata Akaun Tahunan Negeri. Perbendaharaan Negeri juga berfungsi untuk merancang, melaksanakan dan menyelenggara Sistem Perakaunan Kerajaan Negeri serta kawalan secukupnya bagi urusan Kumpulan Wang Disatukan. Disamping itu, Perbendaharaan Negeri juga bertanggung jawab mengurus aliran tunai Kerajaan Negeri dengan cekap dan melabur lebihan tunai dalam instrumen kewangan seperti Simpanan Tetap dan Short Term Money Market Deposit (STMMD).

    Bagi penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri, Perbendaharaan Negeri telah berjaya menyediakan Penyata Kewangan Tahun 2009 dan mengemukakannya beserta dokumen sokongan yang lengkap kepada Jabatan Audit Negara pada 24 Februari 2010. Ketua Audit Negara telah mengeluarkan Sijil Audit Bersih ke atas Penyata Kewangan Kerajaan Negeri pada 21 Jun 2010.

    Bagi pengurusan aliran tunai Kerajaan Negeri pula, sebanyak 741 pindahan antara bank dilakukan bagi memastikan aliran tunai Kerajaan Negeri berada dalam keadaaan teratur dan mencukupi. Dalam melaksanakan pengurusan aliran tunai yang efisen dan cekap , sejumlah 171 urusniaga pembaharuan dan pelaburan baru Simpanan Tetap serta sejumlah 94 urusniaga pembaharuan Short Term Money Market Deposit (STMMD) telah diuruskan. Daripada urusniaga pelaburan tersebut, sejumlah RM4,439 juta faedah diperolehi daripada Simpanan Tetap dan sejumlah RM1,007 juta faedah telah diperolehi daripada Short Term Money Market Deposit (STMMD).

    Sehingga 31 Disember 2010, dokumen-dokumen kewangan Jabatan/Pusat Tanggungjawab seperti waran am/waran peruntukan kecil,penyata pemungut, baucer bayaran, baucer gaji, Kew 320,Sijil Gaji Akhir dan baucer jurnal yang diproses oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri dapat diringkaskan seperti Carta 1 dibawah:

    379

    48,181

    9,966

    1,329226

    13,754

    27,689

    0

    10000

    20000

    30000

    40000

    50000

    Jenis Dokumen

    Carta 1: Statistik dokumen kewangan yang diproses oleh

    Perbendaharaan Negeri bagi tahun 2010

    waran am/peruntukan kecil

    baucer bayaran

    baucer gaji

    baucer jurnal

    Sijil Gaji Akhir

    Kew 320

    Penyata Pemungut

  • 11

    Bagi pengurusan baucer bayaran, sebanyak 48,181 baucer bayaran yang

    melibatkan 84 Pusat Tanggungjawab telah diproses oleh Perbendaharaan Negeri. Daripada jumlah tersebut, kesemua (100%) baucer bayaran telah diproses dalam tempoh kurang dari 2 hari bekerja. Daripada jumlah baucer bayaran tersebut juga, sebanyak 28,975 cek dan 50,687 pembayaran secara EFT telah dikeluarkan. Carta 2 menunjukkan prestasi pengurusan baucer bayaran bagi tahun 2010 dan Carta 3 menunjukkan pecahan kaedah pembayaran bagi tahun 2010.

    Carta 2 : Prestasi pengurusan baucer Bayaran

    0, 0%

    48,181, 100%

    Diproses

    kurang 2 hari

    Diproses lebih

    2 hari

    8,975

    50,867

    0

    20,000

    40,000

    60,000

    Jenis pembayaran

    Carta 3: Perbandingan pembayaran melalui

    Cek dan EFT bagi Tahun 2010

    Cek

    EFT

    Bagi pengurusan Penyata Pemungut pula, sebanyak 27,689 penyata pemungut

    yang melibatkan 111 Pusat Tanggungjawab telah diproses oleh Perbendaharaan Negeri. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 24,763 (89%) Penyata Pemungut telah diproses dalam tempoh 2 hari bekerja. Manakala sebanyak 2,936 Penyata Pemungut (11 %) telah diproses dalam tempoh lebih 2 hari bekerja. Carta 4 menunjukkan prestasi pengurusan Penyata Pemungut bagi Tahun 2010.

    Carta 4 : Prestasi pengurusan Penyata Pemungut

    2,936, 11%

    24,763, 89%

    Diproseskurang 2 hari

    Diproseslebih 2 hari

  • 12

    Perbendaharaan Negeri juga menjalankan aktiviti pengauditan dan khidmat

    nasihat di Jabatan dan Pusat Tanggungjawab bagi memastikan tatacara perakaunan dan prosedur kewangan dipatuhi. Bagi meningkatkan lagi usaha Perbendaharaan Negeri dalam aktiviti ini, Seksyen Khidmat Perunding SPEKS telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2010. Fungsi Seksyen ini bukan saja melakukan pemeriksaan ke atas semua dokumen kewangan dan sokongan baucer bayaran malaha memastikan semua prosedur pelaksanaan modul Sistem SPEKS dipatuhi. Carta 5 menunjukkan statistik naziran/pemeriksaan yang dilakukan oleh Perbendaharaan Negeri bagi tahun 2010.

    88

    38

    20 25

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    Bilangan lawatan

    Carta 5 : Jumlah lawatan Naziran bagi Tahun 2010

    Naziran SPEKS

    Naziran Terimaan

    Naziran Gaji

    Naziran Audit Tunai

    Dalam usaha meningkatkan kompetensi dan pengetahuan kakitangan dalam

    pengurusan kewangan dan perakaunan serta pengendalian sistem SPEKS di Jabatan dan Pusat Tanggungjawab, beberapa siri latihan dan kursus telah dijalankan oleh Perbendaharaan Negeri. Sebanyak 6 latihan/kursus pengendalian sistem SPEKS dan 5 latihan/kursus pengurusan perakaunan dan kewangan dijalankan yang melibatkan bukan sahaja di kalangan kakitangan sokongan, juga di kalangan Pegawai Pengawal Jabatan.

  • 13

    BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN SEKSYEN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Urus Setia Mesyuarat Peringkat Jabatan � Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan � Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus Jabatan � Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Pengurusan Personel Jadual 1: Statistik Anggota Pejabat

    Bil. Perkara Bil. Kakitangan

    1 Jumlah Keseluruhan Kakitangan 79

    2 Bertukar Keluar 10

    3 Bertukar Masuk 18

    4 Bersara 3

    Jadual 2: Bilangan Penerima AKC dan Penerima Pingat Tahun Bilangan Penerima AKC Bilangan Penerima Pingat

    2007 14 3

    2008 8 3

    2009 11 3

    2010 6 1

    SEKSYEN PENGURUSAN DAN PEMANTAUAN AUDIT Urus Setia Mesyuarat � Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan Jabatan � Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Jabatan � Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Peringkat Negeri Perbelanjaan Mengurus Perbelanjaan mengurus tahun 2010 adalah sebanyak 90.40% daripada jumlah peruntukan yang diluluskan. Jadual 2 menunjukkan butir-butir berkenaan perbelanjaan mengurus tahun 2010. Jadual 3 menunjukkan pecahan perbelanjaan mengurus tahun 2010.

  • 14

    Jadual 2: Perbelanjaan Mengurus Pejabat Kewangan Negeri bagi tahun 2010

    Peruntukan Asal

    (RM) Peruntukan Dibenarkan

    (RM) Perbelanjaan

    (RM) Peratus Perbelanjaan

    (%)

    4,169,000.00 4,169,000.00 3,768,730.41 90.4

    Jadual 3: Pecahan Perbelanjaan Mengurus bagi Tahun 2010

    PERKARA AMAUN (RM)

    Emolumen 2,527,748.58

    Perkhidmatan dan Bekalan 374,961.32

    Aset 87,053.00

    Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap 70,112.06

    Perbelanjaan lain 708,855.45

    JUMLAH 3,768,730.41