kandungan - kolej universiti islam...

17
1

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KANDUNGAN - Kolej Universiti Islam Melakakuim.edu.my/rnc/images/borang_uppi2017/GarisPanduanPenyelidikanPindaan... · v. Memutuskan bidang dan program keutamaan penyelidikan Kolej

1

Page 2: KANDUNGAN - Kolej Universiti Islam Melakakuim.edu.my/rnc/images/borang_uppi2017/GarisPanduanPenyelidikanPindaan... · v. Memutuskan bidang dan program keutamaan penyelidikan Kolej

1

KANDUNGAN

1. Nama ........................................................................................................................ 2

2. Takrif ........................................................................................................................ 2

3. Kategori Penyelidikan ............................................................................................... 3

4. Syarat-Syarat Dan Kelayakan Permohonan ............................................................. 3

5. Jawatankuasa Penilaian Permohonan Geran Penyelidikan Dalam (JPPGPD) ........ 4

6. Jawatankuasa Tetap Senat Penyelidikan Dan Inovasi (JTSPI) ................................ 4

7. Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti (JPF) ................................................................ 5

8. Etika Penyelidikan .................................................................................................... 6

9. Tanggungjawab Penyelidik ...................................................................................... 6

10. Penilaian Projek (Laporan Kemajuan Dan Laporan Akhir) ..................................... 8

11. Penangguhan, Penggantungan Dan Penamatan ................................................. 10

12. Pengurusan Kewangan Dan Aset ........................................................................ 10

13. Pelantikan Penyelidik Bersekutu, Pasca Doktoral Dan, Felo Penyelidik……… ... 11

14. Pelantikan Pembantu Penyelidik Siswazah, Pembantu Penyelidik, Pembantu

Lapangan Dan Pelajar Bekerja ................................................................................. 11

15. Kadar-Kadar Upah Pembantu Penyelidik Siswazah, Pembantu Penyelidik,

Pembantu Lapangan Dan Pelajar Bekerja ................................................................. 12

16. Hasil Penyelidikan ............................................................................................... 12

17. Penggunaan Kemudahan Universiti .................................................................... 13

18. Harta Intelek Dan Pengkomersialan .................................................................... 13

19. Kolaborasi Dan Jaringan Kepakaran ................................................................... 13

20. Penghargaan ....................................................................................................... 14

21. Insentif ................................................................................................................. 14

22. Penafian .............................................................................................................. 14

23.Tambahan .............................................................................................................. 14

Page 3: KANDUNGAN - Kolej Universiti Islam Melakakuim.edu.my/rnc/images/borang_uppi2017/GarisPanduanPenyelidikanPindaan... · v. Memutuskan bidang dan program keutamaan penyelidikan Kolej

2

1. NAMA

Garis panduan ini dinamakan Garis Panduan Umum Penyelidikan Kolej Universiti Islam Melaka.

2. TAKRIF

Dalam garis panduan ini melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna

yang lain:

“Fakulti” bermaksud mana-mana fakulti dan akademi pengajian di Kolej Universiti Islam Melaka; “Jawatankuasa Penilaian Permohonan Geran Penyelidikan (JPPGP)” bermaksud jawatankuasa yang dijelaskan di bawah klausa 5 garis panduan ini; “Jawatankuasa Tetap Senat Penyelidikan Dan Inovasi (JTSPI)” bermaksud jawatankuasa yang dijelaskan di bawah klausa 6 garis panduan ini; “Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti” bermaksud jawatankuasa yang dijelaskan di bawah klausa 8 garis panduan ini; “Penyelidikan” bermaksud aktiviti penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan mendapatkan dan menginterpretasi fakta, menegmukakan teori baru dan menilai semula teori sedia ada berdasarkan pendekatan ilmiah dan saintifik; “Penyelidik” bermaksud individu yang menjalankan aktiviti penyelidikan yang berdaftar dengan Kolej Universiti; “Ketua Penyelidik” bermaksud individu yang mengetuai dan menyelia sesebuah projek atau aktiviti penyelidikan; “Pembantu Penyelidik” bermaksud individu yang dilantik secara rasmi bagi membantu dalam kerja penyelidikan seperti pencarian maklumat penyelidikan, tinjauan literatur, pengumpulan data, pengumpulan data, mengurus dan mengemaskini peralatan penyelidikan dan hal-hal berkaitan; “Pembantu Penyelidik Siswazah” bermaksud Penyelidik yang juga mendaftar sebagai pelajar Pascasiswazah; “Penyelidikan geran dalam” bermaksud penyelidikan yang dibiayai menggunakan peruntukan Kolej Universiti; “Penyelidikan geran luar” bermaksud penyelidikan yang dibiayai oleh institusi atau agensi selain dari KUIM dan Kementerian Pengajian Tinggi, dalam dan luar negara; “Penyelidikan Bersama” bermaksud individu yang tersenarai dan terlibat sama dalam projek penyelidikan;

Page 4: KANDUNGAN - Kolej Universiti Islam Melakakuim.edu.my/rnc/images/borang_uppi2017/GarisPanduanPenyelidikanPindaan... · v. Memutuskan bidang dan program keutamaan penyelidikan Kolej

3

“Penyelidikan persendirian” bermaksud penyelidikan yang dilakukan oleh staf KUIM tanpa kelulusan mana-mana jawatankuasa penyelidikan yang diberi kuasa memperakui dan meluluskan permohonan penyelidikan dan tidak menggunakan geran KUIM. “Inovasi” bermaksud penciptaan serta implimentasi samada berbentuk proses, produk, perkhidmatan atau kaedah penyampaian yang baru, yang berupaya memberi peningkatan yang signifikan terhadap hasil, kecekapan, keberkesanan atau kualiti; “Pusat” bermaksud Pusat Kecemerlangan (CoE) KUIM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan penyelidikan; “Etika Penyelidikan” bermaksud prinsip atau batas/ sempadan yang ditetapkan yang perlu dipatuhi oleh penyelidik dalam menjalankan penyelidikan; “Harta Intelek” bermaksud jenis ciptaan dan hasil inovasi yang hak eksklusif diakui dan dilindungi di bawah bidang undang-undang berkaitan;

3. KATEGORI PENYELIDIKAN

Kategori-kategori penyelidikan yang dijalankan di Kolej Universiti ini ialah:

3.1. Penyelidikan Persendirian;

3.2. Penyelidikan Geran Dalam;

3.3. Penyelidikan Geran Luar;Unit Penyelidikan dan Perundingan

4. SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN

4.1 Semua ahli staf akademik berstatus tetap dan kontrak adalah layak untuk

menjalankan penyelidikan. Pegawai-pegawai lain seperti tutor/pegawai pentadbiran

boleh dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Universiti tertakluk kepada

keperluan Kolej Universiti.

4.2 Penyelidik hanya dibenarkan menjadi ketua kepada SATU (1) Penyelidikan

Geran Dalam pada satu-satu masa.

4.3 Permohonan baru oleh penyelidik yang sedang menjalankan Penyelidikan

Geran Dalam hanya akan dipertimbangkan setelah sekurang-kurangnya

penyelidikan yang sedang dilakukan 80% selesai.

4.4 Hanya pensyarah yang berkelulusan master sahaja layak menjadi ketua

penyelidik.

Page 5: KANDUNGAN - Kolej Universiti Islam Melakakuim.edu.my/rnc/images/borang_uppi2017/GarisPanduanPenyelidikanPindaan... · v. Memutuskan bidang dan program keutamaan penyelidikan Kolej

4

4.5 Pensyarah yang mempunyai Doctorate layak memohon sehingga 5 geran

bersama-sama ahli kumpulannya

5. JAWATANKUASA PENILAIAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN

DALAM (JPPGPD)

5.1. Jawatankuasa Penilaian Permohonan Geran Penyelidikan Dalam (JPPGPD)

adalah jawatankuasa di peringkat Kolej Universiti yang memutuskan dan

menentukan dasar hal ehwal penyelidikan, ahlinya terdiri daripada:

i. Naib Canselor sebagai Pengerusi;

ii. Timbalan Naib Canselor Akademik, Penyelidikan dan Inovasi (API);

iii. Pengarah Akademik;

iv. Dua orang wakil Doctorated

v. Ketua Unit Penyelidikan dan Perundingan sebagai Setiausaha;

5.2. Jawatankuasa ini berfungsi dan bertanggungjawab untuk :

i. Memastikan permohonan/ proposal yang dikemukakan oleh penyelidik

adalah bertepatan dengan konsep/ kehendak geran yang ditawarkan bagi

tujuan penyelidikan.

ii. Mencadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap

pelaksanaan penyelidikan Kolej Universiti.

iii. Berhak menolak mana-mana proposal yang didapati tidak lengkap atau

tidak sesuai untuk dipertimbangkan menerima geran penyelidikan KUIM.

iv. Mencadangkan aktiviti kolaborasi penyelidikan bersama pihak luar.

v. Memutuskan bidang dan program keutamaan penyelidikan Kolej Universiti.

vi. Mencadangkan kepada Kolej Universiti penubuhan Pusat Kecemerlangan

dan pembangunan infrastruktur penyelidikan.

vii. Memperakukan kelulusan menjalankan penyelidikan.

5.3. Jawatankuasa ini akan bermesyuarat sekurang-kurangnya DUA (2) kali

setahun.

6. JAWATANKUASA TETAP SENAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (JTSPI)

Page 6: KANDUNGAN - Kolej Universiti Islam Melakakuim.edu.my/rnc/images/borang_uppi2017/GarisPanduanPenyelidikanPindaan... · v. Memutuskan bidang dan program keutamaan penyelidikan Kolej

5

6.1.Jawatankuasa Tetap Senat Penyelidikan Dan Inovasi (JTSPI) adalah

jawatankuasa yang meluluskan dan memperakukan segala hal ehwal penyelidikan

Kolej Universiti, ahlinya terdiri daripada:

i. Timbalan Naib Canselor (API) sebagai Pengerusi;

ii. Ketua Unit Penyelidikan dan Perundingan

iii. Pustakawan;

iv. Bendahari;

v. Dekan IPS;

vi. Semua Dekan Fakulti;

vii. Ketua Unit Penerbitan

viii. Pegawai Tadbir Unit Penyelidikan Dan Perundingan sebagai Setiausaha.

6.2. Jawatankuasa ini berfungsi dan bertanggungjawab untuk:

i. Menyelaras aktiviti penyelidikan peringkat Universiti Kolej.

ii. Memantau perlaksanaan keputusan Jawatankuasa Penilaian permohonan

Geran Penyelidikan Universiti.

iii. Menentukan tindakan yang perlu diambil terhadap penyelidikan yang gagal

mengemukakan laporan kemajuan dan laporan akhir mengikut tempoh

yang ditetapkan.

iv. Memaklumkan kepada Mesyuarat Pengurusan Eksekutif (MPE) senarai

penyelidikan yang dikehendaki membayar balik atau yang di

disenaraihitamkan kerana melanggar syarat penyelidikan yang dipersetujui.

v. Memantau penerbitan hasil penyelidikan.

vi. Mencadangkan aktiviti penyelidikan, penambahbaikan terhadap prosidur

dan garis panduan kepada JPP

6.3. Jawatankuasa ini hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang kurangnya 6 kali

setahun.

7. JAWATANKUASA PENYELIDIKAN FAKULTI (JPF)

7.1 Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti adalah jawatankuasa penyelidikan

diperingkat Institut/ Akademi/ Fakulti/ Pusat, ahlinya terdiri daripada:

i. Timbalan Dekan Institut/ Akademi/ Fakulti/ Pusat, sebagai Pengerusi;

Page 7: KANDUNGAN - Kolej Universiti Islam Melakakuim.edu.my/rnc/images/borang_uppi2017/GarisPanduanPenyelidikanPindaan... · v. Memutuskan bidang dan program keutamaan penyelidikan Kolej

6

ii. Ketua-ketua Jabatan (bagi Fakulti);

iii. Penyelaras-penyelaras program (bagi Fakulti);

iv. Penyelaras Unit Penyelidikan Dan Perundingan Fakulti

7.2. Jawatankuasa ini berfungsi dan bertanggungjawab untuk:

i. Merancang aktiviti penyelidikan di Fakulti;

ii. Menilai permohonan menjalankan penyelidikan ahli Fakulti;

iii. Memastikan permohonan menjalankan penyelidikan yang dikemukakan

mematuhi etika penyelidikan yang ditetapkan;

iv. Memantau penghantaran laporan kemajuan dan laporan akhir penyelidikan;

v. Menilai dan memperakukan laporan kemajuan dan laporan akhir penyelidikan

(bagi Fakulti);

vi. Menilai dan meluluskan laporan kemajuan, permohonan pindaan penyelidikan

dan laporan akhir penyelidikan ahli (bagi Pusat).

vii. Menasihatkan penyelidik yang gagal mematuhi garis panduan penyelidikan

dan lain-lain peraturan yang berkuat kuasa di Kolej Universiti.

viii. Memastikan setiap penyelidikan menghasilkan penerbitan/produk.

ix. Memantau penerbitan hasil penyelidikan;

x. Mengenal pasti produk penyelidikan yang berpotensi untuk dikomersialkan.

xi. Mempromosi kepakaran yang ada di Fakulti bagi tujuan aktiviti perundingan.

xii. Menilai dan memperakukan Permohonan sebagai Pembantu Penyelidik dan

Pembantu Penyelidik Siswazah bagi penyelidikan.

xiii. Menilai dan memperakukan permohonan sebagai Felo Penyelidik.

7.3. Jawatankuasa ini hendaklah mengadakan mesyuarat sekurangkurangnya 6 kali

setahun.

8. ETIKA PENYELIDIKAN

Penyelidik hendaklah mematuhi setiap etika yang ditetapkan mengikut keperluan

sesuatu bidang semasa menjalankan penyelidikan.

9. TANGGUNGJAWAB PENYELIDIK

9.1. Penyelidikan Geran Dalam:

Page 8: KANDUNGAN - Kolej Universiti Islam Melakakuim.edu.my/rnc/images/borang_uppi2017/GarisPanduanPenyelidikanPindaan... · v. Memutuskan bidang dan program keutamaan penyelidikan Kolej

7

i. Pemohon dikehendaki menandatangani Aku Janji Penyelidikan dalam

tempoh empat belas hari bekerja (14) dari tarikh surat tawaran

menjalankan penyelidikan dikeluarkan oleh Unit Penyelidikan dan

Perundingan;

ii. Kolej Universiti menganggap pemohon menolak tawaran sekiranya

pemohon gagal menandatangani dan menyerahkan aku janji dalam tempoh

ditetapkan;

iii. Tarikh penyelidikan bermula adalah berdasarkan surat kelulusan

menjalankan penyelidikan yang dikeluarkan oleh Unit Penyelidikan dan

Perundingan;

iv. Penyelidik hendaklah memastikan segala aspek keselamatan/hak

asasi/etika penyelidikan dipatuhi semasa menjalankan penyelidikan;

v. Penyelidik hendaklah mematuhi peraturan penyelidikan yang ditetapkan

oleh Kolej/ Universiti sepanjang tempoh penyelidikan dijalankan;

vi. Penyelidik hendaklah mengemukakan laporan kemajuan dan laporan akhir

penyelidikan mengikut tempoh yang ditetapkan di dalam surat kelulusan;

vii. Penyelidik yang memerlukan tambahan masa dan pembiayaan atau apa-

apa perubahan dalam penyelidikannya perlu mengemukakan permohonan

melalui Fakulti;

viii. Penyelidik hendaklah menggunakan peruntukan yang telah diberikan bagi

tujuan penyelidikan yang diluluskan sahaja. Peruntukan hendaklah

dibelanjakan selaras dengan pelaksanaan projek penyelidikan;

ix. Penyelidik hendaklah mengemukakan laporan berjilid keras selepas 45 hari

dari tarikh laporan akhir penyelidikan diluluskan dan diterima oleh JTSPI;

x. Penyelidik hendaklah mengemukakan tuntutan terakhir dalam tempoh 45

hari selepas laporan akhir penyelidikan diserahkan kepada Unit

Penyelidikan dan Perundingan;

9.2. Penyelidikan Geran Luar:

i. Bagi pensyarah yang mempunyai Doctorate ataupun bergred jawatan

DG52 ke atas dalam masa 2 tahun mereka perlu mendapatkan 1 geran

luar dan mengadakan satu persidangan atau seminar mengikut kluster

masing-masing.

Page 9: KANDUNGAN - Kolej Universiti Islam Melakakuim.edu.my/rnc/images/borang_uppi2017/GarisPanduanPenyelidikanPindaan... · v. Memutuskan bidang dan program keutamaan penyelidikan Kolej

8

ii. Penyelidik hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Kolej

Universiti sebelum memeterai mana-mana perjanjian penyelidikan;

iii. Penyelidik hendaklah menerangkan kepada Universiti tentang

tanggungjawab Universiti dalam penyelidikan yang akan dijalankan;.

iv. Perjanjian penyelidikan mestilah ditandatangani antara penyelidik

dengan pihak yang terlibat (jika ada);

v. Penyelidik hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak

pemberi geran sepanjang tempoh penyelidikan dijalankan;

vi. Penyelidik hendaklah memastikan segala aspek keselamatan/hak

asasi/etika penyelidikan dipatuhi semasa menjalankan penyelidikan;

vii. Penyelidik hendaklah mengemukakan laporan pelaksanaan

penyelidikan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pihak pemberi

geran;

viii. Penyelidik hendaklah memastikan pendedahan dan/atau hebahan

penemuan penyelidikan tertakluk kepada terma-terma perjanjian

dan/atau kebenaran pemberi geran.

10. PENILAIAN PROJEK (LAPORAN KEMAJUAN DAN LAPORAN AKHIR)

10.1. Laporan Kemajuan Penyelidikan.

a. Laporan Kemajuan Penyelidikan hendaklah dikemukakan kepada

Universiti menggunakan borang yang ditetapkan.

b. Bagi penyelidikan geran dalam, Laporan Kemajuan hendaklah dihantar

setiap 3 bulan. Tarikh penghantaran akan dinyatakan di dalam surat

kelulusan menjalankan penyelidikan.

c. Bagi penyelidikan geran luar penyediaan Laporan Kemajuan

(Achievement Milestone Report) adalah mengikut perjanjian dan syarat

yang ditetapkan oleh pihak pemberi geran.

d. Penyelidik yang gagal mengemukakan Laporan Kemajuan Penyelidikan

(bagi Geran Dalam) dalam tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan

tindakan berikut:

i. Nasihat;

ii. Amaran;

Page 10: KANDUNGAN - Kolej Universiti Islam Melakakuim.edu.my/rnc/images/borang_uppi2017/GarisPanduanPenyelidikanPindaan... · v. Memutuskan bidang dan program keutamaan penyelidikan Kolej

9

iii. Surat tunjuk sebab;

iv. Digantung daripada menerima pembiayaan projek (tuntutan

penyelidikan tidak akan diluluskan) sehingga laporan kemajuan

berkenaan dihantar;

v. Dalam keadaan di mana penyelidik masih gagal

mengemukakan laporan tersebut:

a. Penyelidikan akan dibatalkan dan pembiayaan penyelidikan

ditamatkan; dan/atau

b. Penyelidik akan disenarai hitamkan daripada menerima

geran penyelidikan Kolej Universiti selama 2 tahun;

dan/atau

c. Penyelidik dituntut bagi pembayaran balik keseluruhan

perbelanjaan yang telah dikeluarkan/digunakan.

10.2. Laporan Akhir Penyelidikan.

a. Laporan Akhir Penyelidikan hendaklah dikemukakan kepada Kolej Universiti

menggunakan borang yang ditetapkan.

b. Bagi Penyelidik geran dalaman, Laporan Akhir Penyelidikan hendaklah

dikemukakan sebaik tempoh penyelidikan tamat.

c. Bagi penyelidikan geran luar penyediaan Laporan Akhir adalah mengikut

perjanjian dan syarat yang ditetapkan oleh pihak pemberi geran.

d. Penyelidik yang gagal mengemukakan Laporan Akhir Penyelidikan (bagi

Geran Dalam) dalam tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan

berikut:

i. Nasihat;

ii. Amaran;

iii. Surat tunjuk sebab;

iv. Digantung daripada menerima pembiayaan projek (tuntutan

penyelidikan tidak akan diluluskan) sehingga laporan akhir berkenaan

dihantar;

v. Dalam keadaan di mana penyelidik masih gagal mengemukakan

laporan tersebut:

a. Penyelidikan akan dibatalkan dan pembiayaan penyelidikan ditamatkan; dan/atau

Page 11: KANDUNGAN - Kolej Universiti Islam Melakakuim.edu.my/rnc/images/borang_uppi2017/GarisPanduanPenyelidikanPindaan... · v. Memutuskan bidang dan program keutamaan penyelidikan Kolej

10

b. Penyelidik akan disenarai hitamkan daripada menerima geran penyelidikan

Universiti selama 2 tahun; dan/atau

c. penyelidik dituntut bagi pembayaran balik keseluruhan perbelanjaan yang telah

dikeluarkan/digunakan.

11. PENANGGUHAN, PENGGANTUNGAN DAN PENAMATAN

11.1. Penyelidik boleh memohon penangguhan kepada Kolej Universiti jika

penyelidikan tidak dapat dimulakan dalam tempoh ditetapkan.

11.2 Kolej Universiti boleh menggantung atau menamatkan sesuatu penyelidikan

sekiranya gagal menunjukkan kemajuan dan menyediakan laporan akhir yang

memuaskan.

11.3. Penyelidikan yang ditamatkan oleh Kolej Universiti kerana gagal menunjukkan

kemajuan dan menyediakan laporan akhir yang memuaskan boleh dikenakan

tindakan seperti klausa 10.1 (d) dan 10.2 (d).

11.4. Penyelidik yang mengambil cuti belajar hendaklah memohon penamatan

penyelidikan atau mencadangkan pengganti atau memohon penangguhan. JTSPI

berhak membuat apa jua keputusan yang sesuai mengenai perkara ini.

11.5. Penyelidik yang mengambil cuti sabatikal dibenarkan untuk meneruskan

penyelidikan dan tertakluk kepada syarat penyelidikan seperti biasa.

12. PENGURUSAN KEWANGAN DAN ASET

12.1. Semua urusan kewangan dan aset penyelidikan hendaklah mengikut peraturan

kewangan Universiti.

12.2. Tuntutan kewangan penyelidikan hendaklah dikemukakan kepada Unit

Penyelidikan dan Perundingan bagi mendapatkan kelulusan TNC (API) /wakilnya

sebelum dihantar kepada Bendahari.

12.3. Semua aset yang dibeli menggunakan peruntukan penyelidikan adalah

menjadi hak milik Universiti dan direkodkan dalam senarai inventori Unit

Penyelidikan dan Perundingan. Ianya hendaklah dipulangkan kepada Unit

Penyelidikan dan Perundingan setelah penyelidikan tamat.

Page 12: KANDUNGAN - Kolej Universiti Islam Melakakuim.edu.my/rnc/images/borang_uppi2017/GarisPanduanPenyelidikanPindaan... · v. Memutuskan bidang dan program keutamaan penyelidikan Kolej

11

12.4. Aset yang dipulangkan kepada Unit Penyelidikan dan Perundingan akan

diserahkan/dipindahkan milik kepada Fakulti/Pusat/lain-lain Jabatan mengikut

kesesuaian dan keperluan.

12.5. Pengurusan kewangan daripada sumber luar turut mengambil kira perjanjian

yang dipersetujui bersama.

12.6. Bagi Penyelidikan Geran Luar, Kolej Universiti berhak mendapatkan royalti,

sumbangan, honorarium, cukai pendapatan mengikut kadar yang berkuat kuasa.

Daripada jumlah dana diterima, kos bagi handling/pengurusan ditetapkan sebanyak

5% diberikan kepada Fakulti dan 5% kepada Unit Penyelidikan dan Perundingan.

12.7. Peruntukan kewangan penyelidikan yang tidak habis digunakan akan

dimasukkan ke dalam Akaun Induk Geran Penyelidikan Universiti atau boleh

dipertimbangkan untuk tujuan pembangunan professional tertakluk kepada

pertimbangan Kolej Universiti.

12.8. Setiap penyelidik boleh memohon pendahuluan untuk menjalankan

penyelidikan.

12.9. Setiap penyelidik mesti menyelaraskan setiap pendahuluan yang telah dibuat

mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Kolej Universiti.

13. PELANTIKAN PENYELIDIK BERSEKUTU, PASCA DOKTORAL DAN, FELO

PENYELIDIK

13.1. Penyelidik Bersekutu (Research Associate) dilantik oleh Naib Canselor.

13.2. Pasca Doktoral (Post Doctoral) dilantik oleh Naib Canselor.

13.3. Felo Penyelidik (Research Fellow) hendaklah dilantik oleh Naib Canselor.

14. PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU

PENYELIDIK, PEMBANTU LAPANGAN DAN PELAJAR BEKERJA

14.1. Pelantikan Pembantu Penyelidik Siswazah, Pembantu Penyelidik dan

Pembantu Lapangan diuruskan mengikut prosedur dan garis panduan yang

berkuat kuasa di Kolej Universiti ini.

14.2. Pelantikan Pembantu Penyelidik Siswazah, Pembantu Penyelidik dan Pelajar

Bekerja bagi penyelidikan yang menerima geran hendaklah dibuat oleh Timbalan

Naib Canselor (API) atau wakilnya.

Page 13: KANDUNGAN - Kolej Universiti Islam Melakakuim.edu.my/rnc/images/borang_uppi2017/GarisPanduanPenyelidikanPindaan... · v. Memutuskan bidang dan program keutamaan penyelidikan Kolej

12

14.3. Pembantu Lapangan hendaklah dilantik oleh penyelidik.

14.4 Bagaimanapun, pelantikan Pembantu Penyelidik Siswazah, Pembantu

Penyelidik, Pembantu Lapangan dan Pelajar Bekerja hendaklah dilakukan dengan

tidak menimbulkan percanggahan kepentingan antara penyelidik dengan yang

dilantik.

15. KADAR-KADAR UPAH PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU

PENYELIDIK, PEMBANTU LAPANGAN DAN PELAJAR BEKERJA

Jenis Pembiayaan Pembantu Penyelidik Siswazah, Pembantu Penyelidik, Pembantu

Lapangan Dan Pelajar Bekerja

15.1. Kadar upah pembantu penyelidik siswazah, pembantu penyelidik, pembantu

lapangan dan pelajar bekerja dibayar mengikut kadar harian, bulanan atau jam

tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa di Kolej Universiti.

15.2. Tuntutan elaun sara hidup Pembantu Penyelidik boleh membuat tuntutan sara

hidup atas tugas rasmi di luar stesen seperti berikut mengikut kadar yang ditetapkan

yang berkuat kuasa di Universiti dari masa ke semasa:

a. Perjalanan;

b. hotel/penginapan;

c. elaun makan dan elaun harian;

d. lain-lain tuntutan.

16. HASIL PENYELIDIKAN

Hasil penyelidikan hendaklah diterbitkan dalam DUA (2) bentuk seperti berikut:

16.1 Laporan Akhir Penyelidikan - mestilah dihantar kepada UPPI dalam bentuk

Hard Cover sebanyak 3 salinan (Rujuk Format Laporan Akhir) beserta“softcopy”

dalam bentuk CD;

16.2 Diterbitkan dalam bentuk penerbitan berikut sekurang-kurangnya satu

daripadanya iaitu:

a. Monograf

b. Buku;

c. Bab dalam buku;

Page 14: KANDUNGAN - Kolej Universiti Islam Melakakuim.edu.my/rnc/images/borang_uppi2017/GarisPanduanPenyelidikanPindaan... · v. Memutuskan bidang dan program keutamaan penyelidikan Kolej

13

d. Artikel jurnal;

e. Kertas kerja seminar/Prosiding;

f. Modul;

16.3. Bagi penyelidikan yang menghasilkan produk/poster/prototaip, hendaklah

menghantar hasil tersebut ke UPP.

17. PENGGUNAAN KEMUDAHAN UNIVERSITI

17.1 Penyelidik hendaklah menggunakan kemudahan dan infrastruktur

penyelidikan sedia ada di Kolej Universiti.

17.2. Penyelidik boleh memohon menggunakan lain-lain kemudahan Universiti

tertakluk kepada garis panduan dan peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa.

17.3. Penggunaan kemudahan di Institusi luar bagi tujuan penyelidikan hendaklah

dilaporkan kepada Kolej Universiti.

18. HARTA INTELEK DAN PENGKOMERSIALAN

18.1. Pengurusan harta intelek dan mengkomersialkan hasil penyelidikan melalui

Geran Dalam diuruskan mengikut prosedur dan garis panduan yang berkuat kuasa

di Kolej Universiti ini.

18.2. Bagi Geran Luar, pengurusan harta intelek dan pengkomersialan adalah

tertakluk kepada perjanjian yang dipersetujui.

19. KOLABORASI DAN JARINGAN KEPAKARAN

19.1 Penyelidik digalakkan mewujudkan jaringan kolaborasi dengan agensiagensi

awam dan swasta.

19.2 Semua usaha kolaborasi hendaklah dengan persetujuan Kolej Universiti.

19.3 Semua bentuk kolaborasi perlu ada persetujuan dan manfaat bersama.

19.4 Kolaborasi yang memerlukan khidmat staf Kolej Universiti secara sangkutan

atau pinjaman perlu mendapat kelulusan Universiti.

Page 15: KANDUNGAN - Kolej Universiti Islam Melakakuim.edu.my/rnc/images/borang_uppi2017/GarisPanduanPenyelidikanPindaan... · v. Memutuskan bidang dan program keutamaan penyelidikan Kolej

14

20. PENGHARGAAN

Setiap hasil penyelidikan sama ada dalam bentuk penerbitan atau lain-lain produk

daripada penyelidikan yang dijalankan hendaklah menyatakan penghargaan kepada

Kolej Universiti atau pihak pemberi geran atas geran yang diberikan.

21. INSENTIF

Mewujudkan insentif dalam bentuk tunai bagi setiap pingat yang Berjaya di bawak

balik dari program inovasi melalui kebenaran UPPI

• Emas – RM300.00

• Perak - RM200.00

• Gangsa – RM100.00

22. PENAFIAN

Tertakluk kepada kes (case by case basis), apa-apa penafian terhadap pematuhan

polisi ini hanya boleh diputuskan oleh Naib Canselor.

23. TAMBAHAN

Diharapkan Garis Panduan Umum Penyelidikan Kolej Universiti ini dapat

dijadikan panduan kepada semua penyelidik dalam menghasilkan kualiti

penyelidikan yang terbaik.

Tarikh Pindaan: 22 Mac 2017

Page 16: KANDUNGAN - Kolej Universiti Islam Melakakuim.edu.my/rnc/images/borang_uppi2017/GarisPanduanPenyelidikanPindaan... · v. Memutuskan bidang dan program keutamaan penyelidikan Kolej

15

Page 17: KANDUNGAN - Kolej Universiti Islam Melakakuim.edu.my/rnc/images/borang_uppi2017/GarisPanduanPenyelidikanPindaan... · v. Memutuskan bidang dan program keutamaan penyelidikan Kolej

16