kajian_cabaran_guru_pedalaman_muar_johor_utm-libre.pdf

29
SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: kristina-lyons

Post on 30-Sep-2015

9 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR.

    MAIZURA BINTI MOHD YUNUS

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR JOHOR.

    MAIZURA BINTI MOHD YUNUS

    Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

    Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)

    Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

    NOVEMBER , 2008

  • ii

    Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

    Tandatangan : ........................................................ Nama Penulis : MAIZURA BINTI MOHD YUNUS Tarikh : NOVEMBER 2008

  • iii

    DEDIKASI

    Yang dihormati, disayangi lagi dikasihi Ayahanda & Bondaku,

    Mohd Yunus Bin Samion & Noraini Binti Jais Dengan doa dan restu dari kalian berdua ku dapat menjejaki diri ke manara gading

    Untuk ku mencapai cita-cita dihati.

    Kepada ahli keluargaku, Kak Long, Adek Lia dan Adek Siti

    Terima kasih atas segala dorongan, semangat dan bantuan Yang telah kalian sumbangkan kepadaku selama ini.

    Yang dikasihi dan disayangi, Ayah, Ibu dan Amin Bin Zakariah

    Terima kasih diatas segala bimbingan, dorongan dan bantuan Yang telah kau curahkan kepadaku selama ini.

    Buat pembimbing yang dihormati, Encik Mahyuddin Bin Arsat

    Terima kasih di atas segala bimbingan dan tunjuk ajarmu selama ini.

    Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabatku dari 4 SPJ Terima kasih diatas segalanya.

    Segala memori yang berlaku tidak akan ku lupakan Selamamya.

  • iv

    PENGHARGAAN

    Segala puji-pujian kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan hidayahNya, projek sarjana muda ini dapat disempurnakan sebagaimana yang dirancangkan. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat dikasihi.

    Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan

    penghargan kepada pensyarah pembimbing, Encik.Mahyuddin Bin Arsat yang sentiasa menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.

    Seterusnya, ucapan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Guru Besar dan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Ladang Air Manis, Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Sekolah Kebangsaan Parit No.5, Sekolah Kebangsaan Simpang 4, Sekolah Kebangsaan Sungai Balang Darat, dan Sekolah Kebangsaan Parit Bulat Muar yang banyak membantu untuk mengedarkan dan menjawab soal selidik ini semasa proses kajian ini dijalankan.

    Tidak ketinggalan juga kepada semua pensyarah yang telah mencurahkan ilmu dan bakti sepanjang tempoh pengajian saya di sini. Akhir kata, terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan dan merealisasikan kajian ini.

  • v

    ABSTRAK

    Profesion perguruan merupakan bidang yang memerlukan guru bertugas di mana juga penempatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada di kawasan bandar, luar bandar ataupun di pedalaman. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman di sekolah-sekolah Daerah Muar, Johor. Kajian deskriptif telah digunakan untuk mengenal pasti empat pembolehubah iaitu faktor sikap individu, keselamatan, kemudahan asas pengajaran dan infrastruktur, dan sosiobudaya. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang telah diedarkan kepada para guru yang berlainan sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Ladang Air Manis, Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Sekolah Kebangsaan Parit No.5, Sekolah Kebangsaan Simpang 4, dan Sekolah Kebangsaan Sungai Balang Darat. Nilai Alfa Cronbach daripada kajian rintis yang dijalankan ialah 0.89. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor keselamatan menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman di daerah tersebut. Melalui kajian ini, beberapa tindakan boleh diambil untuk mengatasi cabaran guru di pedalaman seperti menyediakan rumah atau kuartes berhampiran sekolah dan menganjurkan program motivasi untuk melahirkan guru yang cemerlang.

  • vi

    ABSTRACT

    Teaching is a profession which needed a teacher to be allocates or transfered anywhere whether at urban, suburban, or rural area. The purpose of this research is to identify the challenges faced by teachers at rural schools in the Muar District, Johore. Descriptive research were used to identify the four variables which consisted of individuals attitude, safety, basic teaching aids and infrastructure, and sosio culture of the environment. The research instrument questionnaire was used as the research to different schools which are Sekolah Kebangsaan Ladang Air Manis, Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Sekolah Kebangsaan Parit No.5, Sekolah Kebangsaan Simpang 4, and Sekolah Kebangsaan Sungai Balang Darat. The Alpha Cronbach for this research obtained from the pilot study was 0.89. The result indicated that the main challenge for the teachers teaching at rural areas at the particular district was a security factor. From this research, several action should be forwarded to overcome challenges faced by rural teachers such as providing teachers quarters nearby the school and organize a motivation program.

  • vii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA HALAMAN

    JUDUL i PENGAKUAN PENULIS ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI RAJAH xiv SENARAI SINGKATAN xv SENARAI LAMPIRAN xvi

    BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Pernyataan Masalah 7

    1.4 Objektif Kajian 8 1.5 Persoalan Kajian 9 1.6 Kepentingan Kajian 10

  • viii

    1.7 Skop Kajian 10 1.8 Batasan Kajian 11 1.9 Definisi Istilah 12 1.9.1 Cabaran 12 1.9.2 Guru 12 1.9.3 Pedalaman 13 1.9.4 Sikap 14 1.9.5 Individu 15 1.9.6 Keselamatan 15 1.9.7 Infrastruktur 15 1.9.8 Sosiobudaya 16 1.10 Penutup 16

    BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 17

    2.2 Sikap 18

    2.3 Keselamatan 23

    2.4 Kemudahan Asas Pengajaran Dan Infrastruktur

    25

    2.5 Sosiobudaya 28 2.6 Teori Yang Berkaitan 29 2.6.1 Teori Hirarki Keperluan Maslow 29 2.7 Penutup 31

    BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 32

    3.2 Rekabentuk Kajian 33 3.3 Responden Kajian 34 3.4 Tempat Kajian 35 3.5 Persampelan Kajian 35 3.6 Instrumen Kajian 36

  • ix

    3.7 Kajian Rintis 40 3.8 Prosedur Kajian 42 3.9 Analisis Data 43 3.10 Jangka Masa Kajian 45 3.11 Penutup 46

    BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 47

    4.2 Bahagian A- Latar Belakang Responden 48 4.2.1 Responden Mengikut Jantina 49 4.2.2 Responden Mengikut Etnik 49 4.2.3 Responden Mengikut Masa

    Perjalanan Dari Tempat Tinggal Ke Sekolah

    50

    4.3 Analisis Data 51 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Faktor Sikap

    Individu Menjadi Cabaran Kepada Guru-Guru Yang Mengajar Di Kawasan Pedalaman

    52

    4.3.2 Persoalan Kajian 2: Faktor Keselamatan Menjadi Cabaran Kepada Guru-Guru Yang Mengajar Di Kawasan Pedalaman

    56

    4.3.3 Persoalan Kajian 3: Faktor Kemudahan Asas Pengajaran Dan Infrastruktur Menjadi Cabaran Kepada Guru-Guru Yang Mengajar Di Kawasan Pedalaman

    59

    4.3.4 Persoalan Kajian 4: Faktor Sosiobudaya Menjadi Cabaran Kepada Guru-Guru Yang

    63

  • x

    Mengajar Di Kawasan Pedalaman 4.4 Analisis Perbandingan Min 66 4.5 Penutup 67

    BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

    5.1 Pengenalan 68 5.2 Perbincangan 69 5.2.1 Perbincangan Latar Belakang

    Guru

    69

    5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 70 5.2.2.1 Perbincangan Hasil

    Dapatan Yang Diperolehi

    Dari Analisis Terhadap Faktor Sikap Individu

    70

    5.2.2.2 Perbincangan Hasil Dapatan Yang Diperolehi

    Dari Analisis Terhadap Faktor Keselamatan

    73

    5.2.2.3 Perbincangan Hasil Dapatan Yang Diperolehi

    Dari Analisis Terhadap Faktor Kemudahan Asas Pengajaran Dan Infrastruktur

    75

    5.2.2.4 Perbincangan Hasil Dapatan Yang Diperolehi

    Dari Analisis Terhadap Faktor Sosiobudaya

    77

    5.3 Perbincangan Persoalan Kajian Secara Keseluruhan

    79

  • xi

    5.4 Rumusan 80 5.5 Cadangan 81 5.6 Kajian Lanjutan 82 5.7 Penutup 82 BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

  • xii

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

    3.1 Jumlah Responden Kajian 34 3.2 Jumlah Sekolah Kajian 35 3.3 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Faktor

    Demografi Responden 38

    3.4 Bilangan Item Bahagian B 39 3.5 Skala Likert (Lima Mata Skor) 39 3.6 Pekali Alpha Cronbach 42 3.7 Perubahan Skala Likert 44 3.8 Tahap Bagi Setiap Nilai Min 45 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 49 4.2 Taburan Responden Mengikut Etnik 49 4.3 Taburan Responden Mengikut Masa Perjalanan Dari

    Tempat Tinggal Ke Sekolah

    50

    4.4 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor Sikap Individu

    52

    4.5 Analisis Min 55 4.6 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor

    Keselamatan

    56

    4.7 Analisis Min 58

  • xiii

    4.8 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor Kemudahan Asas Pengajaran Dan Infrastruktur

    59

    4.9 Analisis Min 62 4.10 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor

    Sosiobudaya 63

    4.11 Analisis Min 65 4.12 Analisis Min Mengikut Pembolehubah Dikaji 66

  • xiv

    SENARAI RAJAH

    NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

    2.1 Bilangan Sekolah Rendah Dan Menengah Yang Kekurangan Infrastruktur Dan Kemudahan Asas

    27

    2.1.1 Sekolah Rendah 27 2.1.2 Sekolah Menengah 27

    5.1 Soalan Kajian 1 70 5.2 Soalan Kajian 2 73 5.3 Soalan Kajian 3 75 5.4 Soalan Kajian 4 77 5.5 Persoalan Kajian 1 Hingga 4 79

  • xv

    SENARAI SINGKATAN

    KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan PPD - Pejabat Pelajaran Daerah RMK - Rancangan Malaysia Ke

    SPSS - Statistical Package For The Social Science

    Y.A.B - Yang Amat Berhormat

  • xvi

    SENARAI LAMPIRAN

    NO. LAMPIRAN TAJUK A Borang Soal Selidik B Pengesahan Item Soal Selidik C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian D Surat Pengesahan Ke Sekolah

    E Surat Pengesahan Daripada Sekolah F Surat Pengesahan Pelajar G Data Alpha Cronbachs

  • BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Untuk mencapai era Wawasan 2020 terdapat dasar-dasar kerajaan yang bersifat menyeluruh dan menyentuh pelbagai aspek kehidupan masyarakat khususnya bidang ekonomi, politik, sosial, agama, pendidikan dan sebagainya. Dasar ini akan berubah mengikut pandangan kerajaan, keperluan semasa dan perkembangan antarabangsa yang bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menurut acuan sendiri. Istilah maju di sini membawa maksud maju dari aspek ekonomi, politik, sosial, rohani, budaya dan pendidikan.

    Dasar pendidikan kebangsaan merupakan salah satu diantara dasar-dasar kerajaan yang memfokuskan kepada strategi pendidikan di Malaysia. Dasar ini dilaksanakan kerana timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat bertapa pentingnya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah sebelum merdeka bagi memenuhi kehendak Negara.

  • 2

    Rasional dasar pendidikan ini wujud kerana sebelum merdeka, orang Melayu menerima pendidikan asas dari sekolah pondok dan sekolah kebangsaan. Masyarakat Cina pula mengasaskan sekolah Cina Persendirian manakala Sekolah Tamil disediakan oleh majikan estet dan Kerajaan Inggeris pula memperkenalkan pendidikan rendah dan menengah Inggeris bagi semua kaum. Oleh yang demikian, kesannya wujud sekolah berbilang bangsa dan mengikut kaum.

    Bagi mencapai objektif dasar pendidikan, ini terdapat beberapa strategi pelaksanaan yang telah direncanakan iaitu menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama, mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun, menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi sekolah menengah, memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik, mempelbagaikan dan memperbanyakan kemudahan pendidikan di peringkat universiti khususnya dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan, mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin, dan menggalakkan aktiviti ko-kurikulum seperti kadet polis dan tentera.

    Bagi menjayakan semua dasar pendidikan ini, guru telah diberikan amanah dan bertanggungjawab untuk mendidik anak bangsa supaya dapat melahirkan modal insan yang berguna, bertanggungjawab, serta yang tinggi martabatnya selari dengan apa yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ,

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi, dan sahsiah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini

  • 3

    adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, berketrampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

    Pada 31 Mac 2006, Rancangan Malaysia Kesembilan telah dilancarkan iaitu rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020. Rancangan ini merupakan

    kesinambungan perancangan Kerajaan membentuk sebuah negara yang maju dari segi ekonomi, seimbang daripada aspek pembangunan sosial, memiliki warga yang bersatu padu, berbudaya dan berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh.

    Untuk menyahut dan menjayakan agenda pendidikan di bawah RMK-9, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 hingga 2010 (PIPP) yang merupakan pelan pelaksanaan dan telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 16 Januari 2007. Pelan ini telah menggariskan enam teras utama bagi menjayakan Misi Nasional dalam RMK-9. Dalam PIPP, enam teras strategik diberi tumpuan iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan, serta melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan yang sedia ada. Pelaksanaan PIPP ini menggunakan dua pendekatan iaitu menyelesaikan tugas yang belum selesai untuk menyamaratakan medan persaingan, dan melonjakkan kecemerlangan pendidikan dengan menjana kecemerlangan institusi pendidikan. Sesungguhnya, bagi melaksanakan PIPP, KPM perlu melipatgandakan usaha menggarap kejayaan lebih unggul demi Merintis Pembaharuan Satu Misi Nasional.

  • 4

    Kejayaan PIPP memerlukan penglibatan dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak yang berkepentingan dalam dan luar KPM. Segala pelaksanaan program/projek perlu dilaksanakan secara telus dan terbuka kerana setiap individu berhak bersuara terhadap kualiti pendidikan yang dihasilkan oleh sekolah. Oleh itu, KPM telah mengenal pasti indikator prestasi utama untuk setiap teras bagi memudahkan pemantauan pelaksanaan. Berlandaskan situasi ini serta pengagihan siling peruntukan yang terbesar kepada pendidikan, KPM komited dalam menyediakan kad laporan prestasi, dua kali setahun.

    Salah satu teras yang terkandung dalam PIPP ini ialah memartabatkan profesion keguruan. Melalui teras ini, KPM sentiasa berusaha memartabatkan profesion keguruan supaya kekal dihormati bersesuaian dengan peranan penting para guru dalam pembangunan modal insan. Sehubungan itu, tiga komponen utama diberi penekanan dalam teras ini iaitu kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru ( Kad Laporan Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 hingga 2010).

    Teras ini memberi penekanan terhadap kebajikan guru. Seperti yang diketahui, setakat ini di Malaysia, negara mempunyai seramai 190,336 orang guru disekolah rendah dan 136,598 orang guru di sekolah menengah. Daripada jumlah ini, 15,444 guru berkhidmat di sekolah rendah manakala sejumlah 2,895 guru ialah sekolah menengah iaitu Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru dalam latihan dan guru sambilan atau sementara. Jumlah guru yang bertugas di kawasan pedalaman ialah seramai 13, 480 orang guru. Sebelum ini, KPM menghadapi kesukaran menempatkan guru-guru terlatih dan berpengalaman, terutamanya bagi mata pelajaran kritikal di kawasan luar bandar dan pedalaman. Begitu juga bagi memastikan guru terlatih mengikut opsyen ditempatkan di semua sekolah kawasan luar bandar dan pedalaman bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Sehubungan itu dasar untuk mewajibkan guru-guru yang baru di pendalaman dijangka boleh mengatasi masalah tersebut. Lebih menarik lagi kementerian telah memutuskan akan menambah

  • 5

    baik insentif dan mewujudkan skim ansuran khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. (Utusan Malaysia, Sabtu, 17 Jan. 2007).

    Selain kemudahan sedia ada yang dimiliki oleh guru-guru sedia ada seperti Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG) dan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), YAB Perdana Menteri telah mengumumkan penubuhan Yayasan Guru Tun Hussein yang akan berfungsi untuk menjaga segala aspek kebajikan dan pembangunan guru seperti bantuan khairat, bencana kecemasan, pendidikan anak-anak dan pembangunan profesionalisme keguruan. (Berita Harian).

    1.2 Latar Belakang Masalah

    Kementerian Pelajaran Malaysian telah memberi insentif tambahan RM500 hingga RM1,500 untuk guru yang sanggup mengajar lebih lama di luar bandar dan kawasan pedalaman. Begitu juga peruntukan tambahan RM 2.6 bilion di Semporna, Sabah menerusi Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar. Semuanya dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada 2.2 juta orang pelajar dan lebih 14,000 orang guru yang berkhidmat di pedalaman seluruh Negara (Berita Harian, 26 Mac 2007).

    Menurut pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi Miri Sarawak, Shaffiee Dris, pelaksanaan elaun tambahan dan Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar akan menjadikan guru akan lebih bermotivasi untuk terus menyumbang khidmat membangunkan kawasan pedalaman. Memandangkan masih ada guru yang

  • 6

    menyahut cabaran mengajar di pedalaman, pegangan hidup berkorban bakti disemai wajar dipuji. Beliau berkata, bila mengajar di luar bandar setiap guru itu dapat mengumpul pengalaman unik tidak ternilai. Pokok pangkalnya ialah integriti dan jati diri guru itu sendiri. Atas kesungguhan dan kesanggupan bersusah payah dengan keperluan asas yang disediakan kerajaan, hanya guru yang terbilang sahaja mampu menambah nilai kepada modal insan dari pedalaman. Maka bermaknalah kata-kata guru berkhidmat cemerlang untuk negara gagah gemilang.

    Sungguhpun demikian, walaupun telah diberi pelbagai keistimewaan namun masih lagi berlaku isu kekurangan guru di pedalaman. Sekolah-sekolah di pedalaman merupakan sekolah-sekolah yang sukar mendapat guru-guru terlatih yang mencukupi. Ada kalanya guru-guru yang dihantar tidak melaporkan diri, sebahagiannya berjaya merayu dan ditempatkan di tempat-tempat pilihan mereka. Pelajar-pelajar di kawasan pedalaman ini tidak mendapat pendedahan secukupnya untuk membolehkan mereka bersaing bagi mencapai kecemerlangan. Terdapat jurang yang begitu ketara dari segi kemudahan dan peralatan jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah di bandar.

    Untuk menuju era Wawasan 2020 , usaha merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar semakin giat dijalankan. Hal ini kerana, sejumlah 1,517 buah sekolah rendah dan 68 buah sekolah menengah masih tiada bekalan air awam malah mendapat sumber air daripada sumber-sumber asli seperti air sungai, dan air telaga. Begitu juga dengan perancangan kurikulum dan pembangunan perisian yang jauh lebih pantas daripada pembangunan infrastruktur. Sebanyak 1,639 buah sekolah rendah tidak mempunyai bilik sains, dan 42 buah sekolah masih menumpang di sekolah lain. Bagi sekolah menengah, 138 buah tidak mempunyai makmal komputer, 25 buah tidak makmal sains dan 26 buah masih menumpang di sekolah lain.

  • 7

    Menurut statistik, pada awal tahun 2000 menunjukkan masih terdapat sekolah di kawasan pedalaman, terpencil dan pulau yang tidak mendapat kemudahan asas. Ketika itu, terdapat 20.6 peratus sekolah yang tidak mempunyai talian telefon, 86.6 peratus tiak mempunyai mesin faks, 7.3 peratus tidak mendapat bekalan elektrik dan 24.78 peratus tidak menerima bekalan air paip awam. Disebabkan kekurangan infrastruktur ini juga merupakan salah satu faktor penyumbang kepada keengganan guru bertugas di kawasan pedalaman.

    1.3 Pernyataan Masalah

    Berdasarkan daripada apa yang dibincangkan dan menjadi persoalan sekarang ialah kebanyakan guru enggan dan ingkar untuk mengajar di kawasan pedalaman mengakibatkan masalah kekurangan tenaga pengajar untuk mengajar di sekolah pedalaman terus berlaku setiap tahun. Ini kerana bilangan guru di kalangan pendidik yang mengajar di kawasan pedalaman yang masih kecil, pemohonan berpindah ke tempat asal oleh guru yang telah berkhidmat selama 3 hingga 5 tahun di pedalaman dan terdapat persaraan di dalam kalangan guru tersebut. Sehubungan itu, dengan mewajibkan penempatan guru-guru baru untuk berkhidmat di pedalaman dijangka boleh mengatasi masalah tersebut.

    Lebih menarik lagi kementerian telah memutuskan akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim ansura khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. Namun masih terdapat beberapa guru yang ingkar untuk berkhidmat di kawasan tersebut sehingga menimbulkan masalah kekurangan guru.

  • 8

    Dalam kehangatan isu keingkaran ramai guru untuk berkhidmat di kawasan pedalaman, masih ada guru yang sanggup berkorban demi memenuhi tanggungjawabnya sebagai pendidik. Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya telah dikejutkan dengan kematian seorang guru Pendidikan Islam yang ditemui mati di Sungai Sagang Kapit, Sarawak pada 11 Mei lalu di Kampung Air Merah (Berita Harian 2007). Situasi ini membuktikan keselamatan guru di kawasan pedalaman masih kurang terjamin kerana kedudukan antara satu tempat dengan satu tempat yang lain sangat jauh dengan situasi kekurangan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan sebagainya. Ini menyukarkan pergerakkan guru untuk menyediakan kemudahan asas pengajaran memandangkan keadaan kawasan kedai yang sangat jauh dari pedalaman.

    Berdasarkan permasalahan tersebut, didapati terdapat beberapa cabaran yang dihadapi dan sering dilalui oleh guru yang bertugas di kawasan pedalaman sehingga ianya mempengaruhi keengganan guru lain untuk berkhidmat di kawasan pedalaman. Situasi ini telah mendorong kepada pengkaji untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang menjadi cabaran kepada guru di kawasan pedalaman.

    1.4 Objektif Kajian.

    Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru yang mengajar di kawasan pedalaman di sekolah-sekolah Daerah Muar, Johor. Sejauhmana faktor yang disenaraikan di bawah ini merupakan satu cabaran kepada guru terbabit. Bagi tujuan kajian ini beberapa objektif telah ditetapkan iaitu :-

  • 9

    1.4.1 Mengenal pasti faktor sikap individu menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman.

    1.4.2 Mengenal pasti faktor keselamatan menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman.

    1.4.3 Mengenal pasti faktor kemudahan asas pengajaran dan infrastruktur menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman.

    1.4.4 Mengenal pasti faktor sosiobudaya menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman.

    1.5 Persoalan Kajian

    Persoalan utama dalam kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor yang menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman di sekolah-sekolah Daerah Muar, Johor. Berdasarkan kepada objektif kajian, penyelidik telah mengemukakan empat persoalan kajian seperti berikut :-

    1.5.1 Adakah faktor sikap individu menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman?

    1.5.2 Adakah faktor keselamatan menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman?

    1.5.3 Adakah faktor kemudahan asas pengajaran dan infrastruktur menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman?

  • 10

    1.5.4 Adakah faktor sosiobudaya menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman?

    1.6 Kepentingan Kajian

    Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat mengenalpasti masalah dan cabaran sebenar yang dihadapai oleh guru yang berkhidmat di pedalaman. Salah satu faktor ini mungkin menjadi penghalang kepada guru untuk mengajar di kawasan pedalaman.

    Dapatan daripada kajian ini juga amat berguna bagi pihak kerajaan untuk membuat pembaharuan dalam usaha menyediakan bakal guru agar lebih bersedia dalam apa jua keadaan terutamanya dari segi ketahanan mental dan emosi.

    1.7 Skop Kajian

    Kajian ini adalah terbatas kepada beberapa perkara seperti berikut:

    1.7.1 Hanya tertumpu kepada masalah dan cabaran yang dihadapi oleh guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah terpilih di Daerah Muar, Johor.