kajian-tindakan-siap.docx

24
1.0 PENDAHULUAN Perkembangan pendidikan dan perubahan dasar yang dilaksanakan oleh Kementrian Pelajaran Malaysia iaitu menjadikan subjek Sejarah wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun ini adalah untuk memastikan pelajar benar-benar tahu dan faham akan sejarah negara. Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, keputusan berkenaan juga diambil selepas kerajaan mendapati ramai yang memandang enteng subjek tersebut. Justeru langkah berkenaan diambil bagi bertujuan memupuk semangat cintakan negara selain menggalakkan rakyat menghargai keamanan dan kesejahteraan negara yang dikecapi masa ini. Sebelum ini pelajar-pelajar dilihat tidak mengambil berat tentang subjek sejarah kerana meganggap ia mata pelajaran yang tidak penting. Menurut Muhyiddin Yassin, 2013 dipilih bagi melaksanakan langkah itu berikutan kementerian memerlukan masa untuk melatih guru dan menyediakan pelajar bagi menghadapi sistem baru berkenaan supaya mereka tidak terkejut. Dalam perkembangan berkaitan, selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), maka mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek teras di sekolah rendah mulai 2014. Kesedaran yang mendalam tentang sejarah penting kerana pada masa kini negara kita melalui pelbagai cabaran serta

Upload: ekin-omiesyee

Post on 22-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: kajian-tindakan-siap.docx

1.0 PENDAHULUAN

Perkembangan pendidikan dan perubahan dasar yang dilaksanakan oleh Kementrian

Pelajaran Malaysia iaitu menjadikan subjek Sejarah wajib lulus dalam peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun ini adalah untuk memastikan pelajar benar-benar

tahu dan faham akan sejarah negara.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, keputusan berkenaan

juga diambil selepas kerajaan mendapati ramai yang memandang enteng subjek tersebut.

Justeru langkah berkenaan diambil bagi bertujuan memupuk semangat cintakan negara

selain menggalakkan rakyat menghargai keamanan dan kesejahteraan negara yang dikecapi

masa ini. Sebelum ini pelajar-pelajar dilihat tidak mengambil berat tentang subjek sejarah

kerana meganggap ia mata pelajaran yang tidak penting.

Menurut Muhyiddin Yassin, 2013 dipilih bagi melaksanakan langkah itu berikutan

kementerian memerlukan masa untuk melatih guru dan menyediakan pelajar bagi

menghadapi sistem baru berkenaan supaya mereka tidak terkejut. Dalam perkembangan

berkaitan, selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi

menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), maka mata pelajaran Sejarah

akan dijadikan subjek teras di sekolah rendah mulai 2014. Kesedaran yang mendalam

tentang sejarah penting kerana pada masa kini negara kita melalui pelbagai cabaran serta

kejayaan, dan hanya melalui mata pelajaran Sejarah kita dapat mewujudkan kebanggaan

dan keperibadian bangsa Malaysia (Abdul Shukor, 1998). Oleh sebab itu, mata pelajaran

Sejarah memainkan peranan penting dalam memberikan penekanan kepada unsur

kesinambungan dan perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat dan negara.

Kesan daripada saranan ini, pihak sekolah telah merancang teknik dan kaedah

pembelajaran yang sesuai bagi meningkatkan peratusan pelajar lulus sejarah di sekolah.

Hal ini demikian kerana, masalah utama yang dihadapi oleh pelajar adalah tidak dapat

mengingat fakta dengan baik. Menurut Lee Shok Mee dalam bukunya (Psikologi

Pendidikan,1997) tanpa kebolehan mengingat, segala yang dipelajari menjadi sia-sia

sahaja. Dari segi peperiksaan pula, kebolehan mengingat menjadi asas ukuran untuk

menentukan sejauhmana seseorang murid telah mencapai pembelajaran. Oleh itu

kegagalan mengingat fakta atau prinsip sudah tentu akan menjejaskan prestasi calon.

Page 2: kajian-tindakan-siap.docx

Justeru itu, calon tersebut dianggap telah gagal dalam pembelajaran. Dalam konteks

pengajaran dan pembelajaran sejarah, masalah mengingat fakta dan menghuraikan fakta

sememangnya merupakan satu perkara yang agak umum bagi pelajar dan juga guru

sejarah, khususnya bagi pelajar yang lemah dari segi akademik (NEA Today, November,

2003). Menurut Abdul Rahim (1998), faktor kegagalan guru dalam penggunaan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai menyebabkan pelajar berasa bosan, mengantuk

dan jemu sewaktu mempelajari mata pelajaran ini. Oleh yang demikian, kaedah baru

diperkenalkan iaitu kaedah tema. Kaedah tema adalah satu kaedah yang mana, pelajar

akan dapat menyatakan isi penting atau idea utama dalam topik-topik pembelajaran. Idea-

idea ini akan disenaraikan terlebih dahulu sebelum dihuraikan seperti kebiasaannya dalam

menjawab soalan esei. Contohnya dalam topik pembelajaran dan pengajaran tingkatan 5

iaitu faktor-faktor yang membawa kepada imperialisme Barat di AsiaTenggara, pelajar

akan menyatakan isi utama atau temanya iaitu, Strategik, tanah, kaya, perindustrian,

pasaran, kapal, terusan, telegraf, saingan, slogan, agama. Menerusi kaedah ini, pelajar akan

dapat menyenaraikan dan tahu apakah jawapan bagi soalan tersebut kerana pelajar dapat

menguasai kaedah ini.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengajaran dan pembelajaran Subjek Sejarah di dalam kelas perlu menggunakan teknik

dan kaedah yang berkesan bagi menarik minat pelajar. Di samping itu juga, penilaian

pembelajaran sejarah melalui peperiksaan dan ujian yang dijalankan oleh guru mendapati,

pelajar tidak dapat menjawab soalan esei yang di berikan dengan baik. Apabila diajukan

pertanyaan kepada mereka, apakah punca utama masalah ini berlaku, rata-rata mereka

menyatakan bahawa mereka tidak dapat menguasai fakta sejarah dan menghuraikan fakta

seperti yang dikehdaki oleh soalan. Kemahiran penguasaan fakta sejarah sangat penting

dalam mata pelajaran sejarah. Sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai oleh pelajar,

maka kesukaran menjawab soalan esei dalam tempoh masa yang ditetapkan akan timbul.

Oleh yang demikian, satu kaedah yang difikirkan dapat membantu para pelajar

menyelesaikan masalah mereka. Kaedah tersebut adalah, kaedah tema. Namun, menurut

kajian yang dijalankan oleh Jasbir (1985), Rohana (1987), Puteh Mohamad (1992) dan

Aini (1996), kaedah khutbah merupakan salah satu strategi yang paling popular dalam

kalangan guru Sejarah.

Page 3: kajian-tindakan-siap.docx

3.0 PENYATAAN MASALAH

Sebagai seorang guru Pratikal Sejarah, saya ditugaskan oleh pihak sekolah untuk

mengambil alih kelas tingkatan 1 Amanah, 1 Bestari dan 1 Efisen sejak saya mula

melaporkan diri di SMK Sultan Alauddin Masjid Tanah Melaka. Dalam tempoh 4 bulan

saya berkhidmat di sekolah tersebut, saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran

Sejarah bagi Tingkatan1, 2 dan 4. Selama 4 bulan saya menjadi guru Sejarah, saya telah

menghadapi pelbagai masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah yang

ketara sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah ialah pelajar sukar untuk

mengingat fakta-fakta Sejarah dalam jangka masa panjang. Masalah ini merupakan salah

satu punca yang boleh mengikis minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah.

Saya juga difahamkan oleh rakan guru Sejarah yang lain bahawa masalah ini bukan

sahaja merupakan masalah pelajar saya sahaja bahkan pelajar tingkatan lain turut

menghadapi masalah yang sama. Selain itu, guru mata pelajaran yang lain seperti Sains,

Geografi, Matematik dan sebagai juga menghadapi masalah yang sama.

Pada tahun ini, tiga kelas Tingkatan Satu bagi mata pelajaran Sejarah iaitu

Tingkatan 1 Amanah, 1 Bestari dan 1 Efisen telah diberikan kepada saya untuk diajar

sebagai tambahan. Memandangkan mata pelajaran Sejarah merupakan satu mata pelajaran

yang baru bagi pelajar Tingkatan Satu, selepas 3 bulan sesi pengajaran dan pembelajaran,

saya telah mendapati bahawa pelajar-pelajar Tingkatan Satu juga menghadapi masalah

yang sama termasuklah kelas yang cemerlang seperti Tingkatan 1 Amanah. Masalah ini

telah dikenal pasti oleh guru apabila pelajar Tingkatan 1 Amanah dapat menyiapkan segala

latihan dan memberi jawapan yang betul selepas sahaja guru mengajar, tetapi mereka akan

terlupa faktanya selepas sesi pengajaran. Hal ini dibukti sekali lagi apabila saya meminta

pelajar Tingkatan 1 Amanah yang mendapat markah kurang daripada 50% menyenaraikan

sebab-sebab mereka gagal dalam mata pelajaran Sejarah dalam catatan mereka. Analisis

catatan pelajar mendapati faktor uatama yang menyebabkan pelajar gagal dalam

peperiksaan ialah faktor sukar mengingat fakta-fakta sejarah. Faktor-faktor lain yang

dikenal pasti adalah seperti tidak mengulang kaji, tidak ada bahan rujukan, tidak menumpu

perhatian semasa guru mengajar, menganggap mata pelajaran Sejarah kurang penting dan

hanya menumpu kepada mata pelajaran yang utama sahaja.

Page 4: kajian-tindakan-siap.docx

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Objektif Am

Menimbulkan minat pelajar-pelajar terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran

sejarah.

4.2 Objektif Khusus

4.2.1 Meningkatkan kemahiran pelajar menguasai fakta-fakta sejarah dan

menyusun fakta dengan mudah.

4.2.3 Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah

4.2.4 Membentuk pelajar yang berfikiran kreatif

5.0 PERSOALAN KAJIAN

1.Bagaimanakah cara pelajar meningkatkan penguasaan fakta dan menyusun fakta

sejarah?

2.Bagaimanakah cara membentuk daya kreativiti pelajar dalam penguasaan fakta

sejarah?

6.0 SOROTAN KAJIAN

Perkembangan kajian tindakan adalah selaras dengan anjakan paradigma dalam perbahasan

tentang asas pengetahuan untuk pengajaran ( knowledge base for teaching ) yang kini

memperlihatkan peralihan daripada model sistem mengajar yang bersifat preskriptif oleh

ejen luar (penyelidik di universiti ) dan dari domain ilmu di luar pendidikan seperti

psikologi, sosiologi dan falsafah (Bruner, 1966), kepada pengetahuan tentang pengajaran

dalam konteks bilik darjah yang bersifat kontekstual dan partikularistik, dijana oleh guru

sendiri sebagai penyelidik ( Doyle, 1989 ).

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sejarah, masalah mengingat fakta dan

menghuraikan fakta sememangnya merupakan satu perkara yang agak umum bagi pelajar

dan juga guru sejarah, khususnya bagi pelajar yang lemah dari segi akademik (NEA

Today, November, 2003). Penyelesaian terbaik kepada masalah ini adalah spesifik

mengikut kes dan amat susah untuk dibuat generalisasi daripada kes lain ataupun ke atas

Page 5: kajian-tindakan-siap.docx

kes lain. Justeru, seperti yang ditegaskan di atas guru sebagai pengamal yang faham

dengan dinamisme atau situasi konteks bilik darjah dan pelajar perlu menjalankan kajian

tindakan untuk merintis intervensi ataupun mencari alternatif yang terbaik bagi membantu

golongan pelajar yang mengalami masalah pembelajaran ini.

Hasil daripada pemerhatian oleh pengkaji di dalam bilik darjah, mendapati masalah

utama yang dihadapi oleh pelajar ataupun murid dalam pembelajaran dan pengajaran

sejarah adalah mengingat fakta sejarah dalam tempoh masa yang panjang. Masalah ini

dikenal pasti apabila guru melihat peratusan pelajar yang lulus sejarah di sekolah amatlah

mendukacitakan. Fakta yang dipelajari akan dapat diingat dalam tempoh pembelajaran

sahaja, selepas waktu pembelajaran, guru mendapati maklumat dan fakta yang

disampaikan tidak dapat diingat. Disamping itu juga, masalah ini dikukuhkan lagi dengan

kajian-kajian tindakan yang dilaksanakan oleh para guru mata pelajaran sejarah dalam

membantu pelajar menyelesaikan masalah mengingat fakta sejarah.

Antara petikan pelajar yang menghadapi masalah mengingat fakta sejarah:

I. “Saya cepat lupa walaupun saya membuat ulang kaji” (Catatan pelajar A)

II. “Saya tidak ingat apa yang saya ulang kaji semasa saya belajar petang dan

belajar malam” (Catatan pelajar B)

III. “...nak dikatakan tak minat, minat juga Sejarah tapi dia membawa masalah

kepada saya. Dulu saya menganggap Sejarah ini senang dan mudah, tapi apabila saya

sudah masuk Tingkatan satu, barulah saya rasa Sejarah itu agak susah kerana terlalu

banyak perkara yang perlu di ingat” (Catatan pelajar C)

IV. “Saya tidak membuat ulang kaji pada awalnya tetapi pada saat-saat yang

terakhir sebab kalau belajar awal pun nanti lupa juga…… Akhirnya saya tidak sempat

berulang kaji semua topik” (Catatan pelajar D).

Daripada perspektif saya, ini menunjukkan bahawa perkara yang telah dipelajari

oleh pelajar hanya kekal dalam ingatan jangka pendek mereka sahaja (keupayaan

terhadnya pada satu masa). Pengajaran yang telah disampaikan itu tidak masuk dalam

ingatan jangka panjang mereka (keupayaan yang tidak terhad, boleh menyimpan maklumat

dalam ingatan dan dilupa secara beransur). Lupaan merupakan satu kejadian biasa. Antara

sebab manusia boleh lupa ialah ketiadaan saranan dan peredaran masa. Dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, pelajar sentiasa didedahkan dengan maklumat yang baru dan

Page 6: kajian-tindakan-siap.docx

mereka akan memberi fokus kepada maklumat baru. Maklumat yang baru ini akan

mengambil alih tempat maklumat lama dan menyebabkan ingatan lama mula mereput.

Walau bagaimanapun, strategik dan pendekatan tertentu boleh digunakan untuk membantu

kita dan pelajar mengingat maklumat yang banyak dan kurangkan lupaan.

Dalam bab ini, pengkaji akan menumpukan kepada cara untuk mengatasi masalah

ini dengan lebih jelas. Pengkaji telah menyatakan bahawa masalah utama yang dihadapi

oleh pelajar adalah mengingat fakta sejarah dalam tempoh masa yang lama. Kesan

daripada masalah ini, pelajar tidak dapat menjawab soalan esei seperti yang dikehendaki

soalan. Pelajar juga menghadapi masalah untuk menghuraikan fakta sejarah. Oleh dengan

itu, pengkaji telah mendapat cara ataupun alternatif terbaik bagi mengatasi masalah utama

ini.

Isu utama dalam masalah ini, iaitu pelajar tidak dapat meningta fakta dan

menjawab soalan esei telah menyebabkan tercetusnya pelbagai idea dan kaedah bagi

menyelesaikan masalah ini. Antara kaedah yang di perkenalkan adalah seperti, Kaedah

Mneumonik, Penggunaan Peta Konsep, Sistem Pembelajaran N-P ( Nota Poket ), dan

Model Pembelajaran STAD (Student Team Achievement Divisions). Kesemua kaedah dan

model pembelajaran ini di hasilkan adalah untuk menyelesaikan masalah pelajar tidak

dapat mengingat fakta dan menjawab soalan esei. Kaedah yang dihasilkan ini juga,

membantu para pelajar dalam pembelajaran mereka dengan mudah dan mendapatkan hasil

yang berkesan. Disamping itu, dengan adanya teori dan kaedah yang diperkenalkan, ianya

dapat membentuk daya pemikiran pelajar yang kreatif dan inovatif. Hal ini demikian

kerana, pelajar dapat membentuk sesuatu yang sesuai mengikut keselesaan mereka sendiri

dan kefahaman mereka. Contohnya dalam merangka isi jawapan, merangka nota,

merangka peta minda dan peta konsep beserta huraiannya. Mereka juga akan saling

bertukar-tukar idea dan pendapat apabila berada dalam kumpulan yang dibentuk seperti

yang dilaksanakan dalam Model pembelajaran STAD.

Sebelum menjalankan kajian dengan lebih terperinci, pengkaji telah membuat

tinjauan literasi atau literatur dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang

sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain yang didapati

sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan berjumpa dengan konsep, model dan teori

yang berbagai-bagai jenis. Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya teori-teori, kaedah dan

teknik pembelajaran yang dihasilkan melalui kajian tindakan yang dijalankan. Antara

kaedah dan teori yang diperkenalkan adalah:

Page 7: kajian-tindakan-siap.docx

i. Kaedah Mneumonik.

ii. Penggunaan Peta Konsep.

iii. Sistem Pembelajaran N-P ( Nota Poket ).

iv. Model Pembelajaran STAD (Student Team Achievement Divisions).

Kaedah dan teori baru dalam menyelesaikan masalah utama iaitu, “mengingat fakta

sejarah” dalam tempoh masa yang lama bagi membuktikan bahawa, terdapat sesuatu isu

dan permasalahan yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Daripada

masalah ini, para pengkaji telah mencetuskan idea untuk melaksanakan kajian yang mana

kajian tersebut dianalisis dan diuji terhadap individu yang terlibat ataupun responden yang

terpilih. Hasil daripada dapatan kajian, akan membuktikan bahawa sejauhmana, kaedah

dan teori tersebut berkesan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Setiap kaedah dan teori yang dilaksanakan ini terdapat kelebihan dan kelemahan

yang tersendiri. Kaedah-kaedah ini juga, berbeza dari segi kaedah pelaksanaannya dalam

menyelesaikan masalah utama iaitu pelajar sukar mengingat fakta sejarah.

Kaedah Mneumonik

Kaedah mneumonik ialah satu kaedah yang boleh membantu ingatan pelajar dengan

mengaitkan sesuatu bahan atau rangkai kata berdasarkan huruf-huruf pangkal untuk diingat

dengan sesuatu yang bermakna kepada pelajar itu (Rahil, Jami’ah & Kasnani, 2000: 43).

Contohnya pelajar perlu mengingat singkatan ‘JERI’ yang bermaksud perkembangan

Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek. Kaedah atau pendekatan ini sebenarnya telah lama

digunakan oleh para guru dan pelajar tetapi ia tidak diinovasi dan dikreatifkan. Kaedah ini

amat bertepatan dengan tugas seorang guru sebagai seorang fasilitator atau dengan kata

lain pemudah cara atau pembimbing. Topik yang dipilih adalah “Kaedah Pengkajian

Sejarah”. Melalui kaedah mneumonik, Kaedah Pengkajian Sejarah boleh dipermudahkan

untuk diingati melalui penggunaan 3 perkataan sahaja iaitu “Apek Tolak Lori, Arah Timur

Laut, Ali Lompat Tinggi” (Arkeologi, Bertulis, Lisan)

Page 8: kajian-tindakan-siap.docx

Penggunaan Peta Konsep

Peta konsep merupakan cara kreatif yang digunakan untuk memudahkan mereka

mengingat fakta dan mengaitkan hubungan sesuatu konsep. Menurut Martin (dalam

Trianto 2010 : 158), “Peta konsep adalah ilustrasi konkrit yang terbaik yang mana sebuah

konsep tunggal dihubungkan ke konsep-konsep lain pada kategori yang sama.” Dari

pendapat tersebut tersirat bahwa peta konsep merangkaikan konsep dengan konsep lainnya

sehinggakan terjadinya keterkaitan antara konsep-konsep tersebut. Peta konsep juga, boleh

membantu pelajar mendapat gambaran yang lebih jelas akan urutan peristiwa dalam satu

kronologi dan ini seterusnya dapat meningkatkan ingatan pelajar terhadap pelajaran yang

diajar oleh guru. Selain itu, penggunaan peta konsep boleh mempelbagaikan kaedah

pengajaran guru dan menjadikan guru lebih berkaliber dalam menyampaikan pengajaran

sejarah dengan lebih efektif lagi.

Sistem Pembelajaran N-P ( Nota Poket ).

Sistem Pembelajaran N-P ( Nota Poket ) adalah teknik dan kaedah pembelajaran

yang mana pelajar mempunyai nota ringkas / catatan bagi membolehkan mereka

mengingati fakta-fakta yang disampaikan. Nota pocket ini akan mencatat isi-isi penting

dalam topik pengajaran dan pembelajaran tersebut. Ianya kerap digunakan oleh pelajar-

pelajar yang mempunyai daya ingatan yang lemah bagi membantu meningkatkan daya

ingatan terhadap fakta-fakta sejarah. Namun, sekiranya nota pocket yang dibuat tidak

digunakan maka, masalah yang sama tidak akan selesai kerana pelajar hanya membuat

nota tetapi tidak mengaplikasikanya didalam pembelajaran mereka. Nota pocket ini,

kebiasaanya akan ditampal di dalam buku-buku rujukan dan sesetengah pelajar pula, akan

membawanya di dalam pocket untuk bacaan di masa lapang.

Model Pembelajaran STAD (Student Team Achievement Divisions).

Pembelajaran kooperatif tipe Student Team Achievement Division (STAD) yang

dikembangkan oleh Robert Slavin dan rakan-rakannya di Universiti John Hopkin (dalam

Slavin, 1995) merupakan pembelajaran kooperatif yang paling sederhana, dan merupakan

pembelajaran kooperatif yang sesuai digunakan oleh guru yang baru menggunakan

pembelajaran kooperatif.

Pelajar akan di tempatkan di dalam kumpulan yang terdiri daripada empat orang

pelajar yang berbeza-beza tahap pemikiran, jantina dan suku. Guru akan memberikan

Page 9: kajian-tindakan-siap.docx

sesuatu topik pembelajaran kepada pelajar, dan mereka perlu membincangkannya di dalam

kumpulan masing-masing untuk melihat tahap dan keupayaan pelajar dalam sesi

pembelajaran tersebut. Model Pembelajaran Koperatif tipe STAD merupakan pendekatan

Cooperative Learning yang menekankan pada aktiviti dan interaksi antara pelajar. Proses

pembelajaran sebagai suatu aktiviti untuk meningkatkan pengetahuan, keterampilan, dan

sikap pelajar yang berkait langsung dengan aktiviti guru. Dalam model pembelajaran ini,

pelajar akan saling memotivasi dan bantu-membantu dalam menguasai isi pelajaran dengan

kadar yang maksimum. Model ini juga menggalakkan pelajar berinteraksi di dalam

kumpulan masing-masing agar mereka dapat bergerak aktif yang mana ianya dapat

menggelakkan daripada sesi pembelajaran satu hala iaitu, informasi atau maklumat hanya

datang dari guru dan tiada interaksi antara guru dan pelajar. Hal ini akan menyebabkan

pelajar menjadi kurang terlibat aktif dalam kegiatan pembelajaran.

7.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan

menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu

rumusan. ( Adam dan Schvaneveldt, 1985 ). Metodologi menerangkan cara sesuatu

masalah disiasat dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan

metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang

pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.

Pengkaji mendapati bahawa perlunya menggunakan kaedah yang bersesuaian

dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Hal ini bertepatan dengan cara dan kaedah

sesuatu kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian tindakan. Jika dirujuk kepada

kajian-kajian yang lepas, kebanyakkan para pengkaji menyatakan bahawa, perlunya

sesuatu kaedah dalam kajian tindakan itu kerana, kaedah tersebut menentukan sama ada

kajian yang dilaksankan berjaya ataupun tidak.

Pengkaji mendapati terdapat dua kaedah yang relevan untuk digunakan dalam

sesuatu kajian. Dua kaedah tersebut adalah kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kedua-dua

kaedah ini kebiasaannya diguna pakai dalam menghasilkan sesebuah kajian ilmiah dan

kajian tindakan. Hasil keputusan daripada penggunaan kedua-dua kaedah ini adalah positif.

Justeru itu, pengkaji mengandaikan bahawa, pemilihan kaedah yang bersesuain dengan

Page 10: kajian-tindakan-siap.docx

kajian yang hendak dijalankan adalah penting bagi memberikan keputusan yang positif

terhadap kesan daripada kajian itu.

7.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci

bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006). Ia juga berfungsi sebagai panduan

dalam membantu penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan membuat

pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Reka bentuk penyelidikan juga

menjadi model bagi membolehkan penyelidik membuat infrens berkenaan pemboleh ubah

yang dikaji.

Pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah kajian kulaititatif. Kaedah

kualitatif ini menjadi pilihan kerana, ianya merupakan pendekatan induktif yang mana,

data dikumpulkan dan digunakan untuk memahami satu fenomena atau masalah yang

berlaku. Kajian kualitatif merupakan suatu bentuk pertanyaan sosial yang memfokuskan

kepada cara interprestasi manusia dan logikal terhadap pengalaman mereka serta

persekitaran di mana mereka tinggal. (Creswell, 1994) menambah lagi bahawa, kaedah

kualitatif termasuklah kajian tindakan, kajian kes dan juga kajian etnografi.

7.2 Pengumpulan Data

Soal selidik akan dilakukan terhadap pelajar sasaran. Soal selidik ini akan dijawab

oleh pelajar secara jujur dan tertutup. Tujuan soal selidik ini dilaksanakan untuk

mendapatkan maklumat peribadi pelajar, minat, masalah murid berkaitan mata pelajaran

sejarah dan cadangan cara untuk mengatasi masalah.

Ujian pra akan dijalankan di peringkat awal kajian, manakala ujian pos akan dibuat

pada akhir tempoh kajian. Ujian pos diberi kepada kumpulan pelajar sasaran. Keputusan

ujian pra dan ujian pos akan dianalisis untuk mengetahui perubahan prestasi pelajar yang

diuji.

Ujian Pra mengandungi 2 soalan esei untuk tajuk yang sama dengan modul 1. Soalan

ujian modul 1, ujian modul 2, ujian modul 3 dan ujian pos berbeza mengikut topik.

Page 11: kajian-tindakan-siap.docx

8.0 DAPATAN KAJIAN

8.1 Partisipan Atau Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran dalam kajian ini ialah pelajar Tingkatan 1 Amanah yang terdiri daripada 38

orang pelajar. Kebanyakan pelajar Tingkatan 1 Amanah mendapat keputusan kurang daripada

50 markah dalam peperiksaan penggal pertama. Hanya 12 orang daripada 38 orang yang

dapat 50 markah ke atas. Jadual 1 menunjukkan keputusan peperiksaan penggal pertama mata

pelajaran Sejarah bagi Tingkatan 1 Amanah.

Jadual 1: Keputusan peperiksaan

penggal pertama mata pelajaran Sejarah

Tingkatan 1 Amanah Markah (Gred)

Bilangan Murid Peratus (%)

80-100 (A) 0 0

65-79 (B) 3 7.9

50-64 (C) 9 23.7

40-49 (D) 19 50

0-39 (E) 7 18.4

Jumlah 38 100

Berdasarkan Jadual 1, dapat disimpulkan bahawa walaupun Tingkatan 1 Amanah merupakan

kelas yang terbaik dalam Tingkatan Satu, namun pencapaian peperiksaan penggal pertama

bagi mata pelajaran Sejarah didapati kurang memuaskan. Punca-punca utama telah dikenal

pasti iaitu pelajar sukar mengingat fakta-fakta sejarah.

Dalam kajian ini, saya dan murid memainkan peranan masing-masing. Saya sebagai guru

memperkenalkan kaedah mneumonik kepada pelajar saya. Saya juga menerapkan kaedah

mneumonik dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan topik-topik yang sesuai.

Pelajar perlu mencipta suatu rangkai kata berdasarkan huruf pangkal untuk mengingat sesuatu

fakta Sejarah dan isi pelajaran yang disampaikan saya. Pelajar tidak boleh menerima bulat-

bulat rangkai kata yang diberi atau dicipta. Pelajar mestilah memahami konsep dan maksud

huruf pangkal yang digunakan.

8.2 Instrumen Kajian

8.2.1. Instrumen kajian yang akan digunakan adalah seperti berikut:

Page 12: kajian-tindakan-siap.docx

I. Aktiviti 1: Kad imbasan

II. Aktiviti 2: Kad imbasan

III. Aktiviti 3: Kad imbasan, kertas mahjung

8.2.2. Instrumen dan langkah pemerhatian

I. Kajian tindakan ini akan dilaksanakan selama 8 minggu mulai 04.08.2014

sehingga 22.09.2014

II. Beberapa orang guru akan diberikan tugasan menyediakan modul tema

untuk subtopik yang akan digunakan.

III. Kajian akan dijalankan mengikut jadual waktu persekolahan.

IV. Pemerhatian akan dibuat untuk menilai keberkesanan aktiviti yang

dijalankan.

V. Soal selidik akan dilakukan terhadap pelajar sasaran. Soal selidik ini akan

dijawab oleh pelajar secara jujur dan tertutup. Tujuan soal selidik ini

dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat peribadi pelajar, minat,

masalah murid berkaitan mata pelajaran sejarah dan cadangan cara untuk

mengatasi masalah.

VI. Ujian pra akan dijalankan di peringkat awal kajian, manakala ujian pos

akan dibuat pada akhir tempoh kajian. Ujian pos diberi kepada kumpulan

pelajar sasaran. Keputusan ujian pra dan ujian pos akan dianalisis untuk

mengetahui perubahan prestasi pelajar yang diuji.

VII. Ujian Pra mengandungi 2 soalan esei untuk tajuk yang sama dengan modul

1. Soalan ujian modul 1, ujian modul 2, ujian modul 3 dan ujian pos

berbeza mengikut topik.

Page 13: kajian-tindakan-siap.docx

9.0 ANALISIS MENGINTEPRASI DATA

Peringkat analisis data dilaksanakan untuk menilai segala maklumat atau data yang

diperolehi dapat digunakan untuk membuat kesimpulan kajian dan penyelesaian terhadap

masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mengingat fakta sejarah. Selain itu juga, proses ini

diperlukan untuk mendapatkan data berkaitan dengan minat pelajar terhadap mata pelajaran

sejarah. Disamping itu, keputusan daripada hasil analisis data ini akan merungkai cara dan

kaedah yang sesuai bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Secara umumnya, proses analisis

data dibuat berdasarkan tiga bahagian yang terkandung di dalam boring soal selidik. Data

soal selidik diproses melalui graf, carta bar atau sebarang bentuk grafik yang mana hasil

analisis mudah difahami berbanding laporan tabular ( jadual ).

LAMPIRAN 1

Perkara Bilangan pelajar kumpulan sasaran

Sangat

setuju

Setuju Tidak

pasti

Tidak

setuju

Sangat

Tidak

setuju

Saya sangat meminati mata

pelajaran Sejara

Kebanyakan topik mata pelajaran

Sejarah tidak menarik.

Mata pelajaran Sejarah

membosankan

Mata pelajaran Sejarah tidak

penting

Mata pelajaran Sejarah sangat

mencabar

Jadual 1: Soal Selidik Tentang Minat PelajarTerhadap Mata Pelajaran Sejarah

Page 14: kajian-tindakan-siap.docx

Perkara Bilangan pelajar kumpulan sasaran

Sangat

setuju

Setuju Tidak

pasti

Tidak

setuju

Tidak

setuju

Saya susah mengingati fakta

sejarah

Saya tidak gemar menghafal

fakta Sejarah

Cara guru mengajar

membosankan

Saya perlu mengingat terlalu

banyak fakta

Mata pelajaran Sejarah tidak

dapat membantu saya ke IPT.

Jadual 2: Soal Selidik Tentang Masalah Yang Dihadapi oleh Pelajar

Perkara Bilangan pelajar kumpulan sasaran

Sangat

setuju Setuju

Tidak

pasti

Tidak

setuju

Tidak

setuju

Saya perlu didedahkan

dengan kaedah membuat nota

ringkas.

Guru perlu mempelbagaikan

kaedah mengajar.

Saya perlu didedahkan

dengan kaedah mengingat

fakta.

Saya lebih gemar jika Sejarah

diajar dalam bentuk grafik.

Jadual 3: Soal Selidik Tentang Cara Mengatasi Masalah Yang Dihadapi

Page 15: kajian-tindakan-siap.docx

Gambar 1 menunjukkan murid sedang mengaplikasikan kaedah Mneumonik dalam

pembelajaran mereka.

Page 16: kajian-tindakan-siap.docx

Gambar 2 menunjukkan murid sedang membina akronim yang sesuai berkenaan dengan

topik pembelajaran.

Gambar 3 menunjukkan murid sedang membina akronim yang sesuai sebagai startegi

pembelajaran sejarah.

Umi buatkan rumusan n cadangan penyelidikan seterusnya. Hehehehe syg umi

Page 17: kajian-tindakan-siap.docx