kajian tindakan sejarah

2
LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BERASASAN SEKOLAH Nama : SITI RUZITA BINTI MOHAMED SARIP Sekolah : SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YASSIN A. Maklumat daripada e-Rekod Tarikh : 7 MEI 2015 Waktu : Khamis Tingkatan/Kelas: 5 Cekap Tajuk : MALAYAN UNION 1946 DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948. -Persekutuan Tanah Melayu (ULANGKAJI)-KUIZ Objektif : 1. Menyenaraikan isi-isi Perjanjian Persekutuan 1948 2. Menyenaraikan langkah-langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Refleksi Pdp : Murid kelas lemah memang menghadapi masalah untuk menyenaraikan semula fakta ataupon isi perjanjian kerana mereka kurang focus semasa penerangan guru dan tidak minat untuk membaca walaupon bahan telah disediakan. Guru perlu menarik menarik minat dan focus murid dengan melibatkan murid dalam permainan. B. Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah : Permainan ‘Tulis dan tayang’ Penyelesaian: Langkah 1 : Guru memberi penerangan tentang tajuk yang diajar , murid melengkapkan modul Ithink dengan merujuk buku dan penerangan yang guru berikan. Pada peringkat ini murid hanya menyalin. Langkah 2 : Murid di tempatkan secara berkumpulan. Guru mengedarkan white board dan pen marker pada setiap kumpulan. Guru akan membacakan soalan dan masa diberikan .

Upload: siti-ruzita

Post on 10-Apr-2016

31 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: kajian tindakan SEJARAH

LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BERASASAN SEKOLAH

Nama : SITI RUZITA BINTI MOHAMED SARIPSekolah : SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YASSIN

A. Maklumat daripada e-Rekod

Tarikh : 7 MEI 2015

Waktu : Khamis

Tingkatan/Kelas: 5 Cekap

Tajuk : MALAYAN UNION 1946 DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948.-Persekutuan Tanah Melayu (ULANGKAJI)-KUIZ

Objektif : 1. Menyenaraikan isi-isi Perjanjian Persekutuan 19482. Menyenaraikan langkah-langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Refleksi Pdp :

Murid kelas lemah memang menghadapi masalah untuk menyenaraikan semula fakta ataupon isi perjanjian kerana mereka kurang focus semasa penerangan guru dan tidak minat untuk membaca walaupon bahan telah disediakan. Guru perlu menarik menarik minat dan focus murid dengan melibatkan murid dalam permainan.

B. Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah :

Permainan ‘Tulis dan tayang’

Penyelesaian:

Langkah 1 : Guru memberi penerangan tentang tajuk yang diajar , murid melengkapkan modul Ithink dengan merujuk buku dan penerangan yang guru berikan. Pada peringkat ini murid hanya menyalin.

Langkah 2 : Murid di tempatkan secara berkumpulan. Guru mengedarkan white board dan pen marker pada setiap kumpulan. Guru akan membacakan soalan dan masa diberikan .

Langkah 3 : Permainan dimulakan apabila guru membacakan soalan dan murid secara berkumpulan diberikan masa untuk mencari jawapan dan menyenaraikan semula isi pada white board. Masa yang diberi lebih kurang 1 minit dan bergantung pada tahap kepayahan soalan. Setelah tamat masa guru meminta semua kumpulan mengangkat White board dan menayangkan jawapan. Guru bersama murid yang lain akan menentukan berapa markah yang akan diperolehi. Markah yang diperolehi akan dikumpul sehingga habis soalan. Markkah akan di kira. Kumpulan yang paling banyak markah akan diberikan reward berbentuk stiker dan akan dilekatkan di REWARD CHART.

Page 2: kajian tindakan SEJARAH

Semasa awal Pdp, saya memberi penerangan kepada murid secara lisan dan ,murid hanya menyalin dan melengkapkan modul. Pada peringkat ini tahap pemahaman murid sangat lemah dan kurang berminat untuk mencari jawapa lebih-lebih lagi untuk mangingat semula fakta dan menyenaraikan isi perjanjian. Tetapi semasa permainan semua murid menunjukkan minat dan kesungguhan untuk mencari jawapan dan memastikan kumpulan mereka mendapat stiker.

C. Hasil pelaksanaan tindakan ini ialah

Murid berjaya menyenaraikan isi-isi perjanjian dengan betul. Mana-mana kumpulan yang tertinggal isi akan dapat jawapan dari kumpulan lain sewaktu white board kumpulan masing-masing ditayangkan. Dalam masa yang sama ia dapat membantu kumpulan yang lemah untuk memperbaiki kelemahan masing-masing. Pada akhir pdp juga dilihat focus dan minat murid pada pengajaran hari itu meningkat.