kajian tindakan - new

20
Kajian Tindakan BAB 1 PENDAHULUAN Kajian ini bertujuan meninjau minat murid terhadap kursus Kemahiran Hidup. Selain itu, kajian ini juga turut meninjau faktor- faktor yang mempengaruhi pelajar meminati kursus Kemahiran Hidup. Kajian ini dijalankan adalah disebabkan minat murid amat penting untuk mencapai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Untuk menjadi seorang guru Kemahiran Hidup yang bagus, kita harus mengkaji tentang minat pelajar terhadap kursus Kemahiran Hidup untuk mengetahui kelemahan yang perlu dibaiki. Kursus Kemahiran Hidup merupakan salah satu subjek dalam bidang Teknikal Dan Vokasional. Subjek Kemahiran Hidup mempunyai bidang teknikal, bidang ekonomi rumah tangga, bidang pertanian dan bidang perdagangan dan keusahawanan. Setiap bidang dalam Kemahiran Hidup boleh diaplikasikan oleh pelajar dalam melahirkan insan yang berteknologi dan inovasi. Penulisan ini juga dibuat berdasarkan kajian menggunakan pemerhatian markah ujian selaras dan peperiksaan pertengahan tahun murid 2 Berlian. Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia, Ipoh, Perak. Sampel kajian terdiri daripada murid Tingkatan Dua yang mengambil Ekonomi Rumah Tangga dalam Subjek Kemahiran Hidup. 1

Upload: amin-angelo-d-maria

Post on 16-Apr-2015

156 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan - New

Kajian Tindakan

BAB 1

PENDAHULUAN

Kajian ini bertujuan meninjau minat murid terhadap kursus Kemahiran Hidup. Selain itu,

kajian ini juga turut meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar meminati kursus

Kemahiran Hidup. Kajian ini dijalankan adalah disebabkan minat murid amat penting

untuk mencapai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Untuk menjadi seorang guru

Kemahiran Hidup yang bagus, kita harus mengkaji tentang minat pelajar terhadap kursus

Kemahiran Hidup untuk mengetahui kelemahan yang perlu dibaiki. Kursus Kemahiran

Hidup merupakan salah satu subjek dalam bidang Teknikal Dan Vokasional. Subjek

Kemahiran Hidup mempunyai bidang teknikal, bidang ekonomi rumah tangga, bidang

pertanian dan bidang perdagangan dan keusahawanan. Setiap bidang dalam Kemahiran

Hidup boleh diaplikasikan oleh pelajar dalam melahirkan insan yang berteknologi dan

inovasi. Penulisan ini juga dibuat berdasarkan kajian menggunakan pemerhatian markah

ujian selaras dan peperiksaan pertengahan tahun murid 2 Berlian. Kajian ini dijalankan di

Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia, Ipoh, Perak. Sampel kajian terdiri daripada

murid Tingkatan Dua yang mengambil Ekonomi Rumah Tangga dalam Subjek

Kemahiran Hidup.

1

Page 2: Kajian Tindakan - New

Kajian Tindakan

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Markah ujian selaras 1 dan peperiksaan pertengahan tahun murid menjadi alat ukur untuk

menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah serta borang soal

selidik diedarkan untuk meninjau minat murid terhadap subjek Kemahiran Hidup. Selain

itu, penyelidik turut meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar terhadap

kursus Kemahiran Hidup dengan mengedarkan borang soal selidik.

Kursus Kemahiran Hidup merupakan subjek yang melibatkan pembelajaran teori

dan amali. Guru Kemahiran Hidup biasa menggunakan bahan bantuan mengajar seperti

objek sebenar atau ilustrasi gambar yang berkaitan dengan objektif pengajaran untuk

memudahkan proses pengajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Huraian kenyataan

ini turut disokong oleh Omardin Ashaari yang menyatakan bahawa bahan bantuan

mengajar secara tidak langsung dapat mencetuskan minat pelajar terhadap pengajaran

guru dengan gaya persembahan dan kaedah penyampaian yang menarik. Di dalam

pengajaran kursus Kemahiran Hidup, bahan-bahan bantuan mengajar yang digunakan

oleh guru amat penting bagi memudahkan pemahaman pelajar. Oleh itu, banyak aktiviti

pembelajaran yang akan dilaksanakan oleh pelajar sendiri. Secara tidak langsung, minat

murid akan bertambah dalam subjek Kemahiran Hidup dan pencapaian dalam

peperiksaan dapat ditingkatkan.

Faktor-faktor yang lain turut mempengaruhi minat pelajar untuk mempelajari

kursus Kemahiran Hidup adalah seperti faktor motivasi kendiri, pengaruh rakan sebaya,

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan dorongan keluarga.

2

Page 3: Kajian Tindakan - New

Kajian Tindakan

1.1 PERNYATAAN MASALAH

Masalah yang ingin dikemukakan ialah murid kurang berminat terhadap kursus

Kemahiran Hidup dan kaedah mengajar guru kurang menarik minat murid. Kursus

Kemahiran Hidup merupakan subjek yang melibatkan pembelajaran teori dan amali.

Guru Kemahiran Hidup biasa menggunakan bahan bantuan mengajar seperti alat/bahan

sebenar atau ilustrasi gambar yang berkaitan untuk memudahkan pengajaran dan

pengajaran dalam bilik darjah. Huraian ini turut disokong oleh Omardin Ashaari dengan

menyatakan bahawa bahan bantuan mengajar secara tidak langsung dapat mencetuskan

minat pelajar terhadap pengajaran guru dengan gaya persembahan dan kaedah

penyampaian yang menarik. Tetapi, adakah ia hanya bergantung pada alasan ini boleh

menarik minat pelajar terhadap Kemahiran Hidup? Untuk menarik minat pelajar terhadap

sesuatu perkara, ada pelbagai caranya dan bukan saja bergantung kepada satu cara sahaja.

Jadi, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji adakah pelajar berminat terhadap

kursus Kemahiran Hidup ini dan kaedah mengajar guru menyebabkan seseorang murid

tersebut minat terhadap kursus Kemahiran Hidup.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Tinjauan kajian ini bertujuan untuk meninjau perkara seperti di bawah:-

1. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah berdasarkan minat

murid.

2. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi minat pelajar dalam kursus Kemahiran

Hidup.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini akan mengupas persoalan berpandukan pernyataan masalah dan objektif

kajian. Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini telah dibahagikan kepada

beberapa aspek seperti berikut:-

3

Page 4: Kajian Tindakan - New

Kajian Tindakan

a. Adakah murid berminat dengan kaedah mengajar guru berkesan?

b. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar berminat dalam kursus Kemahiran

Hidup?

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengetahui keberkesanan kaedah mengajar guru dalam bilik

darjah. Keputusan kajian ini amat penting kepada para pendidik kerana boleh membantu

pendidik mengetahui kejayaan atau kegagalan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Menurut Gilbert Highet, beliau menyatakan bahawa keberkesanan

pengajaran dan pelajaran boleh menarik minat pelajar terhadap sesuatu subjek. Oleh itu,

minat pelajar amat penting untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Penyelidik menjalankan kajian terhadap murid-murid Tingkatan Dua Berlian dan

Baiduri di Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia, Ipoh, Perak.

1.5 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Penulisan ini menggunakan 29 orang sampel kajian yang terdiri daripada murid SMK

Rapat Setia Ipoh, Perak. Para murid terdiri daripada murid perempuan yang terdiri

daripada pelbagai kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui sejauh manakah

keberkesanan kaedah mengajar guru bagi menarik minat murid sekolah menengah

terhadap kursus Kemahiran Hidup.

1.6 DEFINISI OPERASIONAL

Pendidikan Kemahiran Hidup

Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan

teknologi. Ianya ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Matapelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah

mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif,

4

Page 5: Kajian Tindakan - New

Kajian Tindakan

inovatif dan produktif. Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerjaya

yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama

dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian

rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun

dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi dan komunikasi maklumat.

Minat

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (2003), minat ialah keinginan, kesukaan atau

kecenderungan kepada sesuatu. Minat bermaksud suatu kecenderungan yang

menyebabkan seseorang berusaha untuk mencari ataupun mencuba aktiviti-aktiviti dalam

bidang tertentu. Minat juga didefinisikan sebagai daya penggerak atau kecenderungan

seseorang itu memberi perhatian terhadap seseorang, benda atau sebarang kegiatan.

Penumpuan terhadap perkara yang menarik minat akan timbul secara spontan dan

individu akan mengambil berat terhadap perkara tersebut. Menurut Hashim (2000), minat

secara keseluruhan boleh dianggap sebagai pembolehubah-pembolehubah motivasi.

Minat adalah daya penggerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada

sesuatu yang diminati sama ada subjek atau kegiatan. Menurut Hornby,A.S.(2000)

mendefinisikan minat ialah memberi perhatian atau mengambil berat ; menunjukkan rasa

ingin tahu; mendapat perhatian; membangkitkan rasa ingin tahu.

Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Pendidikan Vokasional atau Pendidikan Vokasional dan Latihan adalah satu pendidikan

yang menyediakan pelatih bagi pekerjaan yang berdasarkan aktiviti manual atau

praktikal. Secara tradisinya, Pendidikan Teknikal Dan Vokasional ini bukan sejenis

akademik dan ia adalah berkaitan dengan perdagangan tertentu dan pekerjaan. Ia juga

dirujuk sebagai pendidikan teknikal. Sebagai pelatih, secara langsung ia akan

membangunkan kepakaran teknik dalam kumpulan tertentu. Pendidikan Vokasional ini

juga boleh diklasifikasikan sebagai pengajaran pengetahuan prosedur. Selain daripada itu,

Pendidikan Vokasional boleh pada peringkat menengah dan boleh berinteraksi dengan

sistem perantisan. Tambahan pula, Pendidikan vokasional boleh diiktiraf dari segi

5

Page 6: Kajian Tindakan - New

Kajian Tindakan

pengiktirafan pengajian terlebih dahulu dan kredit akademik sebahagian ke arah

pendidikan tinggi.

1.7 KESIMPULAN DAN ORGANISASI BAB

Secara ringkasnya, bab satu ini membincangkan latar belakang kajian dari aspek minat

pelajar terhadap kursus Kemahiran Hidup dan faktor-faktor yang mempengaruhi minat

pelajar serta adakah minat pelajar boleh mempengaruhi pemilihan kerjaya pada masa

hadapan. Di samping itu, penyelidik boleh mengkaji tentang adakah terdapat perbezaan

yang signifikan antara faktor minat dan pengaruh luar serta jantina mempengaruhi pelajar

dalam pemilihan kerjaya di bidang teknikal dan vokasional? Soalan-soalan kajian

dikemukakan dan soalan-soalan tersebut menentukan metodologi kajian selanjutnya.

Beberapa istilah kajian juga dinyatakan untuk mengelakkan kekeliruan semasa orang

membaca kajian tindakan ini. Kajian mempunyai kesignifikanan kepada para pelajar di

Universiti Pendidikan Sultan Idris. Akhirnya, kajian ini juga mempunyai batasannya

kerana skop untuk mendapatkan hasil adalah kecil dan ia cuma 30 orang murid dari

Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia.

6

Page 7: Kajian Tindakan - New

Kajian Tindakan

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.0 PENGENALAN

Sorotan tinjauan merupakan kajian-kajian lepas yang dijadikan panduan untuk

meneruskan kajian ini. Bab ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan

kajian. Ia membincangkan beberapa persoalan kajian yang dibuat berkaitan dengan

minat pelajar.

Minat adalah sesuatu yang boleh dibentuk dan dikembangkan sama ada orang

dewasa atau kanak-kanak. Ianya memerlukan bimbingan daripada orang di sekeliling

pelajar. Menurut Abu Zahari (1998, dalam Rohani Kasmani 1999, m/s 5), beliau

mengatakan minat dan kecendurungan pelajar memperkukuhkan dan mengaplikasikan

hasil pembelajaran yang dipelajari oleh mereka. Menurut Gilbert Highet, 1981, Seni

Mengajar, beliau menyatakan bahawa keberkesanan pengajaran dan pelajaran boleh

menarik minat pelajar terhadap sesuatu subjek. Oleh itu, minat pelajar amat penting untuk

melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kursus kemahiran hidup merupakan subjek yang melibatkan pembelajaran teori

dan amali. Guru kemahiran hidup biasa menggunakan bahan bantuan mengajar seperti

barang sebenar atau ilustrasi gambar yang berkaitan untuk memudahkan pengajaran dan

pengajaran dalam bilik darjah. Huraian ini turut disokong oleh Omardin Ashaari

menyatakan bahawa bahan bantuan mengajar akan dapat mencetuskan minat pelajar

terhadap pengajaran guru dengan gaya persembahan dan kaedah penyampaian yang

menarik.

7

Page 8: Kajian Tindakan - New

Kajian Tindakan

2.1 DEFINISI MINAT

Penyelidik yang mengkaji kepentingan minat telah memberi tumpuan kepada dua konsep

yang berbeza (lihat Hidi,1990: Hidi & Baird,1988;Renninger, Hidi & Krapp, dalam

akhbar): kepentingan individu dan situasi. Kepentingan individu dikenali sebagai

keutamaan yang agak lama bertahan untuk topic-topik tertentu, bidang atau aktiviti.

(contohnya, Hidi, 1990; Renniger& Wozniak, 1985; U. Schiefele, 1990, dalam akhbar-b),

manakala kepentingan situasi keadaan emosi yang dibawa oleh rangsangan situasi

(misalnya, Anderson, Shirey, Wilson &Fielding, 1987; Hidi, 1990; Hidi & Baird, 1986,

1988; Kintsch, 1980; Schank, 1979). Pendekatan kedua adalah berkenaan dengan

mengenal pasti ciri-ciri rangsangan yang membangkitkan faedah dan kesan keminatan

pada kefahaman buku teks. Kepentingan individu sebagai ciri-ciri terpendam dan

ditafsirkan sebagai orientasi jangka panjang seseorang individu ke arah pengetahuan jenis

objek, aktiviti atau kawasan. (H. Schiefele et al., 1983). U Schiefele, dalam akhbar-b,

mengenalpasti dua kepentingan komponen, iaitu jenis yang berkaitan dengan perasaan

dan nilai yang berkaitan dengannya. Jenis yang ‘berkaitan perasaan’ merujuk kepada

perasaan yang berkaitan dengan topik atau objek. Mungkin, kepenting perasaan

keseronokan dan penglibatan yang paling tipikal. Manakala jenis ‘berkaitan nilai’ pula

merujuk kepada atribusi kepentingan peribadi untuk objek. Kepentingan peribadi boleh

dirujuk kepada objek atau kawasan subjek untuk pelbagai sebab yang luas, seperti

sumbangan kepada pembangunan personaliti seseorang, kecekapan atau memahami

masalah yang penting. Ciri ketiga adalah kepentingan ciri-ciri intrinsik. Dalam

pembelajaran teks, sebagai contoh, ini bermakna bahawa pembaca harus terlibat dalam

topik dan bukan untuk apa-apa perkara sebab luaran. Oleh itu, perasaan dan nilai yang

berkaitan dengan jenis minat boleh diterangkan dengan lebih tepat sebagai perasaan

intrinsik dan nilai yang berkaitan dengan jenis minat. Untuk mengukur minat, jenis minat

terhadap topik yang terlibat mesti berkaitan secara langsung dengan topik atau untuk

membaca teks pada topik yang tertentu dan tidak melibatkan perkara yang di luar topik.

8

Page 9: Kajian Tindakan - New

Kajian Tindakan

2.2 KEPENTINGAN MINAT MURID

Secara umum, minat didefinisikan sebagai daya penggerak atau kecenderungan seseorang

itu memberi perhatian terhadap seseorang, benda atau sebarang kegiatan. Penumpuan

terhadap perkara yang menarik minat akan timbul secara spontan dan individu akan

mengambil terhadapnya. Menurut Hashim (2000), minat secara keseluruhan sebagai

pembolehubah-pembolehubah motivasi. Dengan itu, minat pelajar amat penting kepada

pembelajaran kerana minat boleh menghasilkan motivasi untuk menggalakkan pelajar

dalam pembelajaran dalam bilik darjah.

Minat boleh mendorong seseorang pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh

mempelajari subjek yang diminati. Ilmu yang diperolehi meransang minat dan naluri

dalam diri untuk menambah ilmu yang lain seterusnya akan terbentuk satu sikap ingin

belajar dalam bilik darjah (Mohd Daud Hamzah, 2009). Maka dengan itu, ternyatalah

bahawa minat pelajar merupakan sumber utama penggerak untuk mempelajari kursus

Kemahiran Hidup.

2.3 KESAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GAYA

KEUTAMAAN KEPADA PRESTASI UJIAN MURID

Kajian ini adalah untuk menentukan bagaimana format bahan pengajaran (auditori sahaja,

visual sahaja atau gabungan auditori dan visual) dan kombinasi keutamaan gaya

pembelajaran peserta (auditori rendah dan rendah visual, auditori tinggi dan rendah

visual, auditori rendah dan auditori tinggi visual atau tinggi dan tinggi visual) pengaruh

prestasi pottest. Menurut kajian dari Andersen, Diane Christine, University of Nebraska-

Lincoln, 2022, 172 pages; ATT 3045505, ANOVA dan ANCOVA dengan pretest sebagai

keputusan covariate (pembolehubah yang mungkin ramalan keputusan di bawah kajian)

menunjukkan bahawa tidak ada interaksi yang signifikan antara keutamaan gaya

pembelajaran dan bahan pengajaran di atas prestasi posttest. Di mana, peserta yang

menggunakan kedua-dua auditori dan bahan pengajaran visual atau bahan visual sahaja

mencapai yang ketara lebih tinggi skor posttest daripada mereka yang menggunakan

9

Page 10: Kajian Tindakan - New

Kajian Tindakan

sejenis bahan auditori. Maka, kumpulan keutamaan gaya pembelajaran dan bahan

pengajaran tidak banyak menjejaskan prestasi posttest.

2.4 KERANGKA KONSEPTUAL

10

KAJIAN BERBENTUK DESKRIPTIF

TAJUK KAJIAN: KAJIAN TINJAUAN TENTANG SIKAP DAN MINAT PELAJAR TERHADAP KURSUS KEMAHIRAN HIDUP

SASARAN KAJIAN:

MURID SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAPAT SETIA, IPOH, PERAK

PENGUMPULAN DATA:

STATISTIK DESKRIPTIF(JADUAL)

PENGUMPULAN DATA MELALUI PENGGUNAAN UJIAN SELARAS 1 DAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

MEMPENGARUHI TIDAK MEMPENGARUHI

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Page 11: Kajian Tindakan - New

Kajian Tindakan

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN

Secara umumnya, metodologi merupakan garis panduan bagi menyelesaikan masalah,

dengan komponen-komponen tertentu seperti fasa, tugas, kaedah, teknik dan alat-alat

yang digunakan sepanjang kajian dijalankan (Irny, S.I. and Rose, A.A. (2005) “Designing

a Strategic Information Systems Planning Methodology for Malaysian Institutes of

Higher Learning (isp- ipta), Issues in Information System, Volume VI, No. 1, 2005).

Metodologi juga boleh ditakrifkan seperti berikut:-

a. “Analisis tentang keutamaan kaedah, peraturan dan andaian yang bekerja dengan

disiplin” (Methodology, entry at Merriam–Webster).

b. “Kesistematik kajian pada kaedah-kaedah yang boleh atau telah digunakan dalam

disiplin” (Methodology, entry at Merriam–Webster).

c. “Kajian atau penerang mengenai kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian”

(Baskerville, R. (1991). "Risk Analysis as a Source of Professional

Knowledge”". Computers & Security 10 (8): 749–764).

3.1 LOKASI DAN MASA KAJIAN

Penyelidikan ini melibatkan lokasi kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia.

Kajian ini melibatkan respoden pelajar seramai 30 orang murid Tingkatan Dua yang

mengambil elektif Ekonomi Rumah Tangga dan Kemahiran Teknikal.

11

Page 12: Kajian Tindakan - New

Kajian Tindakan

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian dilakukan untuk membolehkan persoalan kajian dalam penulisan ini

terjawab. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan pendekatan kuantitatif untuk

melakukan kajian. Melalui pendekatan kuantitatif, persoalan kajian boleh dijelaskan

dalam bentuk numberik.

3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian ini ialah keputusan Ujian Selaras 1 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun

murid. Markah yang diperolehi merupakan alat menguji keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran bilik darjah serta minat murid terhadap kursus Kemahiran Hidup.

3.4 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi adalah sekumpulan individu, keluarga, kumpulan, organisasi, komuniti,

peristiwa atau perkara yang hendak dikaji oleh penyelidik. Populasi merupakan satu

agregat elemen yang telah diperincikan secara teori. Populasi merangkumi semua

individu yang hendak dikaji.

Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat

Setia. Sampel yang dipilih terdiri daripada murid yang mengambil elektif Ekonomi

Rumah Tangga dan Kemahiran Teknikal. Jumlah sampel yang dipilih ialah seramai 30

orang sama ada pelajar itu mempunyai kecenderungan atau minat terhadap kursus

Kemahiran Hidup atau tidak.

12

Page 13: Kajian Tindakan - New

Kajian Tindakan

3.5 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA

Data yang telah diperolehi perlu dianalisis untuk mengetahui sama ada hipotesis yang

dibuat tercapai atau tidak. Markah Ujian Selaras 1 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun

sebagai bandingan keputusan akhir kajian. Statistik secara deskriptif digunakan untuk

menjelaskan fenomena yang berkaitan dengan sesuatu populasi kajian untuk membuat

anggaran terhadap populasi murid yang berminat atau tidak minat terhadap kursus

Kemahiran Hidup. Stastitik ini boleh memberikan gambaran yang umum mengenai

pemboleh-pembolehubah yang hendak dikaji.

Penyelidik menganalisis data menggunakan penyajian data secara deskriptif, iaitu

penggunaan peratusan, min, mod dan median. Penyajian data secara deskriptif boleh

dilakukan dalam bentuk jadual, graf, carta pai, gambah rajah, purata, min, mod dan

taburan kekerapan. Dalam proses penganalisian data ini, penyelidik mengkaji markah

ujian selaras 1 dan peperiksaan pertengahan tahun untuk mendapat hasil/keputusan kajian

ini.

13

Page 14: Kajian Tindakan - New

Kajian Tindakan

4.0 DAPATAN KAJIAN

Hasil dari dapatan kajian melalui instrumen ujian bertulis menunjukkan

peningkatan dari segi markah oleh rata- rata pelajar. Responden yang terlibat ialah

pelajar yang mengambil subjek Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 2 iaitu pelajar

dari kelas 2 Berlian dan 2 Baiduri seramai 29 orang.

Bil. Nama Markah Ujian

Selaras 1

Gred Markah Peperiksaan Pertengahan

tahun

Gred

1. ANNISA NUR SHAHIRAH BT MOHD NORANI

55 C 72 B

2. AISHAH BINTI AHMAD ZAIDI 68 B 68 B3. NURUL NAJJUA BT WAFFA 65 B 68 B4. NAJIHAH BINTI RIDYAN 63 B 80 A5. NURDIYANA BALQIS BT KHOSNI 60 B 62 B6. NURUL AIN BT ROSLI 65 B 67 B7. NURUL AMIRAH HUSNA BT

MOHD SUFIAN80 A 72 B

8. NURUL HIDAYAH BT NORMAL AZMI

70 B 85 A

9. NURUL SYAHADAH BT HAMSEN 73 B 82 A10. CHIN YEN CHENG 60 B 73 B11. LEE BAO YING 58 C 63 B12. LOK KAH WEI 48 D 72 B13. SHAHITHRA A/P BASKER RAO 45 D 62 B

Jadual 1.1 Markah Ujian Selaras 1 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi kelas 2

Berlian

14

Page 15: Kajian Tindakan - New

Kajian Tindakan

Bil. Nama Markah Ujian

Selaras 1

Gred Markah Peperiksaan Pertengahan

tahun

Gred

1. AIN NUR ANNISA BINTI AKHIRUDIN

48 D 73 B

2. AZAH BT MOHD HAIROL 48 D 63 B3. EKA FITRI RAHMADANI 63 B 73 B4. NUR AINA SOLEHAH BT. MOHD

FIFRI50 C 57 C

5. NUR FITRAH BINTI MOHD FAZIL 65 B 67 B6. NURUL HIDAYAH BINTI RADZIL 43 D 60 B7. NUR ALIYA FARHANA BINTI

AZLAN40 D 73 B

8. NOORSHAH FAWANI BINTI ROSLAN

60 B 72 B

9. SITI NORHASLINDA BT ABDULLAH

55 C 63 B

10. NUR AMIRAH FAIZATUL BT IBRAHIM

58 C 62 B

11. ANGELINE NG SOO SAN 55 C 48 D12. CHANG KAR YAN 65 B 40 D13. CHIA KAR MUN 48 D 40 D14. LIEW WAI KUAN 58 C 45 D15. CHENG XIAO QIAN 55 C 43 D16. NAGARUPINI A/P SAMATHAM 48 D 47 D

Jadual 1.2 Markah Ujian Selaras 1 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi kelas 2

Baiduri

Jadual diatas menunjukkan perbezaan markah bagi Ujian Selaras 1 dan

Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi kelas 2 Berlian dan 2 Baiduri. Rata- rata pelajar

menunjukkan peningkatan yang baik dan cemerlang. Pelajar dari kelas 2 Berlian telah

mencatat 84% bagi yang berjaya meningkatkan gred, 7% pelajar tidak menunjukkan

peningkatan dan 7% pelajar telah menunjukkan penurunan markah. Bagi kelas 2 Baiduri

pula, seramai 68% telah menunjukkan peningkatan markah, manakala 32% lagi

menunjukkan penurunan markah.

15

Page 16: Kajian Tindakan - New

Kajian Tindakan

Jadual Graf diatas menunjukkan peratusan peningkatan dan penurunan prestasi

pelajar dalam Ujian Selaras 1 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Kelas 2 Berlian

dan 2 Baiduri.

5.0 REFLEKSI

Dari hasil kajian yang dijalankan, minat dan kecenderungan pelajar

terhadap subjek Kemahiran Hidup boleh dipupuk dengan pelbagai cara. Antara cara yang

dikenal pasti ialah :

I. Mempelbagaikan Alat Bantu Mengajar

Pelajar lazimnya tidak fokus dan minat terhadap subjek yang diajar

dihadapan kelas kerana guru hanya menggunakan papan putih dan buku

teks sahaja sebagai alat bantu mengajar. Justeru itu, penyelidik

menggunakan pelbagai alatan bantu mengajar seperi objek sebenar,

tayangan video, peralatan bengkel dan tunjuk cara bagi menarik minat

pelajar untuk menumpukan pada subjek yang diajar.

II. Mengadakan lawatan sambil belajar ke pameran / bengkel

Kaedah ini merupakan salah satu motivasi dan pendedahan awal kepada

pelajar tentang kaitan kepada subjek atau topik yang mereka pelajari.

16

Page 17: Kajian Tindakan - New

Kajian Tindakan

Selain itu lawatan sambil belajar juga boleh membantu pelajar memahami

konsep atau skop yang lebih terperinci dari apa yang dipelajari disekolah.

Contohnya jika pelajar cenderung dan minat terhadap subjek sistem

operasi enjin, adakan lawatan ke institut latihan atau politeknik untuk

menarik minat mereka untuk memahami dan menguasai topik.

III. Mempebagaikan aktiviti di dalam kelas.

Pelajar akan menjadi bosan apabila aktiviti P&P berjalan secara sehala dan

seterusnya mengakibatkan mereka hilang tumpuan didalam kelas. Untuk

mengelakkan pelajar bosan ketika prose P&P, guru boleh mengadakan

aktiviti di dalam kelas seperti lakonan, demonstrasi, perbincangan dan

kuiz. Melalui kaedah ini, pelajar lebih fokus dan bersungguh- sungguh

ketika melakukan aktiviti seterusnya memudahkan pemahaman mereka.

Secara keseluruhannya, guru perlu menggunakan lebih banyak alat atau media

sebagai bahan bantu mengajar bagi menarik minat pelajar dan meningkatkan pemahaman

mereka ketika proses P&P. Guru juga perlu memainkan peranan penting dalam memberi

motivasi dan dorongan kepada pelajar supaya mereka lebih fokus dan bersemangat.

Selain itu, komunikasi dua hala yang berkesan juga akan membantu guru dari segi

kawalan kelas dan membantu murid dari segi pemahaman mereka. Guru perlu lebih

memberi perhatian kepada pelajar yang masih memerlukan bantuan guru untuk

mengelakkan pelajar tersebut terus tercicir jauh dan menyukarkan lagi potensi mereka

untuk maju ke hadapan.

17

Page 18: Kajian Tindakan - New

Kajian Tindakan

SENARAI RUJUKAN

Crow dan Crow( 1980).Psikologi Pendidikan untuk Perguruan.Fajar Bakti: Kuala Lumpur.

Gilbert Highet( 1981), Seni Mengajar. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Hashim Andimori (2000), Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Jurusan Kejuruteraan Awam Di Kalangan Pelajar UTM, Projek Sarjana Muda UTM. Tidak diterbitkan.

Kamus Dewan Edisi Baru (2003). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur.

Mohd Daud Hamzah (1990). Dorongan dan Pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

T. Subahan Mohd .Meerah, Rohaty Mohd.Majzab, Ahmad Jaffni Hassan (1994). Pembangunan Sumber Manusia.Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi

Saedah Siraj, Zainun Ishak, Tunku Mohani Tunku Mokhtar, Motivasi dalam pendidikan. Percetakan Cergas: Kuala Lumpur.

Zuria Mahmud dan Amir Salleh et.al(1998), Perkembangan Kerjaya dalam Sistem Pendidikan di Malaysia. Jurnal Pengurusan dan kepimpinan Pendidikan IAB,KPM.Bil 02-Dis.

Andersen, Diane Christine (2002). Effects of instructional material and learning style preference on test performance of undergraduate nursing students. Ph.D. dissertation, The University of Nebraska - Lincoln, United States - Nebraska. Retrieved December 6, 2011, from Dissertations & Theses: Full Text. (Publication No. AAT 3045505).

Thomas P. Dick and Sharon F. Rallis. Factors and Influences on High School Students’ Career Choices, Journal for Research in Mathematics Education ,Vol. 22, No. 4 (Jul., 1991), pp. 281-292  (article consists of 12 pages)

Schiefele, U. (1991). Interest, Learning and Motivation. Educational Psychologist , pp. 302-303.

http://en.wikipedia.org/wiki/Vocational_education

http://en.wikipedia.org/wiki/Methodology

18