kajian tindakan bahasa melayu tahun 3

Upload: kelimelancarkeli

Post on 10-Oct-2015

161 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

perihal kerja

TRANSCRIPT

kajian tindakan bahasa melayu tahun 3 (masalah membaca)

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAIRabu 27 mac 2013

KAJIAN TINDAKAN BAHASA MELAYU TAHUN 3.

Abstark Kajian ini dijayakan bagi mengenalpasti keadah untuk mengatasi masalah membaca yang dihadapi oleh murid-murid tahun 3 Arif. Seramai 22 orang murid tahun 3 Arif terlibat sebagai responden dalam kajian ini.

Tinjuan awal kajian ini dilakukan dengan menggunakan keadah pemerhatian hasil kerja murid dan melaksanakan sesi ujian bertulis dan ujian lisan. Hasil tinjauan mendapati terdapat sebilangan murid yang tidak mahir membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. Suatu perancangan tindakan telah diberi tumpuan bagi membolehkan murid mencapai kemahiran membaca.

Guru telah menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran di mana murid diberi peluang untuk mempelajari kemahiran tersebut melalui latihan yang diberikan.. Pengajaran dan pembelajaran ini merupakan kemahiran asas dan akan diteruskan pada kemahiran yang sama dengan melibatkan pelbagai jenis tanda baca lagi. Penguasaan kemahiran ini adalah sangat penting untuk membolehkan murid membaca dengan lancar dan betul.

1.0 Pengenalan.1.1Membaca merupakan suatu kemahiran ahasa yang penting dalam pembelajaran Bahasa Melayu yang menjadi mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kemahiran membaca merupakan unsur penting yang perlu diketahui oleh setiap murid dalam mempelajari Bahasa Melayu. Bacaan lancar yang dikuasai oleh murid akan memudahkan proses menimba pelbagai ilmu.

1.2Kelemahan menguasai kemahiran membaca akan menjejaskan pengunaan sistem bahasa dan menjejaskan kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya Bahasa Melayu. Kajian ini jua bertujuan membina kemahiran bacaan dengan sebutan dan intonasi yang betul di kalangan murid.

1.3Sebelum kajian ini dilakukan tinjauan telah di buat menggunakan kaedah pemerhatian dan penyelidikan berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun di tahun 2 sesi persekolahan 2011. Temubual juga dilakukan kalangan responden kajian tindakan ini.

1.4Sekolah ini mempunyai murid seramai 253 orang murid. Pada keseluruhannya murid-murid di sini adalah berbangsa Melayu dan hanya segelintir sahaja yang berbangsa India dan warga asing. Murid murid di sini sudah menjadi kebiasaan bertutur dalam dialek kedearah mereka yang merupakan bahasa berkomunikasi utama di sekolah dan di rumah.

1.5Hanya segelintir murid-murid sekolah ini tidak dapat membaca dengan baik. Ini adalah kerana masalah persekitaran dan kekeluargaan serta tahap kesediaan belajar yang responden alami.

1.6Kebolehan beberapa orang pelajar yang mampu mambaca dengan amat baik mewujudkan suatu situasi yang membina.

2.0 : Fokus Kajian Tindakan.2.1Berdasarkan keadah pemerhatian, didapati semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid mengalami masalah menyesuaikan nada bacaan dengan elemen tanda baca. Murid murid tidak mengendahkan tanda bacaan ketika membaca dengan mengikut intonasi yang betul.

2.2Maslah yang berlarutan akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Maka aspek tanda baca telah menjadi isu yang akan kami kaji dalam kajian tindakan ini.3.0 Objektif Kajian Tindakan. 3.1Bagi memurnikan kajian tindakan ini, saya telah menetapkan dua objektif utama iaitu objektif sampingan dan objektif utama.

3.2 Objektif sampingan yang sasarannya untuk meningkatkan kefahaman murid dalam penggunaan tanda baca seperti tanda seru, tanda noktah, tanda koma dan tanda soalan.

3.3 Objekif utama pula mensasaran agar murid dapat membaca dengan lancar ketika mengunakan tanda baca dan murid dapat membacanya dengan sebutan serta intonasi yang betul.

4.0 Responden yang terlibat. 4.1 Seramai 22 orang murid tahun 3 Arif terlibat iaitu 12 orang murid perempuan dan 10 oarang murid lelaki.

4.2Seramai 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.

5.0 Fokus kajian/ Isu keperihatinan.5.1Berdasarkan keadah pemerhatian semasa proses p&p guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid. Antaranya adalah murid tidak dapat membaca sesuatu petikan atau prosa dengan betul. Ini kerana sebilangan murid tidak mengikut intonasi bacaan dan hanya meneruskan pembacaan tanpa menguasai bacaan dengan nada bertanda baca.

5.2Sesi temu bual dengan responden mendapati bahawa mereka tidak memahami fungsi setiap tanda baca dengan nada dan gaya bacaan yang sepatutnya.

5.3Segelintir responden juga tidak dapat meletakkan atau membaca ayat dengan betul. Responden juga tidak dapat membuat perbandingan antara tanda koma dan noktah. Jelas responden juga tidak memahami konsep membaca dengan berhenti sekejap ( koma ) dan membaca berhenti tetap ( noktah ).

5.4Responden dibekalkan dengan pendekatan penggunaan akhbar dalam dalam bilik darjah (ADD) dan buku bacaan makanis adalah sebagai permulaan penyelesaian permasalahan ini. Responden dibimbing berkaitan konsep tanda bacaan dan latihan sebagai menguji kefahaman mereka dalam menggunakan tanda bacaan dalam ayat-ayat yang mereka baca, tutur dan tulis semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bilik darjah.

6.0Persoalan kajian.6.1Berdasarkan objektif-objektif kajian di atas, kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan yang berkaitan seperti:Adakah responden mengetahui dan faham konsep sistem asas tatabahasa bahasa Melayu?Adakah sistem asas tatabahasa Bahasa Melayu dapat membantu rsponden membaca, bertutur dan menulis dengan baik?

7.0 Galuran aktiviti.7.1Dua aktiviti telah digalurkan bagi mengesan masalah membezakan penggunaan tanda baca. Aktiviti pertama akan melibatkan responden membaca ayat yang sama dengan tanda baca berlainan. Sementara aktiviti kedua akan membolehkan responden terlibat dengan permainan bahasa.

7.2bahan-bahan yang digunakan dalam menjayakan aktivti adalah seperti kertas lembaran bacaan dan kad ayat untuk aktiviti pertama. Sementara balang plastik, radio dan kad arahan. 7.3Instrumen dan keadah pemerhatian melibatkan soalan ujian, temu bual dan pemerhatian. Analisa dan pemerhatian dilakukan untuk mendapatkan maklumat percapaian murid dalam aspek yang dikaji. Maklumat daripada temubual dan maklumbalas dari rakan guru dapat dijadikan kayu pengukur dalam menilai keberkesanan p&p. Kelebihan dan kelemahan guru semasa mengajar juga dicatatkan. Begitu juga dengan amalan pembelajaran murid.

8.0 Perlaksanaan Tindakan. 8.1 Aktiviti membaca ayat dengan tanda bacaan8.1.1Proses Pengajaran dan Pembelajaran . Proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan sesi soal jawab.Seterusnya guru mengedarkan kertas lembaran ( rujuk lembaran 3 ) yang mengandungi ayat yang sama tetapi tanda baca yang berlainan.

Murid diminta membaca secara perlahan untuk memahami ayat yang dibaca dan seterusnya membaca dengan kuat dengan mengikut intonasi yang betul dan tepat. Guru membimbing murid membaca dengan intonasi yang betul. Guru juga akan membetulkan kesilapan bacaan murid.

Pada sesi penutup, guru menyuruh murid membaca berulang-ulang kali untuk meningkatkan kemahiran membaca mereka.

8.1.2 Pemerhatian. Pemerhatian telah dilakukan oleh rakan sejawat dan mendapati bahawa semua murid-murid memberikan perhatian dan penglibatan yang aktif semasa proses p&p.Murid-murid juga gembira semasa membaca ayat yang sama tetapi dengan menggunakan intonasi yang berlainan. Guru juga menunjukkan komitmen dan keyakinan sebagi seorang pendidik.

8.1. 3Refleksi. 8.1.3..1Guru mendapati bahawa aktiviti pertama berjaya diajalankan berdasarkan penglibatan semua murid terutamanya semasa membaca dan menyebut ayat-ayat yang dicatatkan. Penglibatan murid adalah sangat aktif serta memberi sepenuh tumpuan dan kerjasama kepada guru sepanajang aktivti dijalankan.

8.1.3.2Aktiviti membaca secara kumpulan juga dijayakan dengan berkesan. Ini kerana guru dapat mendengar intonasi bacaan murid yang jelas kedengaran. Penglibatan murid yang aktif serta kawalan kelas yang baik membolehkan objektif serta matlamat pembelajaran tercapai.

8.2.Aktiviti permainan bahasa. Aktiviti permainan bahasa merupkan aktiviti yang berbentuk Belajar Sambil Bermain. 8.2.1Proses Pengajaran dan Pembelajaran . 8.2.1.1Guru menerangkan cara prmainan dan murid-murid diminta untuk mengingati aliran kotak yang akan dilakukan. Guru mengedarkan sebuah bekas plastik untuk setiap kumpulan, yang mana setiap bekas plastik mempunyai kad simbol-simbol khusus seperti koma, tanda noktah dan tanda soal.

8.2.1.2Guru mengalunkan muzik yang menandakan permainan bahasa bermula. Caranya adalah apabila muzik kedengaran secara langsung kotak beracun akan bergerak secara bergilir-gilir mengikut arah pusingan jam dalam bulatan sehingga muzik diberhentikan.

8.2.1.3Apabila muzik dihentikan dan orang yang terakhir yang memegang kotak beracun akan mengambil satu kad yang mengandungi simbol contohnya koma ( ? ). Murid diberi tempoh untuk membina ayat berdasarkan kad yang diambil. Permainan ini akan diulang semula setelah murid tersebut berjaya membina ayat dengan betul.

8.2.2Pemerhatian. 8.2.2.1Berdasarkan pemerhatian aktiviti ini berjaya menarik minat dan tumpuan murid. Murid kelihatan lebih memahami elemen penggunaan tanda baca. Hampir semua muid dapat membina ayat secara lisan dengan begitu cepat dan betul.

8.2.3Refleksi. 8.2.3.1Proses pengajaran dan pembelajaran ini dianggap berjaya kerana murid-murid dapat membina ayat yang diminta dengan cepat dan betul. Ini telah membuktikan bahawa aktiviti permainan bahasa ini berjaya mempertingkatkan kefahaman murid.

9.0Cadangan kajian.9.1Guru-guru Bahasa Malaysia digalakkan mengubahsuai pendekatan proses P & P di dalam kelas terutama kelas lemah dan sederhana.

9.2Menggunakan kaedah sumbangsaran dari segi kefahaman dalam aspek sistem tatabahasa.

9.3Menggunakan kaedah penyelidikan berdasarkan rujukan melalui buku-buku bahasa.

9.4Guru-guru Bahasa Malaysia boleh menggunakan kaedah penyelidikan pada pelbagai peringkat sama ada di peringkat kelas, panitia atau sekolah. .

9.5Guru Bahasa Melayu seharusnya mengadakan perbincangan serta pembandingan mengenai kandungan kemahiran yang telah diajar antara satu sama lain bagi memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mengatasi masalah.

9.6Peyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dan dipaktikan semasa proses pengajaran di dalam kelas. Alat-alat bantu mengajar yang disediakan juga haruslah diuruskan dengan baik seperti mewujudkan sudut khas alat bantu mengajar supaya alat bantu mengajar dapat dikongsi dan diguna oleh guru-guru yang lain.

9.7Latihan dalam perkhidmatan wajar diadakandalam bentuk bengkel yang dapat memberi guru pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan alat bantu mengajar seiring dengan penyebaran standard pembelajaran.

10.0Penutup.Guru yang perkasa akan sentiasa berjuang melengkapkan dirinya dengan sahsiah yang unggul, kemahiran yang bersesuaian dan ilmu yang tanpa sempadan. Kajian tindakan adalah sebahagian proses melengkap diri guru sebagai pendidik bertaraf murabbi

JEJAK LABAH-LABAH MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA DAN PERKATAAN KVK DI KALANGAN MURID TAHUN 1 (LINUS) MELALUI TEORI KECERDASAN KINESTATIK Abstrak:Kecerdasan Kinestatik adalah salah satu cabang daripada Teori Kecerdasan Pelbagai. Teori ini amat penting kerana ia berkait rapat dengan dunia pendidikan. Adalah diakui bahawa setiap murid memiliki pelbagai kecerdasan. Namun, apa yang membedakan mereka ialah cara berfikir, bertindak dan belajar. Aplikasi Teori Pelbagai Kecerdasan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun1 adalah bertujuan untuk menyokong proses pembelajaran bersepadu dan menyeluruh selaras dengan keperluan murid dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jesteru, inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru -murid yang diketengahkan ini JEJAK LABAH-LABAH, telah menggabungkan teknik permainan untuk mempertingkatkan kemahiran membaca perkataan suku kata KV dan KVK, di kalangan 4 orang murid Program Linus Tahun 1 Lily SK Wawasan, Seremban 2. Permainan kata - perkataan suku kata kv dan kvk dalam Jejak Labh-labah, ini dapat membantu meningkatkan penguasaan membaca perkataan suku kata kv dan kvk dikalangan 4 pelajar tadi. Responden ini, telah dirawat dengan Jejak Labah-labah selama 60 minit setiap sesi rawatan. Rawatan ini dijalankan selama 4 minggu sahaja. Kajian ini telah dapat diselesaikan dalam tempoh 2 bulan. Keputusan Ujian Post telah menunjukkan peningkatan prestasi penguasaan bacaan kv dan kvk pelajar. Dapatan daripada soal selidik pula menunjukkan pelajar amat berminat untuk membaca dan mereka telah memahami dan menguasai kemahiran membaca ini sepenuhnya. Mereka amat seronok ketika bermain permainan ini. Akhirnya, Jejak Labah-labah telah berjaya memupuk minat dan mempertingkatkan penguasaan kemahiran membaca pelajar.

Tajuk Kajian:Jejak Labah-labah Dalam Penguasaan Kemahiran Membaca Perkataan Suku Kata KVK

Nama Penyelidik:Siti Nor Farizah bt Yaakob

Nama Sekolah:Sekolah Kebangsaan Wawasan,Seremban 2, 70300 Negeri Sembilan.

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu:Saya adalah guru Bahasa Melayu Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 yang mengajar mengikut Program Linus anjuran KPM di bawah NKRA daripada tahun 2008 hinggalah sekarang. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selama 3 bulan di tahun 2011, saya telah mendengar bacaan murid dari Tahun 1 Lily seramai 4 daripada 14 orang melalui aktiviti membaca berdasarkan modul yang dibekalkan dan mendapati mereka kurang minat untuk mengeja dan membaca.Timbul persoalan di fikiran saya mengapa agaknya mereka tidak boleh menyebutkan perkataan dengan sebutan yang betul mengikut suku kata, ini menyebabkan kemahiran membaca mereka amat lemah. Oleh itu, saya telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur dalam P&P saya. Hasil dapatannya, saya dapati mereka kurang berminat untuk membaca, tidak boleh membaca kad perkataan yang diberi dengan lancar dan betul sebutannya, serta kurang memberi tumpuan terhadap apa yang dibaca dan amat suka bermain-main semasa P & P terutama di kelas biasa. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian, maka mereka akan menjadi murid yang tercicir. Sehubungan itu, saya telah menjalankan kajian tindakan ini.

2. Isu Keprihatinan:Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya hanya memfokuskan kajian ini untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan suku kata kvk Secara khususnya murid berkenaan menghadapi masalah membaca di peringkat suku kata dan masalah pengamatan. Untuk mengatasi masalah mereka, satu inovasi berbentuk permainan telah diketengahkan. Melalui pemerhatian dan kajian, didapati kebolehan guru menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan mengaplikasikan inovasi Jejak Labah-labah berasaskan Teori Kecerdasan Kinestastik, merupakan daya pengerak kepada pengukuhan bacaan dan minat murid. Pengajaran dan Pembelajaran Guru Murid menjadi lebih seronok, dan guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid. Akhirnya manipulasi alat dan bahan digunakan untuk aktiviti pengukuhan seterusnya.

3. Objektif Kajian:

3.1 Objektif Am

i. Jejak Labah-labah meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan suku kata kvk dalam kalangan murid pemulihan khas melalui Teori Kecerdasan Kinestatik.

3.2 Objektif Khusus

i. Di akhir kajian 100% pelajar boleh membaca suku kata kv dengan lancar. ii. Di akhir kajian 100% pelajar boleh membaca perkataan suku kata kv dan kvk dengan lancar. iii. Mengubah persepsi murid terhadap keupayaan diri, meningkatkan jati diri dan punya rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri. iv. Mewujudkan interaksi mesra guru dengan murid, murid dengan guru,dan murid dengan murid.

4. Kumpulan Sasaran:Kumpulan sasaran kajian saya terdiri daripada murid Linus Tahun 1 Arif seramai 4 orang. Dua orang lelaki dan dua orang perempuan yang masing-masing tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

Sampel 1: Hema Loshini A/P Veeramany. Bapa seorang pemandu lori dan ibu merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Mempunyai 4 orang adik beradik dan merupakan anak bongsu dalam keluarga. Abangnya pernah mengikuti kelas pemulihan semasa berada di Tahun 2 dan 3.

Sampel 2: Nur Zahirah bt Zaim. Bapanya seorang akauntan manakala ibunya pula merupakan seorang kerani. Beliau mempunyai 4 orang adik beradik dan merupakan anak bongsu dalam keluarga. Kakaknya pernah mengikuti kelas pemulihan semasa berada di Tahun 2.

Sampel 3: Muhammad Amir Razi b Nordin. Bapanya bekerja sendiri manakala ibunya pula merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau mempunyai 9 orang adik beradik dan merupakan anak ke-6 dalam keluarga. Kakak dan abangnya pernah mengikuti kelas pemulihan semasa berada di Tahun 2 dan 3.

Sampel 4: Muhammad Najiem Haqeemi b Abdullah. Bapanya seorang peniaga manakala ibunya pula merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau merupakan anak angkat dan mempunyai 5 orang adik beradik yang lain bersama keluarga angkatnya. Jarak tempat tinggalnya adalah sejauh 10km dari sekolah.

5.Pelaksanaan Kajian:

Proses TindakanProses 1 Merancang : Sebelum melaksanakan Kajian Tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan.1.1 Tinjauan Masalah Kaedah Soal Selidik. Dalam pelaksanaan kajian ini, saya telah menjalankan soal selidik tahap penguasaan bacaan kepada 4 orang murid Tahun 1Lily berasaskan Saringan 1 dibawah Program Linus KPM, dengan menggunakan Kad Senarai Semak Baca. Analisis dapatan menunjukkan 100 % murid tidak boleh membatangkan perkataan dengan betul dan lancar. Sepatutnya di Tahun 1 , mereka telah menguasai kemahiran membaca perkataan kv, kvk dan kvk serta ayat-ayat mudah.

Proses 2 Analisa keputusan / dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang dijalankan.2.1 Kaedah Temu Bual Saya juga menjalankan temu bual bagi mendapatkan bukti kesahihan tanggapan saya, bahawa mereka tidak minat membaca. Maka pada 4/10/2011 saya juga telah mengadakan temu bual secara berstruktur untuk mengetahui punca permasalahan dan sikap mereka terhadap bacaan. Dapatan daripada temubual tersebut, saya dapati 4 orang pelajar ini tidak suka membaca. Kesemua mereka mengaku tidak pandai membaca, tetapi mereka suka mendengar orang membaca dan merasa aktiviti membaca tidak seronok. Oleh itu, mereka tidak suka mengambil ujian membaca kerana takut tidak boleh membaca teks ujian yang diberi.. Daripada dapatan ini , andaian saya, murid tidak berminat untuk membaca adalah benar.

Proses 3 Bertindak ( melaksanakan rancangan )Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.3.1 Tindakan Yang Dijalankan Saya memperkenalkan permainan Jejak Labah-labah, berasaskan Pendekatan Kecerdasan Kinestatik, untuk merangsang minat membaca seterusnya dapat mempertingkatkan tahap bacaan mereka dalam kemahiran membaca perkataan suku kata kv dan kvk ketahap yang optimum. Saya telah merangka 5 aktiviti yang dinamakan Jejak Labah-labah-1-4 o Aktiviti 1- Jejak Labah-labah 1, saya menjalankan pengukuhan semula sebutan abjad a hingga z. o Aktiviti 2- Jejak Labah-labah 2, saya menjalankan pengukuhan sebutan suku kata kv. o Aktiviti 3- Manakala dalam Jejak Labah-labah 3, saya memberikan peneguhan dalam bacaan perkataan gabungan daripada suku kata terbuka kv + kv. o Aktiviti 4- Jejak Labah-labah 4, saya membuat peneguhan dalam membaca perkataan suku kata kvk.

Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan dalam kajian ini: Tapak Jejak Labah-labah. Dadu konsonan dan vokal. Kad abjad a hingga z berleminate. Kad-kad perkatan kv berleminate. Kad-kad perkataan kvk berleminate.

Proses 4 Memerhati ( mengumpul bukti )Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen.

4.1 Pelaksanaan Tindakan /Pemerhatian dan Refleksi 4.1.1 Aktiviti 1- MODEL JEJAK LABAH-LABAH 1 4.1.1.1 Minggu 1 kemahiran mengenal abjad a hingga z.4.1.1.2 Murid mencari nombor bagi setiap abjad dan sebut abjad a hingga z serta menyanyikan lagu ABC secara didik hibur.4.1.1.3 Murid dapat mengenal huruf vokal dan konsonan. 4.1.1.4 Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 4 pusingan. 4.1.5 Berdasarkan pemerhatian daripada aktiviti 1, ternyata aktiviti ini dapat mengukuhkan penguasaan kemahiran mengenal abjad a hingga z murid.

4.1.2 Aktiviti 2 MODEL JEJAK LABAH-LABAH 2 4.1.2.1 Murid ditunjukkan carta Jejak Labah-labah kv.4.1.2.2 Murid mencari abjad berdasarkan nombor yang diberi dan menyebut suku kata kv yang diperolehi4.1.2.3 Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 4 pusingan.4.1.2.4 Berdasarkan pemerhatian daripada aktiviti 2, ternyata aktiviti ini dapat mengukuhkan penguasaan kemahiran suku kata kv.

4.1.3 Aktiviti 3 MODEL JEJAK LABAH-LABAH 3 4.1.3.1 Murid ditunjukkan carta Jejak Labah-labah kv+ kv. 4.1.3.2 Murid mencari abjad berdasarkan nombor yang diberi dan menyebut suku kata kv+kv yang diperolehi4.1.3.3 Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 4 pusingan. 4.1.3.4 Berdasarkan pemerhatian daripada aktiviti di atas, ternyata aktiviti ini dapat mengukuhkan penguasaan kemahiran suku kata kv.

4.1.4 Aktiviti 4 MODEL JEJAK LABAH-LABAH 4 4.1.4.1 Murid ditunjukkan carta Jejak Labah-labah. 4.1.4.2 Murid mencari abjad berdasarkan nombor yang diberi dan menyebut suku kata kvk yang diperolehi. 4.1.4.3 Ulang aktiviti permainan kepada murid lain sehingga 4 pusingan. 4.1.4.4 Berdasarkan pemerhatian,ternyata aktiviti ini dapat mengukuhkan penguasaan kemahiran suku kata kvk melalui permainan yang dijalankan. Guru menyediakan beberapa cara lain bagi mempelbagaikan perkataan kvk yang lain.

Contoh perkataan kvk yang lain:a- jam d- mop g- bom j- bot m- vanb- beg e- tin h- jet k- jem n- zipc- pin f- kek i- gas l- bas o- vas

Proses 5 Mereflek ( analisa dan refleksi )Semasa aktiviti Jejak Labah-labah 1 hingga 4 dilaksanakan,saya merasa sangat gembira , terharu dan bangga, di atas catatan pencapaian yang tinggi yang telah diperolehi oleh 4 orang murid sasaran kajian saya. Walaupun aktiviti 4 adalah aktiviti yang tertinggi aras kemahiran bacaanya tetapi atas minat, keyakinan yang lahir kesan daripada permainan ini, telah menyebabkan tiga daripada mereka mencatatkan keputusan yang membanggakan .Dua orang daripadanya yang amat lemah bacaan mereka pun telah mencatatkan keputusan yang membanggakan. Seorang daripadanya ,telah menunjukkan minat untuk datang ke sekolah dan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas saya dan boleh membaca perkataan suku kata kvk walaupun pada awalnya, dia tidak mengenal huruf a z . Pelajar berjaya mengecam dan membetulkan kesalahan yang sengaja guru lakukan untuk menguji penguasaan bacaan mereka.Selepas menjalankan kajian kepada 4 orang murid tersebut, mereka suka membaca dan menyatakan aktiviti membaca itu sesuatu yang menyeronokkan. Inilah salah satu luahan kata yang telah diungkapkan oleh salah seorang murid kajian, Cikgu dulu saya takut nak baca, tetapi sekarang saya suka baca, ..Di sisi murid, pengaplikasian Jejak labah-labah dalam P&P telah meningkatkan motivasi, menghilangkan rasa rendah diri, meningkatkan tahap kepuashatian murid dan semangat untuk terus belajar. Hal ini kerana mereka telah berjaya melepasi halangan iaitu kegagalan menguasai kemahiran membaca. Tanpa dapat dinafikan bahawa bahasa merentas kurikulum. Sesungguhnya situasi yang memberi sinar harapan ini disumbangkan oleh keistimewaan-keistimewaan yang terdapat dalam kaedah rawatan menggunakan teknik Jejak Labah-labah.Melalui aktiviti yang dijalankan bagi pihak guru pula, saya dapat merangka rancangan pengajaran yang menarik minat murid kepada mata pelajaran Bahasa Melayu dan dapat meningkatkan keyakinan diri sendiri. Selain daripada itu kaedah ini juga menjadi daya penggerak kepada pengukuhan bacaan murid. Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok, guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid. Maklum balas ini penting untuk tindakan susulan yang selanjutnya. Aktiviti secara permainan ini dapat mengeratkan lagi hubungan mesra guru dan murid. Murid tidak lagi merasa takut untuk menyebut perkataan sambil bermain. Perasaan ini perlu terus dipupuk pada kemahiran bacaan yang lebih tinggi, seperti dalam mengajar membaca perkataan yang mengandungi diftong dan diagraf berganding, serta membaca ayat untuk kepelbagaian ayat di masa akan datang. Dengan ini saya telah dapat menanamkan keyakinan diri dan merasakan dirinya benar-benar berguna dan dihargai . Sesungguhnya aktiviti yang tidak membosankan ini telah menggalakkan murid untuk mencuba dan terus mencuba, untuk terus menghabiskan permainan dan memperoleh ganjaran sama ada dalam bentuk material atau non material (pujian dan sanjungan ). Rumusannya , aplikasi Jejak Labah-labah dalam P&P Bahasa Melayu secara tidak langsung telah membantu murid untuk menguasai 3M seiring dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi , rohani dan intelek.

6. Cadangan Kajian Seterusnya:Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar.Saya mencadangkan untuk mengguna pakai Teknik Permainan ini untuk mengajar kemahiran membaca pantun dan simpulan bahasa. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mempertingkatkan kemahiran menulis perkataan berasaskan latih tubi membaca . Saya juga berhasrat untuk membina model-model Jejak kv+kvk, Jejak kvk+kvk, dan kemahiran seterusnya yang lain dengan melengkapkan lagi model ini dengan unsur-unsur visual dan grafik yang lebih menarik, serta melengkapkannya dengan soalan-soalan serta kaedah yang lebih mencabar dan kreatif. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadi proses P&P lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

Bibliografi:1. Buku panduan,Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas(masalah penguasaan 3M).1998 Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2. Majid Konting. 1994. Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka 3. Manual IPP3M tahun3, (bagi kegunaan program pemulihan khas Kementerian Pendidikan Malaysia), Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. 4. Nik Safiah Karim,Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa, 2000.Tatabahasa Dewan Jilid 2: Perkataan; Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. 5. Puan Hajah Juliani bt. Abdullah, Kaedah Cepat Membaca, Bacalah Sayang,Gabungan Majlis Guru Besar 6. Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran & Pembelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia. 7. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Belajar Cara Belajar.Kementerian Pendidikan Malaysia. 8. Selan Osni, Bahasa Melayu Tahun Satu (transisi) Asas Bacaan Fahaman dan tulisan. 9. Sharida Sharudin, Bacalah Sayang, Associated Educational Distributors ( M) Sdn. Bhd. Sek. Rendah Malaysia, Kreatif Kembara Sdn. Bhd.