kajian tindakan bahasa melayu tahun 3

6
kajian tindakan bahasa melayu tahun 3 (masalah membaca) KAJIAN TINDAKAN BAHASA MELAYU TAHUN 3. Abstark Kajian ini dijayakan bagi mengenalpasti keadah untuk mengatasi masalah membaca yang dihadapi oleh murid-murid tahun 3 Arif. Seramai 22 orang murid tahun 3 Arif terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Tinjuan awal kajian ini dilakukan dengan menggunakan keadah pemerhatian hasil kerja murid dan melaksanakan sesi ujian bertulis dan ujian lisan. Hasil tinjauan mendapati terdapat sebilangan murid yang tidak mahir membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. Suatu perancangan tindakan telah diberi tumpuan bagi membolehkan murid mencapai kemahiran membaca. Guru telah menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran di mana murid diberi peluang untuk mempelajari kemahiran tersebut melalui latihan yang diberikan.. Pengajaran dan pembelajaran ini merupakan kemahiran asas dan akan diteruskan pada kemahiran yang sama dengan melibatkan pelbagai jenis tanda baca lagi. Penguasaan kemahiran ini adalah sangat penting untuk membolehkan murid membaca dengan lancar dan betul. 1.0 Pengenalan. 1.1 Membaca merupakan suatu kemahiran ahasa yang penting dalam pembelajaran Bahasa Melayu yang menjadi mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kemahiran membaca merupakan unsur penting yang perlu diketahui oleh setiap murid dalam mempelajari Bahasa Melayu. Bacaan lancar yang dikuasai oleh murid akan memudahkan proses menimba pelbagai ilmu. 1.2 Kelemahan menguasai kemahiran membaca akan menjejaskan pengunaan sistem bahasa dan menjejaskan kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya Bahasa Melayu. Kajian ini jua bertujuan membina kemahiran bacaan dengan sebutan dan intonasi yang betul di kalangan murid. 1.3 Sebelum kajian ini dilakukan tinjauan telah di buat menggunakan kaedah pemerhatian dan penyelidikan berdasarkan keputusan

Upload: izam-samsudin

Post on 02-Oct-2015

237 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

KT

TRANSCRIPT

kajian tindakan bahasa melayu tahun 3 (masalah membaca)

KAJIAN TINDAKAN BAHASA MELAYU TAHUN 3.

AbstarkKajian ini dijayakan bagi mengenalpasti keadah untuk mengatasi masalahmembaca yang dihadapi oleh murid-murid tahun 3 Arif. Seramai22 orang murid tahun 3 Arif terlibat sebagai responden dalam kajian ini.

Tinjuan awal kajian ini dilakukan dengan menggunakan keadah pemerhatian hasil kerja murid dan melaksanakan sesi ujian bertulis dan ujian lisan. Hasil tinjauan mendapati terdapat sebilangan murid yang tidak mahir membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. Suatu perancangan tindakan telah diberi tumpuan bagi membolehkan murid mencapai kemahiran membaca.

Guru telah menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran di mana murid diberi peluang untuk mempelajari kemahiran tersebut melalui latihan yang diberikan..Pengajaran dan pembelajaran ini merupakan kemahiran asas dan akan diteruskan pada kemahiran yang sama dengan melibatkan pelbagai jenis tanda baca lagi. Penguasaan kemahiran ini adalah sangat penting untuk membolehkan murid membaca dengan lancar dan betul.

1.0Pengenalan.1.1Membaca merupakan suatu kemahiran ahasa yang penting dalam pembelajaran Bahasa Melayu yang menjadi mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan diMalaysia. Kemahiran membaca merupakan unsur penting yang perlu diketahui oleh setiap murid dalam mempelajari Bahasa Melayu. Bacaan lancar yang dikuasai oleh murid akan memudahkan proses menimbapelbagai ilmu.

1.2Kelemahan menguasai kemahiran membaca akan menjejaskan pengunaan sistem bahasa dan menjejaskan kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya Bahasa Melayu. Kajian ini jua bertujuan membina kemahiran bacaan dengan sebutan dan intonasi yang betul di kalangan murid.

1.3Sebelum kajian ini dilakukan tinjauan telah di buat menggunakan kaedah pemerhatian dan penyelidikan berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun di tahun 2 sesi persekolahan 2011. Temubual juga dilakukan kalangan responden kajian tindakan ini.

1.4Sekolah ini mempunyai murid seramai 253 orang murid. Pada keseluruhannya murid-murid di sini adalah berbangsa Melayu dan hanya segelintir sahaja yang berbangsaIndiadan warga asing. Murid murid di sini sudah menjadi kebiasaan bertutur dalam dialek kedearah mereka yang merupakan bahasa berkomunikasi utama di sekolah dan di rumah.

1.5Hanya segelintir murid-murid sekolah ini tidak dapat membaca dengan baik. Ini adalah kerana masalah persekitaran dan kekeluargaan serta tahap kesediaan belajar yang responden alami.

1.6Kebolehan beberapa orang pelajar yang mampu mambaca dengan amat baik mewujudkan suatu situasi yang membina.

2.0 : Fokus Kajian Tindakan.2.1Berdasarkan keadah pemerhatian, didapati semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid mengalami masalah menyesuaikan nada bacaan dengan elemen tanda baca. Murid murid tidak mengendahkan tanda bacaan ketika membaca dengan mengikut intonasi yang betul.

2.2Maslah yang berlarutan akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Maka aspek tanda baca telah menjadi isu yang akan kami kaji dalam kajian tindakan ini.3.0Objektif Kajian Tindakan.3.1Bagi memurnikan kajian tindakan ini, saya telah menetapkan dua objektif utama iaitu objektif sampingan dan objektif utama.

3.2Objektif sampinganyang sasarannya untuk meningkatkan kefahaman murid dalam penggunaan tanda baca seperti tanda seru, tanda noktah, tanda koma dan tanda soalan.

3.3Objekif utama pula mensasaran agar murid dapat membaca dengan lancar ketikamengunakan tanda baca dan murid dapat membacanyadengan sebutan serta intonasi yang betul.

4.0Responden yang terlibat.4.1Seramai 22 orang murid tahun 3 Arifterlibat iaitu 12 orang murid perempuan dan 10 oarang murid lelaki.

4.2Seramai 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.

5.0Fokus kajian/ Isu keperihatinan.5.1Berdasarkan keadah pemerhatian semasa proses p&p guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid. Antaranya adalah murid tidak dapat membaca sesuatu petikan atau prosa dengan betul. Ini kerana sebilangan murid tidak mengikut intonasi bacaandan hanya meneruskan pembacaan tanpa menguasai bacaan dengan nada bertanda baca.

5.2Sesi temu bual dengan responden mendapati bahawa mereka tidak memahami fungsi setiap tanda baca dengan nada dangayabacaan yang sepatutnya.

5.3Segelintir responden jugatidak dapat meletakkan atau membaca ayat dengan betul. Responden juga tidak dapat membuat perbandingan antara tanda koma dan noktah. Jelas responden juga tidak memahami konsep membaca dengan berhenti sekejap ( koma ) dan membaca berhenti tetap ( noktah ).

5.4Responden dibekalkan dengan pendekatan penggunaan akhbar dalam dalam bilik darjah (ADD) dan buku bacaan makanis adalah sebagai permulaan penyelesaian permasalahan ini. Responden dibimbing berkaitan konsep tanda bacaan dan latihan sebagai menguji kefahaman mereka dalam menggunakan tanda bacaan dalam ayat-ayat yang mereka baca, tutur dan tulis semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bilik darjah.

6.0Persoalan kajian.6.1Berdasarkan objektif-objektif kajian di atas, kajian ini dapat menjawabbeberapa persoalan yang berkaitan seperti:Adakah responden mengetahui dan faham konsep sistem asas tatabahasa bahasa Melayu?Adakah sistem asas tatabahasa Bahasa Melayu dapat membantu rsponden membaca, bertutur dan menulis dengan baik?

7.0Galuran aktiviti.7.1Dua aktiviti telah digalurkan bagi mengesan masalah membezakan penggunaan tanda baca.Aktiviti pertama akan melibatkan responden membaca ayat yang sama dengan tanda baca berlainan. Sementara aktiviti kedua akan membolehkan responden terlibat dengan permainan bahasa.

7.2bahan-bahan yang digunakan dalam menjayakan aktivti adalah seperti kertas lembaran bacaan dan kad ayat untuk aktiviti pertama. Sementarabalang plastik, radio dan kad arahan.7.3Instrumen dan keadah pemerhatian melibatkan soalan ujian, temu bual dan pemerhatian. Analisa dan pemerhatian dilakukan untuk mendapatkan maklumat percapaian murid dalam aspek yang dikaji. Maklumat daripada temubual dan maklumbalas dari rakan guru dapat dijadikan kayu pengukur dalam menilai keberkesanan p&p. Kelebihan dan kelemahan guru semasa mengajar juga dicatatkan. Begitu juga dengan amalan pembelajaran murid.

8.0Perlaksanaan Tindakan.8.1Aktiviti membaca ayat dengan tanda bacaan8.1.1Proses Pengajaran dan Pembelajaran .Proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan sesi soal jawab.Seterusnya guru mengedarkan kertas lembaran ( rujuk lembaran 3 ) yang mengandungi ayat yang sama tetapi tanda baca yang berlainan.

Murid diminta membaca secara perlahan untuk memahami ayat yang dibaca dan seterusnya membaca dengan kuat dengan mengikut intonasi yang betul dan tepat. Guru membimbingmurid membaca dengan intonasi yang betul. Guru juga akan membetulkan kesilapan bacaan murid.

Pada sesi penutup, guru menyuruh murid membaca berulang-ulang kali untuk meningkatkan kemahiran membaca mereka.

8.1.2Pemerhatian.Pemerhatian telah dilakukan oleh rakan sejawat dan mendapati bahawa semua murid-murid memberikan perhatian dan penglibatan yang aktif semasa proses p&p.Murid-murid jugagembira semasa membaca ayat yang sama tetapi dengan menggunakan intonasi yang berlainan. Guru juga menunjukkan komitmen dan keyakinan sebagi seorang pendidik.

8.1. 3Refleksi.8.1.3..1Guru mendapati bahawa aktiviti pertama berjaya diajalankan berdasarkan penglibatan semua murid terutamanya semasa membaca dan menyebut ayat-ayat yang dicatatkan. Penglibatan murid adalah sangat aktif serta memberi sepenuh tumpuan dan kerjasama kepada guru sepanajang aktivti dijalankan.

8.1.3.2Aktiviti membaca secara kumpulan juga dijayakan dengan berkesan. Ini kerana guru dapat mendengar intonasi bacaan murid yang jelas kedengaran. Penglibatan murid yang aktif serta kawalan kelas yang baik membolehkan objektif serta matlamat pembelajaran tercapai.

8.2.Aktiviti permainan bahasa.Aktivitipermainan bahasa merupkan aktiviti yang berbentuk Belajar Sambil Bermain.8.2.1Proses Pengajaran dan Pembelajaran .8.2.1.1Guru menerangkan cara prmainan dan murid-murid diminta untuk mengingati aliran kotak yang akan dilakukan. Guru mengedarkan sebuah bekas plastik untuk setiap kumpulan, yang mana setiap bekas plastik mempunyai kad simbol-simbol khusus seperti koma, tanda noktah dan tanda soal.

8.2.1.2Guru mengalunkan muzik yang menandakan permainan bahasa bermula. Caranya adalah apabila muzik kedengaran secara langsung kotak beracun akan bergerak secara bergilir-gilir mengikut arah pusingan jam dalam bulatan sehingga muzik diberhentikan.

8.2.1.3Apabila muzik dihentikan dan orang yang terakhir yang memegang kotak beracun akan mengambil satu kad yang mengandungi simbol contohnya koma ( ? ). Murid diberi tempoh untuk membina ayat berdasarkan kad yang diambil. Permainan ini akan diulang semula setelah murid tersebut berjaya membina ayat dengan betul.

8.2.2Pemerhatian.8.2.2.1Berdasarkan pemerhatian aktiviti ini berjaya menarik minat dan tumpuan murid. Murid kelihatan lebih memahami elemen penggunaan tanda baca. Hampir semua muid dapat membina ayat secara lisan dengan begitu cepat dan betul.

8.2.3Refleksi.8.2.3.1Proses pengajaran dan pembelajaran ini dianggap berjaya kerana murid-murid dapat membina ayat yang diminta dengan cepat dan betul. Ini telah membuktikan bahawa aktiviti permainan bahasa ini berjaya mempertingkatkan kefahaman murid.

9.0Cadangan kajian.9.1Guru-guru Bahasa Malaysia digalakkan mengubahsuai pendekatan proses P & P di dalam kelas terutama kelas lemah dan sederhana.

9.2Menggunakan kaedah sumbangsaran dari segi kefahaman dalam aspek sistem tatabahasa.

9.3Menggunakan kaedah penyelidikan berdasarkan rujukan melalui buku-buku bahasa.

9.4Guru-guru Bahasa Malaysia boleh menggunakan kaedah penyelidikan pada pelbagai peringkat sama ada di peringkat kelas, panitia atau sekolah. .

9.5Guru Bahasa Melayu seharusnya mengadakan perbincangan serta pembandingan mengenai kandungan kemahiran yang telah diajar antara satu sama lain bagi memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mengatasi masalah.

9.6Peyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dan dipaktikan semasa proses pengajaran di dalam kelas. Alat-alat bantu mengajar yang disediakan juga haruslah diuruskan dengan baik seperti mewujudkan sudut khas alat bantu mengajar supaya alat bantu mengajar dapat dikongsi dan diguna oleh guru-guru yang lain.

9.7Latihan dalam perkhidmatan wajar diadakandalam bentuk bengkel yang dapat memberi guru pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan alat bantu mengajar seiring dengan penyebaran standard pembelajaran.

10.0Penutup.Guru yang perkasa akan sentiasa berjuang melengkapkan dirinya dengan sahsiah yang unggul, kemahiran yang bersesuaian dan ilmu yang tanpa sempadan. Kajian tindakan adalah sebahagian proses melengkap diri guru sebagai pendidik bertaraf murabbi.

Dicatat olehWan Mohd Affendydi7:43 PTG