kajian tindakan abdul murad abd hamid

13
SMK LAYANG-LAYANG , KLUANG, JOHOR KAJIAN TINDAKAN TAJUK: KAJIAN TINDAKAN PENGGUNAAN SIFIR IMBUHAN AWALAN me-N DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN KHAS DI SMK LAYANG-LAYANG, KLUANG, JOHOR. Oleh: Abdul Murad Abd Hamid 1

Upload: amuradhamid

Post on 10-Aug-2015

23 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian tindakan abdul murad abd hamid

SMK LAYANG-LAYANG , KLUANG, JOHOR

KAJIAN TINDAKAN

TAJUK:

KAJIAN TINDAKAN PENGGUNAAN

SIFIR IMBUHAN AWALAN me-N

DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN KHAS

DI SMK LAYANG-LAYANG, KLUANG, JOHOR.

Oleh: Abdul Murad Abd Hamid

1

Page 2: Kajian tindakan abdul murad abd hamid

KAJIAN TINDAKAN PENGGUNAAN SIFIR IMBUHAN ME-N DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN KHAS

DI SMK LAYANG-LAYANG, KLUANG, JOHOR.

Oleh: Abdul Murad Abd HamidSMK LAYANG-LAYANG,KLUANG.

Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran

Imbuhan Me-N berdasarkan Taksonomi Bloom dalam mata pelajaran bahasa Melayu

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Layang-Layang, Kluang dengan

menggunakan instrumen grafik Sifir Me-N.

Pemilihan kumpulan sasaran untuk kajian saya ini dilakukan melalui pemerhatian

yang dilakukan sepanjang bulan Januari hingga Februari. Pemerhatian ini khusus untuk

melihat penguasaan pelajar saya dalam mengenal imbuhan Me-N, mengingati huruf awal

kata kerja dan menggabungkan awalan me-N dengan kata kerja berhuruf awal yang sesuai.

Saya telah menggunakan sifir imbuha me-N dalam pengajaran dan pembelajaran

yang mudah dan menyeronokkan dan menerima respon yang sangat baik daripada kumpulan

sasaran yang dipilih. Adalah diharapkan agar kajian tindakan yang telah dibuat ini akan dapat

membantu rakan sejawatan atau sesiapa saja yang berminat membantu para pelajar yang

mempunyai masalah yang sama. Saya juga amat berharap agar dapat membina bahan

powerpoint yang sama untuk murid menguasai kemahiran-kemahiran perkataan yang lain

dalam Bahasa Melayu khususnya murid-murid Pendidikan Khas .

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

                 Saya telah ditugaskan mengajar murid-murid Pendidikan Khas SMK Layang-

layang sejak 1 November 2011 lagi, setiap tahun saya mengalami banyak masalah untuk

membolehkan mereka menguasai kemahiran pemahaman dan mencari isi penting. Beberapa

cara telah digunakan untuk mengatasi masalah tersebut tetapi yang pastinya masih ada di

2

Page 3: Kajian tindakan abdul murad abd hamid

kalangan murid pendidikan khas yang belum menguasai kemahiran menaakul dan menjawab

soalan pemahaman dengan baik .

                Beberapa orang murid pendidikan khas langsung tidak mempunyai minat dan usaha

untuk menguasai kemahiran pemahaman. Disebabkan mereka tidak pandai membaca

walaupun suku kata yang paling mudah, guru mata pelajaran yang mengajar Bahasa Melayu

sukar untuk mengajar kata berimbuhan terutama imbuhan awalan me-N yang merupakan

awalan terbanyak digunakan dalam Bahasa Melayu.

Saya pernah menggunakan kaedah hafalan imbuhan , namun memandangkan pelajar

Pendidikan Khas ini mempunyai kelemahan dlaam penguasaan hafalan, bacaan dan penulisan

ayat yang banyak menyebabkan saya memikirkan satu kaedah yang mudah bagi membantu

pelajar menguasai imbuhan.

               Oleh yang demikian saya bercadang dan telah membuat kajian rintis penggunaan

Sifir Imbuhan Me-.

          

2.0 FOKUS KAJIAN

                        Murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran memang sangat bermasalah

dalam mengecam perkataan berimbuhan dan menyebut perkataan tersebut dengan tepat,

mereka juga tidak boleh menngenal dengan tepat ketiga-tiga jenis imbuhan iaitu awalan,

akhiran dan apitan. 

                 Dengan mengadakan aktiviti interaktif menggunakan Sisir me-N dengan bantuan

perisian powerpoint sebagai paparan pengajaran , saya berharap dapat meningkatkan

penguasaan imbuhan khususnya imbuhan me-N dan menambahkan keyakinan serta

meningkatkan minat murid terhadap pelajaran mereka.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut :

3

Page 4: Kajian tindakan abdul murad abd hamid

i.             Objektif umum

·         Mengenal dan mengetahui jenis imbuhan awalan yang sesuai dengan sesuatu kata kerja.

ii.            Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini adalah supaya:

·          - Pelajar dapat menyebut imbuhan awalan me, men, mem, meng,meny,dan menge

·     -  Meningkatkan penguasaan meletakkan imbuhan me-N pada kata kerja.

·  - Guru dapat menguji keberkesanan Sifir Imbuhan me-N yang dibina untuk

meningkatkan kemahiran Bahas Melayu pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan lima orang pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran SMK

Layang-layang,Kluang,Johor.

5.0 TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN

5.1.       Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan

terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih

mendalam masalah tersebut. Tinjauan yang telah dilakukan dengan mengutip data seperti

berikut.

Pemerhatian beserta Senarai Semak

4

Page 5: Kajian tindakan abdul murad abd hamid

            Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar – pelajar

semasa proses  pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan didapati pelajar tiada

motivasi untuk belajar dan lebih banyak mendiamkan diri dan tidak mahu sukar

melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan . Murid juga tidak dapat mengisi awalan

me-N yang sesuai bagi 10 kata kerja yang diberikan .

Ujian pra  ( Tarikh laksana : 17 April 2014 )

          Ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk

          mengesan  penguasaan murid terhadap kemahiran yang akan

          diuji. Ujian ini mengandungi  1 set ujian yang mengandungi :

- 20 perkataan berhuruf awal A- Z yang perlu diberikan imbuhan me-N

yang sesuai

-

Pelajar ditunjukan sifir me-N menggunakan Power Point yang mana pelajar

membuat latihan secara kendiri berulang kali sehingga berjaya mengisi imbuhan

awalan me-N yang betul.

         KEPUTUSAN UJIAN PRA.

Dalam keputusan ujian pra yang telah dilakukan didapati kelima – lima pelajar

belum melebihi tahap pencapaian 60 % lulus apabila menjawab lembaran kerja kata

kerja berimbuhan

. Oleh yang demikian, saya telah membina bahan-bahan grafik Sifir Imbuhan

me-N dalam bentuk kad untuk diajar oleh guru dan pelajar membuat pengayaan

sendiri berasaskan pembelajaran masteri .

6.0 Pelaksanaan Tindakan yang Dijalankan.

    

5

Page 6: Kajian tindakan abdul murad abd hamid

Dalam meningkatkan penguasaan kemahiran imbuhan, soalan padanan dan mengisi tempat

kosong telah dikemukakan

6.1 Aktiviti yang dijalankan

Terdapat 3 aktiviti yang dijalankan dalam sesi pengajaran dua masa ( 70 minit) ( 2

masa X 35 minit ) yang dijalankan ( Rujuk Jadual 1)

Jadual 1: Aktiviti Pengajaran bagi Ketiga-tiga Bahagian Komik.

Fasa Aktiviti Masa

Set Induksi 5 minit

I Melihat paparan power point video sebutan perkataan

berimbuhan me-N yang betul dan salah

20 minit

II  Guru membuat brainstorming perkataan-perkataan

yang telah disebutkan dalam video tersebut

10 minit

III Guru memaparkan slaid Kad Sifir Imbuha Awalan

me-N 15minit

IV Ujian mengisi tempat kosong dengan imbuhan

awalan me-N yang betul 15 minit

Penutup 5 minit

6.2 Instrumen Pengajaran

6.2.1 Video sebutan imbuhan me-N yang ebtul dan salah6.2.2 Kad Sifir Imbuhan Awalan me-N

6

Page 7: Kajian tindakan abdul murad abd hamid

Gambarajah 1 : Kad Sifir Imbuhan Awalan me-N

a) Aktiviti Fasa 1 :

Melihat paparan power point video sebutan perkataan berimbuhan me-N yang

betul dan salah

Refleksi dari aktiviti fasa I:

Pelajar dapat mencari dan menyenaraikan 8 kesalahan imbuhan dan melakukan

pembetulan atas kesalahan imbuhan yang ditunjukkan .

b) Aktiviti Fasa II :

Guru membuat brainstorming perkataan-perkataan yang telah disebutkan dalam

video tersebut

      

7

Page 8: Kajian tindakan abdul murad abd hamid

Refleksi fasa II

Hasil brainstorming oleh guru, pelajar telah mula memahami penggunaan

awalan me-n dengan betul serta penukaran dan pembungan huruf apabila digabungkan

dengan imbuhan iaiatu huruf k ( awalan meng) , p ( awalan mem) dan s ( awalan

meny)

c) Aktiviti Fasa III:

Guru memaparkan slaid Kad Sifir Imbuhan Awalan me-N

Refleksi Fasa III

Berdasarkan aktiviti yang dijalankan, pelajar dapat mengenal dan menyebut formula

imbuhan me-N iaitu mengenal kunci membina kata berimbuhan me-N ialah dengan

menghafal huruf awal kata kerja.

d) Aktiviti Fasa IV :

Ujian mengisi tempat kosong dengan imbuhan awalan me-N yang betul

Refleksi Fasa IV

Berdasarkan soalan ujian bagi menjawab 20 soalan dengan 85 % betul.

7.0 UJIAN POS

7.1 Ujian pos  ( Tarikh laksana : 25 Mei 2014)

Ujian pos telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk           Mengesan sejauh mana  keberkesanan aktiviti yang dijalankan           dapat membantu penguasaan murid terhadap kemahiran yang

diuji Pelajar dapat mengisikan 15 perkataan dengan imbuhan yang betul

8

Page 9: Kajian tindakan abdul murad abd hamid

8/0 Penilaian dan refleksi

Berdasarkan Ujian Pos dan analisis yang telah dilaksanakan , saya dapati bahawa Sifir

Imbuhan Awalan me-N yang saya bina menggunakan program perisian powerpoint dan

Kad Grafik khusus untuk murid pendidikan khas ini merupakan salah satu kaedah yang

sesuai dan dapat menarik minat pelajar pendidikan khas untuk menguasai kemahiran

tatabahasa

Di samping itu, pelajar yang dibabitkan dengan penggunaan Kad Sifir Aawalan me-N

secara kendiri berdasarkan Pembelajaran Masteri.

Atas kesedaran ini , saya juga amat berharap agar sentiasa mendapat sokongan

daripada pihak sekolah serta rakan-rakan sama ada daripada sumbangan idea dan juga

kewangan bagi membolehkan saya membina banyak lagi bahan-bahan seperti ini.

9.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.

            Sebagai lanjutan daripada kajian ini, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang

seterusnya iaitu imbuhan Apitan menggunakan DVDROM,blog dan internet. Sesungguhnya,

pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran boleh dibentuk dan diajar dan mencapai

tahap akademik yang lebih tinggi.

BIBLIOGRAFI

Abdul Fatah Hasan (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan.Kuala Lumpur:Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abd. Ghafar Md Din. (2009)Prinsip dan Amalan Pengajaran.Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman dan Humaizah Hashim.(2012) Persepsi Guru

Terhadap Penggunaan Kartun Dalam Transformasi Pengajaran Penulisan

9

Page 10: Kajian tindakan abdul murad abd hamid

Karangan Bahasa Melayu, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ,UKM Vol 2,Bil. 1

(Mei 2012) : 129-140

Birkett, V. (2003) How To Support and Teach Children with Special Educational

Needs.Grand Rapids: Veronica Birkett Pub

Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK). 2012

http: // kssr.bpk.my/pengenalan/pendidikan_khas

Digital Sory Telling . http://digitalstorytelling.coe.uh.edu/2011 The

University of Houston, 4800 Calhoun Road, Houston, Texas

Dwyer,F.M.(1970) Explotary Studies In The Effectiveness Of Visual Instruction, AV

Communication Reviws,page 18.

Denzin,N dan Lincoln,Y. (1994) Handbook for Qualitative Research.Californi: Sage Publications

Fadzilah Abdul Rahman (2012) Penggunaan Komik dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu, Pelita Bahasa ,Edisi Julai, 2012 Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Heinich et. al (1996) Instructional Media and Technologies For Learning (5 Edition).

New Jersey: Prentice Hall,Eaglewood Cliffs.

Ishak Ramly.(2005),Inilah Kurikulum Sekolah.Batu Caves : PTS Publishing(p. 25)

K.A.Razhiyah.(2010), Menjadi Guru Pendidikan Khas .Batu Caves: PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd.

Kay Burke.(2009),How To Access Authentic Learning( Fifth Edition).California: Corwin

Jamalludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidaton Tasir (2001). Pembangunan Perisian Multimedia : Suatu Pendekatan Sistematik .Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Johnson,B dan Christensen.L (2000). Educational Research: Qualitative and Quantittive Approaches.Needham Heights MA: Allyn and Bacon

Kamarudin Hj Husin (2010) Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.

10