kajian tempatan tahun 5

12
Tahun 5 LATIHAN ULANG KAJI 2 Murid-murid 5 Bestari dan 5 Usaha dikehendaki menjawab soalan-soalan latihan ulang kaji 2 di dalam buku latihan. Arahan: Bulatkan jawapan yang betul. 1. Malaysia mengalami iklim A. Khatulistiwa B. Gurun panas C. Monsun Tropika D. Tundra 2. Purata suhu tahunan bagi negara Malaysia ialah A. 19 darjah celcius B. 27 darjah celcius C. 35 darjah celcius D. 41 darjah celcius 3. Angin Monsun Barat Daya bertiup dari bulan A. Februari hingga Jun B. Mei hingga September C. Ogos hingga Disember D. November hingga Mac

Upload: sitihajar-johari

Post on 26-Sep-2015

230 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kajian tempatan

TRANSCRIPT

Tahun 5

LATIHAN ULANG KAJI 2

Murid-murid 5 Bestari dan 5 Usaha dikehendaki menjawab soalan-soalan latihan ulang kaji 2 di dalam buku latihan.

Arahan:

Bulatkan jawapan yang betul.

1. Malaysia mengalami iklim

A. Khatulistiwa

B. Gurun panas

C. Monsun Tropika

D. Tundra

2. Purata suhu tahunan bagi negara Malaysia ialah

A. 19 darjah celcius

B. 27 darjah celcius

C. 35 darjah celcius

D. 41 darjah celcius

3. Angin Monsun Barat Daya bertiup dari bulan

A. Februari hingga Jun

B. Mei hingga September

C. Ogos hingga Disember

D. November hingga Mac

4. Angin Monsun Timur Laut melanda kawasan _______________.

A. Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

B. Semenanjung Malaysia.

C. Pantai Timur Semenanjung Malaysia

D. Malaysia Timur.

5. Angin monsun yang bertiup dari laut menuju ke darat adalah

A. angin lembap

B. angin kencang

C. angin sepoi-sepoi bahasa

D. angin kering

6. Kawasan yang paling banyak menerima hujan ialah

A. Bukit Larut

B. Sandakan

C. Kuala Pilah

D. Kuala Terengganu

7. Kawasan yang paling sedikit menerima hujan ialah

A. Bukit Larut

B. Sandakan

C. Kuala Pilah

D. Kuala Terengganu

8. Mengapakah suhu di Pulau Tioman lebih rendah daripada suhu di Kuala Lumpur?

A. Kepulauan

B. Ketinggian

C. Kebenuaan

D. Tiupan angin monsun

* Hazman menetap di Brinchang, Cameron Highland

* Suraya menetap di Shah Alam.

9. Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah suhu di tempat tinggal Hazman lebih rendah berbanding suhu di tempat tinggal Suraya?

A. Hujan yang banyak

B. Kedudukan di garisan lintang

C. Ketinggian dari aras laut

D. Kepulauan

10. Kawasan ini mengalami musim sejuk yang panjang dan suhunya -45 darjah celcius. Kawasan tersebut ialah

A. Siberia

B. Gurun panas

C. Tundra

D. Mediterranean

11. Negara Malaysia mengalami bencana alam iaitu

I. Banjir

II. Puting beliung

III. Gempa bumi

IV. Tiupan angin kencang

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

12. Pokok getah hidup subur kerana negara kita memperoleh

A. suhu yang rendah

B. suhu yang tinggi

C. hujan yang lebat

D. hujan yang banyak dan suhu yang tinggi

13. Antara berikut, ciri-ciri iklim di Malaysia ialah

I. suhu yang tinggi

II. hujan sepanjang tahun

III. purata suhu tahunan ialah 27 darjah celcius

IV perbezaan suhu antara 1 darjah celcius hingga 2 darjah celcius

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. Kesemuanya

14. China Utara dan Kanada merupakan kawasan

A. zon sejuk

B. zon panas

C. zon sederhana sejuk

D. zon sederhana panas

* Gurun Sahara

* Gurun Atacama

* Gurun Arab

15. Apakah ciri-ciri iklim kawasan di atas?

I. Musim panasnya sangat panas.

II. Suhu ialah antara 32 darjah celcius hingga 40 darjah celcius.

III. Mendapat hujan tahunan kurang daripada 250mm.

IV. Mengalami 4 musim

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. I, II, III dan IV

Selamat menyiapkan latihan.

Mohd Ashaari b. Abdullah

9 Ogos 2012

LATIHAN ULANG KAJI 1

Murid-murid 5 Bestari dan 5 Usaha dikehendaki menjawab soalan-soalan latihan ulang kaji 1 di dalam buku latihan.

Arahan:

Bulatkan jawapan yang betul.

1. Tumbuhan semula jadi yang terdapat di Gunung Kinabalu ialah

A. Hutan hujan tropika

B. Hutan pantai

C. Hutan gunung

D. Hutan paya

* Pokok bakau

* Akar jangkang

2. Pernyataan di atas adalah betul bagi

A. hutan gunung

B. hutan hujan tropika

C. hutan pantai

D. hutan paya air masin

* Pokok mengkuang laut

* Pokok kelapa

* Pokok ru

3. Tumbuh-tumbuhan di atas terdapat dalam

A. hutan pantai

B. hutan paya air tawar

C. hutan paya air masin

D. hutan gunung

4. Apakah flora semula jadi yang hidup di puncak gunung?

A. Belukar

B. Lumut

C. Pokok cengal

D. Pokok renek

5. Antara yang berikut, pasangan manakah yang betul?

Jenis tanah Pokok

A. Liat - Cengal

B. Laterit - Nipah

C. Aluvium - Bakau

D. Pasir - Kelapa

6. Ciri-ciri hutan hujan tropika ialah

I. tumbuh rapat

II. berakar banir

III. malar hijau

IV. tumbuh di kuala sungai

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. II, III dan IV

D. I, II, III dan IV

7. Apakah faktor yang mempengaruhi tumbuhan semula jadi di Malaysia?

I. Iklim

II. Saliran

III. Tanah-tanih

IV. Bentuk muka bumi

A. I, II dan III

B. I. II dan IV

C. I, III dan IV

D. Kesemuanya

8. Apakah pernyataan yang benar tentang flora di atas?

I. Bunga terbesar di Malaysia

II. Menarik pelancong

III. Dijadikan makanan

IV. Tumbuh di hutan gunung

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. I, II, III dan IV

9. Apakah tumbuhan semula jadi yang hidup di kawasan air bertakung?

I. Nipah

II. Ramin

III. Jelutung

IV. Mengkuang

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

* Sepilok, Sabah

* Kuala Gandah, Pahang

10. Kerajaan Malaysia telah mewartakan tempat-tempat di atas sebagai

A. tempat penternakan hidupan liar

B. lokasi untuk menarik pelancong

C. sumber pendapatan negara

D. lokasi perlindungan hidupan liar

11. Hidupan liar dalam gambar di atas hidup di kawasan

A. Tundra

B. Siberia

C. Mediterranean

D. Gurun

* Sable

* Moose

* Lamming

12. Hidupan liar di atas hidup di kawasan

A. Siberia

B. Tundra

C. Mediterranean

D. Gurun

Selamat menyiapkan latihan.

Mohd Ashaari b. Abdullah

6 Ogos 2012

LATIHAN 3

Murid-murid 5 Bestari dan 5 Usaha dikehendaki menyalin dan menjawab soalan-soalan latihan 3 di dalam buku latihan. Latihan yang siap perlu diserahkan kepada guru (En. Mohd Ashaari) pada hari Khamis - 2 Ogos 2012.

Arahan:

Tuliskan (BETUL) pada pernyataan yang betul dan (SALAH) pada pernyataan yang salah.

1. Masjid ialah pusat kegiatan ilmu yang penting semasa Kesultanan Melayu Melaka. ( )

2. Ulama dan para cendekiawan menjalankan aktiviti keilmuan di surau. ( )

3. Semasa Kesultanan Melayu Melaka, perbincangan dan perdebatan tentang agama Islam di kalangan ulama berlaku di istana. ( )

4. Pengajaran tentang agama Islam disampaikan oleh Sultan Melaka kepada pembesar dan rakyat baginda di istana. ( )

5. Undang-undang Kanun Melaka dan Kanun Laut Melaka digubal di istana semasa Kesultanan Melayu Melaka. ( )

6. Sastera dari Arab dan Parsi tlah diterjemahkan kepada Bahasa Melayu. ( )

7. Istana menjadi tempat penyimpanan hasil karya penulis tempatan dan sastera asing. ( )

8. Bahasa pengantar dan komunikasi di Melaka semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka ialah Bahasa Melayu. ( )

Selamat menyiapkan latihan.

Mohd Ashaari b. Abdullah

31 Julai 2012

LATIHAN 2

(Murid-murid kelas 5 Bestari dan 5 Usaha dikehendaki menyalin dan melengkapkan jadual di bawah ini. Latihan ini perlu diserahkan kepada guru (En. Mohd Ashaari) pada hari Selasa - 10 Julai 2012).

Sistem Pentadbiran Zaman Kesultanan Melaka

Selamat melaksanakan tugas.