kajian ringkas berkenaan isu pematuhan syariah program ... filedan beli top-up kredit permulaan...

15
1 Kajian Ringkas Berkenaan Isu Pematuhan Syariah Program Pemasaran (Version 2) 11 June 2016

Upload: votruc

Post on 20-Mar-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Ringkas Berkenaan Isu Pematuhan Syariah Program ... filedan beli top-up Kredit permulaan adalah antara ... Maklumat yang diterima daripada 2 orang yang mahir dengan Mymi1

1

Kajian Ringkas Berkenaan Isu Pematuhan Syariah Program

Pemasaran (Version 2)

11 June 2016

Page 2: Kajian Ringkas Berkenaan Isu Pematuhan Syariah Program ... filedan beli top-up Kredit permulaan adalah antara ... Maklumat yang diterima daripada 2 orang yang mahir dengan Mymi1

Isu #1: Pelan Pemasaran 2

1 2 3

Ahli bayar kepada agen/upline Mymi1 antara RM420

hingga RM21,000

Agen/upline daftar ahli

dengan Mymi1

Setelah pendaftaran

berjaya, Mymi1 akan sediakan

laman web khusus untuk ahli bayar bil

dan beli top-up

Kredit permulaan adalah antara RM30 hingga RM600 dan

dikredit RM12.90 hingga RM765 setiap 10 hari

antara 50 hingga 70 kali

Page 3: Kajian Ringkas Berkenaan Isu Pematuhan Syariah Program ... filedan beli top-up Kredit permulaan adalah antara ... Maklumat yang diterima daripada 2 orang yang mahir dengan Mymi1

Isu #1: Pelan Pemasaran 3

q  Kredit dalam website diberi nama TC or RC (Topup atar Reload Credit)

q  Setiap TC atau RC bernilai RM3 q  Dengan TC dan RC ini, ahli Mymi1

dapat beli topup (domestik dan antarabangsa) atau membayar bil-bil utiliti seperti bil TNB dan Telekom

q  Soalan: Ahli Mymi1 mendakwa mereka tidak mendapat wang tunai tetapi TC atau RC?

q  Jawapan: Jika TC atau RC (ringkasan TC) itu benar-benar topup, kenapa perlu pula digunakan TC untuk membeli topup yang sebenarnya?

Page 4: Kajian Ringkas Berkenaan Isu Pematuhan Syariah Program ... filedan beli top-up Kredit permulaan adalah antara ... Maklumat yang diterima daripada 2 orang yang mahir dengan Mymi1

Isu #1: Pelan Pemasaran 4

q  Jika TC benar-benar topup, kenapa boleh pula guna TC untuk bayar bil?

q  Secara lazimnya (secara biasa luar dari Mymi1) adakah kita boleh guna topup Celcom, contohnya, untuk membeli topup Maxis atau Digi?

q  Secara lazimnya (secara biasa di luar Mymi1), adakah kita boleh guna topup Celcom, contohnya, untuk bayar bil TNB, Telekom dsbg?

q  Jawapannya ialah TIDAK dan TIDAK LOGIK q  Oleh itu TC atau RC yang dikreditkan ke dalam laman web ahli adalah

merupakan WANG kerana secara lazimnya hanya wang saja yang dapat membeli topup dan bayar bil

Page 5: Kajian Ringkas Berkenaan Isu Pematuhan Syariah Program ... filedan beli top-up Kredit permulaan adalah antara ... Maklumat yang diterima daripada 2 orang yang mahir dengan Mymi1

Isu #1: Pelan Pemasaran 5

q  Soalan: Kenapakah Mymi1 mesti membayar secara ansuran ke dalam laman web ahli? Contohnya dengan bayaran muka RM420, Mymi1 akan menkreditkan RM12.90 setiap 10 hari sebanyak 50 kali, dengan jumlah keseluruhannya RM645. Dan jika bayaran muka ialah RM21,000, dibayar RM600 setiap 10 hari sebanyak 70 kali, dengan jumlah keseluruhannya RM54,150!

q  Jawapan: Sekali lagi, cara ansuran sebegini adalah TIDAK LOGIK. TC dibayar secara tetap walaupun ahli membeli topup atau bayar bil atau tidak buat apa-apa. Jelas pulangan atau keuntungan TIDAK diperolehi daripada penjualan topup atau bayar bil. Keuntungan diperolehi daripada Mymi1 yang dibayar terus ke dalam akaun laman web ahli Mymi1.

Page 6: Kajian Ringkas Berkenaan Isu Pematuhan Syariah Program ... filedan beli top-up Kredit permulaan adalah antara ... Maklumat yang diterima daripada 2 orang yang mahir dengan Mymi1

Isu #1: Pelan Pemasaran 6

q  Ada iklan ahli yang mengatakan bahawa pulangan setiap 10 hari itu adalah rebate. Ini lagi satu perkara yang TIDAK LOGIK.

q  Rebate ialah “return of a portion of a purchase price by a seller to a buyer, usually on purchase of a specified quantity, or value, of goods within a specified period*” atau “rebat adalah sebahagian daripada harga belian oleh penjual kepada pembeli, biasanya pada pembelian kuantiti yang ditetapkan, atau nilai, barangan dalam tempoh yang ditetapkan.”

*http://www.businessdictionary.com/definition/rebate.html

q  Maka kredit TC setiap 10 hari itu BUKANLAH rebat yang lazim sebab Mymi1 bukan “memulangkan” sebahagian dariapada jumlah yang dibayar oleh ahli bahkan Mymi membayar jauh lebih tinggi daripada bayaran ahli sehingga 158%

Page 7: Kajian Ringkas Berkenaan Isu Pematuhan Syariah Program ... filedan beli top-up Kredit permulaan adalah antara ... Maklumat yang diterima daripada 2 orang yang mahir dengan Mymi1

Isu #1: Pelan Pemasaran 7

q  Soalan: Jika ahli Mymi1 TIDAK berbuat apa-apa selama 500 hari atau 700 hari dan Mymi1 membayar TC ke dalam laman web ahli setiap 10 hari, adakah TC itu akan “lebur”?

q  Jawapan: Maklumat yang diterima daripada 2 orang yang mahir dengan Mymi1 menyatakan TIDAK sama-sekali! Setiap TC bernilai RM3. Ahli Mymi1 boleh tunaikan TC ini dengan syarat-syarat berikut:

u  Boleh tunaikan jika jumlah TC sekurang-kurang bersamaan RM300 u  Boleh tunaikan 2 kali sebulan

q  Ini bermaksud, jika ahli Mymi1 tidak berbuat apa-apa sepanjang 500 hingga 700 hari, mereka akan mendapat keuntungan antara 61% hingga 158%, tolak 5% yuran pengurusan pengeluaran

q  Sekali lagi, ini membuktikan bahawa TC itu bukan topup credit yang digembar-gemburkan oleh ahli Mymi1, tetapi TC itu adalah sebenarnya WANG TUNAI…

Page 8: Kajian Ringkas Berkenaan Isu Pematuhan Syariah Program ... filedan beli top-up Kredit permulaan adalah antara ... Maklumat yang diterima daripada 2 orang yang mahir dengan Mymi1

Isu #2: MLM Tapi Mana Penasihat Syariah? 8

Page 9: Kajian Ringkas Berkenaan Isu Pematuhan Syariah Program ... filedan beli top-up Kredit permulaan adalah antara ... Maklumat yang diterima daripada 2 orang yang mahir dengan Mymi1

Isu #2: MLM Tapi Mana Penasihat Syariah? 9

q  Soalan: Jika diteliti daripada bonus-bonus entertainment, sponsor, pairing dan matching bonus sehingga 10 level, jelas menunjukkan bahawa pelan pemasaran Mymi1 adalah pelan pemasaran bertingkat atau multi-level marketing plan. Tetapi Mymi1 ada tak penasihat syariah sebab Garis Panduan MLM Patuh Syariah JAKIM memerlukan 2 penasihat syariah untuk syarikat MLM?

q  Jawapan: Sepanjang pengetahuan kami, Mymi1 TIDAK pernah melantik penasihat syariah yang bertauliah. Oleh itu, pelan pemasaran Mymi1 tidak pernah disahkan oleh mana-mana penasihat syariah.

q  Dalam pada itu, bonus-bonus untuk entertainment, sponsor, pairing dan matching adalah bonus-bonus yang diberikan sebagai imbalan pada bukan prestasi jualan. Ini adalah suatu ganjaran yang tidak patuh syariah.

q  Entertainment, sponsor, pairing dan matching bonus diberikan berdasarkan kepada berapa ahli baru di dalam kumpulan. Ia juga diberikan tanpa ahli-ahli mengenali ahli-ahli yang beliau mengambil keuntungan daripada mereka dan kemungkinan besar tidak terlibat dalam kegiatan perniagaan mereka.

q  Untuk mendapat imbuhan daripada perniagaan ahli lain dalam kumpulan, mesti disyaratkan terlibat dengan setiap ahli yang ahli mendapat hasil daripadanya

Page 10: Kajian Ringkas Berkenaan Isu Pematuhan Syariah Program ... filedan beli top-up Kredit permulaan adalah antara ... Maklumat yang diterima daripada 2 orang yang mahir dengan Mymi1

Isu #3: Betul Ke Mymi1 Beli Secara Pukal? 10

q  Soalan: Jika benar Mymi1 mendakwa telah menjana keuntungan melalui pembelian topup secara pukal, kenapa pula ONEXOX menyangkal dakwaan bahawa mereka bekerjasama dengan Mymi1?

q  Soalan: Jika benar Mymi1 membayar bil secara pukal kepada TNB, contohnya, dan mendapat 15% daripadanya, bagaimana pula boleh mencapai rebate sehingga 158%? Dijamin pulak tu?

Page 11: Kajian Ringkas Berkenaan Isu Pematuhan Syariah Program ... filedan beli top-up Kredit permulaan adalah antara ... Maklumat yang diterima daripada 2 orang yang mahir dengan Mymi1

Kesimpulan 11

Produk atau Subjek q  Apakah sebenarnya produk atau subjek Mymi1? Adakah ia perniagaan topup

atau bil, kedua-duanya sekali atau tidak satu pun di antaranya? q  Subjek Mymi1 bukan topup walaupun diberikan nama TC (Toptup Credit)

atau RC (Teload credit). Jika ia benar-benar produk topup, apabila diberikan daripada Mymi1 kepada ahli, maka boleh terus dipakai di telefon bimbit.

q  Oleh kerana apabila TC diberikan oleh Mymi1 kepada ahli, dan ahli boleh membeli topup dan bayar bil, maka TC sebenarnya mengambil ‘illah atau sifat wang sebab boleh membeli produk atau servis.

q  Maka produk Mymi1 sebenarnya ialah WANG q  Maka apabila produk Mymi1 adalah wang dan wang itu adalah barangan

ribawi, maka tukarannya harus sama, jika tidak akan terlibat dengan riba al-buyu’

q  Tetapi rebat, pulangan atau keuntungan adalah di antara 62% hingga 158% daripada bayaran asal, maka oleh itu Mymi1 adalah terlibat dengan riba al-buyu’ (riba jual-beli)

Page 12: Kajian Ringkas Berkenaan Isu Pematuhan Syariah Program ... filedan beli top-up Kredit permulaan adalah antara ... Maklumat yang diterima daripada 2 orang yang mahir dengan Mymi1

Kesimpulan 12

Pulangan, keuntungan, rebat atau penjimatan Mymi1 q  Oleh kerana terdapat jaminan pulangan kedua-dua modal dan keuntungan, maka

perniagaan Mymi1 bukan lagi perniagaan jual-beli lazim (biasa) q  Jual-beli biasa adalah mudah, beri harga/wang dan dapat produk atau barang

yang diinginkan/dibeli dan selesai setakat itu sahaja tetapi melalui Mymi1, ahli dijamin mendapat modal dan keuntungan (walau atas nama apa sekali pun)

q  Penentuan hukum adalah berdasarkan kaedah fiqah (qawaid fiqqihiyyah) seperti berikut:

q  “Yang menjadi pegangan atau yang dipakai (dalam sesuatu akad/transaksi) adalah maksud dan maknanya bukanlah lafaz dan bentuknya”

q  Maksudnya, yang dikira dalam sesuatu transaksi adalah cara atau maksud yang hendak dicapai, bukan atas nama apa yang diberikan dan dalam kes Mymi1, apabila ia menjanjikan keuntungan dan modal, akadnya bertukar menjadi akad pinjaman dengan riba

q  Produk yang didakwa topup dan bayar bil adalah hilah (helah) semata-mata

Page 13: Kajian Ringkas Berkenaan Isu Pematuhan Syariah Program ... filedan beli top-up Kredit permulaan adalah antara ... Maklumat yang diterima daripada 2 orang yang mahir dengan Mymi1

Kesimpulan 13

q  Majlis Penasihat Shariah Dunia, AAOIFI berikut teks fatwanya, ertinya: "Apabila mana-mana pihak menetapkan baginya satu jumlah untung yang tetap dan pasti, maka rosaklah aqad pelaburan Mudarabah itu" (Al-Ma'ayir As-Syaiyyah, AAOIFI, hlm 240)

q  Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia pada tahun 1992 yang mewartakan : "Sebarang pelaburan yang mana pihak pengusaha (mudarib atau syarikat) menjamin satu kadar pulangan tertentu kepada pelabur (peserta), maka ia adalah haram oleh kerana ia telah menukar sifat pelaburan secara Islam kepada elemen pinjaman dengan janji faedah Riba" (Majma Fiqh Al-Islami, Qarar wa Tawsiat)

q  Kata Sayyidina Ali ertinya: “Tiada jaminan ke atas sesiapa yang dikongsi keuntungan dengannya.” (Al-Mughni, Ibn Qudāmah, 5/32)

q  Maka apabila Mymi1 menjanjikan atau menetapkan pulangan modal dan keuntungan, maka kontrak antara Mymi1 dengan ahlinya (jika ada) adalah kontrak yang tidak sah dan terbatal serta apa-apa keuntungan yang diperolehi oleh ahlinya adalah tidak harus dan wajib dibersihkan

Page 14: Kajian Ringkas Berkenaan Isu Pematuhan Syariah Program ... filedan beli top-up Kredit permulaan adalah antara ... Maklumat yang diterima daripada 2 orang yang mahir dengan Mymi1

Kesimpulan 14

Pelan Perniagaan q  Apakah bentuk pelan perniagaan Mymi1? q  Bentuk perniagaan Mymi1 ialah MONEY GAME q  Dalam sistem MONEY GAME, produk adalah tidak penting (produk adalah

sekunder (secondary) sahaja q  Tujuan utama sistem sebegini ialah untuk menyalurkan wang supaya menjana

kekayaan dengan cepat tanpa apa-apa usaha q  Sistem MONEY GAME ini jelas terlibat dengan riba sebab subjek sebenarnya

ialah wang dan wang adalah barangan ribawi (mengambil ‘illah emas), maka pertukarannya harus sama dan menjanjikan pulangan modal dan keuntungan adalah dilarang dalam Islam

q  Nabi SAW bersabda: “Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, pertukarannya harus sama dengan sama, senilai dengan senilai, tangan dengan tangan. Maka jika terjadi perbedaan pada barang-barang ini lakukanlah jual beli semahu kamu selama dilakukan antara tangan dan tangan.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Ubadah bin Shamit r.a., dan lafaz ini milik Muslim)

Page 15: Kajian Ringkas Berkenaan Isu Pematuhan Syariah Program ... filedan beli top-up Kredit permulaan adalah antara ... Maklumat yang diterima daripada 2 orang yang mahir dengan Mymi1

Nasihat 15

q  Pada pendapat kami, program pemasaran Mymi1mempunyai masalah pematuhan syariah yang asas (basic) seperti adanya elemen-elemen riba, gharar dan maisir

Nasihat kepada ahli Mymi1 q  Oleh kerana program ini ada masalah syariah yang nyata, maka segala untung

atau pendapatan di atas modal mempunyai masalah q  Untung ini wajib dibersihkan (ikuti siri Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Syariah) q  Untuk mengelakkan terus menanggung dosa dan kemungkinan menganiaya

orang lain, maka dinasihatkan berhenti segera dan menuntut modal kembali serta menunggu penyatakan patuh syariah rasmi

Nasihat kepada pengurusan Mymi1 q  Hentikan program ini segera yang nyata ada masalah syariah yang asas q  Lantik 2 orang penasihat syariah bertauliah untuk merombak kembali pelan

pemasaran supaya ia benar-benar patuh syariah q  Rombak pelan pemasaran di mana imbuhan mestilah berdasarkan kepada

prestasi jualan q  Keluarkan penyataan rasmi patuh syariah segera q  Jauhi RIBA, jauhilah berperang dengan Allah dan RasulNya…. Wallahu’lam…