kajian kes dalam konteks etika : proses pengeluaran hakmilik strata oleh pejabat pengarah tanah dan...

18
Proses Pengeluaran Hakmilik Strata Oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman : Suatu Kajian Kes Dalam Konteks Etika. Disediakan oleh Mohd Arief Akmal Bin Adnan Abstrak Kajian ini akan menunjukkan meneliti tahap etika kerja sektor awam dalam Pentadbiran Tanah Negeri Kedah Darul Aman khususnya dalam pendaftaran Hakmilik Strata Negeri Kedah dan kepentingan dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti pentadbiran. Etika menyumbang kepada peningkatan prestasi Pentadbiran Tanah Negeri Kedah dalam menyampaikan perkhidmatannya kepada masyarakat dan terus menjana pembangunan dalam negeri selaras dengan Pelan Kedah Sejahtera yang telah menjadi aspirasi dan matlamat Pihak Kerajaan Negeri kepada masyarakat. Etika kerja yang ditunjukkan ini berkait rapat dalam proses permohonan, pelan tindakan dan tatacara pelaksanaan penambahbaikan proses kerja pengeluaran hakmilik strata. Kajian ini juga mencadangkan beberapa penambahbaikan untuk kajian masa hadapan serta cadangan untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan delivery system di dalam Pentadbiran Tanah Negeri Kedah Darul Aman 1

Upload: arief-akmal

Post on 27-Jul-2015

691 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Proses Pengeluaran Hakmilik Strata Oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman : Suatu Kajian Kes Dalam Konteks Etika.Disediakan oleh Mohd Arief Akmal Bin AdnanAbstrak Kajian ini akan menunjukkan meneliti tahap etika kerja sektor awam dalam Pentadbiran Tanah Negeri Kedah Darul Aman khususnya dalam pendaftaran Hakmilik Strata Negeri Kedah dan kepentingan dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti pentadbiran. Etika menyumbang kepada peningkatan prestasi Pentadbiran Tanah N

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kes Dalam Konteks Etika : Proses Pengeluaran Hakmilik Strata Oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman

Proses Pengeluaran Hakmilik Strata Oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian

Negeri Kedah Darul Aman : Suatu Kajian Kes Dalam Konteks Etika.

Disediakan oleh

Mohd Arief Akmal Bin Adnan

Abstrak

Kajian ini akan menunjukkan meneliti tahap etika kerja sektor awam dalam Pentadbiran

Tanah Negeri Kedah Darul Aman khususnya dalam pendaftaran Hakmilik Strata Negeri

Kedah dan kepentingan dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti pentadbiran. Etika

menyumbang kepada peningkatan prestasi Pentadbiran Tanah Negeri Kedah dalam

menyampaikan perkhidmatannya kepada masyarakat dan terus menjana pembangunan

dalam negeri selaras dengan Pelan Kedah Sejahtera yang telah menjadi aspirasi dan

matlamat Pihak Kerajaan Negeri kepada masyarakat. Etika kerja yang ditunjukkan ini

berkait rapat dalam proses permohonan, pelan tindakan dan tatacara pelaksanaan

penambahbaikan proses kerja pengeluaran hakmilik strata. Kajian ini juga mencadangkan

beberapa penambahbaikan untuk kajian masa hadapan serta cadangan untuk

mempertingkatkan lagi keberkesanan “delivery system” di dalam Pentadbiran Tanah

Negeri Kedah Darul Aman

1.0 PENGENALAN

Perbincangan mengenai nilai etika ini telah lama dibincangkan dalam Pentadbiran

Organisasi dalam negara tidak kira di dalam sektor awam dan sektor swasta. Apakah

1

Page 2: Kajian Kes Dalam Konteks Etika : Proses Pengeluaran Hakmilik Strata Oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman

yang dimaksudkan dengan etika? Dan apakah kepentingan etika kerja ini. Bagi

menyujudkan Budaya Kerja cemerlang di dalam pentadbiran Tanah Negeri kedah, etika

merupakan perkara asas yang harus dikuatkan sebagai tunjang pegangan warga

organisasi. Etika kerja yang baik di dalam pentadbiran merupakan aset yang penting bagi

sesebuah organisasi kerana ianya akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti,

prestasi, kecemerlangan dan kualiti kerja. Namun, semenjak ini perlbagai kritikan–

kritikan yang telah diterima oleh pihak kerajaan dalam pentadbiran tanah di Negeri

Kedah ini mungkin kerana metod yang digunakan di dalam pentadbiran sektor ini telah

dilihat telah ketinggalan dan kurang berkesan untuk bersaing berbanding dengan situasi

semasa yang sangat mencabar. Peningkatan taraf hidup dan pendidikan masyarakat juga

merupakan satu elemen cabaran bagi pentadbiran kerajaan kerana masyarakat semakin

bijak dan sentiasa melihat prestasi dan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak kerajaan

yang mentadbir negara ataupon negeri.

1.1 Apakah Etika.

Para sarjana moden merujuk kepada Kant iaitu seorang falsafah barat yang

memtafsir beberapa nilai dan konsep etika merangkumi aspek ketuhanan, kebebasan,

perhubungan dan konsep-konsep lain. Akan tetapi semua konsep tersebut merupakan

penyumbang kepada tindakan etika. Etika sebenarnya merupakan satu konsep yang lebih

kecil skop berbanding nilai dan etika membincangkan sebahagian daripada elemen nilai.

Etika lebih menyentuh kepada pelbagai tangungjawab dan dan kewajipan. Etika dikatan

suatu ilmu kerana pengajiannya merupakan kegiatan intelektual, iaitu berbentuk

penyelidikan rasional terhadap suatu bidang bertujuan memperolehi ilmu dapatan (Sukri

2

Page 3: Kajian Kes Dalam Konteks Etika : Proses Pengeluaran Hakmilik Strata Oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman

Ahmad dan Razali Mat Zain, 2001). Ini meyebabkan etika tidak boleh disamakan dengan

konsep seni, agama, teknologi kerana matlamat yang mendasari konsep ini masing-

masing berbeza. Menurut Mohd Shahar Bin Sidek (1992) skop etika meliputi aspek sikap

seseorang atau sesuatu masyarakat, iaitu aspek zahir perilaku (seperti kegiatan, tindakan,

tabiat dan adat resam) dan juga menjangkau aspek batinnya (seperti kecenderungan, niat,

dorangan dan perspeksi). Pendekatan islam mengenai etika pula lebih merujuk kepada

akhlak. Ianya memberi maksud “membentuk, mencipta, memberi rupa atau

mengeluarkan. Ini bermaksud akhlak ini merupakan kata jamak kepada khulq merujuk

kepada himpunan sifat-sifat yang membezakan seeseorang dengan yang lain bagi

membentuk peribadi mengikut acuan agama (Sukri Ahmad dan Razali Mat Zain, 2001).

Manusia bukanlah penilai yang baik bagi membezakan perlakuan baik ataupon buruk

akan tetapi ianya ditentukan berdasarkan sumber Al Quran dan Sunnah.

Sementara kerja boleh ditafsirkan sebagai suatu usaha atau aktiviti yang boleh

dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan barangan ataupon ia juga

boleh merupakan nilai perkhidmatan kepada orang lain. Apabila perkaitan etika dan

kerja dilihat dalam konteks yang sama ianya boleh merujuk kepada tangungjawab moral

untuk berkerja dengan profesional dan bijak memberikan usaha dalam perspktif

pencapaian matlamat. Etika kerja bukan sekadar penglibatan diri untuk berkerja kuat

melebihi daripada sekadar menyediakan keperluan hidup malah etika juga membawa

sejumlah nilai untuk menonjolkan kerja sebagai perkara suci. Dengan kata lain etika

kerja yang cemerlang akan berjaya melahirkan suatu organisasi yang produktif dengan

barangan atau perkhidmatan yang berkualiti.

3

Page 4: Kajian Kes Dalam Konteks Etika : Proses Pengeluaran Hakmilik Strata Oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman

1.2 Pembangunan Strata Dan Tangungjawab Etika Kerja Cemerlang.

Pembangunan skim strata dilihat semakin rancak dan mendapat perhatian

daripada pemaju-pemaju pembangunan dan pembeli-pembeli hartanah terutamanya di

dalam kawasan bandar di dalam Negeri Kedah. Melihat kepada perkembangan ini daerah

yang berpotensi dan telah dimajukan skim strata ialah daerah yang mempunyai kepadatan

penduduk yang besar seperti daerah Kota Setar, Sungai Petani, Kulim, Kubang Pasu dan

Langkawi. Tumpuan diberikan terhadap daerah-daerah tersebut kerana ianya mempunyai

nilai hartanah yang tinggi dan menjadi tumpuan daripada pembeli-pembeli hartanah

dalam Negeri Kedah kerana kemudahan–kemudahan yang telah dibangunkan oleh

kerajaan Negeri bagi kesejahteraan rakyat dan merancakkan pembangunan dalam negeri

Kedah ini.

Bagi menjana perkhidmatan yang berkualiti selaras dengan perkembangan semasa

ini pihak PTG melalui Bahagian Hakmilik Strata perlu menyediakan satu perkhidmatan

yang cekap dan efisen dan mengamalkan konsep etika kerja yang cemerlang dalam

memproses permohonan dan pendaftaran bagi menyakinkan pemaju-pemaju

pembangunan skim strata dan mewujudkan suasana persaingan pembangunan yang sihat

dalam Negeri Kedah. Hal ini amat penting bagi menwujudkan satu pentadbiran tanah

yang mesra pengunan dan dapat menambah baik sistem pentadbiran tanah dengan tujuan

meningkatkan pencapaian dan keberkesanan sistem penyampaian urusan hakmilik strata

di Negeri Kedah.

4

Page 5: Kajian Kes Dalam Konteks Etika : Proses Pengeluaran Hakmilik Strata Oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman

Sumber : Pekeliling Pentadbiran Tanah Bil 1/2008

2.0 PENYATAAN MASALAH

Kajian Kes ini melibat Bahagian Hakmilik Strata di Pejabat Pengarah Tanah dan

Galian Negeri Kedah Darul Aman yang bertangungjawab dalam urusan tanah yang

melibatkan pengeluaran hakmilik strata dalam Negeri Kedah. Prestasi urusan

pentadbiran tanah sebelum ini menjadi perhatian masyarakat dan pihak eksekutif negara

serta negeri yang mana perkara ini sering menjadi perhatian pelbagai pihak kerana ianya

dikatakan sering menjadi masalah besar dalam menjayakan pembangunan dalam negeri.

Perkara ini berlaku kerana struktur perundangan tanah agak kompleks, peranan birokrasi

dan rangkaian kerja yang terlampau banyak dalam menyelesaikan satu-satu urusan tanah

menyebabkan kelewatan dalam perkara ini dan meningkatkan prestasi buruk masyarakat

kepada pejabat-pejabat tanah. Dalam meningkatkan prestasi penyelesaian urusan tanah

dalam kontaks hakmilik strata dalam negeri ini komitmen warga pentadbiran tanah dalam

menwujudkan satu budaya kerja yang cemerlang dan profesional harus diwujudkan

5

Page 6: Kajian Kes Dalam Konteks Etika : Proses Pengeluaran Hakmilik Strata Oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman

supaya ianya dapat meyumbang kepada mutu perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan

berintegriti kepada rakyat dan pihak swasta.

Dalam mewujudkan budaya kerja yang cemerlang dalam konteks etika di dalam

Pentadbiran Hakmilik Strata Negeri Kedah permasalah yang berkaitan dengan etika yang

menyumbang kepada kelambatkan urusan proses pengeluaran hakmilik stara yang

dihadapi oleh Bahagian Hakmilik Strata (PTG) telah dikenalpasti. Statistik yang

diperolehi Bahagian Hakmilik Strata Negeri Kedah menunjukkan trend pemprosesan

hakmilik strata terlampau mengambil masa yang terlalu lama. Sebanyak 15 permohonan

menganbil tempoh 4 tahun untuk di daftarkan sebelum diserahkan kepada pemaju. Trend

statistik menunjukkan tempoh 3tahun merupakan paling banyak permohonan diproses

diikuti dengan tempoh 1 tahun dan sebanyak 34 permohonan dan seterusnya tempoh 2

tahun sebanyak 13 permohonan. Antaranya ialah budaya kerja yang tidak efisen dan

telah ketinggalan dilihat menjadi satu aspek yang menyumbang kepada tunggakan urusan

permohonan dan pendaftaran hakmilik strata dalam Negeri Kedah. Sebelum ini proses

pemohonan dan pendaftratan hakmilik strata yang dipraktikkan oleh Bahagian Strata

PTG Kedah meliputi 12 aktiviti utama yang bermula dengan permohonan (Borang 1) dan

berakhir dengan pengeluaran hakmilik strata (5F). Bagi permohonan yang diterima

selalunya mengambil masa yang terlalu panjang sehinggakan memberikan tanggapan

yang kurang baik terhadap Pentadbiran Tanah Negeri Khususnya. Ini adalah disebabkan

aktiviti-aktiviti proses permohonan dan pendaftaran perlu dilaksanakan berturutan dan

terikat dengan aktiviti selanjutnya serta tidak boleh melangkaui aktiviti selanjutnya. Ini

juga selaras dengan peruntukan AHS 1985 yang telah memperuntukkan aktiviti-aktivi

berikut bagi penyelerasan pentadbiran hakmilik strata di Semenanjung Malaysia.

6

Page 7: Kajian Kes Dalam Konteks Etika : Proses Pengeluaran Hakmilik Strata Oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman

Sumber : Pekeliling Pentadbiran Tanah Bil 1/2008

Prosedur kerja ataupon tatacara kerja yang tidak menerapkan pengunaan

teknologi maklumat dan teknologi peralatan juga meyumbang kepada kelambatan

menyelesaiakan urusan-urusan pendaftaran hakmilik strata. Pendekatan pengunaan

teknologi maklumat dalam pentadbiran yang terlampau sedikit kini telah lagi tidak

rasional kerana seiring dengan dasar kerajaan yang mengalakan konsep e-goverment

yang mengalakkan pengunaan teknologi jalur lebar dalan setiap urusan yang berupaya

menigkatkan mutu pentadbiran jabatan kerajaan dalam melaksanakan urusannya. Sikap

terlampau selesa dengan “Status Qua” harus dikikis dalam warga pentadbiran kerana

sikap ini menyebabkan rasa takut untuk berubah dan terlampau prajudis terhadap

pendekatan teknolagi pada masa ini. Sikap malas untuk mempelajari sesuatu perkara

yang baru berkaitan pengunaan teknologi menyebabkan warga pentadbiran masih berada

di tahap yang lama dan kurang efektif berbanding sektor swata yang telah giat

mengunakan pentadbiran dan pengurusan organisasi mengunakan teknologi maklumat

dan perhubungan jalur lebar dan perkonsian makllumat tanpa sempadan.

7

Page 8: Kajian Kes Dalam Konteks Etika : Proses Pengeluaran Hakmilik Strata Oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman

Pemahaman kepada rasa bertangungjawab terhadap kerja ataupun prinsip

akauntibiliti itu harus ditegakkan secara menyeluruh dalam melakukan kerja di dalam

pentadbiran ini. Hal ini sebenarnya akan menyumbang kepada pembentukan budaya

kerjaya cemerlang dalam organisasi pentadbiran. Sikap tidap prosfesional dalam

melakukan kerja akan meyebabkan banyak masa terbuang dan terbazir begitu sahaja

sedangkan sesuatau urusan itu dapat diselesaikan dalam masa yang tertentu dan singkat

sahaja. Ini menyebabkan seringkali pentadbiran menjadi perhatian dan perbincangan

masyarakat dan pihak dari sektor swasta. Perhubungan komunikasai yang lemah juga

menjadi penyebab kepada kegagalan meyempurnakan urusan pemprosesan hakmilik

strata . ini sebenarnya berlaku diantara setiap peringkat mencakupi perhubungan diantara

warga pentadbiran, perhubungan diantara pentadbiran dengan pentadbiran kerajaan yang

lain dan perhubungan pentadbiran dengan masyarakat khususnya sektor swasta sebagai

pemohon kepad setiap urusan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini akan melihat beberapa objektif kajian berkaitan dengan proses pengeluran

hakmilik strata. Terdapat tiga perkara utama dalam kajian kes yang dilakukan kepda

Bahagian Hakmilik Strata (PTG). Pertamanya ialah menelitii peranan Bahagian

Hakmilik Strata(PTG) sebagai pemain utama bagi meningkatkan kecekapan dan

keberkesanan sistem penyampaian perkidmatan

Objektif kedua ialah mengenalpasti dan mengkaji faktor yang menyumbang

kepada kelemahan prestasi Bahagian Hakmilik Strata (PTG) dalam aspek etika

kerja ,struktur organisasi, teknologi maklumat, penyampaiaan maklumat dan pengetahuan

8

Page 9: Kajian Kes Dalam Konteks Etika : Proses Pengeluaran Hakmilik Strata Oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman

kepada pemohon. Penerapan nilai etika kerja yang tinggi menjadi kunci kepada

meningkatkan prestasi Bahagian Hakmilik Strata (PTG).

Ojektif ketiga ialah melihat aliran perekasayaan proses pengeluaran hakmilik

strata melalui pendekatan etika kerja yang profesional. Ini selaras dengan tuntutan semasa

yang sentiasa mementingkan nilai masa dan Bahagian hakmilik Strata (PTG) perlu kreatif

dalam pengurusan Hakmilik Strata dalam Negeri kedah supaya ianya dapat menyumbang

kepada pembangunan yang mamapan di dalam negeri. kajian kes ini juga akan melihat

dan meneliti perbandingan proses dan aktiviti utama uruasan pengeluaran hakmilik strata

dalam Negeri Kedah

4.0 METODOLOGI KAJIAN

kajian kes ini dijalankan bagi mendapatkan reaksi dan meklumat mengenai

analisis dan perbandingan permohonan dan pendaftaran hakmilik strata di Bahagian

Hakmilik Strata (PTG). Terdapat tiga cara bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian

kes ini iaitu salah satunya ialah dengan mengadakan temuduga secara rawak dengan

beberapa kakitangan Bahagian Hakmilik Strata (PTG) Kedah Darul Aman. Sebanyak 9

kakitangan terdiri daripada Pengurusan Atasan, Sokongan dan teknikal telah ditemubual

secara rawak. Kerjasama yang telah diberikan sangat positif dan komitmen yang

diberikan menunjukan bahawa Bahagian Hakmilik Strata (PTG) ini sangat bersungguh

dalam meningkatkan perstasi Bahagian tersebut dan seterusnya meningkatkan pencapaian

pentadbiran tanah negeri.

9

Page 10: Kajian Kes Dalam Konteks Etika : Proses Pengeluaran Hakmilik Strata Oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman

Soal selidik juga dilakukan dalam mengumpul maklumat mengenai faktor-faktor

kegagalan permohonan dan pendaftaran hakmilik strata. Soal selidik ini dijalankan bagi

mengetahui tahap kepuasan berkerja bagi menilai sejauh mana prinsip buday kerja

cemerlang telah diterapkan dalam Bahagian. Soal selidik ini dijalankan secara rawak di

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian melibatkan kakitangan dan pelanggan-pelanggan

yang telah datang berurusan.

Selain itu maklumat penambahbaikan juga telah diperoleh melalui perkeliling

kemajuan pengurusan Tanah Bil 1/2008 dan Laporan Bahagian Hakmilik Strata (PTG)

Negeri Kedah Darul Aman.

5.0 PERBINCANGAN HASIL KAJIAN

Melalui perbincangan dalam kajian kes proses pengeluaran hakmilik strata ini

didapati penunjuk prestasi Bahagian Hakmilik Strata (PTG) melalui laporan Jabatan

Ketua Pengarah tanah dan Galian Persekutuan menunjukakn bahawa Negeri Kedah

berada berada dapat prestasi penyelesaiaan tunggakan yang memuaskan bagi urusan

pemprosesan hakmilik strata. Ini mungkin kerana faktor pembangunan hartanah Strata

yang mungkin masih baru di dalam negeri ini dan kurang diberi perhatian oleh pemaju-

pemaju hartanah. Akan tetapi Bahagian Hakmilik Strata (PTG) kini sedang menyusun

semula Bahagian ini dan melengkapkan pengetahuan kakitangan supaya sentiasa bersedia

dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan memenuhi kehendak

stakeholder.

10

Page 11: Kajian Kes Dalam Konteks Etika : Proses Pengeluaran Hakmilik Strata Oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman

Hasil kajian ini juga melihat bagaimana budaya kerja cemerlang dan etika kerja

yang baik dapat dibangunkan melalui kakitangan bahagian ini dalam mewujudkan satu

pentadbiran dan pengurusan hakmilik strata di yang cekap, inovatif, efisen dan sentiasa

berintegriti dalam memberi imej yang baik kepada Perkhidmatan Awam Negeri Kedah.

Kajian ijni juga mendapati pengunaan teknologi dalam teras perkhidmatan juga memberi

kesan kepda peningkatan perstasi Bahagian ini dengan segala aktiviti manual proses

pengeluaran hakmilik strata yang sebelum ini dilakukan diganti dengan pengunaan

teknologi pemprosesan, pengurusan dan teknologi maklumat.

Selain itu, kajian ini juga melihat beberapa aktiviti-aktiviti aliran perekasayaan

proses permohonan dan pendaftaran strata melalui pendekatan etika kerja yang

profesional yang telah dilakukan Bahagian ini bagi meningkatkan prestasi seterusnya

memendekkan lagi masa yang diperlukan untuk memproses permohonan dan pendaftaran

hakmilik strata.

6.0 CADANGAN

Setelah diteliti kajian kes ini beberapa cadangan yang boleh diberi perhatian bagi

meningkatkan prestasi pertadbiran hakmilik strata Negeri Kedah melalui Bahagian

Hakmilik Strata (PTG) bagi meningkatkan kreabiliti sebagai salah satu jabatan kerajaan

dalam meningkatkan “delivery sistem” oleh kerajaan kepada masyarakat. Antara

cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah seperti berikut :

11

Page 12: Kajian Kes Dalam Konteks Etika : Proses Pengeluaran Hakmilik Strata Oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman

6.1 Pemantapan Nilai dan Intergriti.

Pernambahan nilai ini dilakukan kepada kakitangan yang terlibat di dalam

bahagian ini. Manusi adalah sumber perhubungan kepada aspek-aspek yang lain. Jika

sumber ini tidak berfungsi sebagaimana bestarinya manusia itu maka ianya tiadak akan

menjanjikan apa-apa kejayaan. Ini bermaksud kakitangan yang positif , berpengetahuan,

boleh berkongsi pengetahuan, bersedia berkerja berpasukan, fleksibel dan inovatif

merupakan tonggak kejayaan peningkatan prestasi pentadbiran ini. Dalam aspek modal

insan ini setiap kakitangan harus mempunyai nilai tambah (value add). Ini membolehkan

kita menjadi semakin berguna, bijak, sentiasa meningkatkan kompentensi diri dan

berfikiran kritis dalam melaksanakan kerja dengan cemerlang ( Mohd Janib Johari,2001).

Penghayatan nilai-nilai murni dan positif di kalangan kakitangan perlukah

diterapkan secara menyelurah di dalam bentuk budaya kerja cemerlang. Nilai murni dan

sentiasa berintegriti terhadap kerja ini seharusnya dijadikan amalah ketika berkerja dan

jangan dibiarkan nilai-nilai ini hanya satu ungkapan tidak mempunyai makna kepada

perkhidmatan. Kepentingan nilai positif dan integriti ini dapat menjelmakan kita sebagai

pemimpin sama ada bagi diri, keluarga, masyarakat dan organisasi supaya dapat

dijadikan teladan kepadan orang pimpinan kita (Malek Shah Bin Mat Yusoff,2006).

Sentiasa menjunjung prinsip nilai akauntibiliti amat diperlukan dalam perkhidmatan

kerana inya memberikan kepercayaan masyarat dan stakeholder yang berkepentingan

terhadap prestasi kerja kita. Menurut Sukri Ahmad Dan Razali Mat Zain (2001) Islam

memberi penekanan yang berat terhadap konsep pertangungjawaban (accountibility).

12

Page 13: Kajian Kes Dalam Konteks Etika : Proses Pengeluaran Hakmilik Strata Oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman

“ Barang Siapa mengerjakan kebaikan, meskipun sebarat zarah, akan dilihat

(balasan ) kebaika itu . Barang siapa yang mengerjakan kejahatan, meskipun

seberat \zarah, akan dilihatnya (balasan) kejahatan itu.”

(Surah Al Zil Zaal : 7-9)

Walaupun penekanan telah diberikan oleh pihak pentadbiran terhadap konsep ini

akan tetapi ianya terlampau membatasi kepada aspek-aspek luaran yang terlampau

sempit. Secara praktiknya di dalam pentadbiran ianya Cuma cakap-cakap kosong dan

tidak berjaya dalam menyujudkan pentadbiran yang mempunyai rasa pertangungjawaban

yang tulus dan suci. Konsep ini harus diterapkan secara menyeluruh di dalam warga

pentadbiran tidak terbatas terhadap pemantauan dan penelitian pengurusan sahaja akan

tetapi inya lebih daripada pertangungjawaban kepada Allah S.W.tT. Islam mengajar

manusia itu supaya sentiasa menilai apakah amal dan perbuatan yang telah dilakukan

menurut ukuran penciptanya.

“sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman itu, iaitu orang-orang yang

khusuk dalam sembahyang, serta orang-orang yang mengerjakan zakat dan orang

yang menjaga kehormatannya..”

(al-Quran : 23, 1-40

6.2 Struktur Pentadbiran yang Dinamik

Aspek ini berkaitan rapat denagan proses kerja yang sentiasa perlu diperbaiki dan

dipertingkatka. Proses kerja yang telah lapuk harus ditinggalkan dan proses kerja yang

baru harus diperkenalkan supaya ianya dapat membantu meningkatkan prestasi bahagian

ini. Konsep Organisasi pembelajaran ataupon Learning Organization adalah bertepatan

13

Page 14: Kajian Kes Dalam Konteks Etika : Proses Pengeluaran Hakmilik Strata Oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman

dengan aspek pentadbiran yang dinamik dan sentiasa berdaya maju menyediakan

kemudahan kepada pelangan ( Mohd Janib Johari,2001). Prinsip think out of the box juga

perlu diterapkan dalam pentadbiran bagi meningkatkan kebolehupayaan melincinkan

proses kerja dengan kreatif dan inovatif. Konsep ini merujuk kepada kebijaksanaan dan

kreativiti seseorang kakitangan dalam menyelesaikan permasalah yang timbul dengan

mewujudkan cara baru yang lebih berkesan. Bagi mewujudkan idea-idea yang kreatif

dan inovatif ini kerjasama diantara kakitangan amat diperlukan supaya semua idea-idea

yang dikemukanan akan lebih banyak peluang untuk dipertingbangkan.

6.3 Pengunaan Sistem Berteknologi Secara Optimum

Pentadbiran Tanah Negeri Kedah Khususnya Bahagian Hakmilik Milik Strata

(PTG) seharusnya mampu mengunakan aplikasi-aplikasi teknologi terkini secara

optimum dan bersesuaian dengan keparluan semasa. Dengan kemudahan teknologi ini

proses penambahbaikan dan menerokai perkembangan teknologi secara berterusan harus

dijadikan sebahagian daripada budaya kerja cemerlang pentadbiran organisasi.

Kemudahan teknologi ini harus digunakan secara maksimum dan dioptimumkan

pengunaanya. Sebagai contoh pendaftaran hakmilik strata yang sehingga kini dilakukan

secara kaedah manual jika diteliti dan diubahsuai kepada pendaftaran secara berkomputer

berupaya memendekkan masa pendaftaran hakmilik tersebut. Selain itu maklumat

hakmilik juga boleh disimpan dengan selamat dan memudahkan penyemakan data

hakmilik. Pengunaan teknologi ini juga merupakan pendekatan etika kerja yang

profesional yang harus diterapkan di dalam Bahagian Hakmilik Strata (PTG). Sebagai

usaha untuk ,memerdekakan minda kita haraus mengorak langkah mempertingkatkan dan

14

Page 15: Kajian Kes Dalam Konteks Etika : Proses Pengeluaran Hakmilik Strata Oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman

memperkukuhkan usaha-usaha mengalakanperalihan paradigma di kalagan warga kerja

ke atas sikap positif seperti cintakan ilmu dan bersediaberkongsi ilmu dalam situasi ilmu

tanpa batasan (Azizah Binti Abdul Manan, 2006). Pengunaan internet haruslah

digunakan dan dipertingkatkan secara optimum. Perkongsian maklumat-maklumat

diantara masyarakat dan “stakeholder” juga boleh dilakukan dengan mengunakan

teknologi jalur lebar dan merupakan cara yang paling efektif bagi membuat perkongsian

maklumat. Dengan cara ini keputusan-keputusan yang diperlukan dalam permohonan

yang melibatkan kepentingan pihak lain dapat dibuat dengan cepat dan berkesan.

6.4 Penerapan Prinsip Ikram Muslimin Dalam Pentadbiran

Satu lagi prinsip Islam yang tidak kurang penting yang menjana kepada etika dan

nilai moral yang tinggi dalam pentadbiran organisasi ialah prinsip ikramul muslimi.

Prinsip ini akan membentuk suasana ukwah ayau semangan persaudaraan islam yang

sejati di pentadbiran Tanah Negeri khususnya Bahagian Hakmilik Strata dan seterusnya

merupakan penyumbang kepada peningkatan prestasi organisasi. Kesatuan matlamat,

persaudaraan yang erat, pertalian yang mesra di kalangan kakitangan dan pentadbiran

amat diperlukan bagi mewujudkan budaya kerja yang cemerlang dengan kata lain

mewujudkan espirit de corp di dalam pentadbiran organisasi. Esipirit de corp ini

bermakna semagat setia kawan dan kesetiaan yang wujud di kalangan ahli-ahli dalam

sebuah organisasi kerja demi untuk meningkatkan tahap prestasi dan tahap profesional.

(Sukri Ahmad dan Razali Mat Zain, 2001). Prinsip yang harus diterapkan ini merupakan

kesatuan yang dipupuk oleh Islam bukan setakat ikatan luaran dan perorganisasian

semata-mata, ianya adalah satu ikatan yang rabbani atau ketuhana yang lahir daripada

15

Page 16: Kajian Kes Dalam Konteks Etika : Proses Pengeluaran Hakmilik Strata Oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman

kesatuan akidah dan kesedaran terhadap kesamarataan manusia di sisi Allah S.W.T.

penerapan prisip ini akan mewujudkan satu pentadbiran yang lebih bermotivasi dan

bermatlamat dalam melaksananak tangungjawab secara menyeluruh kepada masyarakat.

Tolong menolong atau berkerjasama membuat kebajikan dan takwa dalam kegiatan

harian dapat diterjemahkan didalam pentadbiran oganisasi dapat menimbulkan

kelancaran dan kecekapan berkerja. Melalui prinsip ikramul muslimi kesedaran memikul

amanah Tuhan akan sentiasa dijadikan sumber motivasi yang paling kuat dan berkesan.

7.0 KESIMPULAN

Etika merupaka kunci kepada kecemerlangan pentadbiran organisasi dan konteks

yang dibincangkan ini etika budaya kerja yang cemerlang di dalan pentadbiran Tanah

Negeri kedah khususnya bahagian Hakmilik Strata (PTG). Proses pengeluaran hakmilik

strata yang merupakan urusan utama yang dilakukan boleh Bahagian ini haruslah

diperkemaskan dan dipertingkatkan mutu pencapaiaannya selaras dengan saranan

Perdana Menteri Malaysia kini Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak iaitu “rakyat di

dahulukan pencapaian diutamakan” merupakan aspirasi pihak Kerajaan dalam

memberikan kepercayaan kepada masyarakat dalam meningkatkan mutu perkhidmatan

awam.

Kajian ini telah memberi peluang dan cadangan beberapa penambahbaikan yang

boleh diterapkan di dalan Bahagian Hakmilik Strata dalam konteks etika. Kejayaan

pentadbiran yang cemarlang sebenarnya terletak kpada kakitangan pihak pengurusan

pentadbiran yang mahu sentiasa berubah dan bersaing dalam meningkatkan prestasi

16

Page 17: Kajian Kes Dalam Konteks Etika : Proses Pengeluaran Hakmilik Strata Oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman

Oeganisasi. Kejayaan organisai ini memerlukan komitmen dan kerjasama dari semua

aspek tirmasuk aspek dalaman yang telah disebutkan dan faktor luaran seperti kerjasama

daripada masyarakat dan pihak-pihak yang berkepentingan.

Diharapkan melalui kajian kes ini akan membuka lebih banyak pengkajian di

dalam pentadbiran tanah supaya ianya dapat mewujudkan lebih banyak mekanisma dalam

meningkatkan pencapaian Pentadbiran Tanah dalam negara seterusnya menyumbang

kepada pembangunan Negar yang mampan dan bestari.

17