kajian

6

Click here to load reader

Upload: ramlee-bin-bee-ramlee

Post on 24-Sep-2015

103 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kaedah Kajian

TRANSCRIPT

PENGENALAN1.0Latar belakang kajianKantin ialah kawasan untuk orang awam menikmati juadah. Setiap sekolah mempunyai kantin mereka yang tersendiri. Kantin memainkan peranan yang penting kerana ia merupakan tempat untuk kita menjamu selera. Seperti yang kita tahu, sesetengah kantin tidak akan memberi kepuasan kepada pelanggan. Oleh itu,kami telah mengambil keputusan untuk melakukan kajian terhadap kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Paku (SMK Paku).Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, kami mendapati bahawa ramai pelajar, guru dan kakitangan sekolah tersebut tidak berpuas hati terhadap kantin SMK PAKU. Kami mendapati banyak aduan yang dilakukan terhadap kantin tersebut. Hal ini kerana, terdapat banyak kekangan yang timbul di kantin tersebut. Kami mendapati bahawa bilangan pekerja kantin adalah sebanyak 5 orang. Bilangan pekerja lelaki ialah 1 orang manakala bilangan pekerja perempuan ialah sebanyak 4 orang. Melalui kaedah pemerhatian, kami menganggarkan umur pekerja kantin adalah di antara 18-45 tahun. Justeru itu, semua pekerja kantin juga telah menerima suntikan daripada Kementerian Kesihatan sebelum memulakan perniagaan. Melalui kajian ini juga, kami mendapati bahawa bahan mentah diambil daripada pemborong. Berdasarkan kajian, antara menu makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin ialah nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, bihun sup, roti, dan makanan ringan. Air minuman juga turut disediakan.2.0Pernyataan masalah2.1 Harga makanan mahalDalam sesebuah perniagaan,terdapat pelbagai masalah yang akan timbul. Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, masalah yang wujud ialah harga makanan yang dijual oleh pengusaha kantin agak mahal. Harga makanan yang mahal merupakan masalah yang serius kepada pelajar.Hal ini kerana tidak semua pelajar mampu menmbeli makanan yang tinggi harganya. Contohnya, pelajar yang kurang berkemampuan tidak dapat membeli makanan yang disediakan.Pengusaha kantin seharusnya memikirkan situasi pelajar terutamanya dari segi kewangan.2.2 Kuantiti makanan sedikitKekangan lain yang timbul ialah kuantiti makanan yang disediakan amat sedikit. Kuantiti makanan yang disediakan tidak setimpal dengan harga yang dijual. Contohnya, harga sepinggan nasi lemak yang dijual ialah RM12.00 tetapi kuantiti makanan yang disajikan tidak memadai. Hal ini boleh menjadikan pelanggan tidak kenyang dan akan membeli lebih banyak makanan. Juseru itu, mereka akan menambahkan perbelanjaan.2.3 Makanan tidak enakSeterusnya, masalah yang timbul ialah makanan yang disajikan tidak sedap. Terdapat banyak aduan daripada pelajar, guru dan kakitangan sekolah bahawa kadangkala makanan yang disediakan tidak memenuhi citarasa mereka. Contohnya,sambal nasi lemak tidak dimasak dengan sempurna seperti cabai tidak dikisar halus.2.4 Makanan ringan yang membahayakan kesihatanSelain itu, makanan ringan seperti nugget, kentang goreng, sosej dan sebagainya digoreng dengan minyak yang berlebihan.Seperti yang kita ketahui, makanan yang mengandungi minyak yang berlebihan boleh memberi impak yang buruk kepada diri.Buktinya, kolestrol individu boleh meningkat secara mendadak. Contohnya, makanan yang digoreng dan mengandungi minyak yang berlebihan di kantin sekolah SMK PAKU boleh mengundang penyakit kepada pelajar, guru, dan kakitangan sekolah yang membeli.

2.5 Layanan kurang mesra Masalah lain yang wujud ialah layanan yang diberikan oleh pengusaha kantin adalah tidak memuaskan. Semasa pelanggan membeli makanan di kantin, pekerja kantin langsung tidak mesra dengan pelanggan. Mereka juga tidak memberikan senyuman dan ucapan terima kasih kepada pelanggan yang membeli.

2.6 Pilihan Makanan Yang TerhadPilihan makanan yang amat terhad memberi tekanan kepada pihak sekolah. Penusaha kantin terlau takut untuk mengambil risiko sehingga menyediakan variati makan yang terlalu sedikit. Keadaan ini juga sering membuat pelajar khususnya sesi petang sering kelaparan sehingga ada yang makan mee segera secara mentah.3.0Tujuan kajian 3.1 Untuk mendapat maklum balasTujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendapat maklum balas daripada pelanggan kantin SMK PAKU iaitu pelajar, guru, dan kakitangan sekolah. Kajian ini juga dapat menyuarakan sedikit sebanyak pendapat daripada kalangan pelajar.Di samping itu, dapat mengetahui citarasa pelanggan terhadap menu makanan yang disediakan. Berdasarkan maklumat yang kami dapati ada ketidapuasan pelajar mengenai menu yang disediakan oleh pengusaha kantin. Oleh itu, kami cuba untuk menyelidik dengan lebih lanjut. 3.2 Untuk mengetahui layanan pekerja kantinSeterusnya, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui layanan pekerja kantin terhadap pelanggan. Layanan mesra daripada pekerja kantin amat penting untuk pelanggan kerana mempunyai sikap yang mesra bukan sahaja dapat menarik hati pelanggan malah mereka lebih merasa dihargai. Sebagai contoh, seseorang pekerja itu haruslah sentiasa senyum dengan pelanggannya. 3.3 Mengkaji harga makananHarga makanan juga merupakan tujuan kajian ini dijalankan. Kami dapati ada segelintir pelajar menyatakan harga makanan di kantin agak mahal jika hendak dibandingkan pada tahun sebelumnya. Contohnya, harga sepinggan nasi goreng pada tahun 2015 ialah RM2.00. Disini kita boleh melihat berlakunya kenaikan harga makanan. Seperti yang kita tahu harga memainkan peranan penting kerana ketidakseimbangan harga boleh mencetuskan sesuatu perniagaan itu menjadi muflis.

4.0Kepentingan kajianKajian ini boleh menyumbang kepada pelanggan kantin SMK PAKU dalam memberi keselesaan diri.Keselesaan merupakan aspek penting bagi seseorang dalam kehidupan mereka. Tanpa persekitaran yang menarik, ia akan membuatkan pelanggan kurang selesa untuk menjamu selera. Pengusaha kantin seharusnya meletakkan info-info ilmiah di sudut kantin sekolah bagi menceriakan suasana kantin.Contohnya, bahan-bahan ilmiah ditampal di atas meja makan kantin.Berdasarkan kajian, memberi layanan mesra dan terbaik kepada pelanggan adalah amat penting. Hal ini kerana, layanan mesra yang diberi oleh pekerja kantin akan mewujudkan hubungan baik dengan pelanggan. Contohnya, semasa menjual makanan di kantin, pekerja yang bertugas seharusnya memberi senyuman kepada pelanggan.Pengusaha kantin juga perlu menyediakan makanan yang sesuai. Makanan sememangnya penting untuk manusia kerana ia adalah keperluan hidup. Oleh itu, pengusaha kantin perlu menyedikan makanan yang baik untuk pelanggan. Makanan yang mengandungi minyak yang berlebihan seharusnya dielakkan kerana ia akan mengundang bahaya kepada individu.Berdasarkan kajian, pengusaha kantin perlu memberi harga yang berpatutan kepada pelanggan terutamanya pelajar. Hal ini kerana tidak semua pelajar mampu membeli makanan dengan harga yang mahal. Pengusaha kantin seharusnya memikirkan situasi pelajar dari aspek kewangan. Contohnya, harga sebungkus kentang goreng ialah RM1.00 tetapi kuantitinya adalah sedikit. Sememangnya ia tidak memadai dan hanya membebankan pelanggan.Kajian ini juga dijalankan untuk memenuhi citarasa pelanggan. Citarasa pelanggan sememangnya penting untuk pengusaha kantin. Hal ini kerana ia akan meningkatkan pendapatan pengusaha kantin tersebut. Pengusaha kantin perlu tahu citarasa pelanggan agar perniagaan yang dijalankan berkembang maju.Contohnya, mengetahui keperluan dan kehendak pelanggan.